Thursday, March 29, 2012

handphone lagi.

Assalamualaikum.

balik balik handphone. aku dah jemu pasal handphone. apa ada pada handphone? sekadar boleh cakap, msge, ambik gmbo, 3g dah ar. tak yah nak lebih2. 

cerita pasal handphone, aku dah takde  nafsu nak beli handphone. aku kumpul duit pun, lepas tu duit tuh pergi ke baju, kasut, handbag, etc. nampak tak betapa tak bersungguhnya aku dengan handphone nih? seriously, aku hanya  terpengaruh dengan orang sekeliling aku untuk beli handphone. sampaikan bila parents offer pun aku dah taknak dah. aku ckp, bagus duit tuh bg esya buat beli baju lagi bagus.

aku pun tak tau la kenapa aku takde pendirian. dan sekarang aku ada matlamat yang baru. yang aku rasa aku tak perlu pun nk bagi tau korang2 supaya matlamat aku nih menjadi. so, aku tengah menguruskan mission yang ini. aku dah lupa pada handphone dan sebagainya. yang aku tau otak aku tengah fikir mission aku je.

dan sebenarnya, aku nih jenis kalau nak sesuatu takleh cakap dengan orang. kalau ramai orang dah tau aku takkan dapat benda tuh. contohnya handphone. hahahaha. teserlah kan buktinya. ada lagi benda2 lain yg telah membuktikannya tapi yg paling teserlah handphone la. lagi aku ckp, lagi aku tak dapat. so, lepas nih kalau nak something, jangan kecoh lebih. usahakannya okay. (nasihat untuk diri sendiri)

p/s : ada banyak sebab lagi kenapa aku taknak pilih handphone. aku bukan hardcore untuk gadget2 nih. bagi free boleh la. suruh beli, tunggu la klu aku dh tak tau nak buat apa ngan duit aku nnt.

Wednesday, March 28, 2012

MegaGiveAway by Penmerah.com


Assalamualaikum.

aku rasa ini kali pertama kot aku ikut serta dalam acara bagi-bagi hadiah. bunyi nyer memang pelik. tapi itulah hakikatnya. motif aku masuk benda nih, saje je cuba-cuba. aku kan dah lama tak aktive ngan blog. busy dengan study itu bagai. tak dapat nak blogwalking lelama. so, my time is now. haha. 

harapnya set D by Nisa Kay jadi hak milik aku kan cik pen merah? :D

guys, apa lagi jom lah join sekali Pen Merah Mega Giveaway.

saya tag Raje, Aziera n Tikah untuk entry nih.

Cerita Sem Empat

Assalamualaikum.

semester 4 nih aku rasa terlampau banyak cerita dia. ada yang baik ada yang buruk. bagi aku semester empat nih, ceria bagi aku. walaupun ada yang kekadang rasa sedih tak tentu pasal aku tetap rasa ceria. semester nih aku ada tukar bilik. daripada rendah pegi ke tinggi. tinggi giler arh, boleh nampak awan. esehh.

ramai jugak yg tanya kenapa aku tukar bilik. aku gaduh ke apa kan. sebenarnya aku takde masalah ngan sape2. cuma, hati aku berkata aku tak ngam belajar kat dalam bilik lama tuh. that's why aku heboh giler nak tukar. tinggi pun tinggi lah. demi pelajaran. bukan ada orang yang memaksa ke apa. itu satu hal.

lepas tuh sem nih jugak ada banyak assignments yang memerlukan kerja berkumpulan. disebabkan itu, aku mula rapat dengan classmate aku. klu dulu, aku memilih siket. dah tu yg rapat pun ada lah 2 3 orang. laa nih semuanya okay. alhamdulillah.

then, masa final exam. aku kat atas tuh, hanya ada dua bilik je yg available untuk DPA. bilik aku ngan bilik sebelah. so, masa final exam kami banyak berbincang itu ini. study group la senang cerita. untuk semua subjek kecuali QMT. yang lain banyak discuss. alhamdulillah jugak, semuanya boleh jawab dengan jayanya dan masing2 mengingat muka masing2.

rasanya tuh jelah untuk semester empat nih. ada banyak kenangan untuk sem nih. videos pictures terlampau banyak. hikhik. lets check it out.


birthday DJ 29/02/2012


for ms. Aries

Saturday, March 24, 2012

Personality Types.

Assalamualaikum.

lamanya dah tak mengadap blog nih. so, final exam untuk semester ke-4  baru je habis. aku pun baru duk rumah sehari. itupun aku dah gelisah semacam dan mulut ni tak henti2 mencari makanan dan air. tidak tahu la kenapa jadi sebegitu.

sebenarnya aku nak cerita pasal personality diri. dah lama aku nak cerita benda ni kat blog tapi tak berkesempatan. maklumlah datin kan. hahah. kalau korang nak tau ada 4 kategori personality iaitu Sanguine, Choleric, Melancholic and Phlegmatic. kalau aku gabuangan dua personality phlegmatic/melancholic. dua-dua tuh ada dalam diri aku.

kalau phlegmatic nih major dia flexible. melancholic ni major dia sober. dalam pada dia boleh mendengar dan semuanya duh, dia jugak sangat sensitive. itulah hakikatnya. sebenarnya aku malas nih. tu pasal la penerangan dia pun ciput je. secara umum je aku bagi. hahaha.

kalau senguine major dia kuat bercakap and choleric major dia sifat kepimpinan. ada sesetengah orang dia hanya ada satu sifat. takde gabung2. kalau aku, aku punyakan bergabung. and i'm introvert


nak tau lebih? meh click link nih. 
phlegmatic/melancholic

p/s : kalau nak tau korangnya personality, boleh la buat test di internet nih. guna uncle google k.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com