Sunday, June 26, 2016

Girl's Talk: Kahwin.

Assalammualaikum. 
- Waalaikummussalam.

salam Ramadan buat semua umat Islam di dunia ni. semoga mendapat lebih barakah dalam bulan puasa kali ini. aamin.

hiks, bila cakap pasal kahwin. aku teringat pasal cerita Istanbul Aku Datang. mesti tertanya-tanyakan part mana yang aku teringat tu. part mana lagi kalau bukan bab excited nak kahwin. lols. excited nak bertunang, excited nak kahwin, memang perempuan sangat la kan bila bab bab macam ni. jangan kata kau tak excited bab-bab macam ni. *rolling eyes*


hakikatnya, aku sendiri mengaku bila tiba part kahwin memang aku excited. bukan excited part sulit ni. tapi excited part nak buat preparation. A-Z. seronok sangat. dalam pada seronok tu, pastinya ada kerut kerut kepala fikirkan tema, duit, dekat sape nak tempah, boleh percaya ke orang ni etc bla bla bla. benda tu yang membuatkan perempuan seronok actually. kalau ko tak caye, boleh je ko tengok blog Fatin Liyana bila cerita bab kahwin. aku dapat rasa keseronokkan dia tu. hahaha.

ok lets talk about the preparation. basically bila nak kahwin ni memang kena ada lah kan baju pengantin lelaki dan perempuan, khemah kenduri, makanan, goodies bag, dulang hantaran dan barangnya, photoghrapher, kad jemputan, makeup, dan lain lain dan lain. memang banyak benda dah ni bukan kata basic ni. hahaha. jom cerita bab baju kahwin.

1. baju nikah.
bab baju nikah, aku tempah kat akak Liyana Zainal. aku tempah ikut citarasa aku setelah terpengaruh tengok baju tunang Stacy. kah! so aku suruh akak tu buat baju aku ala-ala baju Stacy. cuma aku taknak leret-leret tu je. so simple jela kan. aku tempah baju nikah tu lelaki dan perempuan dengan harga rm888. baju melayu + dress nikah + tudung + vail. dan semua tu jadi kepunyaan sendiri. 


majlis nikah berlangsung tak lama kan, so aku rasa macam membazir kalau aku spend rm888 untuk sekali tu je pakainya. so aku dan husband decide untuk reuse baju nikah ni untuk kenduri sebelah husband. dengan cara menukarkan warna tudung dan baju melayu lelaki sahaja. so iniah hasilnya. tadaaaa, if muat lagi after kahwin, boleh buat baju raya. gittew.


2. baju sanding.
baju sanding aku sewa dekat butik pengantin sekitar kuala selangor. 1k for both lelaki dan perempuan. tapi itu sewa sahaja. bukan jadi hak milik selamanya. A-Z akak tu sediakan. aku tinggal pakai dan pulangkan semula je. wuuwuu. ada sedikit terkilan gak, tapi apakan daya. redha jela kan. janji selesai dengan baik dah cukup alhamdu lillah dah. heheh. btw, baju ni baju baru. aku mintak design dia punya kembang tu bila aku jalan, macam Cinderella. sebab ada satu dress contoh aku bagi kat dia tp malangnya tak dapat serupa macam dress contoh aku bagi tu. dia jadi macam baju nikah je. so macam emmm sama je macam baju nikah. baju nikah yelah aku taknak macam Cinderella. hahaha.



3. goodies bag.
part ni memang paling aku jimatkan. aku fikir mengenai sesuai ke tak untuk kanak2, untuk orang dewasa. bajet berapa etc. semuanya la kena fikir. so untuk goodies bag ni aku dapat satu beg rm1. beg, air kotak, biskut munchies, dan waffle. aku consider goodies bag aku tu sesuai untuk semua lingkungan umur tak kira tua muda. untuk goodies bag ni aku buat extra sebab kadang2 ada yang datang awal tak datang time kenduri just bagi duit je kan. adalah benda nak dibagikan sebagai ganti. gittew. tapi banyak gak balance. lebih tu aku bawak pi tabika bagi budak2 aku buat sarapan pagi cicah biskut ngan milo.

4. catering.
catering aku ambik ngan makcik aku. rm10 satu kepala. menunya simple je. nasi minyak, ayam masak merah, daging briyani, dalca, pajeri nanas, buah oren, bubur kacang, teh o panas, dan air sirap ais. untuk yang meja makan beradap, menunya udang goreng cucuk2, ikan siakap 3 rasa, ayam bakar blackpaper, fruits and salad. untuk makan beradap, semuanya di-charge rm300 termasuk hiasan.


alhamdu lillah rata-rata yang datang kenduri aku semua kata makannya sedap baik hidangan tetamu mahupun makan beradap. lebih pun tak banyak. buat makan malam tu jer lepas habis kenduri. hehe. settled part makan.

to be continued....

Tuesday, February 9, 2016

Resepi Kek Batik. (Mudah dan Cepat.)

Hai uolls!

cecuti raya cina takde nak buat apa, kelmarin aku buat ler kek batik ni. first time in my life. since keje aku beli je kat The Alyn butik rm15 satu box tu kalau teringin nak makan kek batik, memang tak la kan aku pernah membuat kek batik tu sendiri. so kelmarin tetiba nak asah bakat terpendam. mak aku pun macam engko dah kenapa syah tetiba nak membuat kek. what ever.


inilah kek batik yang aku buat. menyelerakan ke tak? kah! untuk first trial ni aku consider lulus la sebab rasanya hampir sama macam The Alyn punya. lepas ni takyah susah payah nak habiskan rm15 untuk kek batik tu. boleh buat sendiri je. makan sampai gemuk.

takyah bebel banyak, ni resipi dia.

bahan-bahan:

copyright orang punya

  • 1 buku buttercup butter (buttercup yang femes orang buat kek)
  • 2 cawan serbuk milo (aku guna serbuk coklat 1Malaysia je)
  • 2 sudu besar serbuk koko (aku hentam je apa brand)
  • 1/2 tin susu pekat manis yang size biasa (aku guna brand 1Malaysia gak)
  • 1 packet biskut Marie (aku guna brand Julies perisa susu)
  • 1 sudu kecik vanilla essence
Cara-cara untuk buat:
  1. cairkan buttercup dengan api yang perlahan.
  2. bila dah cair buttercup, masukkan 1/2 tin susu pekat manis dan gaul sebati dengan api perlahan.
  3. masukkan milo dan serbuk koko ke dalam periuk dan gaul sebati. kacau sampai milo dan koko tidak bergentel okay.
  4. masukkan 1 sudu kecik vanilla essence ke dalam periuk dan gaul lagi.
  5. masukkan biskut marie yang dipatahkan empat ke dalam periuk dan gaul sebati. biar semua biskut marie tenggelam dengan milo tu tadi. gaul lebih lama kalau nak biskut tu jadi lembik. terasa macam dah puas hati, dah sedap sangat, matikan api yang perlahan tadi.
  6. masukkan adunan ke dalam bekas yang dialas dengan plastik dan tekan-tekan adunan supaya padat. kalau boleh bekas tu biarlah tak berapa nak besar supaya kek tu nanti nampak ohsem dengan ketinggiannya. tak macam saya punya di atas. kah!
  7. dah habis lenyekkan kat dalam bekas, simpanlah dalam peti sejuk dan biarkan selama 4 jam. lepas 4 jam boleh la potong dan makan sampai gemuk. yeayyy!

untuk keterangan lebih lanjut dan gambar yang lebih proper, boleh KLIK SINI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com