Sunday, June 24, 2012

Perbezaan antara BB Cream Maybelline SPF26 dan SPF50

Assalamualaikum.

lamanya tak update blog. lama lah sangat *tangan kat bahu, mata ke atas* 
jadi, aku nak cerita pasal perbezaan BB Cream Maybelline SPF26 dan SPF50. apa yang ketara sekali perbezaan dia mestilah kadar SPF kan. tak nampak ke tuh? nak tau beza dia berapa boleh kira sendiri. 50 tolak 26 equal to 24. itulah beza dia.

yang kedua beza dia, glowing. SPF50 lebih nampak glowing berbanding SPF26. mungkin sebab SPF yang terlampau tinggi yang membuatkan muka kita lebih glowing secara palsu. kalau kita guna sun block biasa pun yg SPF50 tuh pun selalu nampak berkilat kilat tak tentu pasal pun kan. so, ini adik beradik dia lah. kepada pengguna make-up matte, tidak disarankan untuk membeli BB Cream Maybelline SPF50. 

yang ketiga, lebih cerah. SPF50 lebih cerah berbanding SPF26. tak tau la kulit aku yang cerah ke hape tapi yang pasti itulah beza dia. hehe. actually tak banyak perbezaan dia. hampir sama je kedua duanya. kalau aku, aku akan pilih SPF26 sebab dia lebih nampak matte. itu je daripada pandangan aku.

sekian.

Sunday, June 10, 2012

Semester baru bagi pelajar diploma UiTM

Assalamualaikum.

eh cuti semester dah nak habis bro. salah. cuti dah habis bro. maka, ramailah manusia pulang ke tempat belajar mereka masing-masing. ada yang excited balik awal nak rebut katil, ada yang pulang awal sebab nak tingkat bawah ada jugak pulang lambat sebab kereta banyak, ada jugak pulang lambat sebab malas hadap muka lecturer, eh macam macam sebab lah.

ape sekali pun sebab yang penting bukak semester baru, mula je masuk kelas yang pertama tak kisahlah minggu depan ke apa yang penting kena ada azam baru. nak cerita pasal azam ada seribu satu jenis azam. baik buruk jahat dengki sume ada. bergantung pada individu tu sendiri. yang pasti azam tuh mestilah baik ye dok? 

papepun, semoga berjaya di dunia dan akhirat untuk Aisyah Taib dan jugak yang lain-lain.

Friday, June 8, 2012

BB Cream.

Assalamualaikum.

dari pagi tadi asyik aku cerita pasal BB Cream dengan kawan aku Raje ngan Farahan. sampai balik pun masih lagi BB Cream. laa ni aku nak cerita ape tuh BB Cream. BB nih baru aku tau ape tuh BB. BB Cream stands for Blemish Balm Cream. ape yang aku tau BB cream nih retis retis Korea je selalu pakai. more to Asian la. nampak tak kat FaceShop yang laki tuh? dia pun guna BB Cream kot. siap jadi duta lagi.

kalau pegi kat guardian, ada sorang pekerja tuh cakap BB cream tuh foundation. dia tak panggil BB. actually, beza dia dengan foundation, kalau ko pakai foundation selalu, muka ko boleh keluar biji-biji timbul yang bila ko picit hanya keluar darah. tah la. macam ketumbuhan kecil la jugak. maksud aku, kalau guna foundation selalu TAPI tak cuci dengan bersih, akan jadi lah macam tu. dia punya contain berat siket. aku tak tau la apa campuran dia tapi yang pasti dia lebih heavy siket berbanding BB Cream.

BB Cream nih dia lebih ringan texture dia. eh betul ke penggunaannya nih? salah betulkan ye. kalau kita guna BB dia akan nampak lebih flawless atau lebih mudah lagi nampak lebih natural. tak nampak macam kita pakai bedak 5 inci ye kawan kawan. tu pasal la ramai orang giler sangat sangat sangat dengan artis Korea nih. hahaha. 

selain itu jugak, BB Cream nih all in one tau. semuanya ada. sunblock, concealer, anti-wrinkle eh semuanya ada lah. selalunya paling tinggi BB cream yang pernah aku jumpa pun 8-in-1. itu paling hebat giler lah tuh. dah tu dia memudahkan kita yang jenis gelabah tak tentu pasal nak cepat ke apa. senang kan semuanya ada. kelaaas lah kau jah kalau guna. ahaks! 

ada banyak BB Cream yang power power kat pasaran sekarang nih. pilihan hati aku hanya ada dua. satu dari FaceShop satu lagi dari Maybelline. 


ini daripada faceshop. nampak tak Power Perfection tuh? haa, memang perfect kot. asal aku masuk FaceShop aku usha yang nih jer. harga dia mahal kot. RM120++. dulu ada promotion, beli BB Cream nih dapat Cleanser dia sekali dengan harga RM129. tapi time tuh ekonomi gawat so guna jelah Maybelline BB Cream SPF50 rm24.90 dapat free compact powder sekali. hahahaha. Maybelline tuh kira standard punyalah. biasa biasa je. kalau yang FaceShop punya memang gempak la kan. 

so, korang taknak try ke BB Cream nih? cer ler traa sekali. hikhik.

Tuesday, June 5, 2012

Tips Kesihatan.

Assalamualaikum.

aku bukan nak cerita pasal kurus. tapi aku nak cerita pasal kesihatan. berbeza ye nak. aku nak cerita pasal kesihatan sebab aku taknak ada orang yang berpenyakit. rasanya semua dah tau yang mak aku tak sihat seperti dulu kala. sekarang nih, dia hanya perlu banyak banyak berehat. nak kata macam dulu tu takdelah kan.

nih bedasarkan pengalaman aku jaga mak. duk hospital berhari-hari. apa yang aku tahu, apa yang doktor selalu cakap, jaga pemakanan. semua penyakit asalnya daripada pemakanan kita. masa kita muda macam mana. makan maggie je ke. apa ke. itu maksudnya. seelok-eloknya jangan amalkan makan makanan frozen food, junk food, fast food, dan kopi pra-campur. kenapa? sebabnya semasa proses dorang buat makanan tuh, kita tak tau pun apa yang dia letak semua. bersih ke tak. lagipun, konfem konfem tak berkhasiat makanan tu pun kan. sekadar bagi perut kenyang jer.

kemudian, janganlah ambik supplement vitamin yang bukan bukan nih. aku nih naik fobia tau tengok keadaan mak aku akibat dek supplement supplement nih. salah hari bulan liver rosak bro. kenapa aku kata tak payah? sebabnya kita tak tau pun supplement nih ngam atau tidak dengan darah kita. kalau nak ambik pun, tanyalah yang pakar. jangan nak main hentam je orang kata bagus, ko pun ikut je. haa cukup ko monopos, ko pun tido hospital berhari-hari.

bagi aku, lebih baik ambik makanan yang fresh. contohnya kalau nak minum jus oren , ko beli buah oren kt tesco ke ape then buat sendiri. takyah la nak beli yang cosway punya ke apa. mengarut je tuh. sekali sekala boleh la. kalau hari-hari? memang la ada orang kata kalau nak sakit tuh sakit jugak. INGAT! prevent is better than cure. kalau dah sakit, susah nak baik weh. makan tahun. 

lepas tu sekarang ada jugak produk langsingkan badan bagai. nak kurus, biarlah cara yang betul. tak payah nak ambik ubat ubat tuh. then ada yang kata eh diluluskan oleh kementerian kesihatan la. memang la lulus, tapi benda tuh tak menjamin. kalau menjamin kesihatan, dah lama hospital malaysia ambik ubat ubat tuh kasi patient dia kurus dan sihat. apadaaa lu.

orang malaysia dah la susah nak senaman nih semua. so, untuk ganti exercise tuh makan lah makanan yang molek molek siket. daripada makan maggie mcd sume tuh baik makan nasi dengan telur goreng ayam kampung je weh.

sekali lagi aku ingatkan, penyakit berpunca dari pemakanan kita, cara hidup kita. fikir fikir kan lah. aku pun tengah berfikir nih.

*hepatitis A, B dan C semuanya bahaya. they are silent killer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com