Thursday, December 30, 2010

kejor yop kejor.

berita panas sekarang nih BOLA SEPAK. kalau kat indon panggil SEPAK BOLA. yeahh!! tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana telah merangkul pingat emas. tepuk laa tangan. duk baca lagi buat apa. hahaha.

aku nak cerita nih kat facebook, kan ada page I hate Indonesia, I love Malaysia. tengok lah page tuh. hehe. kalau orang Malaysia yang fanatic tuh mesti like page tuh. tapi aku tak like pun. alahh common laa kita orang Malaysia yang cerdik pandai nak ikut bodoh cam dorang tuh buat apa. itu semua membangkitkan kemarahan setiap individu jer.

kita yang ada akal nih, tak payah lah terjerumus sama macam dorang yang suka menimbulkan pergaduhan tuh. nak benci Indonesia tuh buat apa? apa faedahnya? lagu-lagu indon dengar jugak. mee sedap makan jugak. asal usul pun daripada indon jugak. tak perlulah nak buat page2 sebegini. takde jugak penyelesaian tuh nak benci membenci nih.

common lah ni hanya perlawanan bola sepak ok. tak ada nak menjejaskan ekonomi negara pun. kerajaan indonesia pun dah ambik tindakan yang sewajarnya dah. 10,000 ribu anggota polis, askar, lagi satu apa entah digunakan untuk jaga stadium tadi. see, takde pun main2 laser baling2 mercun. at least keadaan terkawal. so, kita tak perlu nak bergaduh-gaduh atau berperang siber nih.

apa-apa pun, kita rakyat Malaysia harus menyokong sukan negara kita sendiri asalkan tidak timbul unsur pergaduhan antara mana-mana pihak. yang penting Malaysia Menang. Alhamdulillah syukur. berdebar jantung aku tengok tadi tau. hehehe.

p/s : Jumaat nih cuti umum dan hari nih pakai baju warna biru tanda sokongan kepada pasukan bola sepak Malaysia.

Sunday, December 26, 2010

serba salah nak text or call.

*entry kali nih agak sentimental. harap maklum.


pernah tak korang rasa tertunggu tunggu call daripada orang yang tersayang atau orang terbenci atau best fren. ah sape2 jelah. pernah tak? hahaha. sengsara bukan. well, selalunya memang camtuh. ye ar nak jimat kredit mestilah tunggu orang jer yang call kan. kadang kadang tuh sampai tertido pegang fon nih punye nak tunggu orang call. haiishh rasa bangang pun ada gak. 

sebenarnya benda benda camnih berlaku pada perempuan jer. aku rasa. tak tau ar ada gak laki yang karat karat pun rasa macam ni jugak ke kan. hahaha funny. pendapat aku ok. kita yang gegirl nih sebenarnya nak je call orang tuh. tapi selalunya laa dalam otak kita mesti kata 'eh tak ganggu dia ke? entah2 dia tengah berak cam mana? nanti dia marah aku la' mesti punyer. betul tak? bukannya kita takde kredit nak call dia tapi tulah sebab selalu sangat ayat2 macam tadi merempit kat fikiran tu pasal tak jadi nak call orang tuh.


serupa jugak dengan message. serba salah wa cakap lu. bila nak text tuh, mula ar eh nanti dia kata aku nih gatal lebih lebih pulak selalu message dia. minah nih apahal takde tau masa ke nak message2 orang. selalu memang camtuh. jawabnya tak bermessage lah. tetap gak dia menanti message sang pria pujangga. yeahhh!

selalunya jugak benda nih terjadi time perempuan yang tengah hangat berkasih kasih sayang, tengah berangau angau. kamu tak usah ler nak menipu teman. teman tau sumenya. so, pada lelaki jangan la ingat orang perempuan tak ingat kat kamu. perempuan ni sentiasa ingat kat kamu. hahaha.

p/s : aku rasa macam tak percaya aku buat entry macam nih. oh God.

kenangan 2010 dan azam 2011

erm, kenangan 2010 yer? LOADING.............
*satu jam kemudian.
okeh, sekarang dah ingat dah. bagi aku tahun 2010 nih tahun yang banyak buat aku jadi matang. matang takde lah matang mana pun. tapi matang lah jugak.

habis spm bila ha? hujung bulan 11 2009 kan? aku rasa macam tuh lah. habis jer spm, bulan 12 aku dapat surat untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara kat Kem Paya Indah, Hulu Selangor. nak tau kat mana? dekat dengan airport KLIA dan LCCT. aku daftar PLKN 3 Jan. haa ko bayangkan awal tahun dah kena merana masuk kem tuh. cilabi kot. parents tak boleh hantar sampai kem. dah tuh sampai kem weekends tak boleh keluar. hari hari kena kawad. kena jerit sana sini. lepas tuh hari hari tido lambat dan bangun subuh.


can you imagine, aku nih dah sedap duk rumah takde wat apa apa keje yang berat, sampai sana hari hari kena kawad, lari, dengar ceramah itu dengar ceramah ini. tapi not bad la dekat sana. banyak jugak keje jahat yang aku suka buat. hahaha. kat sana jugak banyak kenal kawan baru especially kawan dari sabah and sarawak. aku masuk kem tuh, for sure muka aku gelap. baru sekarang cerah balik. hee :D kurus? hmm harapan laa. makan sedap weh kem tuh. siap boleh mintak lagi nak makan apa. walaweyhh!

then, after 3 months kat sana bermulalah kembali aktiviti aku membesarkan badan. hahaha. cuti 2 bulan kot. heaven giler. masa dua bulan nilah aku ambik lesen kereta dengan moto. lama jugak training. alih2 time test kereta jer lulus. padahal keretalah yang aku sangat cuak sebabnya baru belajar kan. kalau moto aku dah merempit lama dah sejak aku darjah 3 lagi aku dah merempit. jangan main giler. lulus jer lesen kereta, aku pun dapat tawaran UiTM Kota Kinabalu jurusan Pentadbiran Awam. before that, masa dapat tau result UPU, aku tak dapat. aku pun menangis satu malam. sebab aku berharap sangat nak masuk uitm. alih2 tak dapat ar pulak time tuh. 

so, bila dah tak dapat aku decided masuk form 6. sama jugak macam sandra, aku dapat kos sains then tukar ambik ekonomi. haha time tuh aku main2 jer masuk form 6. saje suka2 dengan si fahmi. haha siap main calling calling lagi. eh esok pegi sekolah nak. haha memang main main doh. pastuh aku rehat pun dengan fahmi. sumenya dengan fahmi. giler arh. lepas dua minggu aku masuk UiTM KK, fahmi masuk UiTM Seri Iskandar. 

itu bapak muda i. yang maroon tuh.

then, kita orang gathering balik time hari raya. woahh masa raya seronok sangat sangat. rumah pertama aku beraya rumah fahmi. hahaha itu first time aku pegi rumah dia. aku ingat girls jer yang ada rupa rupanya adi, zack, faiz, ayie pun ada jugak. rezeki aku lah agaknya jumpa dorang sekali. hehe. esoknya pulak, dorang still buat baraan. that day, adi tanya boleh tak datang raya kat rumah aku? fuhh semangat then aku cakap la datang la raya dengan farahan sume dorang pun nak datang. i segan tau orang laki datang rumah. tak penah aku bawak laki datang rumah. hahaha. mungkin dorang terasa ngan aku agaknya, yang datang rumah aku just perempuan2 jer. yang lelaki sume tak datang kecuali ayie.

habis raya, masuk balik UiTM. then kat sana pun seronok jugak. asyik berjalan jak dengan kawan kawan. pegi 1B, CP pastuh IP. makan makan dan makan. itulah keje kami di sana. sampai saje di kuala selangor, aku pun duduk jela dekat rumah. cuti sem nih keje aku online, kemas rumah, retest lesen moto. itu jelah. haha boring kot. tapi seronok. melepak jer kat rumah. hahaha.

so, azam 2011 aku kalau boleh  aku nak pandai masak lagi dan mudah mudahan aku nih jadi rajin untuk ke dapur. hahaha. azam aku lagi, aku nak kuar jalan jalan dengan dia. bertuah la weh kalau aisyah taib nih nak kuar dengan dia. hahahak.

p/s : thanks sandy for tagging me. 

Bandung, Indonesia.

aku tak tau apasal sekarang nih kuat giler berangan. berangan tahap ultraman gia pulak tuh. sekarang nih, aku teringin sangat sangat sangat nak pergi bandung, indonesia. kenapa teringin? eh aku nak pergi berjalan punya pasal la.


ish kat sana tempat dia best laah. banyak barang boleh beli. dah tuh murah pulak tuh. kan ada orang cakap barang kat sana ori. ori nyer tuh bukan la made in amareka ke german ke. dia made in indonesia. hahaha tu pasal la murah. contoh ek brand polo tak kesah apa barang tapi made in indonesia. benda tuh mmg ori la. tapi bukan la ori yg dari luar negara. so, thats why la murah harganya.

then, aku ada tengok kat tv indon channel apa entah. dia macam citer melancong2 nih la. so, itu kesempatan aku nak tau pasal indonesia. time tuh dia bawak gi bandung ngan jakarta. weh serius sonok kot kat bandung tuh. bayangkan, kasut nak beli ukur ikut kaki. pastuh pilih ar apa yang ko suka. tapi kulit ar. harga kalau duit malaysia dalam rm120-rm150. ok la kan. kasut kulit bukan sliper jamban.


pastuh dia tunjuk kedai tudung. perhhh macam2 stail. yang toncet atas, toncet tepi sume ada bai. harga memang murah la. lagi satu, kat sana orang cakap kena pandai pilih barang ar. dia cam medan shopping tau. satu kedai nih takde, jalan 5 tapak dah jumpa dah barang yang ko nak. huhuhu mabuk i tau nyah.

kata abang long aku pulak, bandung nih sedap orang laki yang pegi. sebab barang2 dorang banyak kat sana. baju batik, kasut, suar. macam2 lah. baju batik indon the best! aku suka gilerrr!

*citer nak gi bandung, macam nak pegi esok. citer barang itu ini macam duit beribu. 
eh hello, berangan dahulu sangat penting okay!

p/s : sape nak follow aku gi bandung? jom. tak dapat gi bandung, minum air bandung pun tak mengape.

Saturday, December 25, 2010

zaman kegemilangan

Masa berhingus dulu, orang sibuk menggunakan friendster. Kiranya sape yang takde friendster tuh kuno ar. Aku peduli apa kuno ke tak an. *ceh ayat cover sebab tak reti guna friendster time tuh. Ye ar bagi aku la kan sape guna friendster time tuh orang yang paling bangang ar. Tak tau ar kenapa aku cakap camtuh.

Lepas tuh bila umur aku dah 14 tahun kot. Aku suka giler ngan MySpace. Maklumlah baru kuar dari hutan sejak sekian lama. Time tuh kat rumah internet pun macam siput babi jer. Mana la nak tau pasal benda2 nih. Lepas tuh aku jadi cam sawan tau asyik nak add add orang jer. Tanpa tahu asal usul orang tuh. Entah hutan mana dorang tinggal pun aku tak tau. Aku add jer. Ye ar budak mentah kan.

Lepas tuh time aku form 3 nak masuk form 4 tuh Facebook dah mula beroperasi. Aku ingat lagi time tuh aku men sign up jer. Guna email me_esya92@yahoo.com yang kini accountnya dan emailnya telah diblock oleh facebook sendiri. Tak tau apasal punyer aku menyumpah facebook. Sbb restaurant aku hilang. Memang bab1 la jawabnya.

Tapi time form 3 tuh aku tak guna lagi facebook aku. Tak paham langsung cam mana nak guna. So, tinggalkan begitu jer. Aku sign up blog pulak. apa ek url aku yg pertama? Hmm, tak ingat langsung la. Yang aku ingat sekarang ni hanya maisyahh25.blogspot.com itu jer yang aku ingat. Aku tak bape active kat blogspot ni. Aku byk guna blog kt myspace time tuh. Kiranya time tuh citer2 bangang je la yang kuar. Gigi tercabut pun nk citer. Macam tulah gayanya.


Lepas tuh dah masuk form 4, baru aku bergiat active ngan facebook. Sampai ar sekarang sehingga aku naik menyampah la pulak ngan facebook tuh. Entah pape entah. Yang aku buat sekarang ni kat facebook hanya main game MallWorld. Add la saya ye. Hehehe. Lepas tuh, dah habis spm baru aku bergiat aktiv ngan blog aku nih. Nih kira dah matured ar kononnya. Puihhh! Tengoklah blog saya. Matang kan kan kan?

Dah lepas blog, sekarang nih tengah hangat menghebohkan Formspring. Haha banyak soalan bangang jer yang aku tanya. Soalan bangang tak bererti orang yang menanya tuh pun bangang ok. Kalau orang yang menanya tuh bangang, orang yang menjawab tuh 20 kali bangangnya. Hakhakhak.

Best jugak bersosial kat internet nih. Bak kata atuk aku release tension. Ko apa tau.

p/s : dunia internet memang tanpa batasan. Kita bebas untuk lakukan apa sahaja.

Friday, December 24, 2010

jangan guna minyak wangi kalau anda period.

Mungkin benda nih ramai yang tidak tahu. Baik lelaki mahupun perempuan. Aku rasa lah. Information nih untuk lelaki dan perempuan. Hehe. 

Statement : orang perempuan kalau datang bulan, badan dorang akan berbau walaupun dah sebotol minyak wangi dia pakai.

Anda percaya? Tak kan. Dah agak dah. Ramai perempuan yang akan bangkang punye. Tapi serius benda nih betul. Kita yang perempuan, kalau pakai minyak wangi sampai satu botol tetap gak bau2 yang tak diingini akan keluar. Memang la kita perempuan akan bau wangi. Yang aku nak citer nih orang lelaki yang akan bau bau2an yang tak sedap nak dibau tuh kat perempuan time perempuan tuh datang bulan. Faham ka? Rasa cam dah melalut je ayat aku nih. 

Benda nih dah lama aku survey. Memang betul. Dulu, aku, kakak aku, dan abang aku pegi kedai hamster. Then, yang jaga kedai tuh perempuan melayu. Bila dah selesai beli barang, dalam kereta abang aku pun cakap ‘hapak betul pompuan tadi rasa nak pengsan aku’ hahaha. Sekali wife dia pun cakap ‘mana ada hapak. Elok jer’ aku pun mengiya kan kakak aku. Sebab aku dgn kakak aku takde bau busuk langsung kat perempuan tuh. Serius wa cakap lu.


Lagi satu kawan aku. Aku tau dia period. Dia tumpang aku yang bawak kereta abang aku. Lepas tuh dah sampai rumah, abang aku pun cakap ‘apahal kawan ko tuh bau masam semacam jer?’ aku tak jawab. Tapi berfikir. Elok jer aku bau takde pape pun. Dah rosak agaknya hidung dia nih. Tapi pelik tau abang2 aku nih dia cam boleh detect orang perempuan datang bulan. Malu saya dibuatnya. 

Masa aku darjah empat, bapak muda aku ada ajar aku pasal benda2 nih. Dia just ingatkan aku kalau ko datang bulan, jangan sesekali ko pakai minyak wangi. Hohoho. Time tuh aku bodoh lagi aku just ikut apa yang dia cakap tanpa berfikir selanjutnya. Now it’s proved. 

Lelaki, kalau korang bau yang tak sedap ngan kawan perempuan korang atau gf korang jangan ingat dorang tak mandi. Hanya ada dua kemungkinan, datang bulan atau dorang terlupa pakai salat ketiak.

heboh la ko fiza.

ada budak tuh sebok sangat nak tau pasal mr.right aku. jangan sibuk tepi kain orang boleh tak? huh!

kalau aku simple jer. tak susah dengan aku nih. aku hanya impikan lelaki yang biasa-biasa jer. yang pasti orang tuh tak kedekut dengan aku. kenapa tak kedekut sebab aku taknak panggil dia haji bakhil. kang naya je kena panggil haji bakhil ngan aku. then, memahami orang. kenapa perlu faham orang lain sbb nanti takdelah aku kata dia tuh belagak. ego. itu lah sebabnya. lepas tuh orang tuh mestilah kelakar. sebab apa kelakar, supaya aku boleh ketawa hari hari disamping menggebukan lagi pipi saya ini :D

datin style :p

kemudian, mr.right aku tuh mestilah membawa ajaran islam sunnah. bukan syiah. sekarang nih dah banyak orang bawak fahaman syiah nih. bukan secara kasar tapi secara halus. apa bezanya? haa cari laa kat internet. kan banyak orang melayu sekarang rasa benda yang dia buat tuh betul tapi sebenarnya tidak. then, aku tak suka orang tuh suka kejar pahala. i mean, dia buat benda tuh hanya semata2 nak pahala. tak suka tak suka. buat sesuatu biar ikhlas dari hati yang nurani :)

lepas tuh, orang tuh mestilah rajin. kalau tak rajin sangat rajin siket pun takpe. bukan apa senang kat aku nak kemas2 rumah nanti. lepas tuh orang tuh mestilah sederhana sahaja. boleh terima keluarga aku dan aku sekali. haha. aku tak kesah rupa paras tinggi pendek gemuk kurus sume aku tak kesah. asalkan dia baik dan menyenangkan hati. kalau muka hensem menyirap jer hati nih buat apa kan? haha.

*hanya ingat ayat nih "kalau kita baik, insyaAllah kita akan dapat pasangan yang baik juga"

p/s : pelik pelik jer aku punyer mr.right. haha

Penyebab yang tak masuk akal mahupun otak.

Last two weeks, mak aku demam. Dua minggu. Lepas tuh aku pulak yang demam dengan abang aku aien. Tak tau ar macam mana aku leh demam. Demam tuh mgkin tak larat sebab asyik sirit birit jer. Abang aku pun macam tuh jugak. So, aku syak aku ngan abang terkena keracunan makanan akibat makan yogurt blueberry. Dah sirit birit demam la pulak.


Abah aku pulak dengan senang hati buat conclusion dia sendiri. Katanya kami nih terkena aircond direct. Selalu tidur lambat sampai subuh. Apa kehalnya la terkena aircond ngan tidur lambat jadi demam. Sebelum ni pun aku tido gak kul 4 5 pagi. Takde pulak demam. Dah memang nak demam. Demam la kan. Macam lawak je abah aku ni. 

Lepas tuh bila dah 2 hari kita orang tak baik demam, dia tambah lagi sebab sebab kita orang demam. Katanya, kita orang taknak makan nasi. Aiyooo ma aiyooo pa. Dah demam, manalah lalu nak makan. Biarpun ikan jenahak terlentang atas meja tuh. Takdenya lalu makannya. Yang dia nak hanya tidurrrr. 

Abah abah. Kaulah yang satu :)

24 December 2010

dah setahun rupanya blog aku. blog nilah yang paling bertahan lama. rasa macam tak percaya jer. berkat ada nama aisyah kali nih. hahaha. poyo la pulak.
well, pasal kediaman kolej yang aku apply alhamdulillah aku dapat klaster A. tapi surat tak keluar lagi. ada membe aku cakap surat akan keluar on 29 december. lambat kan? so, i decided to call unit kolej pagi tadi. alhamdulillah syukur sangat-sangat dapat kolej. harap2 kawan kawan aku yang lain pun dapat jugak klaster A. boleh gegar bilik nanti. hehehe :p

p/s : eh lagu dan bila esok by sofaz best kot. hari hari melalak.

Thursday, December 23, 2010

L to the O to the V to the E

Before I thought
The unconditional love
Is the only novel
Located
And seemingly effortless
To believe
Can only be found
The novel
Now I'm with you
And we're one
I will not allow
That in our way
Commitment from you
I will fight
Through thick and thin
Our love
To 'not apart
Ever
'because like you
Just once in my life ...
For better or for worst
For richer or for poorer
In sickness and in health
Till death do us part
To 'not apart
Ever
'because like you
Just once in my life ...

mall world bina bangunan

sejak bila mall world main bina bina bangunan nih?
aku tak paham betul laa -___-

suka giler ngan lagu nih. sesuai dengan mood sekarang. walaweyh.

Wednesday, December 22, 2010

tag by sandy.

ada orang tag aku. jahat kau sandeh. haha anyway thanks :)

my url : maisyahh25.blogspot.com

m tuh stands for me. sebab email aku yang aku slalu guna dulu me_esya92. aisyah tuh nama aku. h yang hujung tuh pulak hanya penyedap je la. kan orang suka taip macam nih kalau saya jadi sayaa. sandeh jadi sandehhh. ha, aku pun lebih kurang cam tulah. hahaha. 25 tuh birthday aku. tarikh yang betul 25 March. so, aku ambik jer 25 tuh. blogspot tuh pulak, tak tau mana datang sebabnya aku try nak remove blogspot tuh tapi tak boleh. so, biarkan jela sbagai penghias url aku nih ha. com tuh biasa ar. untuk website an. kalau takde com korang takleh nak search pulak nanti.
tuh jelah :)


raja norhazrin & dominic cepat citer kisah url korang.

tak gosok gigi time makan.

mesti sedap punyer nih. perhhh!
Sarapan pagi. Ko nih kan syah macam takde benda lain nak citer. Citer ar kenapa belalang leh terbang ke apasal ada nama blog terbang tinggi tinggi ke. Lagi bagus la. Ok fine! Aku tukar citer. Breakfast. Yeahh kenapa ngan breakfast? Ok sekarang nih jujur la aku tanya korang. Tak payah ar nak malu malu kucing ngan aku. Selalunya korang bangun pagi, then breakfast korang tak gosok gigi kan? Kan? 

Kalau dah tersengeh sengeh tuh betul la tuh. Hahahaha. Tapi serius memang ramai yang buat macam tuh. Mungkin ada yang akan kata eyeeeewwww gelinya. Nasib bukan geli mat mat mat. Apa nak gelinya ko tak gosok gigi ko makan. Bukan nya ko tak gosok gigi tuh ada nyusahkan aku pun. Ko sakit, ko sihat sume puncanya pada gigi ko. Betul tak? Apalah sangat ngan gigi yang penuh ngan taik gigi tuh. 

Lagi lazat makanan tuh ada ar. Hahaha. Ubat gigi jimat ouhhh. Sensodine tuh kalau beli satu kotak dah 10 ringget ohh. Jangan men giler. Dah sah kau kedekut taik idung masin syah. Bla ar. 

Nak buat macam mana kan, dah memang selalu kot tengok orang tak gosok gigi pastu breakfast tanpa bersalah dan rasa segan silu.

acer aspire one 11.6

rasa macam nak la laptop nih. laptop ker? bukan netbook? ahh sama jer. asalkan boleh facebooking dah ar.

aku lagi suka warna putih. suci. mudah mudahan muka aku pun nmpk suci kalau guna laptop nih.

nipis nyer 1 inci jer. lebih kurang cam aku punyer je. elehh.

Tuesday, December 21, 2010

nuffnang


nuffnang? apa tuh? dah tak payah lagi tanya aku apa jadahnya benda nih. rasanya sume dah tau. kalau yang tak tau, mungkin anda kini berada di dalam aquarium.

aku tak suka sangat benda alah nih. tapi, aku suka benda nih ada kat blog orang. act, tak suka sangat. tapi suka la jugak. ahh what ever. aku nak citer ada satu blog nih aku baca. well, kalau nak orang click nuffnang tuh ramai la kan yang promote. so, macam2 cara la kan nak promote nuffnang dorang ikut kreativiti masing2.

yang funny nyer nih, ada ke 'saya tengah kumpul duit nak kahwin, tolong la klik' rasa kesian ar pulak. then, i pun klik. aku rajin tau klik2 orang punyer tuh. haha. apalah sangat ngan satuh klik tuh kan. ada jugak yang tulis 'anda klik, anda menang' apa yang menang pun aku tak tau. hahaha. funny. selalunya kalau aku blog walking, benda tuh ar aku cari dulu. nak tengok dia tulis apa untuk promote. haha.

anyway, tahniah laa kepada sesapa yang dah dapat buat rumah batu tuh. 
*macam perli jer aku nih. ada yang kena lempang laju2 nih kang.

jadi macam fiza la jawabnyaa.

'mak lepas ni esya dah takde dapat nak lepak dah ngan membe' 
mak pun cakap 'kenapa pulak? kan wayang dah ada' 
'wayang tuh mmg la ada. tapi sape nak temankan orang gi tengok wayang tuh? kawan dah takde mak' 
'alah mak dulu habis form5 sume hilang dah takde jumpa' 
'ishh masalahnya awak duk kuala mak. tapi takde kawan' 
'alaaa fahana kan ada' 
'setahun sekali jer jumpa dia. waktu belaja mana sama' 
*dua2 diam.

serius aku terasa sangat aku dah mula nak hilang kawan kat kuala. tau jer ar aku macam mana. aku nih lebih kurang fahana jer suka kuar berdua2an. tak suka ramai2. rusing. hmm, sape lagi yang sudi kuar berdua jer ngan gua nih kalau tak fahana ngan raje :(

Sunday, December 19, 2010

macam mengganti baju.

Kenapa ek ada remaja yang suka sangat bertukar2 pasangan? Dalam erti kata lain playboy or playgirl. Rasa cam apa je kalau ada umat yang macam nih. Bayangkan baru berkapel dah jadi camni macam mana kehidupan lepas kahwin? Tentunya haru la kan jadinya. Ini hanya daripada mata kasar. Kalau mata tuh ditajamkan, tak tau la apa akan jadi. Haha. 


Kadang-kadang rasa dorang-dorang nih hanya membuat pasangan dorang tuh macam baju. Bertukar-tukar. Apalah faedahnya? Puaskan hati? Nafsu? Hmm tak kesahla apa benda yang nak dipuaskan tuh. Asalkan bahagia ye tak? Dah tuh bila orang-orang yang meninggalkan pasangan dorang tuh ditinggalkan pula, tau pula marah. Time dia buat kat orang dulu, takde pulak nak fikir. Pelik pelik. Eloknya orang2 camnih dikenakan balik jer. Baru tau sedar. *gelak jahat HAHAHAHA! 

Lagi satu, ada yang jenis pasangan yang dikongkong. Huh, memang tak bahagia la jawabnya. Weh bayangkan baru 16, 17 tahun dah dikongkong oleh pakwe or makwe. Ohh please la. Time umur2 macam ni lah kita kena enjoy. Jadi remaja. Nih tak, nak kuar pun nak mintak permission. Tak salah rasanya kalau nak berkapel. Tapi tolong la jangan jadi kapel yang tak bebas. Ingat. Kapel tuh tak semestinya akan jadi suami isteri. Kalau dah ada tittle isteri or suami tuh takpe la jugak kan nak kena mintak kebenaran bagai. 

peritnya hidup.

Sangat tak boleh terima kalau ada kawan yang dikongkong oleh pasangan dorang. Nih kawan ajak kuar makan pun tak boleh ada laki ar tak boleh ada pompuan ar. Apa jadahnya macam tuh kan? Tapi best kan kalau tengok pasangan kapel yang sempoi. Jumpa membe2 pun tak tunjukkan yang dorang tuh pasangan bahagia walaupun hakikatnya takdelah sebahagia mana. Haha. 

Mana aku belaja jadi macam ni? Daripada Mr.Rahezzal Shah. Hahaha. Kalau ikut dia pulak lagi dasyat kot. Contoh ye yang penah dia bagi. Awek merajuk sebab pakwe taknak kuar pegi tengok wayang. Merajuk tuh pulak sampai 3 4 hari. Katanya tinggalkan saja awek tuh. Buat apa lagi mau tunggu rayu2. Punya bidak. Hahah itula antaranya. 

p/s : aku pun tak tau macam mana kalau aku berkapel nanti. Tapi rasanya lebih baik tak payah. Admire lagi ok :D

Saturday, December 18, 2010

:D

kat sabah takde mamat yang boleh diusha la. isshh bosan la macam nih. aku lagi dua tahun kot kat sana. apa macam nih. aduhh at least kasi la yang boleh cuci mata nih. supaya mata saya kelihatan cantik sentiasa. takdelah aku perlu makan carrot hari2 untuk cantikkan mata. wahai jejaka handsome sabah, tolonglah kau limpas depan aku. huhu.


you're beautiful
every little piece, love, don't you know
you're really gonna be someone, ask anyone
when you find everything you've looked for
i hope your life leads you back to my door
oh but if it don't, stay beautiful

nih kes selalu mengusha orang. yeahh!

perempuan suka membuang duit?

Perempuan suka buang duit? Serious? Tak tipu? 

Ok nih pandangan aku sebagai seorang perempuan bukan sebagai seorang lelaki, bapok, tomboy atau apa sahaja. Bagi aku, memang betul perempuan ni suka membazir. Tak dinafikan langsung. Kenapa? Sebab mereka ni nak puaskan hati mereka sebenarnya atau dalam erti kata lain puaskan nafsu mereka yang ada 9 tuh. Bayangkan, 9 nafsu yang nak dipuaskan. Fuhh penat jep. 


Orang perempuan ni suka accessories yang boleh menampakkan dorang tuh cantik. Tak kirala apa sekali benda tuh asalkan dorang nampak cantik dan bergaya. Contohnya handbag. Ok, ada yang cakap handbag ni boleh beli jerk at uptown, downtown atau pasar malam supaya boleh dapat murah dan handbag tuh kelihatan original. Kiranya mcm nilah murah tapi nampak ori. 

Tapi, dorang nih tak penah fikir kalau seratus kali dorang beli handbag murah tuh dah jadi bape juta pulak kan? Tak ke bangang namanya tuh. Kenapa aku cakap camtuh sebabnya faham2 jela kalau harga murah macam mana kan tak tahan lama. Mungkin pakai sebulan dah koyak rabak. So, kita kena kuar duit lagi beli lagi handbag. Tak ke membazir namanya tuh? 

Ok, mungkin ada yang nak menyangkal benda nih. Bagi dorang, dorang beli handbag2 yang harga camtuh sebab nak tukar2 handbag. Nak ikut fashion terkini. Hmm, kalau macam tuh gayanya maka tak boleh la ubah persepsi yang mengatakan perempuan mmg suka membazir. Kalau aku pulak, aku suka beli barang yang branded. Bukan nak belagak tapi kalau beli yang branded sangat berbaloi kalau kita guna. 


Aku simple jer. Beli kasut kaler hitam, handbag warna hitam. So, benda tuh boleh matchkan banyak kaler. Tak kesah apa warna baju yang kita pakai. See, kalau beratus aku beli pun benda tuh boleh pakai bila2 jer. Tu pasal aku beli yang mahal terus. Takyah tukar2. lagi satu, aku fikir jugak aku nih kan masih lagi ada title student. So, apa perlu nak bergaya sangat seolah2 macam dah bekerja kan? Student buat la cara student. Anggar jangan dipanggil tak tau bergaya langsung dah la. Takyah nak over. 

Lain la kalau dah bekerja, ada duit sendiri. Takde susahkan orang tua kita. Ni nak beli spender baju dalam pun masih suruh mak beli, melaram nyer bukan main lagi. Nih sume hanya pandangan aku jer okeh. What about you?

p/s : tak dinafikan kalau masuk shopping mall tuh mata orang perempuan nih rambang. sumenya nak. aku pun macam tuh jugak. cuma, tahan2 lah nafsu tuh siket. itu jer yang mampu mengubahnya. sama-sama lah kita.

Friday, December 17, 2010

lelaki kah saya?

Nak tau, dulu masa aku kecik-kecik aku ni macam abang-abang aku. Haha. Mana taknya apa yang abang aku buat, sume aku buat. Dorang main gasing, aku pun main gasing gak. Main guli pitek tuh pun aku main jugak. Haha. 

Ingat lagi masa duk kat taiping dulu aku, eg ngan aien naik satu basikal yang sama. Aien yang paling tua, dia la yang bawak basikal tuh. Eg duk kat kat belakang. Aku duk kat depan handle. Haha hebat tak kami? Dah tuh kan masa tuh kat umah belakang ada cam semak2. Bapak aku pulak masa tuh ada buang tilam kat belakang tuh. Abang2 aku boleh buat perkhemahan kat semak2 tuh. Aku pun sibuk nak ikut. Apa lagi kena sembur ar. Menyemak je nak ikut kan.

giler doh.

Dorang main polis entry want to jaga tuh pun aku main sama. Sampai masuk dalam longkang nih nak nyorok. Bila fikir balik rasa macam bangang jer buat macam tuh. Penah dulu sekali bapak aku marah aku ‘adik ni kenapa main gasing? Penah tengok orang pompuan main gasing ke?’ dengan muka tak bersalah aku pun jawab ‘ada. Esyah la’ terdiam bapak aku masa tuh. Hahah time tuh umur aku 5 tahun kot. 

Lepas tuh bila pindah Kuala Selangor, lagi handal. Haha. Balik kampong jer, pokok pelam tuh mmg port aku ar. Ambik bantal kat rumah atuk aku pastuh panjat pokok pelam tuh tido. Haha. Dah tuh kat rumah, aku selalu kuar. Pukul 2 petang dah hilang. Bayangkan. Macam mana la muka aku yang putih dulu tak jadi hitam macam sekarang. Hakhakhak. 

Sekarang nih, anak sedara sepupu aku nakal jugak tau. Dia perempuan. Dating rumah aku nih, slumber dia jer main sepah2 kan rumah aku. Aku pun bising la lepas budak tuh berambus balik. Bapak aku pun cakap la time aku tengah merungut2 tuh ‘ko tuh pun apa kurangnya’ aku cakap la ‘awak dulu nakal takdenya nakal kat rumah orang. Kalau lingkup pun rumah bapak awak jugak’ gelak bapak aku tengok aku marah. 

nanti aku pakai bedak banyak2 baru cantik tau.

Kalau ingat zaman kecik2 dulu rasa nak tergelak jer. Time kecik2, aku tak suka pakai gown, skirt, segala benda pmpuan ni lah. Sangat tidak suka. Start umur 7 tahun kot aku tak suka. Ishh rimas la pakai pakain macam tuh. Mak aku buat berpasang-pasang tapi aku pakai sekali jer pastuh tak pakai dah. Dari kecik aku punyer style t-shirt ngan suar. Pastuh baju kurung. Haha. Baju kurung tuh kira dah pmpuan habis ar tuh. 

aku tak rasa pun aku rugi jadi kasar time kecik2. Sekarang ni pun aku still kasar walaupun aku try nak jadi lembut. Sebabnya bila perempuan tau macam mana nak berkasar, orang laki atau perempuan tak berani angkat muka ngan kita. Yeahhh! 

p/s : kalau jantina anda perempuan, buat cara anda tuh perempuan. Kalau jantina anda lelaki, buat cara anda tuh lelaki. Jalankan tanggungjawab anda masing-masing.

cerewet.

Cerewet. Penah tak ada kawan, family, sedara, sepupu-sepapat ke yang cerewet? Leceh kan kalau ada orang macam nih. Mak aku pun cerewet gak. Tapi takde ar sangat cerewet nyer. Sempoi kot. Bosan kot kalau cerewet nih. Ye ar bayangkan kalau hias rumah. Itu letak kat sini yg itu letak kat sana. Jangan senget siket pun. Aduhh tension kot kalau camtuh. 

Tapi kalau takde sifat cerewet ni pun payah jugak. Nanti kalau time teamwork mesti kerja2 yang dihasilkan tidak memuaskan. Ye ar cincai kila punya pasal kan. Kalau dapat yang macam nih, hukumnya senang jer. Lepuk kepala orang tuh 3 kali cakap bongok. Nanti elok la tuh. 

Ps3 best : sebenarnya dalam hidup ni perlu seimbang, tak perlu nak jadi cerewet membabi buta kalau tak kena pada masanya.

Thursday, December 16, 2010

lesen.

tadi gua retest lesen moto. hari tuh time test lesen kete ngan moto, kete lepas moto pulak tak lepas. so, bila dah jadi camtuh aku dah malas nak ambik lesen moto. tapi mak aku paksa jugak. bayar pun bayar la. so, aku pun haa okeh. alhamdulillah tadi ambik dah lulus dah.

semakin di depan :)

masalahnya sekarang nih, aku sangat heran kenapa orang perempuan di sabah tidak suka ambik lesen moto? macam mana gua nak merempit kalau macam ni? kenapa eh? time mak aku paksa aku ambik lesen moto, aku penah gak cakap 'mak asyik soh esya ambik lesen moto, kenapa mak taknak ambik je?' jawabnya, 'aku dah tua. lagipun aku takut' aku terusla ketawa. 

mak aku pun cakap dia sebenarnya taknak ambik lesen moto sebab nnt muka dia tak cantik, hitam, dan sebagainya. mungkin itulah sebabnya perempuan2 ni taknak ambik lesen moto tak kira anda dari mana bukan? haha cair make up i tauuu!

Tuesday, December 14, 2010

Tupperware.

Semalam, time aku tengah sibuk melayan facebook, tiba2 mak aku masuk bilik aku sambil buat bunyi orang yang tengah pedas ‘arhh ssss..ssss arhh’ macam tu ar bunyi nyer. Aku pun cam pelik apa hal lak begitu bunyi nyer kan. Terus aku toleh ke kiri tengok mak aku. Rupanya dia tengah pegang cili merah. Dia nak kasi kat aku cili tuh.

Aku pun terus ketawa tengok mak camtuh. Mak mmg suka wat lawak ngan aku. Nak tau bagai mana rupa cili tuh? Ha tengok la gambarnya.

ni lah cilinya. 

Lepas aku ketawa, mak pun cakap ‘ko kan dah ada bawang putih, tambah la cili. Baru ada rasa pedas siket’ seyes, mak aku betul2 buat muka seyes seolah2 dia cam soh aku masak. Nak masak apa pulak tengah2 malam tuh kan. Haishh.

Aku ingat nak register member card Tupperware la. Mana tau aku leh jual nanti bila dah besar. Haha kawan2 aku dah kahwin nanti, boleh la aku jual kat depa. Fuhhh! Boleh maju. Harga kawan dapat diskaun lebih.

p/s : mak gua cakap ‘ko nak tupperware2 tuh ambik la. Bukan leh bawak kubur pun. Tu ha kat rumah depan tuh pn banyak lagi mak punyer. Ambik la’ sem 2, penuh Tupperware dalam bilik :)

*mak gua pun dah sediakan tupperware untuk masak maggie, untuk makan nasi, untuk minum air sejuk, untuk minum air panas, untuk simpan biskut, untuk simpan gula. gilerr!

Part 3 (junior besar)

Iklil. Sumpah dia nih giler. tapi kan first2 aku tau dia nih budak semenanjung, giler sombong. dah tuh an cam dak sengal tau. sebabnya orang tanya sepatah, sepatah jawabnya. and muka dia pun cam takut nih. thats why la aku kata dia nih cam sengal. aku start rapat ngan dia pun sebab fiza. yelah fiza kan satu kelas dengan dia.

bila dah lama2 kenal rupanya giler weh. aku tak penah tengok orang cam dia nih. slumber gaban betul. masuk bilik aku, suka hati dia je apa yg dia nak buat. takpe itu aku tak kesah. yang dia tau gi one b, CP, pastuh main UNO. itu dia tau ar. hahaha.

aku kata dia sombong, dia pun kata aku sombong. ngam la tuh. haha bilik sebelah2 tapi dah nak dekat habis sem baru rapat. tak ke mangkuk namanya tuh. benda yang paling aku suka ketawa dia ar. nampak diam, sekali ketawa tokojut den.

Sandra reena. hurm, dia ni mula2 aku kenal time first kelas la. time kelas BEL. perhh dengan muka dia yang agak belagak time tuh pastuh speaking berhabuk + berdebu lagi. memang sah2 aku cakap 'boleh tahan lak minah ni' hahaha. aku tak bape rapat dengan dia nih sangat sebab aku ni susah nak rapat dengan orang sesuka hati. rasanya aku rapat dengan dia sebab dia satu kelas je kot.

tapi sekarang tidak lagi. nehi nehi. rapat jugak la dah ngan dia ni. dah nak habis sem hari tuh, selalu kuar ngan dia. sangat sempoi dia nih. open! i like :)

Adi Ismail. ermm aku kenal dia time form 3 kot. eh entah tak ingat rasanya camtuh ar. itupun Raja yang kenalkan. tanggapan pertama bila tengok dia. 'kerek tul mamat nih. membajet' itu la yang terlintas. mana aku tak kata kerek. jalan sebelah2 punyer men sombong muka dia. rasa nak lepang jer. rasa je ar. takdela aku lempang dia.

rasanya aku start rapat ngan dia bila eh? erm form5 kot. ha yelah. itupun sebab sebab macam2 sebab ada. malas nak citer. tapi itu arh. dah la kuat ngutuk orang. menyakat tak habis2. itu ar dia. tak sangka lak dengan muka dia yg kerek tuh, tiba2 jadi baik pulak. hahaha 

p/s : itu sahaja daripada saya. hehe :p

Sunday, December 12, 2010

Part 2 (junior muda)

Farah Ashikin. She was my roommate. First time jumpa dia, hmm kelakar kot bagi aku. Mcm ni citer dia. Time tuh ada kakak pm yang cantik tunjukkan bilik kat aku ngan abang aku then, masuk la bilik tersebut. Tak lama lps tuh kena isi borang2 yg tah pape tuh. Duduk ar kat satu meja ni sebelah si farah. Tiba2, tgh aku menyumpah2 dalam hati mengisi borang2 tuh, si farah ni “hai, apa khabar?” (sambil menunjukkan muka excited dia. Friendly giler kot) terperanjat den dibuatnyo. Maka, lepas tuh bermula la minggu destini siswa. 

Haha, lagi lawak. Ada satu hari tuh satu bilik aku nih sume bangun lambat. Sepatutnya kena bangun kul 3 camtuh. alih2 bangun kul 4. Apa lagi menggelabah ar sume bangun nak gi mandi. Yang si farah ni pulak. hahak. Gelabah tahap ultraman. Dia asyik cakap time bersiap “matilah sia. Matilah sia” jenuh aku cakap ngan dia, relax la farah. Takyah gelabah2. Aku time tuh tengah mengambil masa manis aku (take my sweet time) time tuh ar aku tengok dia gelabah giler2. 

Bila dah lama kenal siket ngan dia, baru aku sedar yang dia nih kuat mengelamun. Berangan jadi princess. Yeahh itu lah dia. Takleh nak ubah. 

Nur Shafiera. Aku kenal ngan dia nih time dalam surau yg tengah bersesak-sesak sampai aku sesak nafas. Masa tuh tgh MDS la. Aku ingat lagi time tuh waktu subuh. Tau je ar waktu subuh kat sabah kul 4.30pg. mmg waktu sedap tido kalau kt semenanjung. Masuk surau pn ngantuk jer. Masa mula2 sembang ngan dia, aku tak bape layan sangat dia. Sbbnya fiza dah layan. So, aku wat pandai jelah. 

Time sembang2 tuh, tanggapan aku ‘apahal minah ni cam gelabah jer’ maksud aku dia tuh gelabah kalau bercakap. Aku diam jer ar alih2 bila habis MDS, aku dapat tau dia satu kelas ngan aku. Hati nih berkata lagi ‘aduh apahal minah gelabah ni satu kelas ngan aku?’ masa tuh aku ingat lagi shafiera nih rapat ngan zura. Haha. 

Lama kemudian, dia rapat ngan aku. Cam tak caye doh. Haha. Bila dah kenal dia lama2 siket, dia nih punyer ar cam cilaka. Membahan orang tak habis2. Agak cipan ar di situh. Ahh bukannya aku kisah pun. Aku pun bahan dia apa kurangnya. Open ar siket. Takkan nak jadi katak bawah tempurung. At least jadi ar katak dalam aquarium. 
*selalu gak minah ni lepak bilik aku. Cara dia masuk bilik aku, “weh aisyah taib apa ko buat?” 

to be continued

Saturday, December 11, 2010

pacebook

ramai remaja kini suka tido lewat. Tak kira apa jantina sekali pun. Yang pelik dan hairan, orang pompuan la kan. Kalau orang tua2 mesti marah kalau orang pompuan tido lambat. Kenapa ha? Yes memang tak manis bila dipandang kalau orang pompuan tido lambat. Kalau tido lambat, bangun pun mestila lambat kan? Jangan tipu la kata bangun awal. Bangun awal pn, solat then tido smpi tgh hari buta. Silap2 petang terus. 


Dah tuh, ada pulak yang kata kalau tido awal ni tak bujang. Haha ayat nih mmg gempak ar. Atikah Akhir yang bagi kat aku tuh. Tercabar aku. Tak bujang weh. Time tuh dah kul 2 pg. Dia kata tak bujang. Haha tapi aku pun pelik nape aku nak tido awal hari tuh. Malangnya, tak tido pun. Golek2 jer atas katil berangan-angan sampai kul 4 lebih. 

comel kan?

Pastuh esoknya mak jadi alarm. Esyah bangun. Esyah esyah. Tak cukup ngan esyah, siti aisyah pulak. aku pun heran sekarang nih kenapa kalau aku bangun lebih kul 9 mak aku dah bising. Kalau dulu, kul 1 pun takde hal. Lantak kome ler. La ni, berani buat tengok. Tak kena bebel nanti buat ar. Sebabnya, aku kena bangun awal tuk buat keje2 rumah termasuk memasak. Fuhhh tension beb. 

Mungkin mak aku menjalankan pesanan yg telah dipesan oleh bapak muda aku kali. Erm takpe tak kisah. Dah adat orang pompuan camtuh agaknya. Dah la umah ni ramai lelaki, lagi ar. Mmg jadi sasaran ar. Penah jugak aku tanya mak aku ‘mak kenapa tak beranak anak pmpuan lagi ha? At least 2 orang ker?’ mak pun jawab ‘kenapa? Senang ko nak bertolor ngan dia?’ ‘mesti ar. Esyah penat ar buat sorang2’ mak pun ckp ‘ko soh abah ko kawin lagi’ ‘ee kalau dpt anak pmpuan pun, dia kecik lagi. Wat apa’ 

Aku merungut camtuh sebab kadang2 dah terlampau buat byk keje mesti ar jadi malas kan. Sebab tuh ar. Tapi time tuh aku melawak ar bukan dalam keadaan seriyes. Mak aku jawab soklan aku tuh time dia demam panas. Fuhhh time itu yang paling penat ar. Tak penah aku rasa penat camtuh. mak aku demam2 pun boleh melawak. 

Apa sebenarnya yg ko nak sampaikan ni syah? 
Act, i nak cakap yg angkara facebook la punca orang tido lambat. Yeahh that’s the point. Setuju tak?

Friday, December 10, 2010

kecoh fb pasal result.

hai! lama dah tak men post2. nak men post2 la hari nih.
erm, kat fb kecoh giler pasal result. subhanallah. punyer men penuh status2 yg berbaur result final untuk sem 1. perhh penat den baco satu2. ada yg kecewa ada yang memanjatkan kesyukuran terhadap illahi. alhamdulillah kepada yang lulus.

erm, result aku pun ok jugak. alhamdulillah takde yang repeat :)
so, next sem work more harder okay. 

Saturday, December 4, 2010

part 1 (freshie)

okey lets start.
firstly, pasal Raja Norhazrin. hmm, dia sangat okey! first aku kenal dia. darjah 4. darjah 3 aku tak kenal dia pun dan tak tau pun yg dia tuh wujud. seriously aku tak tipu. start darjah 4 baru aku kenal dia n mula rapat ngan dia. time sekolah rendah, dia sangat3 sensitive. i mean sensitif yg tak boleh dikawal. itu mmg saya tak boleh terima. mungkin time tuh dia belum lagi dilatih untuk menjadi wirawati yang berjaya. dan sekarang dia sudah berjaya. yeahh! and now, saya sangat tau macam mana dia tak puas hati, and macam mana dia puas hati. hehe. 

time sekolah menengah pula, dia dah ok dah boleh kawal perasaan sensitif dia. selalu jugak aku dengar masalah2 dia. one more thing, aku sangat geram dengan cara dia belajar. perhhh time pmr and spm, sume sapu habis. mantop! kenapa aku geram, sebab pelajaran aku mendata jer. tak naik2. dah la syah. ko tuh dah bengap, bengap jugak. nak geram2 pulak. aku bg kang. 

next, Farahana Nabilah. dia nih pun sangat okey! tapi aku start kawan ngan dia time form 2. itupun dah nak dekat hujung2 tahun. kenapa aku taknak kawan dgn dia awal2 tahun? sebab mmg aku taknak lah. banyak lak soal. tak tau ke aku nih memilih kawan? tau pun. mula2 aku tengok dia, dia orang yg belagak. itu tanggapan aku yg pertama. seyes aku tak tipu. orang putih kata 'dont judge a book by its cover' tapi aku, slumber jer. manusia mmg mempunyai perasaan2 camtuh. dengki mendengki nih mmg wujud. tapi aku xde ar dengki ngan dia. apahal lak nk dengki kawan pun tak time tuh.

kenapa aku kata dia belagak sbb dia cam taknak tegur orang. asyik berkepit ngan hafiza. pastuh rehat kuar ngan rabiha n adilah. so, aku biar je ar. bukan kawan aku an time tuh. *punyer kurang ajar ayat..then, lama2 aku tengok dia kan cam orang sawan tau. asal aku cakap je dia gelak tanpa suara. imagine that! tak ke macam orang giler ketawa tanpa suara sorang2. so, aku pun layan je ar dia hari ke hari tanpa disedari kami menjadi rapat. sehingga la sekarang dan jadi adik pun :)

next, Hafiza Jamaludin. ha ni lagi sorang. kawan dengan dia best. tapi bak kata raje, kadang2 dia cam annoying. tak tau ar apa yg annoying tuh, tp annoying la. payah nak cakap. kalau time form 1 dulu punyer men banyak bercakap. soh, diam pun slumber jerr dia cakap. tak henti2. macam keretapi takde break. kecuali letupkan jer keretapi tuh. baru berhenti agaknya. silap2 hilang langsung. dah tuh dia nih kuat melatah. bukan melatah 'oh mak ko meletup kebabow' bukan yg tuh. maksud aku, eh hafiza ko suka acap eh? melenting macam singa betina lapo tak makan 10 hari. gitu ler gamaknya. cuba ar slow and steady. just say yes. its ok what. 

Fazrul Faiz. budak nih sangat2 menyakitkan hati. sakit hati yg menyejukkan hati orang. haa pikir lah cam mana tuh. time sekolah rendah, tengokkan rupanya bukan men alim. ngan songkok an. suci jer muka nyer. alih2 masuk menengah lain jadinya. menyakat orang jer memanjang. tak renti2. terutama aku ar yg kena ngan dia. bikin panas.  memang sonok ar kawan ngan dia walaupun dia sangat suka menyakat orang.

Fahmi Ibrahim. budak ni lagi ar. time form 4 dulu aku ingat dia budak baru. punyer ar time tuh tak tau pasal sekolah. bagai katak dalam aquarium. tak tau pape. padahal c fahmi tuh dah wujud dari form 3. itupn nasib baik dia form 4 satu kelas ngan aku. kalau tak, haram nak jumpa dia. dia nih pun lebih kurang cam faiz ar. menyakat orang jer kejenya. tapi dia nih ok ar. boleh dibawa berkira. 

ps 1 : saya mintak maaf kalau anda terasa.
ps 2 : saya takdelah perfect mana untuk mengata anda. 
ps 3 (yg terbaru hrga 1300++) : anda dipersilakan untuk mengata saya kembali.

to be continued

Friday, December 3, 2010

fabrik kain

Sekarang ni fashion baju dah pelik2 dah. Banyak fashion yang dah kembali ke zaman dulu kala. Bukan lagi kini kala. Contohnya baju polka dot. Cumil nih. Ada dot2 kat baju. Orang lain pakai mmg cumil, but not for me. Hahah tak tau pehal aku taknak try pakai baju polka dot. Funny kot.

Fabric kain yang paling aku suka English Cotton la. Superbbb!! Kain lembut bak sutera. Sah2 tipu! Haha. Kain dia tak lembut. Tapi sedap pakai. Harga konfem ar mahal. Mahal pn takde la mahal mana. Standard ar kalau 4 meter rm60 rm70 kan? Ok la tuh.

contoh corak cantik bukan?

Why i like English cotton? Punyer pasal la nak suka ke taknak. Pehal ko? Eceh takde la. English cotton nih kan kain dia bunga kecik2. Untuk orang yg badan besar cam aku nih, ok la kalau pakai. I loikkkeee. Baju aku yg paling aku suka yang kale pink bunga dia tapak kale putih. Itu yg paling aku suka. Kain dia cam baju sekolah nih. Pastuh kan, kalau basuh pn tak kecut kain tuh. Tak senteng kalau aku pakai balik.

Bukan cam kain yg aku beli kat jackle tanjung karang tuh. Sumpah kain kat kedai tuh tak elok. Aku kira kain kat kedai tuh kain tipu. Can you imagine, kain semeter rm16 brand English cotton, pakai konyok habis. Dah tuh bila basuh pakai balik senteng habis. 10 kali ko basuh? Betapa kecik baju tu akan jadi? Ish3. Tak suka aku kedai tuh.

Baik lagi kat butik Amy Collections. Dah tentu halanya dia tak menipu. Setakat ni Alhamdulillah semua kain2 english cotton yg aku beli kat kedai dia tuh sumenya sedap pakai dan berbaloi2. Biarpun harganya agak mahal sedikit, tapi sangat berbaloi.

Mak ada buat tau baju cotton untuk aku. Tapi kain murah je. Semester 4 5 6 ingget jer. Hehe. Baju tu wat belasah jer. Mak soh wat gi kelas hari2. Yang pelik dan hairannya ramai pulak ingat kain tuh kain mahal. Hahaha mungkin sebab coraknya sama ngan kain mahal. Mungkin la.

p/s : japaneese cotton yg paling mahal dan paling sedap. betul2 holiaw! (ada jugak yg murah) and, ada jugak english cotton bunga besar :)

permission please. just say yes

orang selalu wat entry pasal kawan dia sume yang baik2 bukan? ok sekarang nih aku nak wat entry pasal kawan2 aku yg jahat2 jer. kalau ada yg baik pn just 1%. tak lebih daripada tuh. haha. amacam? ok ka?





to be continued 

Tuesday, November 30, 2010

sahabat menjadi cinta.

mereka jugak kawan baik :)

haishh dah banyak citer yang aku tengok sume kawan baik nih. best best best.
err, semalam R to the end of L call. no tidak dikenali then tanya sape dia cakap la. nasibla mood aku baik, aku layan dia baik2. hehe thank God i'm normal. hahak.

p/s : cari tajuk lagu tajuk entri nih.

Sunday, November 28, 2010

terharu

best ker dapat best friend lelaki? huhu cam best jer. hakhakhak. gate. 

erm, bagi aku ada best friend laki nih best. sebabnya kita cam tak perlu nak jaga hati dia sangat. boleh cakap kasar2. err tapi tengok orang jugak. ada jer laki yg sensitif tahap gaban. kena babi siket dah tak tegur 2 minggu. tapi kan, best friend laki ni boleh ke dibawa kepada sesi luahan hati dan perasaan? yelah sometimes, kita mesti ada rasa sedih, problem suma kan. boleh ke laki jadi pendengar setia untuk kaum perempuan? hmm....

kebiasaannya, kalau bestfren laki and pompuan, konfem dorang tak jadi kawan dah. dia jadi lain. bercinta maybe. tersuka mungkin. adik beradik camtu lah. hahaha, tapi seronok camtuh. i likeee. tafsiran aku, kalau dah jadi bestfren, tiba2 tukar jadi pasangan bercinta, sure tak ke mana. yang seronok nih, cinta pandang pertama. eceh poyo. sorang dak pahang, sorang dak selangor. jumpa kat taman di pahang. aisehh. 

mereka kawan baik :')

Saturday, November 27, 2010

artis artis

artis2 Malaysia yang aku minat. haha. cam tak caye jer aku minat artis malaysia. yang omputih tu pn aku tak bape nak minat, apatah lagi artis malaysia. huh. tapi serius aku minat banyak artis malaysia. cuma tak declare jer. kalau orang pmpuan tengok artis laki ensem mesti ada ayat macho giler, smart giler, hensem giler. sumenya giler. takde yang normal. -_-  (terutama bila tengok artis korea)


aku minat ngan awie. hahahaha. biarpun aku selalu gaduh mulut ngan mak aku pasal awie nih, aku tetap minat dia. lawak kot. mak aku selalu kutuk rambut dia cam setan la apa la. haishhh peduli apa gua. 
*lagu dia pun best2. takat leleh.


kalau yg ni takyah citer ar. memang meletup. aku suka dia sebab dia unik. pandai nyanyi, buat lagu. selalu jugak dia ni kena kutuk ngan abg aku. katanya ko ikutlah dia tuh kang esok tanggal baju nak tunjuk S. no komen.


yg nih aku minat sebab dia cantik jer. haha terpengaruh ngan aien. suka tengok citer sebab hero n heroin cantik. so, aku mnt dia sebab dia cantik. kalau tak cantik, takdela aku minat.


nih pun sebab cantik. haha kalau artis pmpuan aku minat sebab dia cantik jer. takde sebab yg lain. bukan kerana lakonan yg mantap ke apa ke. takdenya.


haaaa yg nih best. tak tau ar sejak bila aku kemaruk ngan dia nih. haha hensem pn hensem. yela kot dia hensem kan. haha. kalau tengok dia berlakon dalam citer adnan sempit, kelakar kot. haha ngan muka dia yg tak tau malu tuh. takyah citer ar. tengok ar sendiri citer dia. the series lg best.


no komen la pasal mamat 2 ekor nih. haha kelar nih. kejenya menganjingkan orang jer. 
tapi yang paling10 aku minat yg nih


yeahhh tengok betul2. band nih mmg best. haha tapi ni bukan artis malaysia ok. indon mali. pasha pasha.
pasha pandai main drum. i likeee :D

p/s : saya minat artis tak sampai tahap kemaruk atau taksub. harap maklum.

Thursday, November 25, 2010

anyone knows

where can i read blog or web that have knowledges? history? news?
some ideas?

Tuesday, November 23, 2010

tak berbaloi.

berbaloi ker habiskan duit hampir cecah ratus ringgit hanya dengan tudung sebegini


tudung simple, takde batu belah batu bertakup tapi mahal giler. mak aku kira harga tudung camni dia beli total 2 ribu lebih. apa jadahnya nak habiskan duit sebanyak itu hanya untuk tudung camnih?? ish3. pelik den. kalau duit tuh bagi kat aku, perhhh macam2 aku buat. ini tudung je. je. satu tudung leh dapat sepasang baju kurung beb. 

takde la cantik sangat tudungnya. biasa2 jer. baik cam aku, beli tudung rm20 ingget je. tapi tudung bawal la. bukan jenis cam atas ni. tak main la. pastuh nak kasi cantik lagi, tambah la labuci2. jimat wang tak membazir. nih beli tudung je rm95, rm100 pastuh takde labuci. huh. membazir giler. 

*tak dinafikan la kalau tudung mahal camtuh kain dia sedap untuk wat tido. hakhakhak.

change change change

kalau dulu, esyah yg nih takut nak main game perang. tapi sekarang tidak lagi. eceh. 
dulu eg suka cakap "esya takut main game. penakut!" itu ayat yg akan kuar sehingga kini kalau aku tgh main game perang. heyy common la. adik you ni sekarang dah nak masuk 19 ok. apa ko ingat aku ni 6 tahun ker? kalau 6 tahun ye mmg aku takut main game perang. sampai demam. 


now selalu men game counter strike. kalau men sorang tak best. main 3 komputer dah memadai. bet ngan abang2 i lah. bermaki hamun nih. hahahaha. takde keje kan, mmg camtuh. pastuh lawan game age of empire. pun bet ngan dorang. men bangsat nih. dorang bedua kejekan aku. pastuh ketawa. 

nih sekarang tengah cari red alert. mana tah aku campak cd tuh. hr tuh gi kedai nk beli baru ada ke dia cakap dh habis. meninggi suara aku kt kedai tuh. bikin panas. nnt ar try cari kat shah alam. 

ingat lagi dulu time darjah bape entah main game age of empire. aku main tipu. hahaha. kan boleh create map sndiri. aku gi letak sume kuda banyak2 kt sekililing tempat aku. hahaha. lawan 8 negara. still aku yg menang. mana tak nya, orang datang serang bawak dalam 20 orang yg standby 1 2 ratus. hahaha. sampai ada yg tak guna askar2nya. haha serius penakut.

kalau men counter strike pulak lagi ar. aku asyik soh orang je depan. dah tu keje aku menyorok. mana taknya dengar bunyi dentum dentam udahlah gelabah. ngan sokongan yg bg menghancurkan aku lagi. gelabah giler. haha bila kena tembak udah xnak main lagi dah. hahaha lawak.

ada satu game PS dulu, honour apa entah. tapi ada honour2 la jugak. game ni la lagi aku takut. ahaha. bodoh ni. dia cam misi ada stage2 dia ar. sampai stage 1 je yg aku sanggup selebihnya aku bg joystick kat abg aku. haha. sengal. nak main tapi takut.

dalam banyak2 game yg aku main, ada satu game yg aku tak penah takut nak main. tau game apa? Guitar Hero ar. haha sebab apa? sebab happening giler. nak takut apanya. siap menyayi lagi tau. hehe. pastuh game red alert. aku main hard pun takpe. dah expert. hahaha belagak dowh.

Monday, November 22, 2010

Can someone make me happy?

Sunday, November 21, 2010

kisah saya yang anda tak tahu.

1. Malam-malam tido mesti nak kena ada bau-bauan.

apa hal pulak ni tiba2 je ada bau-bauan ni? nak kena ada bunga ros ke baru nak tido? heeeyyy bai jangan men giler bai. haha bau2an yg dimaksudkan ni bau yg polis tengah cari sampai sekrang. bau masham2 bushuk2. kalau polis jumpa barang tuh, perhhh mmg ke dalam ar jawabnya. mau tak dikira drugs kot. haha bantal x dapat, tilam pun jadi. handal tak?? aisyah bha ni.
*bapak muda i suka marah pasal bantak busuk i.

2. Tak pandai masak, tapi pandai makan.

haa bab ni memang i mengaku, i tak suka masak dapur. eh masuk dapur. masuk dapur pun sebab nak makan. kalau tak, haram. eh walaupun aku ni boleh dikategorikan tak pandai masak, tapi aku pandai rasa tau. sape yg masak tak sedap tuh, sume aku tau. apa rencah yg kurang, aku tau tau. jangan main giler. lately, aku dipaksa untuk belaja masak. act, teori aku tau. cuma belum buat praktikal je. mungkin sem 4 baru praktikar. hahaha! ceh takde ar. lately ni, dh selalu masak kot. selalu? hak tuihh! aku tau masak yg asas je. asas tuh bukan ar masak air.

haha kalau masak camnih, perhhh!

kalau setakat masak air tuh, baby baru lahir pun tau buat. ala basic2 jelah. takkan tak paham kot. ok paham pon. sebab apa saya dipaksa memasak? sbb bapak muda saya yg suruh. ngeee :D satu cuti sem ni asyik aku je yg ke dapur kot. mak aku goyang kaki tgk tv kat depan. woahhh! jd mam besar kt rumah tuh. tapi anakda tak kesah. untuk masa depan yg cerah :)
*aku malas nk sediakan bahan sebenarnya. leceh doh. lg satu orang kata orang pandai rasa ni pandai masak orangnya.

3. Pemalas tahap Gaban.

hahaha yg ni paling aku tak tahan. gaban tuhhhh. serius memang aku malas tahap gaban. kalau tak takkan ar mak aku bg tittle lazybum kat aku. itu dh jelas yg aku mmg malas. haha. tapi kini, kini. i repeat, kini. mak aku kata aku dah tak malas. ajaib bukan? well sentiasa pegang pada "nothing is impossible" kenapa mak aku kata aku dh tak malas? sbb aku sekarang dah jadi orang gaji tetap dirumah ketika berada di rumah. yeahhhh! mana taknya kalau dulu, lepas makan pinggan campak je kat sink. pecah nasib. kalau tak pecah alhamdulillah.


dah tuh soh lipat kain, dh cukup 4 hari ke atas baru baju2 tuh akan dilipat. itupun syukur kalau aku yg lipat. tapi selalunya mak yg lipat. hehehe. tapi kini, segalanya telah berubah. ewahhh bangga pulak. poyolah. orang mmg dh rajin ok. ko tuh je baru nk berubah. tak guna! ala relax ar. gua berubah pun sbb gua ada otak. gua xnak ar digelar 'menghabiskan boras yo' at least mak gua senang kat rumah. leh tengok citer safa marwa, cahaya dan macam2 lagi.

sekarang mak gua goyang kaki je. itupun dh buat gua senang hati. ingt la masa mak korang susah xkan ar korang dah besar2 pun nk susahkan mak lg kan? *tiba2 wat citer terharu pulak

4. Tak boleh hidup tanpa kopi, nescafe dan sebagainya.

aku dah tau dah jawapan korang. "tak baik minum kopi selalu banyak kafin. nnt otak ko leh jd giler" hahaha. dah ketagih nak wat macam mana? bayangkan time duk hostel dulu, 2 orang kawan bilik aku dh ketagih nescafe. baru cium bau nescafe aku, dh ketagih. hahaha. rasain lorr. nescafe la punca aku belaja ketika di bilik. niat di hati mmg nk belaja tapi tanpa nescafe, belum sempat baca the dah khatam. terus tido. at least ada nescafe, ok la cket. haha. radix la yg paling bestt!! julap kot. hahaha. bodoh!

konklusinya, ewah. takde konklusi. yang ada conclusion. 
the end.

Saturday, November 20, 2010

jangan terkejut.

AKU ADA BAPAK MUDA !

terkejut tak? terkejut tak? hahahaha.
farah kata aku ada bapak muda. ketawa aku dengar.

kisahnya begini. bukan begitu. masa mula2 aku masuk bilik A4321, aku nampak ada minah tengah menulis2 di atas meja. then, kakak PM tuh pn bagilah aku berbagai2 jenis borang dan kad berkaitan ngan kolej tuh. aku malas giler babi nak isi sume tuh sebabnya aku kepanasan. penat naik tangga tau. peluh pun tak kering lagi sekali bapak muda aku tuh soh isi sume2 tuh. sanggup dia tunggu aku isi sume tuh.

dengan sopan santun "ko kena isi yg nih. kenapa yg ni tak isi?" aku pn isi la balik. yang budak sebelah aku tuh pulak "hai apa khabar?" hahaha time tuh dalam hati 'apahal minah ni?' haha siot je aku. masalahnya dia tiba2 je kot. macam tersampok jer.

in short, bapak muda aku tuh abg long aku. farah ingt abg aku tuh bapak aku. sebab cara dia layan aku bagai sorang bapak melayan anak. syukur :)

p/s : setakat ni saya masih belum terabai.

Friday, November 19, 2010

imagine :)

apa hal nyer tah. tengok citer Cahaya pun nak tacing lebih. haishhh pelik orang sekarang nih. baru tengok citer cahaya lom tengok citer walk tall. haa menjerit terus.

seyes weyh, lately tengok citer leleh2 cket touching lebih2 kot. imagine pun lebih. hehe. kemaruk sangat agaknya. eleh relaxla. orang pompuan ni kan ada angin2 dia. kadang2 marah kadang2 gembira kadang2 penuh kasih sayang kadang2 bahagia. standard ar tuh :D

best kot citer nih :p (mistress of spices)

p/s : dalam citer aku kaya ada dialog "abg dah kata jgn selalu tengok tv. kan ko dah jd cmni"

Thursday, November 18, 2010

sodih den.

Aku telah lelah mengikuti
Semua langkah kakimu
Dan mengharap bisa memiliki
Berbagai cara telah aku lakukan
Untuk hidupmu
Hingga aku mengorbankan hidupku

Buka hatimu
Bukalah sedikit untukku
Sehingga diriku
Bisa memilikimu

Betapa sakitnya
Betepa perihnya hatiku
Selalu dirimu tak menganggap ku ada

Sunday, November 14, 2010

tetiba entry mcm ni pulak

hari khamis hari tuh habis jer paper MGT162, aku sandra hafiza and fara terus jer kuar gi KK. warisan square kot. kita orang kuar nak pegi makan je pun. bukan nak buat apa. kita orang nak gi makan time tuh kat satu kedai ni La apa enta. La La Las Vegas kot. mungkin. kedai tuh jual makanan Penang.

act, kedai makan ni recommended by Shafiera. perh katanya "aku gi makan kt kedai penang hari tu sedap giler bai" aku pun dengan kawan aku 3 orang tadi pegilah kedai tuh. sampai2 je aku tengok orang cina yg layan kita orang. dalam otak aku "eh kedai cina ke aku makan nih?" time tuh aku dh start ragu2. bila dah ambik order, sekali aku ternampak pulak gambar harimau tergantung kt dinding. yg macam orang kuat agama budha nih.

lagi la eden dah cuak. budak2 nih tau kot kedai tuh kedai cina. aku cam nak ajak bla. tapi dh order an. bila makanan dh sampai, 1st makanan tak sedap langsung! 2nd beristighfar aku makan makanan tuh. 3rd mahal dan tak memuaskan. aku byk makan nasi drpd lauk. 

lepas habis makan kt kedai tuh, kita orang gi center point. pegi kat palm cafe. kedai makan ni agak murah dan sedap kata sandra. so, try la. again, tauke cina. but kali ni, pekerja2 dia byk yg islam. xtau la hanya pakai tudung je atau apa sbb kt sabah ni suka sangat topeng pakai tudung alih2 cristian. itu yg mata kasar aku nampak la. aku pun order la laksa. sekali orang tuh tanya aku "mee ke bihun?" dgn muka pelik jwb "mee"

tunggu punyer tunggu dapat la laksa tuh. sandra kata laksa tuh stail cina punyer dia cam kuah laksam. SEDAP!! kuah dia TERBAIKKK!! semangkuk rm6.50. puas aku makan. dengan pedas dia sume ngam. berbaloi-baloi.

serius, aku tak puas hati makan kat kedai penang tuh. yg serve pun cina apatah lagi tukang masak dia. memangla kt kedai tu ada tanda halal. soalnya orang yg masak tuh bersunat ker? suci ke? beza orang islam dengan kafir, pada kesucian dirinya. bukan dr segi dh dirogol atau tak. tapi suci dari hadas dia. itu maksud aku. hanya tuhan jela yg tau.

*nnt kang dh banyak sgt makan makanan org bukan islam yg masak, jd susah nk tmbh ilmu agama kita sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com