Tuesday, November 30, 2010

sahabat menjadi cinta.

mereka jugak kawan baik :)

haishh dah banyak citer yang aku tengok sume kawan baik nih. best best best.
err, semalam R to the end of L call. no tidak dikenali then tanya sape dia cakap la. nasibla mood aku baik, aku layan dia baik2. hehe thank God i'm normal. hahak.

p/s : cari tajuk lagu tajuk entri nih.

Sunday, November 28, 2010

terharu

best ker dapat best friend lelaki? huhu cam best jer. hakhakhak. gate. 

erm, bagi aku ada best friend laki nih best. sebabnya kita cam tak perlu nak jaga hati dia sangat. boleh cakap kasar2. err tapi tengok orang jugak. ada jer laki yg sensitif tahap gaban. kena babi siket dah tak tegur 2 minggu. tapi kan, best friend laki ni boleh ke dibawa kepada sesi luahan hati dan perasaan? yelah sometimes, kita mesti ada rasa sedih, problem suma kan. boleh ke laki jadi pendengar setia untuk kaum perempuan? hmm....

kebiasaannya, kalau bestfren laki and pompuan, konfem dorang tak jadi kawan dah. dia jadi lain. bercinta maybe. tersuka mungkin. adik beradik camtu lah. hahaha, tapi seronok camtuh. i likeee. tafsiran aku, kalau dah jadi bestfren, tiba2 tukar jadi pasangan bercinta, sure tak ke mana. yang seronok nih, cinta pandang pertama. eceh poyo. sorang dak pahang, sorang dak selangor. jumpa kat taman di pahang. aisehh. 

mereka kawan baik :')

Saturday, November 27, 2010

artis artis

artis2 Malaysia yang aku minat. haha. cam tak caye jer aku minat artis malaysia. yang omputih tu pn aku tak bape nak minat, apatah lagi artis malaysia. huh. tapi serius aku minat banyak artis malaysia. cuma tak declare jer. kalau orang pmpuan tengok artis laki ensem mesti ada ayat macho giler, smart giler, hensem giler. sumenya giler. takde yang normal. -_-  (terutama bila tengok artis korea)


aku minat ngan awie. hahahaha. biarpun aku selalu gaduh mulut ngan mak aku pasal awie nih, aku tetap minat dia. lawak kot. mak aku selalu kutuk rambut dia cam setan la apa la. haishhh peduli apa gua. 
*lagu dia pun best2. takat leleh.


kalau yg ni takyah citer ar. memang meletup. aku suka dia sebab dia unik. pandai nyanyi, buat lagu. selalu jugak dia ni kena kutuk ngan abg aku. katanya ko ikutlah dia tuh kang esok tanggal baju nak tunjuk S. no komen.


yg nih aku minat sebab dia cantik jer. haha terpengaruh ngan aien. suka tengok citer sebab hero n heroin cantik. so, aku mnt dia sebab dia cantik. kalau tak cantik, takdela aku minat.


nih pun sebab cantik. haha kalau artis pmpuan aku minat sebab dia cantik jer. takde sebab yg lain. bukan kerana lakonan yg mantap ke apa ke. takdenya.


haaaa yg nih best. tak tau ar sejak bila aku kemaruk ngan dia nih. haha hensem pn hensem. yela kot dia hensem kan. haha. kalau tengok dia berlakon dalam citer adnan sempit, kelakar kot. haha ngan muka dia yg tak tau malu tuh. takyah citer ar. tengok ar sendiri citer dia. the series lg best.


no komen la pasal mamat 2 ekor nih. haha kelar nih. kejenya menganjingkan orang jer. 
tapi yang paling10 aku minat yg nih


yeahhh tengok betul2. band nih mmg best. haha tapi ni bukan artis malaysia ok. indon mali. pasha pasha.
pasha pandai main drum. i likeee :D

p/s : saya minat artis tak sampai tahap kemaruk atau taksub. harap maklum.

Thursday, November 25, 2010

anyone knows

where can i read blog or web that have knowledges? history? news?
some ideas?

Tuesday, November 23, 2010

tak berbaloi.

berbaloi ker habiskan duit hampir cecah ratus ringgit hanya dengan tudung sebegini


tudung simple, takde batu belah batu bertakup tapi mahal giler. mak aku kira harga tudung camni dia beli total 2 ribu lebih. apa jadahnya nak habiskan duit sebanyak itu hanya untuk tudung camnih?? ish3. pelik den. kalau duit tuh bagi kat aku, perhhh macam2 aku buat. ini tudung je. je. satu tudung leh dapat sepasang baju kurung beb. 

takde la cantik sangat tudungnya. biasa2 jer. baik cam aku, beli tudung rm20 ingget je. tapi tudung bawal la. bukan jenis cam atas ni. tak main la. pastuh nak kasi cantik lagi, tambah la labuci2. jimat wang tak membazir. nih beli tudung je rm95, rm100 pastuh takde labuci. huh. membazir giler. 

*tak dinafikan la kalau tudung mahal camtuh kain dia sedap untuk wat tido. hakhakhak.

change change change

kalau dulu, esyah yg nih takut nak main game perang. tapi sekarang tidak lagi. eceh. 
dulu eg suka cakap "esya takut main game. penakut!" itu ayat yg akan kuar sehingga kini kalau aku tgh main game perang. heyy common la. adik you ni sekarang dah nak masuk 19 ok. apa ko ingat aku ni 6 tahun ker? kalau 6 tahun ye mmg aku takut main game perang. sampai demam. 


now selalu men game counter strike. kalau men sorang tak best. main 3 komputer dah memadai. bet ngan abang2 i lah. bermaki hamun nih. hahahaha. takde keje kan, mmg camtuh. pastuh lawan game age of empire. pun bet ngan dorang. men bangsat nih. dorang bedua kejekan aku. pastuh ketawa. 

nih sekarang tengah cari red alert. mana tah aku campak cd tuh. hr tuh gi kedai nk beli baru ada ke dia cakap dh habis. meninggi suara aku kt kedai tuh. bikin panas. nnt ar try cari kat shah alam. 

ingat lagi dulu time darjah bape entah main game age of empire. aku main tipu. hahaha. kan boleh create map sndiri. aku gi letak sume kuda banyak2 kt sekililing tempat aku. hahaha. lawan 8 negara. still aku yg menang. mana tak nya, orang datang serang bawak dalam 20 orang yg standby 1 2 ratus. hahaha. sampai ada yg tak guna askar2nya. haha serius penakut.

kalau men counter strike pulak lagi ar. aku asyik soh orang je depan. dah tu keje aku menyorok. mana taknya dengar bunyi dentum dentam udahlah gelabah. ngan sokongan yg bg menghancurkan aku lagi. gelabah giler. haha bila kena tembak udah xnak main lagi dah. hahaha lawak.

ada satu game PS dulu, honour apa entah. tapi ada honour2 la jugak. game ni la lagi aku takut. ahaha. bodoh ni. dia cam misi ada stage2 dia ar. sampai stage 1 je yg aku sanggup selebihnya aku bg joystick kat abg aku. haha. sengal. nak main tapi takut.

dalam banyak2 game yg aku main, ada satu game yg aku tak penah takut nak main. tau game apa? Guitar Hero ar. haha sebab apa? sebab happening giler. nak takut apanya. siap menyayi lagi tau. hehe. pastuh game red alert. aku main hard pun takpe. dah expert. hahaha belagak dowh.

Monday, November 22, 2010

Can someone make me happy?

Sunday, November 21, 2010

kisah saya yang anda tak tahu.

1. Malam-malam tido mesti nak kena ada bau-bauan.

apa hal pulak ni tiba2 je ada bau-bauan ni? nak kena ada bunga ros ke baru nak tido? heeeyyy bai jangan men giler bai. haha bau2an yg dimaksudkan ni bau yg polis tengah cari sampai sekrang. bau masham2 bushuk2. kalau polis jumpa barang tuh, perhhh mmg ke dalam ar jawabnya. mau tak dikira drugs kot. haha bantal x dapat, tilam pun jadi. handal tak?? aisyah bha ni.
*bapak muda i suka marah pasal bantak busuk i.

2. Tak pandai masak, tapi pandai makan.

haa bab ni memang i mengaku, i tak suka masak dapur. eh masuk dapur. masuk dapur pun sebab nak makan. kalau tak, haram. eh walaupun aku ni boleh dikategorikan tak pandai masak, tapi aku pandai rasa tau. sape yg masak tak sedap tuh, sume aku tau. apa rencah yg kurang, aku tau tau. jangan main giler. lately, aku dipaksa untuk belaja masak. act, teori aku tau. cuma belum buat praktikal je. mungkin sem 4 baru praktikar. hahaha! ceh takde ar. lately ni, dh selalu masak kot. selalu? hak tuihh! aku tau masak yg asas je. asas tuh bukan ar masak air.

haha kalau masak camnih, perhhh!

kalau setakat masak air tuh, baby baru lahir pun tau buat. ala basic2 jelah. takkan tak paham kot. ok paham pon. sebab apa saya dipaksa memasak? sbb bapak muda saya yg suruh. ngeee :D satu cuti sem ni asyik aku je yg ke dapur kot. mak aku goyang kaki tgk tv kat depan. woahhh! jd mam besar kt rumah tuh. tapi anakda tak kesah. untuk masa depan yg cerah :)
*aku malas nk sediakan bahan sebenarnya. leceh doh. lg satu orang kata orang pandai rasa ni pandai masak orangnya.

3. Pemalas tahap Gaban.

hahaha yg ni paling aku tak tahan. gaban tuhhhh. serius memang aku malas tahap gaban. kalau tak takkan ar mak aku bg tittle lazybum kat aku. itu dh jelas yg aku mmg malas. haha. tapi kini, kini. i repeat, kini. mak aku kata aku dah tak malas. ajaib bukan? well sentiasa pegang pada "nothing is impossible" kenapa mak aku kata aku dh tak malas? sbb aku sekarang dah jadi orang gaji tetap dirumah ketika berada di rumah. yeahhhh! mana taknya kalau dulu, lepas makan pinggan campak je kat sink. pecah nasib. kalau tak pecah alhamdulillah.


dah tuh soh lipat kain, dh cukup 4 hari ke atas baru baju2 tuh akan dilipat. itupun syukur kalau aku yg lipat. tapi selalunya mak yg lipat. hehehe. tapi kini, segalanya telah berubah. ewahhh bangga pulak. poyolah. orang mmg dh rajin ok. ko tuh je baru nk berubah. tak guna! ala relax ar. gua berubah pun sbb gua ada otak. gua xnak ar digelar 'menghabiskan boras yo' at least mak gua senang kat rumah. leh tengok citer safa marwa, cahaya dan macam2 lagi.

sekarang mak gua goyang kaki je. itupun dh buat gua senang hati. ingt la masa mak korang susah xkan ar korang dah besar2 pun nk susahkan mak lg kan? *tiba2 wat citer terharu pulak

4. Tak boleh hidup tanpa kopi, nescafe dan sebagainya.

aku dah tau dah jawapan korang. "tak baik minum kopi selalu banyak kafin. nnt otak ko leh jd giler" hahaha. dah ketagih nak wat macam mana? bayangkan time duk hostel dulu, 2 orang kawan bilik aku dh ketagih nescafe. baru cium bau nescafe aku, dh ketagih. hahaha. rasain lorr. nescafe la punca aku belaja ketika di bilik. niat di hati mmg nk belaja tapi tanpa nescafe, belum sempat baca the dah khatam. terus tido. at least ada nescafe, ok la cket. haha. radix la yg paling bestt!! julap kot. hahaha. bodoh!

konklusinya, ewah. takde konklusi. yang ada conclusion. 
the end.

Saturday, November 20, 2010

jangan terkejut.

AKU ADA BAPAK MUDA !

terkejut tak? terkejut tak? hahahaha.
farah kata aku ada bapak muda. ketawa aku dengar.

kisahnya begini. bukan begitu. masa mula2 aku masuk bilik A4321, aku nampak ada minah tengah menulis2 di atas meja. then, kakak PM tuh pn bagilah aku berbagai2 jenis borang dan kad berkaitan ngan kolej tuh. aku malas giler babi nak isi sume tuh sebabnya aku kepanasan. penat naik tangga tau. peluh pun tak kering lagi sekali bapak muda aku tuh soh isi sume2 tuh. sanggup dia tunggu aku isi sume tuh.

dengan sopan santun "ko kena isi yg nih. kenapa yg ni tak isi?" aku pn isi la balik. yang budak sebelah aku tuh pulak "hai apa khabar?" hahaha time tuh dalam hati 'apahal minah ni?' haha siot je aku. masalahnya dia tiba2 je kot. macam tersampok jer.

in short, bapak muda aku tuh abg long aku. farah ingt abg aku tuh bapak aku. sebab cara dia layan aku bagai sorang bapak melayan anak. syukur :)

p/s : setakat ni saya masih belum terabai.

Friday, November 19, 2010

imagine :)

apa hal nyer tah. tengok citer Cahaya pun nak tacing lebih. haishhh pelik orang sekarang nih. baru tengok citer cahaya lom tengok citer walk tall. haa menjerit terus.

seyes weyh, lately tengok citer leleh2 cket touching lebih2 kot. imagine pun lebih. hehe. kemaruk sangat agaknya. eleh relaxla. orang pompuan ni kan ada angin2 dia. kadang2 marah kadang2 gembira kadang2 penuh kasih sayang kadang2 bahagia. standard ar tuh :D

best kot citer nih :p (mistress of spices)

p/s : dalam citer aku kaya ada dialog "abg dah kata jgn selalu tengok tv. kan ko dah jd cmni"

Thursday, November 18, 2010

sodih den.

Aku telah lelah mengikuti
Semua langkah kakimu
Dan mengharap bisa memiliki
Berbagai cara telah aku lakukan
Untuk hidupmu
Hingga aku mengorbankan hidupku

Buka hatimu
Bukalah sedikit untukku
Sehingga diriku
Bisa memilikimu

Betapa sakitnya
Betepa perihnya hatiku
Selalu dirimu tak menganggap ku ada

Sunday, November 14, 2010

tetiba entry mcm ni pulak

hari khamis hari tuh habis jer paper MGT162, aku sandra hafiza and fara terus jer kuar gi KK. warisan square kot. kita orang kuar nak pegi makan je pun. bukan nak buat apa. kita orang nak gi makan time tuh kat satu kedai ni La apa enta. La La Las Vegas kot. mungkin. kedai tuh jual makanan Penang.

act, kedai makan ni recommended by Shafiera. perh katanya "aku gi makan kt kedai penang hari tu sedap giler bai" aku pun dengan kawan aku 3 orang tadi pegilah kedai tuh. sampai2 je aku tengok orang cina yg layan kita orang. dalam otak aku "eh kedai cina ke aku makan nih?" time tuh aku dh start ragu2. bila dah ambik order, sekali aku ternampak pulak gambar harimau tergantung kt dinding. yg macam orang kuat agama budha nih.

lagi la eden dah cuak. budak2 nih tau kot kedai tuh kedai cina. aku cam nak ajak bla. tapi dh order an. bila makanan dh sampai, 1st makanan tak sedap langsung! 2nd beristighfar aku makan makanan tuh. 3rd mahal dan tak memuaskan. aku byk makan nasi drpd lauk. 

lepas habis makan kt kedai tuh, kita orang gi center point. pegi kat palm cafe. kedai makan ni agak murah dan sedap kata sandra. so, try la. again, tauke cina. but kali ni, pekerja2 dia byk yg islam. xtau la hanya pakai tudung je atau apa sbb kt sabah ni suka sangat topeng pakai tudung alih2 cristian. itu yg mata kasar aku nampak la. aku pun order la laksa. sekali orang tuh tanya aku "mee ke bihun?" dgn muka pelik jwb "mee"

tunggu punyer tunggu dapat la laksa tuh. sandra kata laksa tuh stail cina punyer dia cam kuah laksam. SEDAP!! kuah dia TERBAIKKK!! semangkuk rm6.50. puas aku makan. dengan pedas dia sume ngam. berbaloi-baloi.

serius, aku tak puas hati makan kat kedai penang tuh. yg serve pun cina apatah lagi tukang masak dia. memangla kt kedai tu ada tanda halal. soalnya orang yg masak tuh bersunat ker? suci ke? beza orang islam dengan kafir, pada kesucian dirinya. bukan dr segi dh dirogol atau tak. tapi suci dari hadas dia. itu maksud aku. hanya tuhan jela yg tau.

*nnt kang dh banyak sgt makan makanan org bukan islam yg masak, jd susah nk tmbh ilmu agama kita sendiri.

Saturday, November 13, 2010

exam kot

cara belajar apa yang paling bagus?? menerap? menonggeng? sambil korek idung? mendengar? or what? 
aku percaya setiap orang ada cara belaja dia yang tersendiri. aku pun ada cara aku untuk belaja. yg pasti citer aku ni tentang cara belaja ilmu dunia la. bukan akhirat ok. kang korang baca sampai habis entry nih kata aku ni kurang iman pulak.


so, memandangkan exam aku dah habis, boleh la citer siket pasal exam hari tuh. well, sepanjang exam ni aku selalu tak tido malam. tambah2 lagi bila dah nak habis exam. haishhh aku pun tak tau la kenpa aku payah sangat untuk study awal2. orang selalu cakap jangan study last2 minute. tapi kalau aku "syah, study last2 minute yer". yup. itu aku. bila study last2 minute, segala benda yg aku belaja sume simpan kt otak.

that's why aku suka belaja last2 minute. lagi satu, abah aku selalu cakap "tido awal, esok senang ko jawab takdelah mengantuk nanti time menjawab" tapi aku lain. bila aku mengantuk, aku akan menguap macam beruang (bak kata Shafiera) idea masuk kot. hehe. lain macam kan. dah tuh macam esok nk exam, malam tuh msti aku tak tido study la bagai nak rak. ada satu malam jer yg aku study tak masuk nih. apa aku pk pn tak tau la.

subjek apa lagi an political science la. payah kot nak memorize bnda alah tuh. sekali time exam ambik kau. ramai kot yg termenung. hahaha. entahlah no comment pasal paper tuh. then, kalau aku study an mesti nak kena dengar lagu. tak kesah ar lagu apa pun asalkan lagu. dah tuh bukan jenis lagu yg kuar daripada speaker radio. yg tuh aku tak suka sbb aku akan tukar study tu jd menyanyi. eh klu dgr pakai apa pun sama je. tetap nyanyi.

kalau tak, takkan la si farah asyik terjaga sbb bising. alah normal la kang nyanyi tengah2 malam. bukan nyer ada baby pn nak tido. orang nyer dah besar2 kot. bila malam dh study bgi nak rak petang apa lagi tido la. 2 round kot. mula dlm kul 2 smpi 6 lebih. pastuh kul 11 lebih sampai esok pagi. cover up.

harap2 result kuar 10 Dec nanti tidak mengecewakan :)


*time study week, aku buat study movie.

Tuesday, November 9, 2010

orang lain, orang lain yg kena.


tak tau la sekarang ni rasa cam tak stabil la. emosi. eceh gebang jer kot. tengah2 duk baca buku political science, terlintas ar pulak sorang budak ni namanya R. woahh mcm mana leh limpas pun aku tak tau. serius, aku rasa cam aku ni jahat kot. 

mana taknya, before raya and time raya, dia ada message tapi aku balas hanya sekali sahaja. then, tak penah reply2 dah lepas tuh. kejam tak? sampaikan no maxis tuh aku off terus tak guna dah. mana hp nyer pun aku dh tak tau dh. last month, dia ada call no celcom aku. dia tanya kenal ke x aku cakap kenal. padahal tak tau sape yg cakap. sebabnya dalam otak aku ni nama lain yg keluar.

then, bila dah habis tanya kenal ke tak tiba2 dia cakap "ouh dh sombong ye sekarang" terus aku tau oh c R rupanya. aku pn cam nak tak nak je cakap. dalam bape saat kemudian, terus habis. so, sampai situ jela. sehingga kini tidak diketahui apa jadahnya citer dia.

kenapa aku dah tak layan dia? sebab aku sangat2 menyampah bermesej dengan orang yg suka tanya soalan2 bonus yg bernilai 2 juta ringgit. bodoh kot. tanya tgh buat apa? hadoiiii! nyampah giler. sumpah, selalunya msge2 camtu kalau aku dpt mmg tak balas. melainkan adik aku yg tanya, itu aku jwb la. yg lain...booo!

aku rasa sejak aku tukar celcom nih, lebih ok. sebabnya orang x selalu msge, x slalu call. mungkin mahal kot. haha. handphone aku ni hanya digunakan untuk dengar lagu time blaja, main game and untuk alarm. tuh jer. hehehe. 

*kemungkinan besar angin mabuk aku dekat handphone dah lama tamat. 

Monday, November 8, 2010

semalam aku mimpi anis buat open house. xtau ar open house deepavali ke apa. yg pasti open house. so, sume membe ada ar kat sana. yg peliknya an, sebelum makan, masing2 tunggu kawan2 sume datang. bila dah berkumpul, baru sume makan. best kot time tuh :)

malangnya....bikin panas.

Sunday, November 7, 2010

itu pun jadi.

citer pasal cerek.
hahah agak kelakar kot bagi aku.

citer dia camnih, ada sorang kawan nih. sape entah nama dia. dia nih, agak suka ar pinjam cerek kawan aku nih. yg kawan aku ni pulak beli cerek tuh share duit dgn kawan dia. dh batak2 maka kuarlah satu cerek. apa brand pn aku tak tau.

mula2 minah ni cam takut tau nk kuarkan cerek. takut ada spotcek. risau cerek dia kena rampas. so, lepas pada spotcek besar2an arituh dengan slumbernya dia kuarkan cerek dia tuh tanpa segan silu dan rasa bersalah. so, sekarang ni hari2lah cerek dia tuh tersedia kt luar. xpayah nk mintak permission lg dah. 

act, kawan aku ni pn tak kesah sangat orang pinjam cerek dia. alah apa la sangat an. setakat nk bancuh air secawan je. so, dia bg la guna. yg menyebabkan kawan aku ni bengang. HAHA! air kt cerek tuh dh habis, dia nak air panas. sepatutnya ambik la cerek tuh isi air baru masak yg lain. ini jwpn dia "ala..." pastuh dia just ambik air watercooler. hahaha. 

yg lagi bikin panas. kawan aku ni masak air tgh malam then dia tido. katanya dia masak air tuh untk wat air masak biar dia sejuk ar. membe aku ni an suka bangun lambat.bangun2 jer tengok air dalam cerek tuh panas jer. hati dia pun apa lgi, ikut macam air tuh jugakla. nak maki dia nangis lak nnt. cengeng kot. hahaha.

sekarang nih, dia cam dh x selalu guna jer dah cerek membe aku tuh. mcam paham je. hehe. kelakar kot membe aku tuh mengamuk. hahaha.

*bekerjasama lah siket.

Saturday, November 6, 2010

kalau tido kul 4 pg pastuh bangun kul 2 ptg. kira cukup tido ke tak?

mesti cukup kan? kan?

tapi apasal ngantuk lagi haa?

esok ada exam paper csc253.

sume pasal komputer. dh macam ambik sains komputer je.

Thursday, November 4, 2010


saya bahagia dengan dunia saya sekarang :)

Wednesday, November 3, 2010

tak tau la apa ke halnya.

aku sampai sekarang mushkil apasal pompuan suka sangat menunjukkan keterujaan mereka bila nampak laki hensem, macho, ganteng dan sewaktu dengannya. alamak ai kot ye pun ada jumpa laki hensem, diam2 dah ar. makan sendiri cukup la kan. hahaha. 

tak syok kot kalau share ngan orang pasal laki2 macho nih. xde umphhh. salah satu sebabnya nnt orang pun sibuk nk tau pasal laki tuh. dh jadi mcm no privacy. kalau nmpk laki hensem tuh, kan bagus kalau diam jer. malam2 angau, sengeh2 pastuh tido. settle. apa masalah tah nak excited sgt tgk laki hensem. macam x penah tgk je.

pastuh jerit "arggggg! hensemnya dia!!" macam sakai tau tak. sakai jer buat camtuh. kalau orang xdenyer macam tuh. dh macam kena rasuk setan jer aku tengok. common lah. tahan nafsu tuh okeyh.
hehe tak tau kenapa hari nih aku agak happy. entahlah. banyak benda berlaku hari nih. em, banyak ker? petang tido sehari suntuk. apa jadahnya happy an? bangang namanya tuh.

well, semalam x bape nak sihat mungkin sebab aku tak cukup tido. then, ingat nak tibai tido kau2 ar semalam. haram...budak2 nih memekak buat math. buat math pn memekak. so, dh terbantut pertumbuhan tido di situh. well, kenapa aku happy hari nih? em, sebab kelakar la. hahah dengan blog aku baca tadi. perhh seyes smart blog dia. lain dr yg lain. klakar kot. hahaha

ni ha link dia funny-profiles-story
tersengeh2 aku depan komputer baca blog dia. hahaha.

*he's superb yaww!

Tuesday, November 2, 2010

November Rain


lagu favourite aku nih. tak tahu kenapa lagu nih selalu bertakhta di hati ketika bulan November :)
kenapa aku nak guna hand phone nokia??
  1. sebab hp tuh leh tolak2 macam jongkang jongkit. hehe
  2. sbb aku perlukan kamus bergerak yg mudah dan pantas. (time test leh usha2)
  3. hp tuh nmpk exclusive giler! giler pun x exclusive camtuh.
  4. hp tuh leh touch screens. (nk membajet r tuh)

bila aku malas nak pegi ke katil.

my new dream!
dush dush dush!

cantik kan?

tapi, hitam lebih menawan rite? i likeee!

actually, aku xdelah obsess sangat ngan hand phone. disebabkan abg long saya nak beli hp baru, dia sering bercerita dengan saya tentang handphone. additional knowledge. then, dia sarankan i guna this phone. sebab aku kata aku suka hp N97. but, N97 tuh mahal. 1500++ lah price dia. klu hp atas nih berpatutan lah. below 1000 an. ok lah tuh. tapi, xtaulah tengoklah dulu mcm mana. dia cakap cam aku nih duit beribu je ouh. 

tapi kira ok lah kan bila dia dh ckp cmnih. sbbnya dia dulu berkeras sangat2 tak bagi aku tukar hand phone. nasiblah hp yg aku ada skrg nih mak yg bagi. kalau aku beli, MATAI !! 

*giler seram nak guna nokia. bunyi x sedap kot. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com