Sunday, July 31, 2011

Ramadan Bulan Berpuasa.

Assalamualaikum.

firstly, Selamat Berpuasa semua bagi yang beragama Islam :)
dah masuk bulan Ramadan nih, mulalah jadual aku menjadi semakin sibuk. actually, jadual aku saje yang sibuk. banyak benda yang aku nak buat. huhu. maklumlah, Ramadan kan. hehe. test, quiz pun bersepah-sepah. tak tau mana nak kemasnya ha. 

apa boleh buat kan, sabo jelah. diharapkan Ramadan kali nih penuh bermakna. aku taknak berdendam dengan sesape. aku harapkan jugak takde umat yang naikkan kemarahan aku, bikin panas ke apa. yang pasti aku inginkan Ramadan kali ini, Ramadan yang suci. wuhuuu.

aku mohon maaf kepada sesape yang aku pernah sakitkan hati dan sebagainya. dan kepada sesape yang membuatkan aku terasa hati, sakitkan hati apa ke, aku maafkan. takde benda yang perlu dimusuhkan. peace yaw!

Selamat Berpuasa :)
p/s : aku tengah berasa sedih sekarang nih. banyak benda yang terlintas dalam fikiran. jadi aku rasa takut sekarang.

Monday, July 25, 2011

reminder.

Assalamualaikum.


aku nak update blog daripada aku balik hari tuh. nih sampai dah nak balik ke kk balik baru nak update. dah basi dah citer2 aku weh. tapi takpelah. baca jelah. untung2 nanti bila aku boring, aku tau kisah silam aku kan kan? hehe. erm, cuti mid sem kali nih memang best la kan. kenapa lak best?

ha nih nak habaq mai. kenapa cuti kali nih best sebab dapat balik rumah. hee :D kalau dulu, jangan harap la nak dapat balik kan. tapi kali nih i dapat balik. balik2 jer dapat jumpa anak buah aku yang no 2. Rahmah Nawar namanya. yang si Damanhuri pun dah besar dah. xdelah beso mana pun. mcm tuh jugakla. haha.

first day sampai rumah dah makan sedap2. kue tiaw goreng sedap yg takkan jumpa kat sabah. xtau kenapa xleh jumpa kat sana. eh memang takleh jumpa la. kat sini je dapat. lepas tuh, hari isnin dah membuak2 semangat nak main bowling ngan raje n farahan. sape lagi geng gua nak main bowling kan? haha. macam biasa game mula2 tak menang. dah last game baru menang dgn jayanya.

hari selasa lepak rumah jer. fikir2 pasal baju dinner. hari rabu pegi MV bongok tuh. serius takde apa kat sana. 1B lagi best. pasar malam gua. hahah. apa punya MV. next time, korang klu nak ajak aku pegi KL, jangan bawak aku kt MV. pleasee la. bawak la pegi tempat yang hevoq2 siket. hari khamis lepak lagi kat rumah. siapkan keje2 apa yang patut.

hari jumaat penutup main bowling bersama kawan2. ramai yang ada. fahmi, faiz, raje, farahan, atikah, anis, arep, dan lain-lain. fahmi mmg xleh bla dgn cara lontar bola bowling. buat malu bai. pun sama aku kalah 3 game. faiz yg menang. cadangnya aku ngan raje je lawan hari jumaat tuh. so, nak dizahirkan jgk hasrat kita orang, kita org pegi tambah lagi 1 game tapi lane lain.

itu jam, gua dah bengang 3 game gua kalah. gua taram la kaw2. fuhhh. lega rasanya. hahaha. lagi 3 4 kali aku dapat markah yg lebih kurang sama, gua beli kasut bowling. hari sabtu pulak abang aku ajak main bowling. yg ni lagi takleh bla. nama masing2 tukar. jadi sheikh ghadafi la tuan haji la. haha. tapi yang pasti aien la yg menang. dia yg tua kan. jd dia la yg menang. no wonder dorang laki.
*10 game aku main minggu nih sahaja. hebat tak?

baju dinner gua tak berapa nak kesah. gua sangat kesah pasal kasut. hahaha.

citer pasal dinner pulak, aku bercadang nak beli baju. malangnya, aku langsung tak berkenan dengan baju2 yang ada. memang aku tak suka kalau baju kurung, beli dari kedai. tak sedap pakai. aku nak jugak mak aku yang jahit. for your information, baju gua memang tak glamour, tapi baju gua cute. hahaha. ahh tak kesah ar glamour ke tak. ikutkan hati aku nih, pegi pun taknak. serius. rasa malas betul. 

so, sekarang nih cuti pun dah nak habis. hari selasa pagi aku dah balik kolej. and next week dah start berpuasa. aku rasa sedikit terkilan sebab tak dapat lagi berpuasa di rumah. rancangan tv indon pun best2 citer dia. terpaksalah tinggalkan. nak buat camne. kalau tv nih boleh aku angkut pegi sana dah ku bawakkan dah.

itu sajalah daripada saya. sekian terima kasih. thanks for reading yaw!

*SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com