Sunday, March 27, 2011

demam 19.

kemarin beriya-iya sangat nak pegi tengok orang kawad. alih-alih bila sampai sana dah kena hujan sume tiba-tiba demam. before tuh sakit perut. sakit perut + cirit birit + menyenak-nyenak perut dibantainya. then pukul 10 balik bilik. time jalan nak pegi bilik pun kepala dah biol-biol. sampai jer bilik cuci kaki terus tido.

berselimut atas bawah tido jer keje aku. lepas tuh aku suruh si fiza beli makanan kul 5 lebih baru aku bangun pegi mandi basuh kepala sume. itu pun sejuk nak mati bai. makan pun sebab dari pagi tak makan pape. aku makan nasi dengan daging jer yang lain sume buang. pembaziran telah dilakukan. habis jer makan, aku makan ubat tido balik. sampai la pagi nih baru aku bangun. panas betul badan aku semalam. hari ni baru lah sihat balik.

ubat susu kuda liar sangat berkesan :)

Thursday, March 24, 2011

minggu nih agak stressed. entahlah terlampau banyak kerja yang perlu disiapkan. malangnya, semakin bertambah   stress aku, semakin malas aku nak buat kerja. itu masalah dia. terlampau banyak benda yang perlu difikirkan. assignment itu, assignment ini, test itu, test ini. ishh. tapi takpe akan aku harunginya ia dengan penuh tabah. aisehhh.


semakin stress, semakin banyak makan -_-

Friday, March 11, 2011

wishlist

Sejak dua menjak nih, keinginan aku kepada sesuatu benda tuh sangat berkobar-kobar. Nak itu nak ini. Kalau bab makan jangan cakap lah. Memang banyak yang aku nak sangat-sangat. 

Firstly, camera. Aku tak tau lah dari bila aku nak sangat benda nih. Aku bukan lah nak kamera yang canggih-canggih tuh macam DSLR bagai tuh. Aku nak yang biasa-biasa jer. Yang senang masuk poket dan boleh di bawa ke mana-mana. Contohnya yang macam canon ixus ke kan. Harga pun boleh tahan takdelah mahal sangat. 

Lepas tuh, aku teringin sangat-sangat jersi Malaysia yang bola punyer. Yang kaler kuning hitam tuh. Haishh nak beli kat al-ikhsan? Huh! Tolonglah.. kalau setakat kualiti kain cam kat siam nyer baik beli siam punyer jer. Hahaha. Murah pun murah. Tak kesah lah mana-mana pun yang pasti aku nak jersi bola Malaysia tuh. 


Dah habis kamera ngan jersi, aku nak handphone yang canggih punyer. Yang boleh men touch-touch tuh. Haha. Mesti ramai yang kata apalah ko ni syah orang dah lama pakai ko baru nak mengidam. Mengidam belum pakai lagi tuh. Eh bai, ko jangan men giler. At least apa yang aku nak nih takde melibatkan duit abah aku tau. You know xperia? Yeahh i want that kind of phone. So nice :D 

Lepas tuh kan, aku jugak teringin sangat jersi rugby. OMG. Sangat lawa dan smart bagi aku lah. Eh tak main la jersi sharks ke, barbarian ke, angels ke. Apa barang jersi yang tuh. Hahaha. Nah tengok lah gambar dia. Smart kan? Kan? 

Then, aku tersangat lah nak makan strawberry cicah coklat. Sampai sekarang aku tak dapat makan lagi. The problem is, bukan musim strawberry sekarang. Tu pasal lah aku tak dapat makan lagi. Kalau tak, dah lama dah mak no dua aku bawakkan dari Kundasang. 

Dah tak tau dah no berapa dah. Aku nak sangat handbag yang bentuk dia ala-ala macam nih. Ce tengok. Simple and nice. Nak beli, tapi tau-tau jelah kehidupan sebagai student yang takde duit PTPTN. Mana cukup bai nak beli handbag. Ko nak soh aku makan handbag? Takyah makan nasi? Haishh. 


Lagi satu, kasut. Aduh suka betul aku dengan kasut. Tak kira lah sandle ke apa. Yang pasti benda yang terletak di kaki. Aku paling suka design yang bertali. Semua kasut aku yang aku ada yang bertali. takde yang main terus sarung. Apa barang pakai kasut camtuh. hahaha. Ce tengok gambar kasut nih. Lawa bukan. 


Setakat nih, ini jelah yang aku suka dan nak sangat-sangat. inshaAllah akan datang pasti dapat.

Thursday, March 10, 2011

20 April.

OMG! 5 more weeks to cover all the subjects.
oh no kenapa baru sekarang aku sedar yang waktu tuh berjalan dengan cepatnya.
saya sungguh tak percaya punn.

Saturday, March 5, 2011

english cotton :D

english cotton. hoi! aku minat giler dengan kau lahh. wuhuuu. aku sangat jeles orang pakai english cotton. bukan sebab aku takde. i ada okay. belambak! fuhh belagak nih. serius aku tersangat suka dengan english cotton. kalau nak dapat pujian daripada aku 'eh lawa lah baju ko' 'cantik la ko hari nih' haa senang jer. pakai baju english cotton. tak kesah baju kurung ke apa ke. janji english cotton konfem aku puji ko. hahaha. lagi satu, pakai hot pink! ish cantiknya tuh.

for your information, aku tersangat lah susah nak kembangkan orang walaupun hakikatnya orang tuh cantik. aku takkan cakap nih. diam-diam sudah. kalau aku puji tuh, memang cantik lah tuh. kalau tak, jangan haraplah. sekarang nih ada jenis kain yang jenis satin tapi corak english cotton. bidakk! haishhh tolonglah jangan beli kain camtuh. huhu. ok, whatever pilihan, cita rasa masing-masing. 


japanese cotton is the best. memang superb. aku takde lagi kain camtuh sebab harga dia mahal sangat. lagi mahal daripada english cotton. ada sorang dak kelas aku pakai japanese cotton. akak shiro yang pakai. macam nak koyak-koyak jer baju dia tuh. hahaha. tapak hitam then ada bunga merah+putih. baru-baru nih aku ada soh mak aku carikan english cotton warna biru dengan kuning. mintak-mintak ada lah kainnya.
*japanese cotton yang mahal tuh (RM80 and above for 4 meter), tak payah gosok pun takpe. lain sangat daripada english cotton. kalau english cotton yang mahal tuh, kot mana pun kena gak gosok.

actually banyak kain english cotton kat rumah tuh. ada purple, brown, banyaklah. tapi tak bawak sume kat sini sebab mak kata tak payah. jangan nak melaram. oh okay tak payah melaram. tau tak kat sini aku pakai cotton yang murah jer yang semeter rm2 rm3 tuh. haha. simple and nice. try it. ahaha. you know what i boleh detect ok kain yang korang pakai tuh murah ke mahal tanpa men rasa-rasa kain tuh. ahahaha. 

p/s : aku paling tak suka kain satin. paling paling paling tak suka.

Thursday, March 3, 2011

kehampaan - A.C.A.B

Setelah..
Bertahun lama
Hampir tiba ke puncaknya
Takku sangka berakhirnya
Persahabatan kita

Biarpun..
Kini terpisah
Akan ku tempuh dengan tabah
Biarpun menderita
Akanku hadapinya

Kita semua kecewa dan terluka
Kerana kita sama
Inginku ubah segalanya
Seperti sediakala

Kehampaan..
Melihat kita bercakaran berpanjangan
Kehampaan..
Bilakah akan bertemu kebahagiaan

Wednesday, March 2, 2011

hoyahoi

hoyahoi.
dah masuk bulan mac dah pun. test pun tengah belambak. aku pulak minggu nih sakit gigi. gaham aku bengkak. tambah ulcer lagi. fuhhh makan payah, gosok gigi payah bukak mulut payah sume payahlah. kata mak gigi bongsu aku nak tumbuh. paling menyeksakan lagi bila dia effect kat telinga ngan otak aku. ishhh tuhan saje yang tau macam mana sakitnya. minggu nih paling banyak aku escape kelas. hahaha.

actually aku nak citer pasal mak kedua aku. dia bukan mak lah. tapi setiap kali aku sembang ngan dia, aku anggap dia mak aku. cara dia cakap serupa macam mak aku. that's why aku anggap dia mak kedua aku. nasihat yang dia bagi pun sama macam nasihat yang mak aku selalu kasi. cara penyelesaian yang dia bagi pun sama macam mak aku bagi. tapi aku takde lah cakap ngan dia yang aku anggap dia mak aku an.

hahaha. kalau aku cakap ngan dia aku anggap dia mak aku, mau dibalingnya aku ke luar walaupun hakikatnya dia tak larat nak angkat aku. dia just tua 2 tahun jer daripada aku. aku pun tak panggil dia kakak. tapi aku tak tau kenapa asal aku ada problem mesti aku citer ngan dia. mesti aku cari dia. senang hati aku nih bila meluahkan perasaan kat dia. so, kat sini dialah mak aku yang kedua. hahaha.

padahal baru sem nih kenal. tapi aku lebih senang hati dengan dia. sudahlah pandai menjahit. ishh memang sama lah macam mak aku nih. 

p/s : rindulah nak balik rumah :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com