Friday, December 17, 2010

lelaki kah saya?

Nak tau, dulu masa aku kecik-kecik aku ni macam abang-abang aku. Haha. Mana taknya apa yang abang aku buat, sume aku buat. Dorang main gasing, aku pun main gasing gak. Main guli pitek tuh pun aku main jugak. Haha. 

Ingat lagi masa duk kat taiping dulu aku, eg ngan aien naik satu basikal yang sama. Aien yang paling tua, dia la yang bawak basikal tuh. Eg duk kat kat belakang. Aku duk kat depan handle. Haha hebat tak kami? Dah tuh kan masa tuh kat umah belakang ada cam semak2. Bapak aku pulak masa tuh ada buang tilam kat belakang tuh. Abang2 aku boleh buat perkhemahan kat semak2 tuh. Aku pun sibuk nak ikut. Apa lagi kena sembur ar. Menyemak je nak ikut kan.

giler doh.

Dorang main polis entry want to jaga tuh pun aku main sama. Sampai masuk dalam longkang nih nak nyorok. Bila fikir balik rasa macam bangang jer buat macam tuh. Penah dulu sekali bapak aku marah aku ‘adik ni kenapa main gasing? Penah tengok orang pompuan main gasing ke?’ dengan muka tak bersalah aku pun jawab ‘ada. Esyah la’ terdiam bapak aku masa tuh. Hahah time tuh umur aku 5 tahun kot. 

Lepas tuh bila pindah Kuala Selangor, lagi handal. Haha. Balik kampong jer, pokok pelam tuh mmg port aku ar. Ambik bantal kat rumah atuk aku pastuh panjat pokok pelam tuh tido. Haha. Dah tuh kat rumah, aku selalu kuar. Pukul 2 petang dah hilang. Bayangkan. Macam mana la muka aku yang putih dulu tak jadi hitam macam sekarang. Hakhakhak. 

Sekarang nih, anak sedara sepupu aku nakal jugak tau. Dia perempuan. Dating rumah aku nih, slumber dia jer main sepah2 kan rumah aku. Aku pun bising la lepas budak tuh berambus balik. Bapak aku pun cakap la time aku tengah merungut2 tuh ‘ko tuh pun apa kurangnya’ aku cakap la ‘awak dulu nakal takdenya nakal kat rumah orang. Kalau lingkup pun rumah bapak awak jugak’ gelak bapak aku tengok aku marah. 

nanti aku pakai bedak banyak2 baru cantik tau.

Kalau ingat zaman kecik2 dulu rasa nak tergelak jer. Time kecik2, aku tak suka pakai gown, skirt, segala benda pmpuan ni lah. Sangat tidak suka. Start umur 7 tahun kot aku tak suka. Ishh rimas la pakai pakain macam tuh. Mak aku buat berpasang-pasang tapi aku pakai sekali jer pastuh tak pakai dah. Dari kecik aku punyer style t-shirt ngan suar. Pastuh baju kurung. Haha. Baju kurung tuh kira dah pmpuan habis ar tuh. 

aku tak rasa pun aku rugi jadi kasar time kecik2. Sekarang ni pun aku still kasar walaupun aku try nak jadi lembut. Sebabnya bila perempuan tau macam mana nak berkasar, orang laki atau perempuan tak berani angkat muka ngan kita. Yeahhh! 

p/s : kalau jantina anda perempuan, buat cara anda tuh perempuan. Kalau jantina anda lelaki, buat cara anda tuh lelaki. Jalankan tanggungjawab anda masing-masing.

4 comments:

sandeh said...

ak pun gaya mcm jantan dlu kot. main mercun segala benda tapi bila akil baligh, dah pandai pakai gown. HAHAHA.

Aisyah Taib said...

tu ar. aku rasa aku start jd pmpuan lepas habis sekolah kot.
baru reti sume2 nih.

Raja Norhazrin said...

aku ngan abang aku kecik2 main wrestling weh, hahaha...abes kaki aku dipulasnyer...

**ehem, I pon da gadis2 tau skang...hak3

anak mama sayang said...

aku bantai je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com