Wednesday, October 31, 2012

Kebaikan VCO (Virgin Coconut Oil)


Assalamualaikum.

rasanya ramai dah tau pasal kewujudan VCO nih. macam biasa lah kan brand Catalyst paling famous. tak dinafikan VCO nih memang bagus. memang elok diamalkan. kalau umur 20an lagi bagus untuk amalkannya. kat bawah nih adalah fungsi VCO nih.

- Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
- Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
- Melindungi tubuh daripada kanser.
- Jerawat cepat susut
- Regular semula PMS anda
- Sistem penghadaman lebih baik
- Mengurangkan tidur berdengkur
- Kesuburan- Kurangkan rasa senggugut
- Batuk dan selsema cepat hilang

kalau kat aku yang dah berkesan adalah parut kat kaki aku nih ha. before this macam kudis sebab menggaru akibat kena gigit nyamuk. langsung ler jadi kudis yang tak pandai hilang tapi sedap digaru. ohsemnya. tapi! sekarang nih dah tak dapat dah nak garu garu sebab dah hilang dah. cuma tinggal sisa sisa je yang parut coklat cair tuh. hehe. 

kalau bab turunkan berat badan, not sure. macam sama je pun. mungkin turun lah siket. kot mana pun, cara pengambilan makanan kita jugak lah kan. kalau dah sehari 3 4 pinggan ape celop nak kurusnya kan. so yang nih depends pada orang tuh macam mana lah jugak.

kalau yang lain tuh, belum nampak lagi fungsi nya. mungkin aku sendiri tak perasan akan perubahan itu. aku rasa yang bawah2 tuh takde pun aku mengalaminya mcm senggugut, keputihan tuh. kalau parut2 jerawat memang cepat lah hilang. 2 3 hari dah hilang dah. yang paling nyata aku nampak parut kat kaki aku lah. kiri kanan dua2 dah nak hilang. hehe. 

aku baru jer amalkan VCO nih kot. baru nak masuk 5 bulan. memandangkan harga Catalyst VCO nih agak mahal bagi student macam saya, saya berhasrat nak tukar pegi ke VCO cosway punya. baru rm24.50. Catalyst punya RM40 kot. gunung pun boleh rata.

merujuk kepada abang long aku, masa dia kat Labuan, kerja sana. dia sendiri ada tengok orang buat VCO nih. dia kata kelapa yang dia gunakan tuh bukannya kelapa muda 100%. kelapa tua pun dia guna jugak. yang membezakan VCO company2 nih adalah cara dorang press kelapa tu dengan cara jampi dorang. ada doa dia ke apa tak silap aku. itu je bezanya. fungsi semua sama. yang cara press tuh membezakan hapak bau minyak tuh. ada yang kalau dah lama2 tuh dia berbau hapak. 

kalau kat Labuan yang pertanian punya sebotol RM20 tahan sebulan. semua pun tahan sebulan. minyak dia warna putih. takde macam kuning2 macam Catalyst punya. hehe.

so, bila dah baca pasal VCO nih, korang boleh lah buat pilihan dan cuba VCO nih. good luck! :)

Tuesday, October 30, 2012

Kiehl's Since 1851

Assalamualaikum.

akhirnya start dah cuti semester yang kelima. pejam celik pejam celik eh, habis dah? cepatnya. sebenarnya aku nak cerita pasal Kiehl's. saje nak share share dengan uolls semua.

sample yang rajin aku pi mintak kat kedai tuh. hehe *gambar fb

Kiehl's nih skin care dari New York. macam mana aku boleh tau pasal produk nih? hari tuh ada kedai dia baru bukak dekat 1B. aku tengok orang yang jaga tuh dah macam doktor so, aku pun masuk lah try barang barang kat sana. tetiba la kan aku jatuh cinta. hehe.

dalam semester 5 jugak, tak silap aku awal semester aku guna skin care Clinique. kalau nak baca lebih lanjut sila pegi ke page Clinique. bagi aku Clinique nih tak boleh nak guna dalam jangka masa yang panjang tanpa campuran produk yang lain. paling lama pun 3 bulan lah. sebab aku mula rasa macam kering kering dah kulit. that's why aku tukar Kiehl's.

yang aku guna sekarang nih.

berbalik kepada Kiehls, aku guna dia punya pencuci muka dengan moisturiser. aku sangat suka dua dua nih. paling aku suka moisturiser dia sebab dia kasi matte muka aku. kan aku mengalami masalah kulit berminyak bila kat tempat aircond. kalau aku guna moisturiser Clinique dia makin berminyak. tak sesuai untuk aku yang belajar dalam tempat sejuk. 

kalau pencuci dia pulak memang dah ada scrub halus. dua2 produk dia yang aku guna nih untuk kasi kecilkan pore di kulit muka. best. selain tu, ada banyak lagi produk Kiehl's yang aku dah cuba. salah satunya Midnight Recovery Concentrate. apa yang aku suka sangat kat midnight recovery nih, dia bagi muka kita segar bila bangun pagi2. cara pemakaian dia waktu malam sebelum tidur. nanti pagi pagi bila bangun rasa clean sangat muka tuh. 

next, Ultra Facial Oil-Free Gel Cream. yang nih bestnya kalau orang kulit muka cam aku berminyak di T-zone, dia akan kasi neutralize kulit kita. so, yg berminyak jadi tak berminyak, yang tak berminyak tuh akan jadi moist. the best produk Kiehl's nih dia punya sun block Ultra Light Daily UV Defense spf50 PA+++ UVA. aku dah try aku rasa biasa je takde lah hebat gilerh pun. sangat biasa.

yang atas sekali tu yg deep pore dia tuh mask. sangat lembut kulit after guna. try it.

haa, untuk pengetahuan produk Kiehl's nih langsung takde alcohol tau. so, kalau sensitive tuh boleh lah cuba. Kiehl's jugak bukan hanya untuk muka, tapi badan, rambut semua pun ada. aku ada cuba dia punya shampoo untuk lebatkan rambut. so far okay la. lebih kurang Himalaya jugak. 

p/s : aku tak tetap guna satu produk je. laa nih aku guna Clinique dengan Kiehl's.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com