Tuesday, December 23, 2014

Emosi: PMS Mood Swing

Hello there~

orang perempuan dengan PMS atau nama lain dia premenstrual syndrome memang tak boleh dipisahkan. aku bet 10 perempuan yang mengalami PMS akan ada 10 perubahan mood yang berbeza. ada yang okay. ada yang teruk. ada juga yang sangat teruk. ni nak cerita yang aku punya pms mood swing teruk la bulan ni. hahar.


well, bulan ni mood makan aku sangat ohsem. tak tau la nak categorykan ohsem atau teruk. sebabnya aku rasa aku nak makan coklat sentiasa sampai berpikul-pikul coklat aku beli dan makan. bukan beli sahaja. selain pada itu, sehari aku makan 4 5 kali yang heavy dishes. pagi nasi lemak, tengah hari nasi lauk campur. dalam kul 4 or 5 petang rojak mamak Rahmaniah. nanti malam makan nasi dekat rumah pulak. perut kenyang lepas tu tidur. no exercises.

kadang-kadang perempuan ni bila dorang kuat makan, suka bagi jawapan yang cliche macam ni "ko kenapa asyik makan je sekarang ni?" "entah la aku rasa aku nak period kot" padahal baru minggu lepas habis datang bulan. nampak tak cliche dia tu macam mana? kata jelah nak gemuk. senang kan? 

eh tapi kan, kalau mood makan mendadak tapi happy best la jugak. ini tak weh! sedih aku sepanjang bulan 12. back to December sangat. (lagu taylor swift dimainkan) cuba korang tutup mata bayangkan yang aku kena marah dengan family, kena marah kat tempat kerja, masalah dengan crush lagi. ok aku tau korang tak nampak pape pun. so takyah bayangkan. baca je. hew hew.



bagi aku, bila dah jadi macam ni. maksudnya bila mood sedih datang mendadak, mood nak marah datang mendadak sampai semua orang di keliling habis kau marah, ingatlah. back to the basic. kembali pada Allah swt. perbanyakkan istighfar. perbanyakkan solat sunat taubat. tau jelah kan syaitan (darah kotor) nak keluar. membuak2 dah sangat dalam badan tu, memang akan ada perasaan2 yang bukan-bukan. lagi teruk bila ada macam bisikan kata itu ini yang negative. dan kita perempuan ni ikutkan jelah bisikan2 tu. tak boleh macam tu.

untuk mengelakkan hal sebegini berlaku atau lebih teruk lagi orang kata kau giler meroyan tak habis2 sebab marah sana sini sentap sana sini, istighfar banyak-banyak. ingat Allah swt sentiasa. tak kiralah mood kau okay ke tak ke. always. remind to myself too. manusia ni biasalah kan kekadang lupa. sentiasa nak diingatkan. anggaplah apa je benda-benda baik yang berlaku depan mata kau tu semuanya petanda suruh kau kembali kepadaNya. 

sekian.

Friday, December 12, 2014

Emosi: Manisnya Cinta


Hello there~

korang semua dah tengok ke belum filem Manisnya Cinta Di Cappadocia? ok yang mana belum tengok silalah ke pawagam yang berdekatan untuk tonton filem nih. chill weh filem dia. tak tipu.

cerita dia adaptasi daripada novel. no wonder jalan cerita agak cliche siket. siket la. but then still enjoyable. hihi. lepas habis je aku tengok cerita ni, terus aku set dalam kepala otak jangan berfikiran negative. dalam segenap perkara sekali pun jangan fikir negative. TAPI, mana2 perempuan pun akan suka berfikiran negative especially terhadap lelaki.

dalam 100 orang perempuan, aku rasa 90 daripadanya memang akan suka fikir yang negative dulu terhadap lelaki. itu lumrah. dan lumrahnya lagi lelaki tak suka bagi penjelasan terhadap perempuan. bila tak bagi penjelasan, maka bertambahlah fikiran negative itu tadi. nampak tak hypothesis dia macam mana?


selain daripada jangan berfikiran negative, aku ada gak set kat kepala otak aku ni jangan terlampau mengharap. yes. jangan terlampau mengharapkan sesuatu benda yang tak pasti. terutama sekali dalam hubungan la kan. just go with the flow. jangan janji apa-apa yang indah. jangan termakan janji-janji capati. again, just go with the flow. ada jodoh, ada. 

TAPI, setiap individu tu pun beragak la kan. jangan la kau bagi harapan palsu pulak. kau pura-pura concern to the max dengan individu yang lain umpama kau nak kahwin dengan dia. spesis yang macam ni minta kaki tangan. 

message yang paling best dalam filem ni bila dia kata cari lelaki yang akan keluar duit untuk kita bukan kita yang keluar duit untuk dia. kata lain dia bukan materialistic, tapi menghargai. biar lelaki tau menghargai kita dan sanggup bersusah payah untuk kita. kalau ada jumpa lelaki seperti ini, sila hargai. jangan ambil kesempatan ye perempuan2 kat luar sana termasuk saya. hahaha.

all in all, jangan terburu-buru cari pasangan. teragak stress dengan scandal ke hape banyakkan makan makanan yang sihat, exercise banyak-banyak. ini antara alternative lain untuk korang hilangkan tumpuan terhadap masalah korang. heee :D

Friday, December 5, 2014

Online Shop: Zolace Malaysia

Hello there~

untuk entry kali ni, saya nak review satu online muslimah shop yang sangat best bagi saya. hihi. sharing is caring. gittew. korang pernah dengar tak Zolace Malaysia? ok kepada sesiapa yang tak pernah tau pasal new shopping website nih, hari nih saya habaq mai kat hangpa semua na.

kalau korang nak cari baju2 muslimah yang simple, nice and yet boleh digayakan dengan pelbagai cara, korang boleh usha kat zolace.com sekarang. hihi. antara favourite saya sendiri adalah this one. sebabnya baju ni boleh dipadankan dengan seluar mahupun skirt. kalau terdesak nak pi kenduri kahwin boleh je sesah baju ni ngan skirt kan.


Kalau korang perasan la gambar-gambar yang saya selalu pos kat instagram or kat blog, banyak je style baju saya yang sebegini. Quality baju yang zolace jual sama je macam yang online store lain jual sebab saya memang penggemar top chiffon yang sebegini. Sekali sarung siap untuk berjalan. Heheh.

Harga untuk satu blouse ni pun tak semahal harga kat online store yang lain. Below rm60 is quite affordable. Kalau satu blouse harga sampai rm80++ rasa macam tak patut je. So why not korang try kat online shop zolace pulak kan.

kalau taknak style yang sebegini, ada je lagi choice yang lain. ada gak baju kurung moden dijual. haaa untuk baju kurung ni, sekarang Zolace ada offer untuk baju kurung moden. sangat berkenan dengan baju kurung moden yang sedang sale sekarang. simple and exclusive. wanna have one.


Zolace ni pon ada gak jual dress khas untuk muslimah tau. designnya sangat simple. harga juga berpatutan. siap ada sale lagi kau. rm99.00 only. wee wee. menarik perhatian sangat yang pure black nih tau. jenis kain yang digunakan sangat sesuai untuk gegirl yang angan2 jadi princess. sebab kain dia jenis yang jatuh. so bila kita berjalan boleh libas2 kain. hihik.


Untuk yang berbadan agak gempal macam saya ni, memang susah siket nak cari jubah dress yang sesuai sebabnya kekadang dressnya tak cover perut kita yang comel, tak cover lengan kita yang mantap ni kan. TAPI, dress khas untuk muslimah yang dijual oleh zolace ni just perfect. Boleh cover line la part2 yang comel tu. Hihi. Bila pakai pun rasa confident je.

Tapi serius pengalaman saya sendiri nak cari jubah dress kat online memang sangat susah nak jumpa yang betul2 ngam dengan kita. Harga sampai rm150++ but then tak fit kat badan kita. Sape yang nak macam tu kan. So yang pernah mengalami masalah yang sama dengan saya, boleh cuba bershopping kat zolace pulak. Murah dan berbaloi.

Dress ni boleh pakai dengan apa2 tudung pun. nak yang bunga2 ke, nak yang plain pon boleh je. cerita pasal tudung pulak, zolace ada jugak jual tudung tau. baik tudung bawal plain mahupun tudung bawal corak. korang boleh usha tudung2nya sekarang. pasti tak menyesal. yang bestnya tudung bawal dia jenis chiffon. so senang lah kalau nak jadikan tudung bawal ni macam shawl. hikhik.


Tudung dorang ni yang saya suka sebabnya dia lebih kurang sama macam kat butik SBU. Nak pegi butiknya kekadang takde masa. Dah tu stocknya pon selalu sold out. Kepada yang dok jauh2 luar daripada Selangor tu boleh la shopping tudung bawal chiffon kat zolace. Warna plain dia banyak pilihan pastinya. Itu yang paling saya suka. Hihihi.

selain tu jugak, Zolace ada gak jual handbags. to handbag's lovers. korang mesti tengok handbag2 yang dijual. sangat simple yet nice. ala2 michael kors kau. serius suka sangat dengan handbag2 ni. macam tau2 je nak cari handbag. dan2 je Zolace release handbag yang sangat menepati cita rasa saya. hihihi.


so apa lagi korang tunggu? boleh usha zolace.com sekarang. penghantaran percuma ke Malaysia, Brunei and Singapore tak kira purchase berapa sekali pon. korang juga boleh visit page facebook, instagram, twitter, pinterest dan google plus. boleh refer linknya di bawah ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com