Monday, December 9, 2013

Perempuan dan kurus memang tak boleh dipisahkan. AKU PUN!

Assalamualaikum.

lamanya tak update blog aku nih weh. macam sekarang nih sebulan sekali baru reti nak update. itupun kalau aku cuti 2 hari macam sekarang nih. kalau setakat cuti sehari, please jangan berharap aku nak update blog ye. hihi. 

berbalik kepada topik kita perempuan dan kurus memang tak boleh dipisahkan. mana perempuan yang taknak kurus weh? mana? mana? rasanya hampir 90% nak kurus. even though dorang dah kurus pun, still nak kurus lagi. sentiasa rasa diri tuh gemuk. kalau aku, takyah citer lah beb. memang sedia kala gemuk. cita2 nak kurus tu memang ada sepanjang masa tapi tuh la sekadar cita-cita jela.

untuk pengetahuan, aku taknak kurus. aku nak chubby. berbeza ye maksud tuh. tersirat maksudnya tuh. hihik. so aku dalam proses nak jadikan badan aku nih chubby. bak kata kawan aku kalau berat aku 85kg katanya gemuk. berat 70kg chubby chubby sayang. kalau berat 65 agaknya chubby jelah kot. har har har. 

antara faktor utama aku nak jadikan badan aku nih chubby sebab kerja. ye kerja aku nih memerlukan aku berdiri dan berjalan secara catwalk dari depan ke belakang. kalau tak sempat nak catwalk kena berlari sampai dinding2 crack. nak nak pulak customer ramai perhh lagi hebat aku ke depan ke belakang. penat memang penat tapi aku suka sebab itu je cara aku gerakkan badan aku. kata lain dia exercise ler. 

bila berat aku berkurangan, automatik lutut aku tak sakit. nak berlari sana sini lagi lah senang. malah, buat kerja pun tak mengah2. malas pun kurang. well kalau orang cakap orang gemuk ni malas memang betul. berat bontot beb nak angkat. bila dah ringan siket, maka rajin lah siket. hihik. 

yang kedua, aku nak chubby sebab nak pakai baju yang cantik2. supaya senang cari baju, seluar bagai. kawan aku nak gemuk macam aku. aku cakap weh, ko kalau dah gemuk macam aku nanti seumur hidup ko menyesal. sumpah aku cakap kau. terus dia terdiam. haha. bila dah kurang berat nih siket alhamdulillah senang nak cari baju. tapi kan, memang banyak la siket modal kena keluar sebab nak bertukar size kan. tapi aku tak beli banyak. siket2 je aku beli. seluar sehelai, baju sehelai jadilah. kalau setakat baju kat rumah, tak bertukar pun. pakai la yg besar2 tuh. hihi.

yang ketiga, sebab pengaruh kawan. tau jelah kalau dah lepak kat guardian tuh. berlawan2 doh nak kurus. sape kurus dulu bagai. mana nak kahwin lagi. rasa tercabar kot. nak nak pulak aku tgk kawan aku yang kat sabah tuh kurus beno daripada sebelumnya lagi lah diri nih rasa tercabar. orang boleh kenapa aku tak boleh kan? haaa. yang pasti bukan sebab nak cari pakwe. bonus je kot kalau dapat pakwe tuh. har har har.

cukup lah tuh untuk pendahuluan nak jadi chubby. see you on next entry.

p/s: 85kg on June. 73kg on December.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com