Tuesday, August 30, 2011

Day 7 - A photo of an animal you'd love to keep as a pet

COMEL :)

Sunday, August 28, 2011

Cinta Muka Buku


tak pernah la aku download muzik video lagu melayu. 
suka betul aku tengok MV dia weh. comel :)

Day 6 - Song to match your mood.



Day 5 - what makes you different from others.

what makes me different from others? hmm..loading
dengar2 lagu dulu...

heyy susah giler aku rasa soalan nih. brainstorming bhai. tak jugak dapat2. penuh dengan negative jer. kalau negative banyak kot. apa yang pasti. kalau aku rasakan something yang membuatkan aku taknak buat benda tuh tiba-tiba, bermakna sesuatu yang buruk akan berlaku.

itu jer yang aku rasa benda tuh sangat berbeza dengan orang lain. banyak kali dah benda nih aku test. semuanya menjadi. rasanya tuh jela.

actually, aku tak tau nak tulis. macam banyak. tapi entah lah. malas kot. kawan jela ngan aku. tau jugak tuh nanti apa yang buatkan aku berbeza dgn orang lain. tak pun, korang boleh gak bagi tau aku apa yang membezakan aku dengan korang. heheh.

Saturday, August 27, 2011

Xpax, Celcom, segalanya di tangan anda!

Assalamualaikum.

aku tak tau lah aku baru dapat tau ke apa pasal nih. new Xpax. X2 namanya. rasanya benda nih dilancarkan pada bulan April 2011. ok, apa yang aku nak citer kat sini benda nih eh bukan benda plan nih sangat berbaloi la. kenapa aku cakap berbaloi? memang dia sangat berbaloi la ngok. 

firstly, apa yang bagus. pasal call. selalu orang bg seminit paling murah pun 10 sen kan kan? eh yang nih tak main lah 10 sen ke 5 sen ke hape. 28sen okay. mahal tak? hahaha. 28 sen untuk 10 minit. bukan seminit yer adik2 sekalian. cuba bahagikan sekarang. tapi 28sen/10min hanya untuk celcom ke celcom.


'alah setakat celcom ngan celcom boleh la kan. cuba kalau ke talian lain, konfem singgit seminit.' woi woi. ko ingat nih company cekik darah ke apa ha. hmm, kalau ke talian yang lain seperti maxis atau digi, 28sen jugak tapi untk 5 minit. berbaloi sangat kot. cakap 20 minit baru singgit++ dia tolak.

kalau sms pulak, 1 sen untuk ke celcom. 5 sen untuk rangkaian lain. apa yang pelik untuk plan nih, korang tak payah nak tunggu birthday untk dapat call free. nk call orang mahal la apalah. kekadang aku agak pelik ngan orang yg sangat lokek kredit untuk call orang.

please lah weh. kita bukan kat tahun 1998 yer yang skali call seminit sampai 30 ingget dia tolak. please la. skrg nih dah murah giler dah. aku rasa plan nih sesuai la untuk orang yang sangat kedekut kredit. hahaha. yang pasti plan nih, takde bonus, 8pax, 15pax, teman 20. hari-hari dah dapat murah kan. nak apa lagi. hahah.

aku asalnya pakai UOX. bila dah tukar ke plan X2, tarikh tamat tempoh dia jadi macam biasa lah. takde cam dulu. TAPI korang boleh jugak buat tempoh tuh jadi setahun atau dua tahun. kalau 1tahun, byr RM30. kalau 2 tahun, bayar RM50. kira beli tarikh tamat tempoh tu lah. 

bagi aku, X2 nih sesuai untuk orang yang selalu bercakap tak kira apa nombor yg orang tuh pakai. keje dia nak call je tak habis2 kan. elok lah pakai X2 nih. UOX pun okeh. tapi selalu kan student nih lokek siket. balik2 sms. sorry der. kalau lu orang msge gua, gua mmg malas nak balas. gua jaga jari ok. lately, aku mmg suka call orang. even bnda simple pun aku call gak. hahaha.

jadi, pandai2lah korang fikir. apa yang bagus. kalau rasa bagus, tukar la tunggu apa lagi.
cara nak tukar ke plan X2 nih type MIG X2 hantar ke 28882. 
penukaran plan baru kena caj RM5.

kalau nak tukar ke plan yang asal contohnya UOX.
taip MIG UOX ke 28882. 

Thursday, August 25, 2011

Day 3 - Your idea of the perfect first date.

Assalamualaikum.

aku punya idea pasal first date. biasa-biasa je kot. mungkin sama je macam mana aku keluar dengan membe2 aku. keluar dengan membe kan best. jadi buat lah benda yang sama dengan orang tersayang. jadi best la jugak kan. hahah. sungguh pelik. takde makna nak pelik2. normal ok.

kalau aku lah, dah kuar pegi date, first pegi makan la. mana ada umat yang pegi mall besar2 tapi tak makan. bodoh namanya tuh. paling2 pun mesti haus punya sebab penat berjalan. time makan tuh, sembang 2 3 jam. ceritalah apa yang nak diceritakan. baru lah puas hati kan.

dah habis melantak, barulah pegi jalan-jalan habiskan duit. sumpah ini lagi giler. tak best la habiskan duit. kalau habiskan duit dalam bank masih ada 5k ok gak lagi. takut tinggal 5sen jer. apa barang. mungkin hanya mencucikan mata yg banyak sangat habuk. tengok jer sekeliling.

dah penat jalan, pegilah main bowling. so, simple. sape kalah kena gelak kaw2. barulah terpahat dalam hati. hahah. rasanya begitu jelah first date yang sangat sempoi. tak perlu lah nak pegi candle light dinner ke apa ke. bazir duit je. kalau dia tanggung semua ok gak lagi. nih takut kite balik kena payung. apahal kan. haha.

Wednesday, August 24, 2011

Day 1 & Day 2

ini lagu favourite aku. *buat masa sekarang nilah.


yang ni pulak favourite movie. tengok banyak kali pun boleh gelak.

Tuesday, August 23, 2011

Xperia

Assalamualaikum.

keinginan gua nak tukar handphone sangat memuncak-muncak kalah gunung Kinabalu. serius, gua nak sangat handphone baru. korang mesti cakap 'alah ko syah dari tahun 2009 ko balik2 cakap nak handphone baru, tapi takde gak lagi ko tukar2' yer memang betul gua ngaku, gua tak tukar2 lagi handphone gua. 

gua still lagi pakai handphone gua yang cikai nih jer. nak online pun, fikir 100 kali. sangat merugikan even subscribe broadband daily or weekly. oh tidak! sampai hati gua kutuk handphone gua yang penuh bermakna tuh. jatuh bangun gua bersama handphone tuh tau.


gua teringin giler nak pakai Xperia. sumpah. gua tak tipu. gua kan peminat sejati Sony Ericsson. tapi kan, gua nak Xperia yang terus canggih punya. masalahnya sekarang, gua takut kalau gua beli hari nih, bapak gua bebel kat gua 40 hari 40 malam. gua nak tunggu handphone gua ni lingkup pun, dah bertahun gua tunggu. tak pandai dia nak lingkup2.

agaknya nak kena gua yang ajarkan baru dia pandai nak lingkup. serius weh gua rasa cam malam nih jugak gua nak beli Xperia. balik2 pegi kedai handphone mesti xperia yang menjadi pilihan hati :) harap-harapnya gua dapat la beli Xperia secepat yang mungkin.


korang tau apa azam pelik gua kali nih? ada pakwe baru aku tukar handphone baru. ahh sungguh bodoh. nak tunggu ada pakwe, konfemlah lambat. entah2 umur gua dah 25, dah boleh mengundi, pun belum tentu gua dapat boyfren. hahahah. 

gua paling minat yang ini.

yang pasti gua tunggu handphone gua lingkup baru gua beli supaya abah gua tak membebel 40 hari 40 malam. baik punyeee :)

*semua xperia gua minat. sampaikan gua sendiri confuse mana nak rembat.

Monday, August 8, 2011

funny is more attractive.

Assalamualaikum.

boring ouh hari nih. cam takde benda nak dibuat. padahal bukan main banyak keje ada. hari nih takde wat pape. lepas test semalam, duk relax2. buat homework jer. takde study. bulan2 puasa nih hampir setiap malam aku tak tido. aku tido lepas subuh, bangun tengah hari lepas tuh pegi kelas. pelik kan? tapi itu lebih bagus aku rasa. kalau siang berjaga, takde gak berjaga. konfem tido. ok, bukan itu yang aku nak citer kat korang. haha.


hmm, aku nak citer nih pasal pilihan hati wanita terhadap lelaki. eh takyah ar guna wanita. cam terlampau baik la pulak kan. perempuan lah. senang siket. hehe. kalau dikaji lah kan, majoriti orang perempuan suka lelaki yang kelakar. betul tak? betul tak? jangan tipu lah. takde perempuan yang tak bangga bila dapat boy friend yang kelakar, giler-giler dan sebagainya.

tak kiralah orang tuh buruk mana pun, bila dia funny konfem orang suka kat dia. dah banyak dah aku tengok. bukan sorang dua. tu pasal orang tua-tua suka cakap lelaki kalau nak cari jodoh tak susah. tapi kena tengok la kan lawak dia camne. kalau cam cilaka jer apa barang. itu namanya mintak kaki. bukan mintak hati. hahaha. ye tak?

takkan lah nak yang stress2 pulak kan? kalau dapat laki yang slalu serius, konfem lah gf dia tuh asyik makan maki, takpun makan penampar sekali. aku rasa lah. kalau lelaki dah serius, konfem dia akan ada rasa marah sekali. tak dinafikan. cuba kalau laki tuh kelakar, peratusan kemarahannya akan siket. haha. tak percaya? try lah cari laki2 camni. bezakan. aku takyah cari dah. dah ada depan mata. esehhh.


aku pun memang suka cari laki yang funny. eh sape yang tak suka kan kalau dapat kawan, bf yang camnih. konfem bahagia hidup hari-hari. anggapan perempuan dengan lelaki camnih, bila dorang stress, dorang inginkan hiburan. hahaha. membajet lah pulak kan. habis kalau laki ko stress, sapo pulak yg nak bahagiakan laki ko? ahahah.

aku cam takde isi lah pulak nak buat entry nih. telinga dengar lagu rock. sekali citer benda jiwang. patutnya aku dengar lagu jiwang. baru banyak isi mencurah2. apa-apa pun perempuan lebih sukakan lelaki yang kelakar dan pandai mencuit hati. terutama bagi perempuan yang mempunyai hati yang riang seperti saya :)
*aku rasa aku paling membajet dalam entry nih. caittt. 

p/s : pesanan kawan aku : bulan-bulan puasa nih, jangan asyik tidur. lepas raya dah exam. belajar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com