Wednesday, October 5, 2016

Simple-Dimple Diaper Bag.

hye semua!

hari tu masa baby expo ada buat kat Mid Valley Megamall, 15-18 september yang lalu. aku dengan suami pegilah ke sana untuk cari barang-barang baby serba sedikit  untuk persediaan awal. kot la kan baby terberanak awal ke apa kan. so kita orang dapat park kat tingkat atas sekali. which is rezeki bagi kami sebab same level dgn baby expo tu. dah la beli barang banyak bungkusan, so tak larat nak pegang lama2  kita orang hantar pi kereta. then, masuk lagi baby expo beli lagi. 3 4 kali macam tu la jugak :D

cerita bab simple-dimple diaper bag ni. majority kalau kita pegi mall, orang yang dah ada baby mesti akan galas bag ni. bag ni ala-ala bag laptop. tapi kat dalamnya macam-macam peralatan baby boleh letak. botol susu, susu, mandian, pampers, towel segala benda la boleh sumbat dalam ni. dia punya susunan nyer agak teratur so compare kita letak dalam beg biasa, akan berterabur la kan. tapi kalau letak dalam simple-dimple diaper bag ni innshaaAllah takkan terabur unless ko terbalikkan beg tu. hihi.

tapi, ramai kena ingat bila benda jadi rebutan ni memang akan banyak tiruan. aku dulu pun terfikir gak masa aku beli tu betul ke aku punya ni original? aku beli yang hok superman punya version. suami ngade nak superman gak. tak kesahlah dia yang bayar kan.  harga aku dapat masa kt baby expo tu rm145 (XL).

cara nak tengok beg kita tu original atau tak, korang boleh refer kat gambar bawah ni sebagai rujukan. yang mana belum beli tu, boleh check dulu. jangan sampai tertipu pulak ye. 


ada tiga part korang kena check. dekat depan beg, kat kain canvas, ngan zip.




sekarang ni simple dimple diaper bag ni ada banyak pesyen. yang beroda pon ada tapi sizenya kecik je. korang boleh usha kat sogo kalau nak beli. kat online pon ada. Lazada etc tu ada jual. pastinya kena make sure beg yang korang beli tu original bukan fake ye. nanti bayar mahal-mahal sekali dapat yang tipu punya. kan dah rugi. hihi.

good luck korang!

*nasib baik aku beli hari tu original punya :D

Saturday, October 1, 2016

#shortvacay with them.

hai semua. 

hari tu 3 ngan 4 september aku pegi shortvacay dengan kawan kawan aku. tak ramai. 5 orang je termasuk aku. destinasi kami ke Melaka yaw. sebab-sebab nak ke sana bukan apa. sebab nak bermalam kat Masbro Village tu je. so sambil-sambil bermalam di situ, pegilah jalan-jalan dekat area Melaka.

so kita orang bertolak ke Melaka dalam jam 10 pagi. kalau ikutkan, awal lagi tapi almaklumlah kan, banyak sangat kekangan pada pagi tu. yang penting sabar. kita orang terus exit ke bandaraya sebab nak jenjalan terus kat Jongker Walk. nak ambik-ambik gambar je actually. kalau nak pegi dia punya pasar memang malam la jawabnya.


sampai bandar Melaka dalam jam 1 lebih terus pegi makan dekat restauran Asam Pedas Selera Kampung. kalau makan asam pedas dia memang sedap. rasa macam kat rumah punya makan. tapi tak tau la kat rumah korang punya macam mana kan. kah! kalau makanan lain tu bagi aku biasa jelah. takdelah feeling "sedap giler weh!" kat kedai ni tengah hari memang ramai orang. tak boleh nak lepak2.


lepas makan, kita orang gerak ke jongker walk. ambik gambar kat rumah2 baba nyonya tu ha. cuaca memang panas. tapi demi bergambar ku tahankan jua. dah habis2 ambik gambar, kami terus gerak ke Masbro Village. masa on the way ke sana sempat gak singgah ke Pantai Tanjung Keling. the view not bad. quiet nice.

tiba kat Masbro Village dalam jam 3.30 petang. kat sini tempatnya cantik. tapi pengurusan dia agak cerewet siket. terlampau banyak peraturan. masa nak check in tu pon kena bayar lagi deposit rm100 untuk jadi cagaran. if masa nak check out korang rembat towel ke apa, rm100 takkan dipulangkan even though dah buat full payment. kemudahan dalam bilik, aku consider 80% lengkap. 

petang tu kita orang rehat2 dulu kat hotel sampai maghrib. lepas maghrib terus gerak pi aeon sebab nak makan cendol ABC kegemaran Raje. lepas tu pi makan kat kedai ayam bakar kalau tak silap. tapi tak sedap weh makanan yang lain. boleh makan ayam dia je. macam mana boleh jadi glamour kat google pon tak tau la. 

lepas makan apa lagi jenjalan kat jonker street ler. jalan sampai penat. sebelum tu tengok cruise. cantik. kalau nak fefeeling romantic ngan pasangan, boleh la lepak kat sini. habis penat jalan, kita orang balik ke hotel. tido time! 


esok pepaginya terus siap mandi swimming pool. hahaha! semangat kau. lepas solat subuh makan2 terus masuk kolam. aku kat kolam adalah dalam sejam. yang lain semua berendam lama2. macam tak sedarkan diri. lulz. lepas dah mandi, kita orang siap2 untuk check out. then pulang ke rumah seperti biasa.

*kolam nyer kalau nak mandi daripada 7 pagi sampai 7 petang je. malam dia tak bagi mandi.


p/s: kelakar masa dari KL nak balik ke Kuala Selangor. seribu sekali sekejap pasang voice note daripada Farahan bagi tau pasal jalan. kah!

Sunday, June 26, 2016

Girl's Talk: Kahwin.

Assalammualaikum. 
- Waalaikummussalam.

salam Ramadan buat semua umat Islam di dunia ni. semoga mendapat lebih barakah dalam bulan puasa kali ini. aamin.

hiks, bila cakap pasal kahwin. aku teringat pasal cerita Istanbul Aku Datang. mesti tertanya-tanyakan part mana yang aku teringat tu. part mana lagi kalau bukan bab excited nak kahwin. lols. excited nak bertunang, excited nak kahwin, memang perempuan sangat la kan bila bab bab macam ni. jangan kata kau tak excited bab-bab macam ni. *rolling eyes*


hakikatnya, aku sendiri mengaku bila tiba part kahwin memang aku excited. bukan excited part sulit ni. tapi excited part nak buat preparation. A-Z. seronok sangat. dalam pada seronok tu, pastinya ada kerut kerut kepala fikirkan tema, duit, dekat sape nak tempah, boleh percaya ke orang ni etc bla bla bla. benda tu yang membuatkan perempuan seronok actually. kalau ko tak caye, boleh je ko tengok blog Fatin Liyana bila cerita bab kahwin. aku dapat rasa keseronokkan dia tu. hahaha.

ok lets talk about the preparation. basically bila nak kahwin ni memang kena ada lah kan baju pengantin lelaki dan perempuan, khemah kenduri, makanan, goodies bag, dulang hantaran dan barangnya, photoghrapher, kad jemputan, makeup, dan lain lain dan lain. memang banyak benda dah ni bukan kata basic ni. hahaha. jom cerita bab baju kahwin.

1. baju nikah.
bab baju nikah, aku tempah kat akak Liyana Zainal. aku tempah ikut citarasa aku setelah terpengaruh tengok baju tunang Stacy. kah! so aku suruh akak tu buat baju aku ala-ala baju Stacy. cuma aku taknak leret-leret tu je. so simple jela kan. aku tempah baju nikah tu lelaki dan perempuan dengan harga rm888. baju melayu + dress nikah + tudung + vail. dan semua tu jadi kepunyaan sendiri. 


majlis nikah berlangsung tak lama kan, so aku rasa macam membazir kalau aku spend rm888 untuk sekali tu je pakainya. so aku dan husband decide untuk reuse baju nikah ni untuk kenduri sebelah husband. dengan cara menukarkan warna tudung dan baju melayu lelaki sahaja. so iniah hasilnya. tadaaaa, if muat lagi after kahwin, boleh buat baju raya. gittew.


2. baju sanding.
baju sanding aku sewa dekat butik pengantin sekitar kuala selangor. 1k for both lelaki dan perempuan. tapi itu sewa sahaja. bukan jadi hak milik selamanya. A-Z akak tu sediakan. aku tinggal pakai dan pulangkan semula je. wuuwuu. ada sedikit terkilan gak, tapi apakan daya. redha jela kan. janji selesai dengan baik dah cukup alhamdu lillah dah. heheh. btw, baju ni baju baru. aku mintak design dia punya kembang tu bila aku jalan, macam Cinderella. sebab ada satu dress contoh aku bagi kat dia tp malangnya tak dapat serupa macam dress contoh aku bagi tu. dia jadi macam baju nikah je. so macam emmm sama je macam baju nikah. baju nikah yelah aku taknak macam Cinderella. hahaha.



3. goodies bag.
part ni memang paling aku jimatkan. aku fikir mengenai sesuai ke tak untuk kanak2, untuk orang dewasa. bajet berapa etc. semuanya la kena fikir. so untuk goodies bag ni aku dapat satu beg rm1. beg, air kotak, biskut munchies, dan waffle. aku consider goodies bag aku tu sesuai untuk semua lingkungan umur tak kira tua muda. untuk goodies bag ni aku buat extra sebab kadang2 ada yang datang awal tak datang time kenduri just bagi duit je kan. adalah benda nak dibagikan sebagai ganti. gittew. tapi banyak gak balance. lebih tu aku bawak pi tabika bagi budak2 aku buat sarapan pagi cicah biskut ngan milo.

4. catering.
catering aku ambik ngan makcik aku. rm10 satu kepala. menunya simple je. nasi minyak, ayam masak merah, daging briyani, dalca, pajeri nanas, buah oren, bubur kacang, teh o panas, dan air sirap ais. untuk yang meja makan beradap, menunya udang goreng cucuk2, ikan siakap 3 rasa, ayam bakar blackpaper, fruits and salad. untuk makan beradap, semuanya di-charge rm300 termasuk hiasan.


alhamdu lillah rata-rata yang datang kenduri aku semua kata makannya sedap baik hidangan tetamu mahupun makan beradap. lebih pun tak banyak. buat makan malam tu jer lepas habis kenduri. hehe. settled part makan.

to be continued....

Tuesday, February 9, 2016

Resepi Kek Batik. (Mudah dan Cepat.)

Hai uolls!

cecuti raya cina takde nak buat apa, kelmarin aku buat ler kek batik ni. first time in my life. since keje aku beli je kat The Alyn butik rm15 satu box tu kalau teringin nak makan kek batik, memang tak la kan aku pernah membuat kek batik tu sendiri. so kelmarin tetiba nak asah bakat terpendam. mak aku pun macam engko dah kenapa syah tetiba nak membuat kek. what ever.


inilah kek batik yang aku buat. menyelerakan ke tak? kah! untuk first trial ni aku consider lulus la sebab rasanya hampir sama macam The Alyn punya. lepas ni takyah susah payah nak habiskan rm15 untuk kek batik tu. boleh buat sendiri je. makan sampai gemuk.

takyah bebel banyak, ni resipi dia.

bahan-bahan:

copyright orang punya

  • 1 buku buttercup butter (buttercup yang femes orang buat kek)
  • 2 cawan serbuk milo (aku guna serbuk coklat 1Malaysia je)
  • 2 sudu besar serbuk koko (aku hentam je apa brand)
  • 1/2 tin susu pekat manis yang size biasa (aku guna brand 1Malaysia gak)
  • 1 packet biskut Marie (aku guna brand Julies perisa susu)
  • 1 sudu kecik vanilla essence
Cara-cara untuk buat:
  1. cairkan buttercup dengan api yang perlahan.
  2. bila dah cair buttercup, masukkan 1/2 tin susu pekat manis dan gaul sebati dengan api perlahan.
  3. masukkan milo dan serbuk koko ke dalam periuk dan gaul sebati. kacau sampai milo dan koko tidak bergentel okay.
  4. masukkan 1 sudu kecik vanilla essence ke dalam periuk dan gaul lagi.
  5. masukkan biskut marie yang dipatahkan empat ke dalam periuk dan gaul sebati. biar semua biskut marie tenggelam dengan milo tu tadi. gaul lebih lama kalau nak biskut tu jadi lembik. terasa macam dah puas hati, dah sedap sangat, matikan api yang perlahan tadi.
  6. masukkan adunan ke dalam bekas yang dialas dengan plastik dan tekan-tekan adunan supaya padat. kalau boleh bekas tu biarlah tak berapa nak besar supaya kek tu nanti nampak ohsem dengan ketinggiannya. tak macam saya punya di atas. kah!
  7. dah habis lenyekkan kat dalam bekas, simpanlah dalam peti sejuk dan biarkan selama 4 jam. lepas 4 jam boleh la potong dan makan sampai gemuk. yeayyy!

untuk keterangan lebih lanjut dan gambar yang lebih proper, boleh KLIK SINI.

Thursday, January 28, 2016

Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak. (SPAKK)

hai semua! ;)

pejam celik, pejam celik tau tau dah bulan january. kejap je kan masa berlalu? haah kejap jer. well, setelah 6 bulan berkursus (SPAKK, KEMAS) di Penang, akhirnya aku dah ada kat Kuala Selangor. takyah balik sana dah. wee wee. overall kursus tu best la. banyak manfaat boleh dapat. daripada tak pandai sebut huruf jawi dengan makhraj yang betul, jadi pandai. daripada tak pandai melukis, jadi pandai melukis. daripada tak pandai menari, jadi pandai menari. daripada gemuk jadi kurus. daripada kurus jadi gemuk. sangat berkesan la 6 bulan menjalani kursus cikgu tabika tu.

ada lah jugak seketul kenangan dengan sign board. haha

rumah mak angkat dan bapak angkat. terima kasih sebab sudi tumpangkan saya selama 3 minggu. sudi ambik saya sebagai anak angkat :)

nak cerita la serba sedikit mengenai praktikal hari tu. 3 minggu dekat rumah orang. 2 minggu dekat tabika orang. macam-macam kenangan tercipta. hari tu praktikal dekat kuala pegang, baling, kedah. tempat dia agak terperuk siket. ibaratnya bila awak pegi ke bandar, awak beli la semua keperluan dan belilah extra supaya tak susah di kemudian hari. boleh imagine kan? sungguhpun terperuk, pemandangan cantik. berbukit-bukit, getah kiri kanan, hijau je pemandangan.

Tabika yang aku selalu dok pi sepanjang 3 minggu kat situ. even tak sekolah pun kena datang. 

awal persekolahan. buat pertandingan pakai stokin dan kasut secara cepat dan betul.

alhamdu lillah dapat rumah mak angkat depan Tabika je. jalan kaki dalam 40 tapak dah sampai dah ke tempat praktikal. selesa sangat di situ. anak murid 26 orang. majoriti lelaki. anak siam ada 4 orang. selebihnya melayu. kalau budak tak nakal, tak aktif, tak normal sebagai budak. jadi aku pupuk sifat sabar dalam diri untuk layan kerenah budak :D selebihnya bab mengajar plus minus okay la. kalau nak perfect, takdelah aku pi kursus sampai 6 bulan kan untuk tau macam mana nak ajar budak. hahaha.

mereka semua ni hero sanggam. macam-macam hal dorang buat. tapi semua pun cerdik.

anak murid siam yang asyik jadi translator untuk lagi 2 orang budak siam. haha.

praktikal di awal persekolahan sangat mencabar iman. kita kan baru lagi tak pernah ada pengalaman mengajar. teori banyak la dalam kepala tapi praktikal takde. budak-budak pulak majoriti 5 tahun yang tak pernah sekolah sebelum tu. jadi segala peraturan nak dicakapkan. itu boleh ini tak boleh dan sebagainya. sikap-sikap kerjasama, rajin, tolong orang, sabar dan sebagainya perlu dipupuk. yang nak memupuk tu yang menguji iman tu. 20 orang perlu diajar sifat-sifat tu. memang mencabar. overall okay!

kek rainbow with puding caramel. super sedap and murah wehhhh! 

majlis perpisahan. parents dorang ohsem. penduduk kampung pon ohsem. 

di samping menjalankan tugas wajib, adalah juga tugas tak wajib kat baling, kedah tu. antaranya pergi berjalan cuci-cuci mata di air terjun, pegi ke alor setar, sungai petani dan juga ke penang hill. sungguh bermanfaat 3 minggu di sana :)

*jasa baik penduduk di Baling, Kedah, guru Tabika Kampung Padang dan especially keluarga angkat takkan dilupakan sampai mati.

habis 3 minggu di Kedah, maka pulanglah semula ke pangkal jalan iaitu di PLK Kepala Batas, Pulau Pinang. maka bermulalah sesi print report, siapkan dinner, buat persembahan di sini. walaupun dah sampai ke penghujung, still macam-macam kena buat. orang kata selagi tak dapat sijil, selagi tu la ada je benda kena buat. ko sumpah seranah ke merungut ke still kena buat. kalau difikirkan balik, macam kelakar je weh.

bersama rakan-rakan bilik dan jugak jurulatih. last day hari convo. 

bersama rakan sekumpulan sepanjang di PLK Kepala Batas.

finally finished! yeayy!

untuk newbie yang bakal berkursus sebagai Pemaju Masyarakat di Tabika Kemas, ni sedikit info pada korang la. Pusat Latihan Kemas Kepala Batas ni memang best. pengetua dan jurulatih-jurulatih sangat best. korang just tanamkan dalam diri korang, jangan cipta masalah sebab masalah tu akan kembali pada korang balik. selain daripada tu, kat sana korang boleh dapat makanan yang sedap-sedap dan murah. korang boleh pergi ke pasar basah tak jauh daripada PLKKB tu untuk dapatkan makanan dan air yang sedap itu. untuk kemudahan lain seperti supermarket etc mudah je nak dapat. jangan risau okay. well, good luck then kalau dapat kat sana nanti. 

*start kursus 3 ogos 2015 hingga 22 Januari 2016.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com