Thursday, June 20, 2013

Review: Nivea Extra Whitening Cell Repair Protect Body Milk

Hello! :)

memandangkan aku ada rajin siket malam nih, so nak update lah pasal Nivea Extra Whitening Lotion Body Milk nih. memula sekali, just nak inform yang aku paling malas nak guna lotion. tak kesah apa jenis lotion sekali pun terutama sekali kat bahagian badan la. sangat malas. TAPI, disebabkan kulit tangan nih makin menghitam terpaksalah merajinkan diri untuk menyapu lotion setiap hari.

so, this is my review. 
aku dah guna Nivea Extra Whitening nih dah masuk 2 bulan. setiap hari aku akan sapu 2 kali sehari lepas mandi pagi dan malam. kalau guna sehari sekali, takkan dapat effect yang cepat sebab tak kerap guna kan. so guna dua kali sehari pun dah memadai. jimat jimat siket eh. 


kesan yang ketara adalah kulit menjadi lebih cerah. kalau compare kulit aku masa dekat University dulu mak aih memang berbelak habis. kalau pakai jam, memang nampak bentuk jam semula jadi. tapi kini, tidak lagi. har har har. ditambah pulak aku kerja dengan suasana aircond bertambah cepatlah putih kulit aku. itu pun kadang2 aku ada terlupa pakai. faktor malas, menyampah, renyah dan bermacam-macam lagi.

jadi, kalau korang nak kulit putih, rajin-rajinlah sapu ye. haa, sebelum tuh kalau korang ada bintik2 hitam bekas kena gigit nyamuk ke hape kan, pun Nivea Extra Whitening nih mampu kasi pudar dan lama-lama akan hilang. 

mengikut kata kawan aku pulak, kalau kerap pakai lotion nih (yang tempoh dia makan 1-2 tahun), dia mampu mengurangkan garis-garis halus kulit. kalau kat jari tangan kita tuh ada 5 line kan, lama2 jadi 4line. sejauh mana sahihnya idok ler teman tau. nak tau betul ke tidak, cubalah sendiri.

kandungan:
Nivea Extra Whitening mengandungi banyak Vitamin C (50x) di mana dia boleh mempercepatkan pemutihan kulit. plus, dia ada Camu camu. sekarang kan top buah camu camu tuh. innershine pun dah perbaharui tau berry dia. semua ada camu camu. supaya cantik cepat gituhh.

*sila google untuk tahu lebih pasal camu camu.

kalau yang UV Whitening Serum tuh pulak, macam biasa arh function dia sama je macam sunblock. bezanya dia wangi siket la daripada sunblock yang banyak jual di pasaran. mengandungi SPF25++ kalau setakat keluar panas sekejap2 boleh la layan benda alah nih. tapi aku tak suka sangat guna serum ni sebab dia terlampau cair. tak sedap time sapu. lambat meresap. huhu. harga untuk botol dalam gambar nih tak silap rm7.90. 

harga:
RM21.50 untuk 400ml punya. kalau anda bernasib baik, datanglah ke Guardian untuk mendapatkan promo pack di mana dapat percuma 125ml lotion yang sama. harga tetap sama. 

itu sahaja daripada saya, sekian.

Saturday, June 15, 2013

Daily Face Care

Assalamualaikum! :)

nampak gayanya hampir sebulan gak aku tak update blog aku nih. it's okay baru sebulan. belum lagi setahun. kalau setahun, pakat kite tutup jela ye blog nih. uhuks.

entry kali nih just nak update pasal daily face care kite. hikhik *ketawa gedik*
so, kat bawah nih boleh la kot baca sendiri apa yang aku taip. lepas tuh boleh google apa benefits dia pada kulit muka kita. senang kan? har har har.  

untuk siang,
cleanser - Ultra Facial Oil-Free from Kiehl's 
toner - Calendula Herbal Extract Alcohol-Free from Kiehl's
moisturizer - Rare Earth Pore Minimizing Lotion from Kiehl's
Sunblock - Maybelline BB Cream SPF50++

untuk malam,
cleanser - Ultra Facial Oil-Free from Kiehl's 
toner - Calendula Herbal Extract Alcohol-Free from Kiehl's
moisturizer - Ultra Facial Cream from Kiehl's / Dramatically Different Moisturizing Gel from Clinique


itu secara basic lah. harian punya. wajib dilakukan hari2. eceh ceh ceh. dalam dua minggu sekali or seminggu sekali, aku akan guna produk hada labo untuk mencegah kulit aku nih immune dengan brand yang aku sedia pakai. aku pakai dalam dua hari, then sambung balik sedia kala. pencuci muka pun aku kadang-kadang akan tukar sekali sekala.

memandangkan sekarang nih asyik malas je nak jaga diri kan, sebulan sekali baru aku buang white heads or black heads yang ada kat muka nih. masa tuh memang aku akan guna Bioglo Blackheads Mask untuk memudahkan lagi kerja aku membersihkan muka. lepas je dah picit-picit muka sampai merah-merah, aku akan spray Bio-Essence Spring Water sekerap yang mungkin untuk hilangkan segala merah2 tuh. ternyata berhasil :)

*tak sempat nak tunggu sebulan, tengah bulan aku dah picit2 muka*

bagi aku, bio-essence spring water and bioglo blackheads mask tuh wajib ada untuk setiap orang baik lelaki ataupun perempuan. setiap bulan memang kena buat kot pembersihan muka secara menyeluruh. 

kalau yang mask biasa tuh, jarang giler dah aku guna. asyik je aku rasa takde masa. actually masa tuh ada, sengaja aku anggap masa tuh takde. so begitulah gamaknya sebulan sekali baru memanjakan diri. hi hi hi.
saya dah cerita daily face care saya, awak dah? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com