Saturday, June 14, 2014

Girls Talk: Cara Nak Turunkan Berat Badan.

Hai semua! 
hari ni saya nak share sedikit tips macam mana nak turunkan berat badan. turunkan je ye bukan nak kurus. sebab saya masih lagi tak kurus2. har har har.

pemakanan.

1. minum air putih banyak banyak. lagi berat badan kita lagi banyak air putih kena minum. cara nak kira berapa liter sehari kita patuh minum adalah berat bahagi dengan 22.7kg. contohnya 68kg/22.7=2.99 (3litre) so sehari kena minum 3 litre air kosong minimum. lagi banyak air putih kita minum, lagi cepat proses untuk kita turunkan berat badan.

2. jangan sesekali minum air bergas. sebab kandungan gula dia terlampau banyak. bukan kata air gas, segala air manis2 jangan minum. boleh minum, tapi seminggu sekali ke. tapi apa yang saya amalkan dalam sebulan 2 3 kali je minum air manis. itupun dah mengidam sangat dah. but usually, kat kedai ke kat mana2 ke order air suam je.

3. seminggu sekali amalkan minum green tea. lebih baik hari2 selain minum air putih yang berliter liter tuh. hihi. green tea bagus untuk detoxification tau. cuci usus2 kita. 


4. jangan sesekali ambil junk food. atau bahasa jawa dia jajan. hihihi. segala jenis keropok, kerepek, pringles ke apa ke jangan ambik. sebab benda2 ni dia dah kena awet ada garam yang tah pape tuh ha. dan benda2 ni boleh menyebabkan berat kita bertambah dan bertambah lagi. 

5. selain junk food, saya juga tak amalkan makan kuih muih sepanjang diet saya. segala jenis karipap, pisang goreng, keropok lekor ke apa ke sume saya tak ambik. well, makanan2 sebegini bila makan satu pasti nak lagi sampai lah makanan tu habis walaupun perut dah kenyang. sedap doh. so, sepanjang saya diet saya tak ambik kuih muih. 2 bulan sekali je makan kuih. itupun rasa bersalah bila makan. hahaha.

6. frozen food juga wajib dipuasakan sepanjang anda berdiet. benda benda macam ni pun kalau korang tak jaga melambatkan proses diet korang. segala fish ball, hotdog, burger ke apa ke jangan makan.

7. say no to fast food okay. jangan mimpikan lagi mcd, kfc, pizza etc. benda2 ni nampak remeh tapi calorie dia tinggi kot. sepanjang diet boleh kira berapa kali makan burger. huhuhu. naik fobia tengok burger. selalu pi mcd beli apple pie seketul je. hihi.

menu diet saya.

breakfast:
 nestum 3in1 / oat 3in1 + susu anlene perisa original. 
 roti 2 keping (wholegrain) sapu kaya + air susu anlene perisa origina secawan.
 roti 3 keping (wholegrain) cicah air susu anlene perisa original. 
             
lunch:
 nasi putih (satu senduk suku) + ayam/daging/ikan bakar + sayur campur/telur rebus
 bihun sup
 mee bandung
 mee rebus

minum petang:
 biskut jacobs 4-5 keping
 roti sekeping sapu kaya
 makan buah-buahan jambu/epal

dinner:
 ratah lauk samada sayur/ayam/ikan dan sebagainya.
 bihun goreng sometimes.

supper:
 susu anlene perisa original segelas.

selepas 7-8 bulan berdiet control makan, saya tambah siket exercise dalam diet saya. selalunya buat dalam bilik je. lepas mandi atau sebelum mandi buat jumping jack, squat down, yoga siket2 untuk fit kan badan. takdelah fit mana tapi boleh tahan la jugak. har har har.

good luck everyone! ;)

for PART 2 boleh KLIK SINI.

Thursday, June 5, 2014

Girls Talk: Cara Pemakaian Tudung Bagi Pengantin Perempuan.

Hai semua!

hari ni saya nak share pasal cara pemakaian tudung untuk pengantin perempuan pulak. memandangkan cara pemakaian tudung sekarang pelik2, so saya nak share gambar2 pengantin bertudung yang saya rasa cara pemakaian dorang nampak simple, tak serabut and for sure lawa la kan. 


 



cara pemakaian tudung bawal dorang ni simple je. macam pegi pasar hari2 punya style. hikhik. bezanya kalau nak nampak elegant siket letak la veil kat atas kepala biar nampak meriah va va voom siket. bagi saya yang utama untuk pengantin adalah muka. muka berseri, tudung simple pun jadi je kan.

bagi yang suka berselendang pulak, rasanya lebih elok kalau guna material chiffon. basic shiffon tu ha. boleh je beli kat kedai kain mcm biasa then jahit sendiri. boleh adjust besar mana kita nak labuh tudung tuh. tapi tudung bawal sekarang pun banyak je style chiffon crepe. so kalau nak buat bahagian depan tu lebih mudah nampak wavy (ala2 langsir gitu) siket.




good luck everyone! ;)

p/s: sumber gambar daripada instagram, facebook dan google.

Monday, June 2, 2014

Girls Talk: Wedding Stamps

hello everyone! 

so malam ni nak share siket pasal wedding stamps. dah lama jugak la tau pasal wedding stamp ni tapi tak berkesempatan nak share ngan korang. tak tau la kot kot saya yang ketinggalan ke hape kan but still i want to share it.

wedding stamp ni sejenis cop mohor di mana korang boleh gunakannya untuk cop apa-apa je pasal wedding korang. contohnya: 
tag us on instgram 
#aiSyahswedding 
25032015 

something like that you know. this is just an example. boleh cop dekat goodies bag, wedding card atau kertas a4 ke dalam buku kira 555 ke. tak kesah la kat mana2 pun. hihihi.

yang menjadi tarikan hati ni adalah harga dia yang quite affordable yet saving. bayangkan just beli stamp and stamp ink. boleh guna rasanya setakat 200 goodies paper bag tu boleh la kan. kalau ink habis, boleh refill lagi. see! jimat kan? tak sampai rm100 pun untuk decorate goodies bag (yeke). kalau saya, saya nak paper bag yang kertas minyak tu je. hihi. classic.

sebelum tu, saya tau pasal wedding stamp ni daripada ikahwin.my and ikahwin.my sendiri yang menyediakan service wedding stamp ni. kalau korang order hari ni, stamp korang boleh siap dalam masa 3 hari bekerja. innshaaAllah. kalau korang nak order boleh KLIK SINI.




cer korang tengok. simple je kan? simple and nice gittew. selain daripada wedding stamp, ada gak dorang buat untuk raya stamp, business stamp and bla bla bla. boleh KLIK SINI kalau nak tau apa lagi service yang ikahwin.my sediakan untuk korang.


mengenai harga pulak. seperti yang saya dah cakap awal-awal tadi, harga dia sangat affordable. range harga dalam rm35 - rm55.  yang ini harga yang korang pilih design yang ikahwin.my dah sediakan. kalau korang nak design sendiri add charge rm5 je.


so boleh la korang cuci cuci mata nak pilih design apa untuk wedding stamp korang nanti. itupun kalau berkenan la. tak berkenan pun at least you get some ideas untuk wedding korang kan. boleh jugak KLIK SINI kalau nak usha design yang ohsem ohsem.

Sunday, June 1, 2014

Tutorial Blog: Cara Nak Create Side Header.

hello June, hello everyone! :)

hari ni saya nak ajar macam mana nak create side header yang simple lagi nice macam saya punya blog ni ha. eceh ceh ceh. bagi yang tahu, tahniah. bagi yang tak tau tapi berkeinginan side header macam saya, dipersilakan baca sampai habis.

just follow this steps yeah.


1. kat blog pegi ke template.
2. edit HTML.


3. klik dekat pin warna hitam tu. (bukan semua blog kedudukannya sama means nombor tu la)
4. dah expand benda tu, cari headings.


 5. untuk dapatkan header yang colorful, korang perlu ubah coding setiap widget yang korang letak kat blog korang. contohnya:

#Followers1 h2 {  
background: #b19cfa;
padding: 10px;
text-align: center;
-moz-border-radius: 10px;
-webkit-border-radius: 10px;
-goog-ms-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
}
korang wajib tukar bahagian #followers1 tu. setiap widget ada nama2 lain dia. so, korang boleh try and error kat sini. hak hak. kalau #Image1 tu bahagian ada gambar aku tu. so gambar kat atas boleh dijadikan rujukan untuk dapatkan nama header tu.

korang juga wajib tukar background kalau nak colourful la. coding warna boleh dapat kat template, customize, advanced, then try and error the colour which one you like. copy, paste kat background tu.

border-radius juga boleh ditukar sekiranya korang tak suka roundest shape. nak yang sharp square boleh letak 0px. terpulang.

6. preview template.
7. save template.
8. done.

good luck everyone! ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com