Saturday, October 29, 2011

kulit muka perlu dijaga.

Assalamualaikum.

rasanya, lately banyak blog cerita pasal penjagaan kulit. setakat nih aku dah baca 3 blog. banyak lah kan. hahaha. lekluh. jangan marah-marah. cerita pasal bab jaga kulit nih, aku agak lemah ar siket. TAPI, apa yang aku boleh kongsikan ialah pengalaman aku. copy paste, pengalaman aku. copy paste lagi pengalaman aku.

ok, lets start. masa aku baru baligh dulu, kalau korang tengok muka aku sumpah ko akan tampo muka aku. dulu lah. sekarang nih ko akan cakap OMG. tuh je. hikhik. dulu, aku ada habit suka kutil jerawat. aku tak tau bahasa saintifik dia apa yang aku tau kutil je. habit nih telah menyebabkan muka aku banyak jerawat dan bekas jerawat yang besar-besar. 
*kalau nak picit jerawat, picit betul2 sampai air putih yang keluar. jangan kutil siket, lepas tu biar. konfem jerawat akan kekal lama di kulit muka.

dulu, aku tak penah cakap "eee" pun kat orang yang muka cam aku. sekarang nih, aku cakap dalam hati jelah. macam mana aku hilangkan jerawat dan bekas jerawat? daripada aku darjah 5 sampai tingkatan 4 aku pakai Syurah. pencuci dengan scrub. mak aku ada belikan dia punya toner ngan moisturiser. tapi aku tak pakai. melekit2. 

disebabkan aku tak pakai toner ngan moisturiser muka aku mengalami liang roma terbuka. ala yang macam kulit orang cina bila dah tua. camtuh ar. tapi kat bahagian hidung je. sekarang nih, aku dah mula menyesal akan perbuatan aku dulu barulah aku guna toner dan moisturiser. sekarang nih barulah elok siket. 

ok, cerita pasal produk pula ye. pencuci muka aku Bioglo. boleh dapatkannya di Cosway. tak mahal pun. Toner aku, Clinelle (purifying toner), Moisturiser Garnier yang gentle punya dengan SafiRania Gold serum dia. yang Garnier tuh aku tak bape suka pakai sebab dia macam berminyak siket. so, kalau pakai tu mesti kena pakai bedak lepas tuh. kalau pakai Safi, tak payah pakai bedak pun takpe. tak nampak berminyak.


slumber je kan aku campur produk. haha. aku memang suka campur produk sebab kulit aku sensitive siket. ada produk yang ok, ada yang tak ok. contoh, pencuci Garnier aku tak ngam. tegang semacam kulit aku. lepas tuh Safi Rania Gold moisturiser dia aku pakai pedih2 muka aku dia bantai. tu pasal aku campurkan semuanya.

kalau aku, kurang minum air masak, muka aku keluar bintik2 merah yang macam ruam tuh. bukan kata muka, kat badan pun naik sekali. nampak tak effect kurang minum air? haa, so aku kena make sure at least 2.0 litre air aku kena minum. barulah merah2 tu sume hilang. kalau cerita pasal mask, ada orang cakap kena pakai 2 kali seminggu. nih yang jaga giler muka dia. aku respect la kalau ada yang sanggup buat macam nih.

aku guna Bioglo mask. macam gam weh dia punya mask. sumpah pedih kalau nak bukak. tapi sangat berkesan. dalam banyak-banyak mask, ni jer yang aku percaya. mask dia nih lebih kepada tanggalkan jerawat halus. yang macam liang roma tuh. tapi kalau nak relaxkan muka, segarkan muka bantai jelah apa yang ada kat Watson and Guardian. beli 4 percuma 1.


sun block pun aku ada jugak. nih terlampau jarang aku pakai. aku beli pun sebab suatu ketika dahulu kulit aku sangatlah gelap. dah macam anak keling weh. sebab tuh aku beli, tapi sekarang saya dah tak guna dah :D kalau anda rasa nak muntah, sila muntah sekarang. hahaha.

ok lah. rasanya tuh je aku nak share. lain keturunan, lain produk yang sesuai :)

p/s : jangan selalu sangat cuci muka. 2 kali sehari dah memadai. pagi dan petang. yang nih, doktor yang cakap. bukan aku yang cakap.

Friday, October 28, 2011

shopping pun kena ada style ok.

Assalamualaikum.

lain keturunan, lain cara dia shopping. lain macam la pulak ayatnya. aku categorykan diri aku, jenis kuat shopping. pantang ada duit. kalau dulu time sekolah, ye semuanya kena sekat. duit mak pegang. apa aku nak semuanya terbatas. nak itu, tak boleh. nak ini tak boleh. dapat memang dapat, tapi pilihan mak abah aku. nampak tak betapa hampanya perasaan aku? 

aku senang je kalau nak shopping. takkan buang masa punya. mula-mula aku akan survey mana port aku nak beli. apa barang aku nak beli. aku aim je dulu. itu untuk tempat yang dekat-dekat lah. kalau aku pegi tempat yang aku jarang pegi contohnya Mid Valley hari tuh, see! takde satu barang pun aku bawak balik. jarang aku macam tuh. aku kalau shopping tempat yang aku jarang pegi, bagi aku masa 3 hingga 4 jam untuk meninjau. 

bagi aku, 3 4 jam tuh sangat sekejap. that's why aku tak suka shopping kalau parents aku ada. especially abah aku. sebabnya dia suka nak cepat. aku kalau nak cepat, tak payah beli. sure cepat giler. aku lebih suka sengsorang. lebih free. ko nak try baju ke seluar banyak kali apa ada hal kan. esok aku pegi shopping ngan EG ngan Aien. harapnya dia diam-diam je. aku yakin dorang hal dorang, aku hal aku. hahaha.

yang paling penting, aku kalau takde duit aku takde masa nak window shopping. buat sakit hati je. ada duit, baru shopping. that's my style.

p/s : Farahan kata aku kalau shopping mengalahkan datin. biasa je pun.

Thursday, October 27, 2011

Day 14 - a TV show you're currently addicted to

Assalamualaikum.

cerita pasal TV show. aku sure korang terkejut lah dengan apa yang aku nak cakapkan. hahah. aku tengah kemaruk giler dengan Running Man. I repeat Running Man. ok, tak payah nak terbeliakkan biji mata anda. saya tahu anda semua tengah terkejut. actually, aku dah lama minat benda nih cuma aku diamkan je. low profile.

aku tau ramai sangat remaja sebaya aku, seangkatan ngan aku minat giler khinzir ngan running man. paling senang, ko pegi mana-mana Universiti ko tanya dorang pasal running man sure dorang tau. sume akan cakap "ohh ye ye best best best" belum sempat cerita kot. dah potong dulu. sampai macam tu sekali bestnya cerita dia nih. 

aku dapat tau running man ni pun daripada twitter. paling utama! ramai yang tweet pasal benda nih. yang RT pun ramai jugak. sampai aku unfollow lah orang tuh. hebaq dak masa tuh. punyalah menyampah. tapi sekarang tak. aku paling minat kot. aku dapat episod episod dia pun daripada kawan. hihihi. malu lah nak cerita. segan.

aku ambik siri running man nih daripada fiza. hahaha. aku macam tak percaya weh. aku dengar dia citer2 ngan kawan pasal running man so, aku pun copy lah. dah habis dah pun aku tengok. thanks fiza sebab copy daripada membe2 ko. hahah. dekat external raje pun ada, tapi tak banyak. sangat siket. tak puas aku tengok. fiza lah paling terbaik. guling2 aku ketawa weh. HAHAHAH *paling LAWAK.

yang sebenarnya #np. entry ini hanya rekaan semata-mata. aku tak layan pun cerita nih.
KL??? peace yaw! *stail AC Mizal.

Day 13 - a picture of your favourite band/artist


mesti ramai yang tak tau band nih. aku pasti 120%. jangan nak potong ayat aku. mak marah. 
band nih asalnya dari Thailand. lagu-lagu dia perhhh gempak kot. kiranya kalau ko dengar lagu dia nih, sure menangis, meraung la. tak pecaya? ko cari kat 4shared.com taip "band thailand yang boleh buat orang menangis meraung" 

yang itu tipu. ko taip Ungu - Penghujung Cintaku. fuhhh shahdu. menangis tak? meraung tak? kalau takde tuh, bak kata nujum pak belalang, pendek umur. pak nujum pun dah takde dah. so, takyah pecaya cakap dia.

Wednesday, October 26, 2011

Day 12 - your current relationship, if single discuss how single life is

Assalamualaikum.

I'm not single.

so, aku tak perlu nak cerita lebih panjang.
ok, kau kena tipu! saya masih lagi bujang. jangan nak buat2 muntah sangat aku sedar sape aku. aku sedar lah weh! tampo kang.

tak payah nak mengarut panjang. kalau cerita kisah kehidupan orang bujang jangan cakap laa. sure seronok. bukan kata seronok, tapi beronok-ronok. sukar aku nak bayangkan macam mana seronoknya. eh kalau tak, takkan aku boleh mesej kak yong Raje ajak pegi Australia jumpa AnwarHadi? nampak tak betapa seronoknya tuh. 

lepas tuh, hidup bujang nih boleh buat sesuka hati. bebas weh. nih lusa nak pegi German. tak payah nak buat2 muntah lagi. kenyataan kot. dah ar, ko tinggal jelah boyfren2 ko tuh. baru ko rasa kehidupan macam aku. senang-senang nak pegi Australia, German sume. hebaq dak? 

hidup bujang nih jugak boleh kawan ngan sesape. alah kalau aku ada boypren pun slumber jugak aku kawan ngan sesape. kalau tak, takkan sampai kena tinggal. hahaha. ok, gebang lagi. rasanya tuh jelah kehidupan sebagai seorang yang bujang.

alah, kau tau lah kan perasaannya macam mana. kekadang teringin nak couple, kekadang rasa bosan bercouple. itu lah tu. susah nak diceritakan.

*actually single, bukan bujang. hehe.

p/s : menaip sambil mendengar sejarah macam mana Syiah nih wujud. now I know.

Saturday, October 22, 2011

pendapat amat diperlukan.

Assalamualaikum.

convocation? ko rasa benda nih perlu? apa tujuan ko nak convo?

kalau aku diberi pilihan untuk convo, konfem aku pegi. sebab aku rasa benda nih hasil usaha aku sendiri. jerih aku nak dapatkan result yang bagus nak lulus nak kasi mak abah tersenyum. bagi aku benda nih sangat compulsory. bukan untuk dibanggakan dengan orang lain, tapi untuk mak abah aku. just both of them. 

ada yang berpendapat, convo nih hanya sekadar untuk tujuan show off. sedangkan result yang dia ada tak bagus mana. belagak bukan main. ada juga lagi yang berkata, orang yang repeat paper banyak kali. nih mostly untuk orang yang extend semester sampai 7, 8 sem nak jugak convo sedangkan pencapaian ko tak sehebat mana. kenapa perlu nak convo?

wow hebat ayat kau. kau macam mintak penampar je syah bila ko cakap macam nih. 

relax laa. aku tengah mushkil nih. bila fikir balik, betul jugak kata-kata nih. keputusan pun cukup makan je apa kes nak convo kan? tapi bila baca ayat aku, mesti korang pun cakap itu penat lelah kita. mestilah kita harus bangga dengan kejayaan kita. 

persoalannya lagi. adakah selama ko test dalam kelas, ko jujur? kalau ko jujur, 100% kau patut bangga dengan kejayaan kau. tapi, setiap kali test ko meniru apa macam? assignment ko harapkan kawan ko je yang buat. ko tukang jadi piala world cup cekak pinggang je. jujur kah? 

agak sensitif ya issue yang aku timbulkan nih. sila maafkan saya. apa yang aku boleh simpulkan, 
masing-masing ada pendirian. masing2 ada matlamat hidup. so, badan dah besar otak pun makin besar, pandai-pandailah fikir untuk kebaikan sendiri. kita hanya boleh tengok apa yang orang buat. jangan mengata. takut nanti kena batang hidung balik. jadikan sebagai teladan.

yang paling utama, diri sendiri yang perlu dibetulkan dahulu bukan diri orang lain :)

Tuesday, October 18, 2011

apa ada pada kawan weh.

Assalamualaikum.

aku nak cerita pasal kawan. bagi aku, kawan nih adalah nombor dua selepas keluarga. yes. ko takyah nak menipu aku cakap boyfren atau girlfren ko nombor dua ke apa. kot mana pun ko tetap cari kawan. aku tak tau la kalau ada yang macam haram ke lupa kawan lepas ada boyfren atau girlfren. ok, lupakan hal itu.


apa yang aku nak tekankan nih kita patut bersyukur kalau kita dapat berkawan dengan orang yang alim-alim nih. maksud alim aku nih bukan la dia dah jadi imam muda atau ustazah pilihan. maksud aku alim yang dia jaga solat dia, percakapan dia dan sebagainya. sebabnya kan, ok aku bagi contoh diri aku sendiri la kan. aku ada kawan yang alim nih. dekat UiTM aku ada, kat PLKN aku ada, kat Kuala Selangor pun aku ada.

aku nih bukanlah katogori yang alim. solat pun tak berapa nak sungguh lagi. banyak sangat perlu dibaiki. jadi bila ada geng yang macam nih, automatic ko akan motivated. macam tersedar sendiri. buat tak buat itu belakang cerita. at least kesedaran tuh ada. bagi aku, kawan kita dalam bilik sangat la penting. setakat nih, dah 3 sem aku belum pernah dapat roomate yang kaki surau. so, aku pun anggap dia pun macam aku je.

orang kata apa. ko dah malas solat, kawan pulak pun sama gak. haihhh wannup jadinya. at least bila ada kawan yang kaki surau nih, ko pun segan sendiri. nak nak pulak dia mengajak. ko yang tak ikhlas pun boleh jadi ikhlas. ada kebaikan. ada orang pernah cakap jangan paksa orang untuk melakukan kebaikan seperti solat. betul lah kan kita kena guna cara lain untuk mengajak orang melakukan kebaikan. bagi aku, dengan cara ko solat depan aku hari-hari aku sedar sendiri jugak.

hey common la. dah umur 19 kot. takkan lah nak kena paksa, pijak terajang bagai baru reti nak ingat Tuhan kan. beragak lah. yang paling aku fadeup bila ko nak beribadah, sekali ada pulak mambang yang tak reti bahasa slumber gaban je pegi kotorkan tempat ko nak beribadah dengan pakai kasut dah macam orang putih. aku orang Melayu bukan orang putih. agak-agaklah kan kalau ko taknak buat, jangan nak suruh orang lain pun tak buat. HORMAT tuh penting ye.

bagi aku lagi, bila ada kawan yang alim nih, segala aktiviti ko akan terkawal bukan tersekat. contoh. katalah ko nak buat benda jahat. dah konfem ko kena ceramah. toksah la kamu nak menipu. 3 tempat weh aku dah merasa. aku boleh kata, mana2 aku pegi, confirm aku dapat kawan dengan budak alim. ko nak jadi jahat pun tak jadi. serious tak tipu.

so, bersyukurlah ada kawan macam nih. aku tau ada yang tak boleh nak terima bila ada kawan macam ni. mungkin dia nak buat apa2 pun semuanya makruh ke haram ke. jadi dia merasakan diri dia dikongkong. kalau aku jadi macam tuh pun aku tak sanggup. ko dengar mak ko membebel pun ko dah panas telinga kan apatah lagi kalau kawan yang bebel.


bagi aku, kalau la ada orang yang suka membebel hal-hal macam ni, kalau kita tak suka tak payah la nak tunjuk sangat setan dalam badan terbakar. just relax. terima seadanya. atau terus terang prinsip hidup masing-masing supaya tak menjadi perbalahan.

*pengaruh kawan sangat kuat.

Monday, October 17, 2011

lets talk about little boy.

Assalamualaikum.

la nih aku nak cerita pasal anak buah aku. atau lagi senang anak sedara aku. last aku jumpa dia masa raya hari tuh. yang nih belum lagi jumpa sebab kat rumah ni semua demam jadi abah aku tak kasi dorang balik kampung. takut berjangkit. minggu depan boleh la korang balik kampung ye. jom cerita pasal budak cerdik nih.

sebelum tuh, cerita nih hasil penceritaan abah, mak, aien dan eg. takde kena mengena ngan aku. ok, macam ni cerita dia. si aien cakap dia nih keras hati. aien paling suka menyakat dia. menyakat yang kaw kaw punya. tak kasi chan. Daman ada main baling2 batu kat luar rumah, sekali aien pegi ketuk tangan dia cakap "haaaaaa" yang nada orang marah tuh.

lepas tuh dia muncung bibir dia. dia tengok abah dia, abah dia tak marah tapi bapak sedara pulak yang sibuk2 marah. bengang. dalam rumah pulak, dia nak ambik mainan dia lepas tuh aien tak kasi. aien ambik mainan dia cakap "pehal ko?" daman diam lagi. dia pegi main benda lain. bengang. dia main sliding door. pun aien marah. sekeh kepala pulak. muncung lagi. abah dia tak marah aien. abah dia biar je. lagi dia bengang.

dah kemuncak. daman nak buat apa entah sekali aien marah dia. kali nih mata daman dah  berkaca. sampai eg pujuk dia letak kat dalam tempat buaian baby yang untuk 3-6 bulan. muka sedih je. sekali bila aien lalu sebelah dia, dia lepuknya kaki aien. kata aien ngan eg. dia dah bengang dia bantainya. hahaha. kata aien, kalau ada abah dia, dia tak berani balas. sebab abah dia takde yang dia lepuk tuh. sakit sangat hati dia agaknya.

lepas tuh bila dah nak balik cheras balik. si daman wajib salam semua orang. dia salam la atuk, opah, pakndak dia. tiba ke aien pak uda dia, dia taknak salam. dia terus je keluar rumah. sekali abah dia marah. "pegi salam pak uda sekarang. kalau tak, takyah balik" barulah dia salam. 

punyalah kan nih budak. keras hati. sudah tuh pandai berdendam lagi. ingat pulak tuh muka orang yang buat jahat ngan dia. kata aien "dia dah pandai cakap ni lagi sedap aku nyakatnya" 


Sunday, October 16, 2011

Jangan tidur lepas A'sar.

Assalamualaikum.

memang betul la kan orang cakap jangan tidur lepas A'sar. tak elok katanya. semalam. aku tidur lepas a'sar. tapi kali nih, aku dapat mimpi baik punya. yang pasti mimpi mengarut yang takkan jadi kenyataan. tak penah la aku dengar mimpi lepas A'sar boleh dijadikan petunjuk. yang aku tau mimpi jam 12 sampai 3 pagi je yang boleh dijadikan petunjuk.

ok, macam nih citer dia. buat pertama kalinya aku pegi solat jemaah waktu asar kat masjid depan rumah aku nih. manalah ada orang perempuan nk jemaah waktu asar. yang ada waktu maghrib ngan isyaak je. tapi aku lain aku pegi waktu asar. masalahnya, masa aku sembahyang tu aku x rasa pun aku solat dengan sempurna. sebab orang laki dalam masjid tu mcm bongok je main tengok2 aku kat blkg. kira aku smbhyang main2 la time tuh.


habis solat, aku jalan balik rumah. ada jmpa satu ketas dalam dia ada 1 bnda mcm contact lens. aku pegang, tetiba aku nampak ada satu taman yang cantik yang ada nyanyi2. macam dalam citer magika tapi lagi cantik. bila aku tekan contact lens, hilang sume. jadi aku bukak. memang indah. macam alam bunian pun ada gak.

lepas tuh aku jmpa Bront Palare. punyalah. dress up dia masa tuh macam dalam citer skali lagi. dia dtg jmpa aku cakap "masakkan abang sambal udang dengan puding jagung" aku dgn muka pelik aku blah. dalam hati, ko reti masak ko masak la sndiri. abah aku suruh pn belum tentu lg aku masak. lepas tuh timbul lg sorang mamat yg tak pasti muka dia. aku tak cam. cakap bnda yang sama. lagi lah aku pelik.

sampai rumah, abah tanya aku nak makan apa. aku diam je. rupanya, abah aku bangunkan aku. -_- 
hilang terus fairytale aku.

*betapa peliknya mimpi lepas asar*

Friday, October 14, 2011

KERAJAAN HARAMKAN PEMAKAIAN TUDUNG DI IPTA & IPTS

Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS di Malaysia ini berikutan dengan faktor-faktor kesihatan. Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yang tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yang sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.

Adakah kerajaan Malaysia takut akan hal ini. Yang dulu begitu marah terhadap Singapura yang memberhentikan 2 orang murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja. Sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Sekarang Malaysia sanggup mengHARAMkan pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa-apa dengan isu ini. Ini kerana semuanya terletak di tangan menteri-menteri di Malaysia.

Bagaimana pula dengan Pak Lah yang selalu menjadi Imam di masjid-masjid, adakah beliau juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. Jadi bagaimana seorang Imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. Universiti ini dahulu yang mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama Islam. Kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita Islam wajib memakai tudung.

Isu ini sengaja tidak digembar-gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah..

Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI
2)TUDUNG PERIUK
3)TUDUNG TERMOS
4)TUDUNG CAT

dan berbagai-bagai jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.

HEHE jangan marah.. aku pun kena juga benda ni. COPY & PASTE dari sini

Wednesday, October 12, 2011

Day 9 - a photo of the item you last purchased


sekali tengok, mcm kain guni. bila dah pegang, ohh lembut rupanya. hehe
this is pashmina :)

Tuesday, October 11, 2011

Day 8 - Your dream wedding.

simple jer apa yang aku nak. aku nak buat wedding tu dekat dewan for sure. taknak dekat rumah sebab aku taknak penatkan sedara mara sebab kena kemas rumah, hias rumah, basuh pinggan dan sebagainya. kalau buat kat dewan, aku order catering jer dah cukup. lepas tuh hias la dewan tuh. tak kesah la mahal ke apa, asalkan aku tak menyusahkan orang lain.

eh zaman sekarang dah modern, dengan duit macam2 boleh dapat. apa perlu nak susahkan orang kan. hahaha. citer bab hiasan dewan pulak. aku hanya nak ada bunga ros merah dan putih banyak2. woahh. gempak kot. takdelah gempak mana. aku rasa benda tuh simple jer kot.

tempat masuk cam biasa lah kan. lagi satu, aku nak ada satu port di dewan tuh khas untuk family dan sedara mara. tempat untuk dorang bersembang. supaya nnt bila pengantin jalan, aku pegi kat tempat tuh jer. xdelah penat aku nak jalan sana sini. smart kan? hahaha.

kalau bab makan pulak, aku nak masakan kampung. perh buat kat dewan cantik2 sekali makan makanan kampung. ok per kan. eh yang aku jemput tuh orang melayu bukan orang itali. faham? ok pandai. makanan mungkin aku akan buat dua side. satu western, satu lagi kampung style. jadi orang ada choice la kan. dan aku akan pastikan, orang yg dtg wedding aku tuh dlm keadaan lapar yg macam 10 hari tak makan, supaya kat wedding aku nnt dia boleh makan dengan sedap. 

lepas tuh kan, ada live band. ni wajib la kan. so, kalau sesape nak nyanyi, ko kenalah nyanyi live. tak main la karaoke weh. band tuh pulak mesti mainkan lagu oldist. subhanallah. belagaknya! kata dream wedding mestilah over. aku tak boleh nak bagi gambaran dia camne lah. sebab aku rasa takde yg sebijik macam yg aku nakkan lagi. jap aku  search google. 

*loading.
ihh takde. pandai2 lah fikir camne yang aku nak. hahah :p

Monday, October 10, 2011

exam law yg agak ketat la.

Assalamualaikum.

fuhhh lamanya aku tak update blog aku. for the first time weh terskip satu bulan yang takde entry langsung. rasa macam tak percaye jer. ok, sekarang dah habis dah final exam yang sangat bercampur baur. biarlah ianya menjadi satu rahsia yang orang lain tak tahu. 

ok, jam 9.45 pagi nih hari isnin, aku punya flight balik kuala selangor. tapi masalahnya, jam 5.30 aku dah kena keluar bilik. sebabnya bas UiTM yg hantarkan. perjalanan hanya ada jam 6 dgn jam 8. kalau ambik jam 8 takut tak sempat atau tergesa2. so, chill. ambik je jam 6.

aku tak tido lagi nih. aku cadang nak tido kat dalam flight jer. agak2 keluar kapal terbang muka sembab, paham2 jelah. hahaha. ok lah. just nak update tuh jer. 

#kbai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com