Perempuan suka buang duit? Serious? Tak tipu?
Ok nih pandangan aku sebagai seorang perempuan bukan sebagai seorang lelaki, bapok, tomboy atau apa sahaja. Bagi aku, memang betul perempuan ni suka membazir. Tak dinafikan langsung. Kenapa? Sebab mereka ni nak puaskan hati mereka sebenarnya atau dalam erti kata lain puaskan nafsu mereka yang ada 9 tuh. Bayangkan, 9 nafsu yang nak dipuaskan. Fuhh penat jep.
Orang perempuan ni suka accessories yang boleh menampakkan dorang tuh cantik. Tak kirala apa sekali benda tuh asalkan dorang nampak cantik dan bergaya. Contohnya handbag. Ok, ada yang cakap handbag ni boleh beli jerk at uptown, downtown atau pasar malam supaya boleh dapat murah dan handbag tuh kelihatan original. Kiranya mcm nilah murah tapi nampak ori.
Tapi, dorang nih tak penah fikir kalau seratus kali dorang beli handbag murah tuh dah jadi bape juta pulak kan? Tak ke bangang namanya tuh. Kenapa aku cakap camtuh sebabnya faham2 jela kalau harga murah macam mana kan tak tahan lama. Mungkin pakai sebulan dah koyak rabak. So, kita kena kuar duit lagi beli lagi handbag. Tak ke membazir namanya tuh?
Ok, mungkin ada yang nak menyangkal benda nih. Bagi dorang, dorang beli handbag2 yang harga camtuh sebab nak tukar2 handbag. Nak ikut fashion terkini. Hmm, kalau macam tuh gayanya maka tak boleh la ubah persepsi yang mengatakan perempuan mmg suka membazir. Kalau aku pulak, aku suka beli barang yang branded. Bukan nak belagak tapi kalau beli yang branded sangat berbaloi kalau kita guna.
Aku simple jer. Beli kasut kaler hitam, handbag warna hitam. So, benda tuh boleh matchkan banyak kaler. Tak kesah apa warna baju yang kita pakai. See, kalau beratus aku beli pun benda tuh boleh pakai bila2 jer. Tu pasal aku beli yang mahal terus. Takyah tukar2. lagi satu, aku fikir jugak aku nih kan masih lagi ada title student. So, apa perlu nak bergaya sangat seolah2 macam dah bekerja kan? Student buat la cara student. Anggar jangan dipanggil tak tau bergaya langsung dah la. Takyah nak over.
Lain la kalau dah bekerja, ada duit sendiri. Takde susahkan orang tua kita. Ni nak beli spender baju dalam pun masih suruh mak beli, melaram nyer bukan main lagi. Nih sume hanya pandangan aku jer okeh. What about you?
p/s : tak dinafikan kalau masuk shopping mall tuh mata orang perempuan nih rambang. sumenya nak. aku pun macam tuh jugak. cuma, tahan2 lah nafsu tuh siket. itu jer yang mampu mengubahnya. sama-sama lah kita.
No comments:
Post a Comment