Monday, January 28, 2013

Generate money from your own blog with Nuffnang.

dari tahun 2009 aku berkecimpung dengan blog, tahun 2012 baru aku dapat generate money daripada blog aku sendiri. haa nampak tak betapa lama nak generate money from my own blog? mungkin masa tahun 2009, 2010, 2011 entry yang aku hasilkan tah pape tah. kalau baca balik, boleh ketawa macam tengok citer zombie kampung pisang. 


ini je BE yang aku dapat daripada Nuffnang sepanjang tahun 2012. memang tak banyak macam blogger2 yang super awesome luar sana, tapi syukur lah kan sebab Nuffnang bagi peluang kepada blog Aisyah Taib nih untuk mengiklankan iklan daripada syarikat2 luar sana. hihi.

harapnya, untuk tahun 2013, ada BE yang baru. nak banyak lagi daripada sebelum nih. boleh Nuffnang? hehe.

Sunday, January 27, 2013

Sinopsis Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit

Dah dua tahun filem arahan Mamat Khalid menyepi kat pawagam. tahun nih filem yang akan ditayangkan ialah Husin, Mon & Jin Pakai Toncit pada 7hb Februari. jangan lupa tengok uolls :)


mengikut kata kata Mamat Khalid, filem nih takde macam filem hantu kak limah yang fisrt ataupun zombie kampung pisang. yang filem nih cuma kesinambungan. kiranya yang hantu kak limah 2 nih lain lah. tak tau lah best ke tak. kalau aku, aku suka filem arahan Mamat Khalid nih sebab skrip2 dia yang lawak slumber aku gelarkan. hahaha. baru tengok teaser aku dah ketawa dah. haha.

Sinopsis 

Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah," Husin yang telah muflis akibat ditipu Skim Cepat Kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang Husin berjumpa semula dengan geng lamanya & juga Mon, kekasih lamanya sewaktuKampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh, Nampaknya sejarah misteri 45 tahun dahulu telah kembali. 


Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di kampung itu kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura & mempelawa Husin menjadi pembantunya, namun begitu, masalah semakin rumit apabila Husin sendiri didapati hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi, & Nazari SMK gagal mengesan dimana Husin Berada. Yang tinggal hanyalah Mee Maggi Singapura. Didalam kekecohan itu muncul Dr. Samsudin yang mendakwa mampu mengesan dimana hilangnya Husin. Apakah sebenarnya Berlaku??? Siapakah Yang Menculik Husin???

Teaser


OST


*entah entah dia pegi ke Giant mencari tisu ke ape ke, engkaurang je pandai2 mengata dia diculik bunian.

p/s : begitulah flash back saya. 

Saturday, January 26, 2013

Tips Penjagaan Kulit Muka : Nyah kau jerawat: Tea Tree Oil

Malam tadi dah janji kan nak share lagi tips penjagaan kulit muka. so, malam nih aku nak kongsi mengenai Tea Tree Oil daripada The Body Shop. kalau korang tak tau, aku nak bagi tau yang Tea Tree Oil memang bagus untuk menangani masalah jerawat. selain buah lemon, tea tree oil pun okay jugak.


aku dapat sample je pun daripada Body Shop. tapi samplenya nih walaupun nampak kecik, lama jugak bertahan dengan aku. kalau nak beli harga dia rm28. boleh dapatkannya dekat outlet store or online store. 

aku akan gunakan tea tree oil bila aku ada jerawat yang besar je. kalau setakat jerawat pasir, oat mampu mengatasinya. hihi. keberkesanannya, 2 hari dah boleh surut. kalau korang nak lebih cepat, gunalah buah lemon. cuma takut korang tak sanggup je menahan kepedihannya. tsk tskk.


cara nak gunakan tea tree oil daripada body shop nih, guna selepas kita guna toner. dah lepas sapu tea tree oil baru guna moisturizer. lebih afdal, lepas je guna tea tree oil nih, biar seminit or biarkan kering kejap baru sapu moisturizer. 

senang kan? tak percaya cubalah sendiri.

p/s : tea tree oil kalau terkena jerawat pun, tetap rasa kepedihannya. you have to face it dear. hahaha. good luck :)

No backspace challenge.

Malam nih aku nak ypdate satu entry yg takde vuba backspace langsung. Haha. Belum pape lagi dah ada 3 kealahan nong. Haha.o

Okay aku just nak update yg mungkin esok or lusa aku akan update bloog untuk bagi tau korang pasal cara lain untuk hilangkan kulit berminya. Korang dah ada try tak yg oat tuh? bhaa berkesan kan? hihii.

so next entry will be part 2 la kan hahaha. Stay tuned yer p. Erm, apa lagi nak bg tau yer? ermm ermm. Rasanta tuh jelah kot. Eh, jangan lupa yer follow instagram baru saya @esyahtaib dan twitter saya @aisyahtaib. :)

okay bye.

P/s : entry nih aku hupdate huna phone. Thats why aku namakan entry no backspace challenge. Selalu sangat typo.kan. Hahaha. See see! banyak betull.

Wednesday, January 23, 2013

Tips Penjagaan Kulit Muka: Cara Mengatasi Kulit Berminyak & Kulit Kering : Oat

Ramai yang tak tau yang oat sangat bagus untuk oily skin dan dry skin. untuk entry kali nih, aku nak share cara yang aku buat untuk mengurangkan kulit berminyak. aku akan buat sehinggalah dia jadi normal skin. aku dah cuba cara nih hampir 2 minggu. kira hari nih dah masuk hari ke 10. 

keberkesanan dia? sangatlah berkesan kau. kalah semua produk yang mahal. malah cepat lagi dia punya tindak balas. 

ok lets start. pertama sekali, apa yang uolls perlu ada semestinya oat. yang aku guna nih satu sudu kecil jer. itupun kira banyak. cukup lah jugak untuk sapu dekat lengan tangan, dan leher dengan tujuan memutihkan kulit. hahaha.

*aku guna quacker oat tuh jer. lebihan mak aku punya masa dia kat hospital dulu. haha


Kemudian, lalukan air sambil kita genggam oat tuh supaya dia basah basah siket. kalau ko bukak genggaman tangan ko, maka ke lubang singki la jawabnya oat oat tuh semua. 


then, bukak genggaman titiskan air 3 4 titik air sehingga dia jadi macam nih.


lepas dah titikkan air, kita tekan2 oat tuh sampai dia keluar susu dia nih. haa, nampak tak warna putih susu tuh? jangan buang yer. perahkan susu tuh ke tapak tangan lagi sebelah, sapu kat muka. tujuan dia untuk melembutkan kulit kita.


bila dah sapukan susu kat kulit muka, titikkan air semula ke oat dan sapu ke seluruh muka oat tuh tadi. kira macam scrub lah. fungsi kita sapukan oat tuh adalah untuk meresap segala minyak muka kita. that's why oat goods for oily skin. 

untuk dry skin, you just take the milk of the oat. supaya kulit sentiasa lembab macam kulit baby. hihi. sepanjang 10 hari  aku guna oat sebagai pencuci muka, kulit muka aku dah tak berminyak sangat. selalunya kalau aku cuci pagi, jam 10 macam tuh. jam 12 dah berminyak dah. kalau guna blotter, separuh dah habis untuk serap minyak yang 2 jam tuh. cuba bayangkan kalau dah petang? haaa...

selepas mengamalkan oat sebagai cleanser, aku dapat rasakan sendiri perbezaannya. kulit muka hanya berminyak di dahi dan hidung sahaja. itupun siket. kalau guna blotter, suku je untuk satu hari. bukan 2 jam ye. malah, jerawat pasir aku pun makin hari makin surut. 

last week rasanya jerawat pasir aku macam menyerang muka aku nih. kat pipi kiri kanan dan dahi. merah merah lah kok jerawat tengah pesat membangun. terus aku search cara nak menangani jerawat dekat youtube. keluar lah citer pasal oat nih. hihi. KLIK SINI

rasanya, memang aku akan guna oat nih jer supaya kulit muka aku tak berjerawat, tak berminyak. aku akan guna sehinggalah dia jadi normal skin. yeahh! 

nota kecil : aku akan guna cleanser aku yang sedia ada tuh bila aku rasa malas sangat.

Monday, January 21, 2013

Cara Penjagaan Seluar Jeans Mudah

cerita pasal seluar jeans, majority semua ada koleksinya tersendiri. sekurang-kurangnya ada satu helai dalam wardrobe kita. dulu, aku suka guna cotton jeans yang sangat suka mengembang tak tentu pasal. lalu, aku bertukar pada jeans yang memang tak pandai mengembang tak tentu pasal. kalau berat badan naik, pegi beli size baru. tutup cerita. hihi.

my new Acid Washed Jeans

first time aku guna seluar jeans, cepat reput jeans aku tuh. sebab selalu basuh. koyak tak tentu pasal. yang pasti dekat celah kangkang koyaknya tuh. maklumlah, first time. jadi untuk mengelakkan seluar jeans kita yang mahal mahal tuh rosak, atau luntur warnanya, jom baca bawah nih cara nak jaga seluar jeans kita. 

1. Jangan gunakan peluntur atau kata lain dia clorox dan mesin pengering. sebaik2nya jemur jeans tuh macam tuh je. biar dia kering sendiri. kena make sure lah hari betul2 panas terik. 

2. Terbalikkan seluar ketika basuh dan jemur. ini untuk mengelakkan warna jeans tuh luntur. juga, jangan selalu basuh jeans ye. nanti reput seluar hampa. maksudnya, janganlah sekali dua pakai terus basuh. 

3. Jangan cuci jeans dengan kuantiti yang banyak. maksudnya dalam sekali cucian tuh, ada 4 helai je jeans yang dibasuh. kalau boleh, elakkan basuh dengan baju yang lain. basuh seluar jeans sahaja.

mudah kan cara dia? hihi. kalau aku punya seluar jeans sekarang, dua minggu sekali baru cuci. hebat dok? tapi aku pastikan yang seluar tuh tak kena peluh yang banyak. kang tak memasal berkurap pulak. 

p/s : kalau kita basuh seluar jeans baru dengan yang lama, benda nih dapat bantu seluar jeans yang lama tuh tadi mengekalkan warna dia. 

nota kecil : sumber daripada Utusan Malaysia

Friday, January 18, 2013

Full Download Drama Setia Hujung Nyawa

kalau perasan lah kan sekarang nih dekat tv dah banyak dah drama drama yang diadaptasi daripada novel. hampir setiap channel mesti ada drama yang adaptasi daripada novel. bezanya popular atau tak je. yang bagusnya kan, benda benda camnih dapat melakukan novel penulis kita. hihi.


drama yang terkini aku tengah layan adalah Setia Hujung Nyawa. minggu nih baru aku terjebak dengan drama nih. sebelum2 nih tengok seminggu sekali je. start Zain dan Ersalina bergaduh baru aku dah terstay layan drama nih setiap hari. hahaha. *gelak hambar*

keseluruhan episod untuk drama nih 28 episod. so, takdelah lama beno nak tunggu kesudahan dia kan. hahaha. macam biasalah aku kan kalau drama tv3 maghrib2 nih memang selalu tertinggal. nanti dah lepas habis cerita baru aku dapat tengok kesuluruhannya sebab aku download. tak pun mintak kat kawan. hehe.


kat sini aku nak share link untuk korang download drama nih. kalau dah download, share lah dengan saya :D KLIK SINI

p/s : suka betul aku tengok si Amar Asyraf berlakon marah marah. lawak aku rasa. hahaha. 

Thursday, January 17, 2013

Drama Sehangat Asmara Astro Mustika 134HD


AWIE !!! baru nih dapat tengok music video untuk drama Sehangat Asmara nih. aku rasa mood sekarang nih terlampau excited. tak tau pehal. mungkin sebab dengar awie nyanyi kot. hahaha. 

rasanya ramai dah tau drama Adam & Hawa dah habis dah last week. so, next week 21hb akan start drama baru pulak iaitu Sehangat Asmara. adaptasi daripada novel Aisya Sofea. lakonan Adi Putra dan Rita Rudaini. compare Aaron Aziz and Adi Putra, aku rasa better Adi Putra kot. hihi. aku bernasib baik sebab drama nih kejap je 30 episode je. hari isnin hingga rabu. tak sabar nak tengok!

ini sinopsis aku copy daripada alaf 21.


Cinta pandang pertama Kamalia Nalwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya?


*********************************************************

antara gambar2 dorang masa buat pengambaran drama Sehangat Asmara.


*copy daripada instagram. hikhik

*copy daripada facebook

Kebaikan Buah Lemon

*aku tak suka baca. tapi kalau bab kesihatan, fesyen, aku suka baca. suka dengar. suka tengok. mungkin yang bahagian lain, perlu diterapkan dalam diri nih tak lama lagi.


so, hari tuh aku ada baca benefits buah lemon. ada banyak kelebihan buah lemon sebenarnya. selain dia boleh digunakan dalam masakan, lemon jugak berfungsi dengan baik dalam sistem badan. aku dah lupa apa nama saintifik yang ada dalam lemon tuh sendiri yang menyebabkan dia bagus dalam sistem badan. rasanya korang boleh google kot benda tuh. hihi.

apa yang aku nak cerita kat sini. Lemon nih baik untuk merawat jerawat. 4 hari lepas kat dagu aku ada jerawat tumbuh. pedih tau tak. yang masih fresh tuhh. then, aku tengok dekat youtube cara menangani jerawat. cara dia senang je. perahkan lemon, then ambik kapas muka, letakkan siket perahan lemon tuh kat kapas tadi. kemudian, ambik sedikit gula pasir taburkan atas kapas muka. then, sapu keseluruh muka. biarkan seminit, bilas.

mula mula aku tak faham kenapa nak tambah gula kan. fungsi gula tuh supaya jerawat tadi tak pedih sangat. macam scrub pun ada gak. jangan tonyoh sekuat hati, nanti pedih muka hang. lepas je aku guna cara tuh kan, kecut terus jerawat tuh. hihi.

selain daripada merawat jerawat, aku amalkan minum air lemon setiap pagi. kebaikkannya hari hari aku berak. hahaha. aku nih kalau tak keluar peluh, memang susah nak berak. tak tau lah penyakit apa nih. aku dah try untuk keluarkan peluh, susah der. penat dah berjalan laju2 ke hulu ke hilir. peluh tak banyak keluar. nak cari tangga, takdelah pulak rumah aku nih bertangga. kalau ada tangga, lebih cepat keluar peluh.

mungkin lepas nih, aku kena amalkan berjalan laju sambil bawa beban. pikul beg berat berat macam askar. hahaha.

so, setakat nih aku gunakan lemon untuk merawat jerawat dan untuk melancarkan sistem berak.  it works for me. tak percaya cubalah sendiri.

Tuesday, January 15, 2013

Aktiviti Utama Bila Online


bangun tidur. minum air. lipat selimut. susun bantal. on computer. pegi toilet. cuci muka. berak. mandi. sapu lantai rumah. online. check email. sign in blog. check nuffnang. check instagram. check twitter. check facebook. check handphone. keluar bilik, makan. habis dah.

*malam ada tambahan. check youtube. tengok video apa yang patut.

Sunday, January 13, 2013

Oat


Kita tengok sejauh mana keberkesanan Oat nih. hehe.

Review: CC Cream, BB Cream

Assalamualaikum uolls :)
Waalaikumussalam Aisyah.

hari nih aku nak review CC cream daripada Rachel K. hari tuh aku dapat sample yang warna pink punya kan. so, nak review lah siket bagus ke tak CC cream nih. ok, setakat nih aku ada 2 BB cream iaitu Maybelline BB Cream White SPF50 dengan FaceShop BB Cream. so, kat sini aku nak compare lah CC cream dengan BB Cream. mana yang lebih bagus dan lebih berkesan.


CC cream by Rachel K sangat bagus untuk orang yang kulit natural flawless takde jerawat, takde masalah pore terbukak besar, takde parut jerawat etc. senang cerita kulit yang betul2 bersih lah. untuk orang macam nih, sangat sesuai. sebabnya bila kita pakai CC cream, dia terus meresap dalam kulit kita dan hasilnya sangat2 natural. umpama ko takde pakai apa2 cream. 

tapi, bahagian concealer dia, sangat lemah. pore aku kan kalau dekat2 boleh dikatakan besar lah jugak, dia hanya mampu menutup 10% jer. kalau jerawat, harap maaf la memang tak tutup langsung. that's why aku kata, orang yang kulit flawless je yang sesuai dengan CC cream Rachel K.

(Before) Maybelline, FaceShop, Rachel K

(After) Maybelline, FaceShop, Rachel K

untuk perbandingan pulak. kalau tengok dekat gambar di atas nih. dari kiri BB Cream Maybelline, BB Cream FaceShop, and CC Cream. yang pasti CC Cream paling tak nampak kan? sebab cream dia sangat bagus, bila kita sapu dia rata dan terus meresap dalam kulit. tu pasal aku kata natural sangat CC cream nih.

*yang FaceShop punya tuh warna dia nampak tak match kan? memang camtuh. dah lepas beberapa minit baru dia sama warna. pelik kan? hihi

2nd place goes to BB Cream Maybelline. selalunya memang aku akan guna yang nih kalau nak pergi mana2. jarang aku guna BB Cream FaceShop. yang aku suka BB Cream Maybelline nih, untuk kulit muka aku, sangat sesuai. sangat. kan, aku punya kulit muka selalu keluar jerawat pasir then bila guna BB Cream nih, tak nampak lah kokk. hahaha. kalau pore aku tuh, dalam 40% lah dia cover. eh memang aku suka giler ah dengan BB Cream Maybelline nih. sangat puas hati memakainya. 


paling worst BB Cream FaceShop (menyesal aku beli aih). sebabnya bila kita sapu, tak rata hasilnya. after guna benda nih dekat muka, mesti kena touch up dengan bedak siket supaya nampak sekata. so, dua kerja dah ko kena buat. kalau guna yang lain nih, pakai je cream terus jalan. takyah lagi dah nak berbedak2. lagi pun, aku nih kalau guna bedak, muka akan lebih berminyak daripada kebiasaan. dah boleh goreng ikan dah guna minyak muka yang ada.

tu pasal aku suka guna BB Cream. ringkas, mudah, lengkap. kulit muka pun tak berminyak melampau2. hehehe. haa! nak add siket pasal SPF. Maybelline SPF50++, FaceShop SPF37++, Rachel K SPF35++. so, itu sahaja daripada saya, Aisyah untuk review CC Cream and BB Cream.

p/s : yang aku review nih bila kita close-up tau. kalau dari jauh, ketiga-tiga nih bagus. kalau ambik gambar, nampak comey ar. hihihi

*kalau nak sample CC Cream, boleh tengok kat entry yang nih. KLIK SINI.

Friday, January 11, 2013

Review Only Beauty

Assalamualaikum.


hari nih aku nak share satu website iaitu Only Beauty di mana website nih dia suka bagi free samples tau untuk sesiapa yang bernasib baik. kalau nak sample, kenalah submit application then tunggu lulus ke tak. after dah dapat, guna then review kalau nak. ha senang kan?

dekat Only Beauty banyak lah dah sample sample yang dia dah bagi ikut brand lah. setiap hari Isnin hingga Jumaat ada sample yang dia akan bagi. so, kena alert lah untuk tau sample apa yang dorang nak kasi. hari tuh, ada jugak dorang bagi sample Kiehl's. ada tiga produk. toner, sun block and another one untuk lingkaran gelap bawah mata. boleh KLIK SINI untuk usha.

yang bestnya lagi kan, lepas nih korang boleh dah beli barang skin care, makeup, body wash etc dekat Only Beauty. for sure, aku yang excited dulu. hahaha. selain daripada memperkenalkan produk2 skin care, Only Beauty ada jugak share beauty tips. setakat nih yang ada hanya dua tips untuk produk Avene. sebelum nih, aku tak pernah pun tau yang Avene ada jual serum weh. dah tengok Only Beauty baru tau. hahaha kuno giler.

dekat website nih lah jugak korang boleh tengok segala review tentang produk apa yang korang nak tau. baca, fikir. kalau berkenan pegi kedai cari, beli. kalau Only Beauty dah ada online store, takyah pi kedai dah. terus je beli. senang kan?

Tuesday, January 8, 2013

New year yang agak sepi seorang perindu.

Assalamualaikum awak!

sepatutnya tahun baru, mempunyai semangat baru untuk update blog dengan lebih kerap. malangnya, blog nih semakin sepi. aku pulak selalu bermalas malasan untuk update blog. idea takde? ada. banyak sangat nak share kat blog nih. tapi tuh lah, dah taip panjang2 lebar, at the end back space semua sekali. terus click dashboard.


nampak tak ketiadaan mood nak update blog di situ? mungkin semua nih faktor umur yang semakin meningkat. eceh. takde kaitan langsung. hahaha. tengok lah esok esok nanti macam mana. mungkin aku akan review something. check it out yaw! :D

p/s : tajuk entry tak boleh bla.

Thursday, January 3, 2013

The Sims 3 houses.

Assalamualaikum.

aku nak design rumah the sims 3 aku. tapi kan aku takde idea langsung nak design rumah. memang aku takde kursus pun pasal design2 rumah nih. jadi, aku google lah house design the sims 3. naa ini lah hasilnya. rumah dia sangat lah lawa sangat english style sangatlah vintage. i likeeee! terlampau banyak sangat design rumah yang lawa2 sampai aku tak tau mana satu nak pilih. 




yang ini aku rasa paling Alabama. hahaha.


ok, rasanya esok aku kena start lukis plan untuk design rumah the sims aku. baru lah puas hati main the sims! haha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com