Tuesday, December 23, 2014

Emosi: PMS Mood Swing

Hello there~

orang perempuan dengan PMS atau nama lain dia premenstrual syndrome memang tak boleh dipisahkan. aku bet 10 perempuan yang mengalami PMS akan ada 10 perubahan mood yang berbeza. ada yang okay. ada yang teruk. ada juga yang sangat teruk. ni nak cerita yang aku punya pms mood swing teruk la bulan ni. hahar.


well, bulan ni mood makan aku sangat ohsem. tak tau la nak categorykan ohsem atau teruk. sebabnya aku rasa aku nak makan coklat sentiasa sampai berpikul-pikul coklat aku beli dan makan. bukan beli sahaja. selain pada itu, sehari aku makan 4 5 kali yang heavy dishes. pagi nasi lemak, tengah hari nasi lauk campur. dalam kul 4 or 5 petang rojak mamak Rahmaniah. nanti malam makan nasi dekat rumah pulak. perut kenyang lepas tu tidur. no exercises.

kadang-kadang perempuan ni bila dorang kuat makan, suka bagi jawapan yang cliche macam ni "ko kenapa asyik makan je sekarang ni?" "entah la aku rasa aku nak period kot" padahal baru minggu lepas habis datang bulan. nampak tak cliche dia tu macam mana? kata jelah nak gemuk. senang kan? 

eh tapi kan, kalau mood makan mendadak tapi happy best la jugak. ini tak weh! sedih aku sepanjang bulan 12. back to December sangat. (lagu taylor swift dimainkan) cuba korang tutup mata bayangkan yang aku kena marah dengan family, kena marah kat tempat kerja, masalah dengan crush lagi. ok aku tau korang tak nampak pape pun. so takyah bayangkan. baca je. hew hew.



bagi aku, bila dah jadi macam ni. maksudnya bila mood sedih datang mendadak, mood nak marah datang mendadak sampai semua orang di keliling habis kau marah, ingatlah. back to the basic. kembali pada Allah swt. perbanyakkan istighfar. perbanyakkan solat sunat taubat. tau jelah kan syaitan (darah kotor) nak keluar. membuak2 dah sangat dalam badan tu, memang akan ada perasaan2 yang bukan-bukan. lagi teruk bila ada macam bisikan kata itu ini yang negative. dan kita perempuan ni ikutkan jelah bisikan2 tu. tak boleh macam tu.

untuk mengelakkan hal sebegini berlaku atau lebih teruk lagi orang kata kau giler meroyan tak habis2 sebab marah sana sini sentap sana sini, istighfar banyak-banyak. ingat Allah swt sentiasa. tak kiralah mood kau okay ke tak ke. always. remind to myself too. manusia ni biasalah kan kekadang lupa. sentiasa nak diingatkan. anggaplah apa je benda-benda baik yang berlaku depan mata kau tu semuanya petanda suruh kau kembali kepadaNya. 

sekian.

Friday, December 12, 2014

Emosi: Manisnya Cinta


Hello there~

korang semua dah tengok ke belum filem Manisnya Cinta Di Cappadocia? ok yang mana belum tengok silalah ke pawagam yang berdekatan untuk tonton filem nih. chill weh filem dia. tak tipu.

cerita dia adaptasi daripada novel. no wonder jalan cerita agak cliche siket. siket la. but then still enjoyable. hihi. lepas habis je aku tengok cerita ni, terus aku set dalam kepala otak jangan berfikiran negative. dalam segenap perkara sekali pun jangan fikir negative. TAPI, mana2 perempuan pun akan suka berfikiran negative especially terhadap lelaki.

dalam 100 orang perempuan, aku rasa 90 daripadanya memang akan suka fikir yang negative dulu terhadap lelaki. itu lumrah. dan lumrahnya lagi lelaki tak suka bagi penjelasan terhadap perempuan. bila tak bagi penjelasan, maka bertambahlah fikiran negative itu tadi. nampak tak hypothesis dia macam mana?


selain daripada jangan berfikiran negative, aku ada gak set kat kepala otak aku ni jangan terlampau mengharap. yes. jangan terlampau mengharapkan sesuatu benda yang tak pasti. terutama sekali dalam hubungan la kan. just go with the flow. jangan janji apa-apa yang indah. jangan termakan janji-janji capati. again, just go with the flow. ada jodoh, ada. 

TAPI, setiap individu tu pun beragak la kan. jangan la kau bagi harapan palsu pulak. kau pura-pura concern to the max dengan individu yang lain umpama kau nak kahwin dengan dia. spesis yang macam ni minta kaki tangan. 

message yang paling best dalam filem ni bila dia kata cari lelaki yang akan keluar duit untuk kita bukan kita yang keluar duit untuk dia. kata lain dia bukan materialistic, tapi menghargai. biar lelaki tau menghargai kita dan sanggup bersusah payah untuk kita. kalau ada jumpa lelaki seperti ini, sila hargai. jangan ambil kesempatan ye perempuan2 kat luar sana termasuk saya. hahaha.

all in all, jangan terburu-buru cari pasangan. teragak stress dengan scandal ke hape banyakkan makan makanan yang sihat, exercise banyak-banyak. ini antara alternative lain untuk korang hilangkan tumpuan terhadap masalah korang. heee :D

Friday, December 5, 2014

Online Shop: Zolace Malaysia

Hello there~

untuk entry kali ni, saya nak review satu online muslimah shop yang sangat best bagi saya. hihi. sharing is caring. gittew. korang pernah dengar tak Zolace Malaysia? ok kepada sesiapa yang tak pernah tau pasal new shopping website nih, hari nih saya habaq mai kat hangpa semua na.

kalau korang nak cari baju2 muslimah yang simple, nice and yet boleh digayakan dengan pelbagai cara, korang boleh usha kat zolace.com sekarang. hihi. antara favourite saya sendiri adalah this one. sebabnya baju ni boleh dipadankan dengan seluar mahupun skirt. kalau terdesak nak pi kenduri kahwin boleh je sesah baju ni ngan skirt kan.


Kalau korang perasan la gambar-gambar yang saya selalu pos kat instagram or kat blog, banyak je style baju saya yang sebegini. Quality baju yang zolace jual sama je macam yang online store lain jual sebab saya memang penggemar top chiffon yang sebegini. Sekali sarung siap untuk berjalan. Heheh.

Harga untuk satu blouse ni pun tak semahal harga kat online store yang lain. Below rm60 is quite affordable. Kalau satu blouse harga sampai rm80++ rasa macam tak patut je. So why not korang try kat online shop zolace pulak kan.

kalau taknak style yang sebegini, ada je lagi choice yang lain. ada gak baju kurung moden dijual. haaa untuk baju kurung ni, sekarang Zolace ada offer untuk baju kurung moden. sangat berkenan dengan baju kurung moden yang sedang sale sekarang. simple and exclusive. wanna have one.


Zolace ni pon ada gak jual dress khas untuk muslimah tau. designnya sangat simple. harga juga berpatutan. siap ada sale lagi kau. rm99.00 only. wee wee. menarik perhatian sangat yang pure black nih tau. jenis kain yang digunakan sangat sesuai untuk gegirl yang angan2 jadi princess. sebab kain dia jenis yang jatuh. so bila kita berjalan boleh libas2 kain. hihik.


Untuk yang berbadan agak gempal macam saya ni, memang susah siket nak cari jubah dress yang sesuai sebabnya kekadang dressnya tak cover perut kita yang comel, tak cover lengan kita yang mantap ni kan. TAPI, dress khas untuk muslimah yang dijual oleh zolace ni just perfect. Boleh cover line la part2 yang comel tu. Hihi. Bila pakai pun rasa confident je.

Tapi serius pengalaman saya sendiri nak cari jubah dress kat online memang sangat susah nak jumpa yang betul2 ngam dengan kita. Harga sampai rm150++ but then tak fit kat badan kita. Sape yang nak macam tu kan. So yang pernah mengalami masalah yang sama dengan saya, boleh cuba bershopping kat zolace pulak. Murah dan berbaloi.

Dress ni boleh pakai dengan apa2 tudung pun. nak yang bunga2 ke, nak yang plain pon boleh je. cerita pasal tudung pulak, zolace ada jugak jual tudung tau. baik tudung bawal plain mahupun tudung bawal corak. korang boleh usha tudung2nya sekarang. pasti tak menyesal. yang bestnya tudung bawal dia jenis chiffon. so senang lah kalau nak jadikan tudung bawal ni macam shawl. hikhik.


Tudung dorang ni yang saya suka sebabnya dia lebih kurang sama macam kat butik SBU. Nak pegi butiknya kekadang takde masa. Dah tu stocknya pon selalu sold out. Kepada yang dok jauh2 luar daripada Selangor tu boleh la shopping tudung bawal chiffon kat zolace. Warna plain dia banyak pilihan pastinya. Itu yang paling saya suka. Hihihi.

selain tu jugak, Zolace ada gak jual handbags. to handbag's lovers. korang mesti tengok handbag2 yang dijual. sangat simple yet nice. ala2 michael kors kau. serius suka sangat dengan handbag2 ni. macam tau2 je nak cari handbag. dan2 je Zolace release handbag yang sangat menepati cita rasa saya. hihihi.


so apa lagi korang tunggu? boleh usha zolace.com sekarang. penghantaran percuma ke Malaysia, Brunei and Singapore tak kira purchase berapa sekali pon. korang juga boleh visit page facebook, instagram, twitter, pinterest dan google plus. boleh refer linknya di bawah ini.

Tuesday, November 25, 2014

Emosi: Fakta Lelaki


Hai shemua! ;)

mengenai fakta lelaki ni memang betul la kan di mana lelaki akan sayang seseorang tu sampai boleh abaikan semua karakter negatif perempuan tersebut. begitu juga dengan perempuan. kalau dah sayang someone, sampai tak nampak langsung keburukkan lelaki tu. cinta mati la konon. 

apa yang cuba saya sampaikan kat sini, sekiranya korang bercinta dengan lelaki yang suka sangat komplen pasal korang. tak kira lah dari segi attitude, fizikal, mental dan sebagainya fikirlah seribu kali ke sejuta kali ke, betul tak pilihan yang korang buat tu. as mentioned above, kalau dah sayang takkan komplen malah saling memperbetulkan antara satu sama lain.

ini kalau dah hampir hari2 ulang benda yang sama. mana tahan bro. sebagai contoh lebih simple "awak ni gemuk sangatlah. cubalah kurus siket" diulang hampir hari2. hello! engkau rasa nak kurus tu macam petik buah mangga kat pokok je ke? boleh tak makan nasi sehari then esoknya kurus dah? 

kalau dah bila keluar asyik pergi makan je. bila gayanya nak kurus. bagus kalau keluar lepak tu minum2 je. ini ikan siakap 3 rasa. tomyam. sayur kailan ikan masin. telur dadar. nasi 2 full.  carrot susu gelas beso. ohmaigad. kurus sangat nak kalau begitu makannya.

nampak tak situasinya macam mana? maybe in certain ways ada yang kata tegur untuk kebaikan. yerp betul. kalau attitude ditegur its fine. part body pun kau nak ditegur its fine. maybe terlampau besar dengan jayanya kan. so kena tegur supaya benda tu tak berlanjutan. tegur dan beri semangat. bawak pi gym ke. pi tempat makan yang ada healthy food ke. being supportive. bukan condemn. huhu.

kesimpulannya, dalam perhubungan tuh mesti ada penerimaan sepenuhnya. you have to accept each other first. lepas tu barulah ada toleration, supportive, give and take dan sebagainya. kalau dalam mindset tak terima someone tu seadanya, itu yang datangnya complaint, rungutan, marah2 dan sebagainya. 

p/s: jangan terlampau terdesak dalam memilih. kalau jodoh tak ke mana. tapi jodoh tu takkan datang sendiri.

Saturday, November 22, 2014

Pre-loved Handbag Part 2.

Hello there!
this is pre-loved handbag yang saya nak jual kat korang. 
kalau berminat boleh contact saya sendiri via email maisyahh25@gmail.com ataupun whatsapp saya (013-6403793)

- brand: Michael Kors. 
- color: Deep Pink or Hot Pink
-Top Handle: 4.5"
- Adjustable Strap: 17.5-19.5"
- Interior: One Inside Zip Pocket, Two Open Inside Pockets
- 13 X 8 X 4"
- Top Zip
- 100% Polyester Lining
- condition: 10/10 sebab baru pakai sekali sahaja tak sampai seminggu.

price: RM70 including postage. harga asal rm130.
handbag ni replica gred AAA bought from Moddy.

front look

inside

back look
p/s: harga boleh runding.

Thursday, November 20, 2014

Girls Talk: Cara Nak Turunkan Berat Badan Part 2.

sharing is caring! now, saya nak share la siket dekat korang semua macam mana nak turunkan berat badan. well, cara saya memang lambat. memang take time. tapi apa yang boleh saya katakan ianya akan maintain. Dan pastinya korang sukakan hasilnya.


kalau korang nak cepat kurangkan berat badan, cuba amalkan ambil carbohydrate tak lebih segenggam daripada penumbuk korang. serius menjadi okay. lebihkan protein dan juga sayur2an like always. kalau saya, lebih senang amalkan ratah lauk, nasi ciput. 

kemudian dah kurangkan carbohydrate why not korang buat exercise yang ni. setakat ni hari2 saya amalkan exercise yang ini disebabkan saya terlampau lah malas untuk exercise. serius not so in the mood and no time. kononnya lah kan. so try buat exercise nih hari2. at least ada daripada takde langsung. tanamkan ayat ni dalam fikiran anda semua yang nak kurus tu.


buat slow2, tapi ada hasilnya. jangan beriya 2 3 hari lepas tu terus malas nak buat langsung. then berat pun bertambah berganda2. yang itu kita taknak. hangat2 taik ayam. kita mahukan consistency. 

well, good luck then. saya start diet semula last month. but not soooo diet la. biasa2 je saya rasa. mungkin ambil masa 3 bulan untuk capai target 60kg. nampak tak betapa lamanya tu. nampak tak?! 

From 30th oct until today my weight loose 2kg. Sangat slow actually. 

strive for progress not perfection.

Tuesday, November 18, 2014

Emosi: Letting go

"You have to let go of what you think is GOOD, in order to get something BETTER, because you'll never know what's BEST for you until it has arrived." ayat ni aku terjumpa kat blog keknis. tetiba aku terasa macam nak letting go someone from my life. huhu.


perhhhh ayat rasa macam nak muntah bila baca. tapi serius ah i really mean about it. sebab aku rasa kau tak perlu nak buang masa dengan benda yang tiada jaminan pada diri kau. dalam kata lain takde memberi manfaat dalam hidup kau. mungkin ya dia ada bagi manfaat mungkin tak. kita sebagai manusia yang normal boleh fikir kot benda tu bagi benefits atau tak. 

mana yang baik kau boleh guna pakai untuk kehidupan kau akan datang. mana yang buruk jadikan teladan. manusia sentiasa hidup dalam keadaan bersalah-salahan. sentiasa ingat bahawa kita ada Allah swt yang sentiasa bersama dengan kita. jangan terlampau ikutkan nafsu. guna akal yang waras untuk berfikir. 

*tetiba emosi sebegini. biasalah dah nak hujung bulan.

Monday, October 27, 2014

Self Motivation

No more excuses. No more tomorrow. Lets strive for progress Aisyah. You can do it. Yes, you can.

Wednesday, September 3, 2014

20 Facts About Me.


20 facts about me.

1. aku suka ada gambar banyak. tapi aku malu nak bergambar depan orang ramai. contoh kat kedai makan ke. so maluuu. kat setia alam ni pun malu sebenarnya. tak tau macam mana nk photoshoot untk wedding nnt.

2. pernah bercita2 nak jadi seorang yang agak gelap mcm Beyonce, Jlo because they look so pretty in dark skin. but now, rasa nak putih macam Adeera sebab boleh jadi Korea-korea.

3. kalau aku masuk satu2 kedai, kalau tak beli something aku selalu rasa bersalah dengan pekerja kat kedai tu. umpamanya penat2 dia layan tapi tak beli pape. kalau dia layan. kalau dia tak layan memang walk in walk out jela.

4. seorang yang bermasalah untuk beli seluar, atau baju dekat mall atau kedai2. sebabnya malas nak test2. malu nak test. that's my big problem. solutionnya aku beli on9 je. senang boleh try kat rumah. selesa. usually aku takde masalah beli on9 nih. up jadi je terus. senang.

5. prefer shopping beauty care kat mall. pencuci muka, cream itu ini. lipsticks berpikul2 dan sebagainya yang berkaitan dengan bilik air. biasanya pegi mana2 mesti ada beli body scrub. favourite much. 

6. pernah ada masalah rambut serabai. macam lawak je. masa budak2 dalam umur bawah 10 tahun elok je rambut aku lurus. lembut. bila masuk sekolah menengah mak ai macam hape je sampai abang aku dulu sanggup sponsor aku pi re-bonding rambut. tak lalu agaknya nak tgk adik dia rambut serabai begitu rupa. but then, after tukar shampoo, hair cream, hair mask etc rambut kembali asal macam kanak2 ribena dulu. mih mih. 

7. masa sekolah dulu, aku selalu kutuk budak2 perempuan yang bermakeup, pakai cream2 muka, dandan2 rambut. aku rasa macam tak brutal je bila buat benda2 tu semua. tapi sekarang, macam aku bertukar dengan dorang. malah lebih extreme kot. heh!

8. kat sekolah rendah dulu pernah gaduh dengan budak laki sebab dia kacau aku. dari tingkat dua aku baling beg sekolah, kasut dan segala pencil case dia. lepas tu aku terus balik rumah. masa tu baru pukul 10.30pagi. masa sekolah rendah jugak, aku pernah tampar sorang perempuan sbb dia cabar soh tampar dia kot.

9. masa kecik-kecik aku tak pandai main mainan perempuan. masak2 etc. no i dont. aku main askar2 dengan jiran2 lelaki aku. tengah hari buta dah keluar rumah. balik rumah hambek kena tarik telinga dgn abah sampai terkencing2. kena sebat dengan mak sampai nak terkeluar biji mata mak. scary!

10. aku layan semua jenis lagu tak kira apa bahasa. asal muzik dia best boleh layan. aku okay je. heavy metal pun aku layan. dangdut pun aku layan. tak kesah.

11. aku pernah belajar makeup. tapi bila dipractice, ternyata aku takde bakat dalam makeup dan aku rasa muka aku tak lawa pun kalau bermake-up. macam lawa kalau jadi yang korea2. hiks! you know just apply BB cream, pinky lipstick, and done.

12. aku sangat garang dulu. tapi tak tau garang tu sekarang dah kurang tapi macam berangin yang banyak. sama ke tu? entah la. tapi rasanya masih sama je kalau bab ini. hot-tempered.

13. dulu aku berani je tangkap ayam, tangkap ikan, tangkap lipas. segala binatang atau serangga aku relax je. tapi sekarang macam cicak kecik pun boleh bersilat aku dibuatnya. bala betul.

14. aku impikan pelamin kahwin aku nanti warna putih with pink and blue flowers. tak dapat putih pun, mesti pastel color. rasa macam suci sangat masa tu. haihhhh. simple and nice pun ok dah. 

15. paling tak suka beli barang harga rm10 rm20. contoh beli kasut rm10. kalau aku yang guna tak sampai sebulan ranap. kaki aku sakit. so prefer beli yang branded. kumpul duit then beli. tahan 2 3 tahun. simple as that.

16. BMI terdahulu 33.62 dan sekarang 26.15. 
dan tengah struggle untuk dapatkan BMI around 22-23. wish me luck everyone! mihihihi.

17. boleh memasak. acceptable. tapi aku tak suka memasak. huhu. tapi aku pandai merasa. that's why kot boleh masak dan acceptable. kata arwah atok perempuan aku masak kalau nak pandai lidah mesti pandai merasa. 

18. aku tak suka martial art. tapi aku belajar martial art. aku tak suka jungle tracking. tapi daripada form 2 aku dah libatkan diri dengan jungle tracking. hopefully lepas ni aku dapat masuk gua kat pahang tu ikut bebudak silat. mihihihi.

19. penah ada masalah dengan abang2 aku masa zaman sekolah menengah. aku rasa abang2 aku tak suka tak sayang dengan aku. sebab dulu masa zaman sekolah aku buruk sangat kot. asyik kena tinggal dan aku asyik menangis je. so looser. L.

20. favourite food aku daging. tak kesah daging tu masak apa as long as ianya daging. tapi kalau dimasakkan kari memang markah penuh la. i just love that. hari2 makan daging pun ok je. daging lembu or kambing aku ok je.

p/s: kasi up la siket kan update dekat blog. har har har.

Tuesday, September 2, 2014

Pre-loved Handbags!

Hello there!
i'm helping my friend to sell her pre-loved handbags. you are pleased to read the details of the handbags down here, and if you are interested to buy just drop a message to ......


-Color : turquoise and grey
-Price : RM 45 not include postage.



SOLD

-Reason to sell : Tak pernah pakai and nak beli beg yang lain. Buy from zalora. 

- Length x Height x Width (14" x 15" x 3")
- Handle drop measures 10"
- Shoulder drop measures 16.3"
- Synthetic leather
- Synthetic leather straps
- Unlined interior
- Can use for both side
-Detachable and adjustable shoulder strap

--------------------------------------------------------------------------------------------

Colour: Orange
Dimension: 26cm x 6cm x 18cm
Description: Longer strap for shoulder or cross body wear, Flat bottom,
Single handle strap, Adjustable shoulder strap,
Cellphone/multifunction pockets.

Reason to sell : Dah ada beg yang lain. Baru 2 kali pakai. Buy from calaman.

Price : RM 35 include postage


SOLD

Saturday, June 14, 2014

Girls Talk: Cara Nak Turunkan Berat Badan.

Hai semua! 
hari ni saya nak share sedikit tips macam mana nak turunkan berat badan. turunkan je ye bukan nak kurus. sebab saya masih lagi tak kurus2. har har har.

pemakanan.

1. minum air putih banyak banyak. lagi berat badan kita lagi banyak air putih kena minum. cara nak kira berapa liter sehari kita patuh minum adalah berat bahagi dengan 22.7kg. contohnya 68kg/22.7=2.99 (3litre) so sehari kena minum 3 litre air kosong minimum. lagi banyak air putih kita minum, lagi cepat proses untuk kita turunkan berat badan.

2. jangan sesekali minum air bergas. sebab kandungan gula dia terlampau banyak. bukan kata air gas, segala air manis2 jangan minum. boleh minum, tapi seminggu sekali ke. tapi apa yang saya amalkan dalam sebulan 2 3 kali je minum air manis. itupun dah mengidam sangat dah. but usually, kat kedai ke kat mana2 ke order air suam je.

3. seminggu sekali amalkan minum green tea. lebih baik hari2 selain minum air putih yang berliter liter tuh. hihi. green tea bagus untuk detoxification tau. cuci usus2 kita. 


4. jangan sesekali ambil junk food. atau bahasa jawa dia jajan. hihihi. segala jenis keropok, kerepek, pringles ke apa ke jangan ambik. sebab benda2 ni dia dah kena awet ada garam yang tah pape tuh ha. dan benda2 ni boleh menyebabkan berat kita bertambah dan bertambah lagi. 

5. selain junk food, saya juga tak amalkan makan kuih muih sepanjang diet saya. segala jenis karipap, pisang goreng, keropok lekor ke apa ke sume saya tak ambik. well, makanan2 sebegini bila makan satu pasti nak lagi sampai lah makanan tu habis walaupun perut dah kenyang. sedap doh. so, sepanjang saya diet saya tak ambik kuih muih. 2 bulan sekali je makan kuih. itupun rasa bersalah bila makan. hahaha.

6. frozen food juga wajib dipuasakan sepanjang anda berdiet. benda benda macam ni pun kalau korang tak jaga melambatkan proses diet korang. segala fish ball, hotdog, burger ke apa ke jangan makan.

7. say no to fast food okay. jangan mimpikan lagi mcd, kfc, pizza etc. benda2 ni nampak remeh tapi calorie dia tinggi kot. sepanjang diet boleh kira berapa kali makan burger. huhuhu. naik fobia tengok burger. selalu pi mcd beli apple pie seketul je. hihi.

menu diet saya.

breakfast:
 nestum 3in1 / oat 3in1 + susu anlene perisa original. 
 roti 2 keping (wholegrain) sapu kaya + air susu anlene perisa origina secawan.
 roti 3 keping (wholegrain) cicah air susu anlene perisa original. 
             
lunch:
 nasi putih (satu senduk suku) + ayam/daging/ikan bakar + sayur campur/telur rebus
 bihun sup
 mee bandung
 mee rebus

minum petang:
 biskut jacobs 4-5 keping
 roti sekeping sapu kaya
 makan buah-buahan jambu/epal

dinner:
 ratah lauk samada sayur/ayam/ikan dan sebagainya.
 bihun goreng sometimes.

supper:
 susu anlene perisa original segelas.

selepas 7-8 bulan berdiet control makan, saya tambah siket exercise dalam diet saya. selalunya buat dalam bilik je. lepas mandi atau sebelum mandi buat jumping jack, squat down, yoga siket2 untuk fit kan badan. takdelah fit mana tapi boleh tahan la jugak. har har har.

good luck everyone! ;)

for PART 2 boleh KLIK SINI.

Thursday, June 5, 2014

Girls Talk: Cara Pemakaian Tudung Bagi Pengantin Perempuan.

Hai semua!

hari ni saya nak share pasal cara pemakaian tudung untuk pengantin perempuan pulak. memandangkan cara pemakaian tudung sekarang pelik2, so saya nak share gambar2 pengantin bertudung yang saya rasa cara pemakaian dorang nampak simple, tak serabut and for sure lawa la kan. 


 



cara pemakaian tudung bawal dorang ni simple je. macam pegi pasar hari2 punya style. hikhik. bezanya kalau nak nampak elegant siket letak la veil kat atas kepala biar nampak meriah va va voom siket. bagi saya yang utama untuk pengantin adalah muka. muka berseri, tudung simple pun jadi je kan.

bagi yang suka berselendang pulak, rasanya lebih elok kalau guna material chiffon. basic shiffon tu ha. boleh je beli kat kedai kain mcm biasa then jahit sendiri. boleh adjust besar mana kita nak labuh tudung tuh. tapi tudung bawal sekarang pun banyak je style chiffon crepe. so kalau nak buat bahagian depan tu lebih mudah nampak wavy (ala2 langsir gitu) siket.




good luck everyone! ;)

p/s: sumber gambar daripada instagram, facebook dan google.

Monday, June 2, 2014

Girls Talk: Wedding Stamps

hello everyone! 

so malam ni nak share siket pasal wedding stamps. dah lama jugak la tau pasal wedding stamp ni tapi tak berkesempatan nak share ngan korang. tak tau la kot kot saya yang ketinggalan ke hape kan but still i want to share it.

wedding stamp ni sejenis cop mohor di mana korang boleh gunakannya untuk cop apa-apa je pasal wedding korang. contohnya: 
tag us on instgram 
#aiSyahswedding 
25032015 

something like that you know. this is just an example. boleh cop dekat goodies bag, wedding card atau kertas a4 ke dalam buku kira 555 ke. tak kesah la kat mana2 pun. hihihi.

yang menjadi tarikan hati ni adalah harga dia yang quite affordable yet saving. bayangkan just beli stamp and stamp ink. boleh guna rasanya setakat 200 goodies paper bag tu boleh la kan. kalau ink habis, boleh refill lagi. see! jimat kan? tak sampai rm100 pun untuk decorate goodies bag (yeke). kalau saya, saya nak paper bag yang kertas minyak tu je. hihi. classic.

sebelum tu, saya tau pasal wedding stamp ni daripada ikahwin.my and ikahwin.my sendiri yang menyediakan service wedding stamp ni. kalau korang order hari ni, stamp korang boleh siap dalam masa 3 hari bekerja. innshaaAllah. kalau korang nak order boleh KLIK SINI.




cer korang tengok. simple je kan? simple and nice gittew. selain daripada wedding stamp, ada gak dorang buat untuk raya stamp, business stamp and bla bla bla. boleh KLIK SINI kalau nak tau apa lagi service yang ikahwin.my sediakan untuk korang.


mengenai harga pulak. seperti yang saya dah cakap awal-awal tadi, harga dia sangat affordable. range harga dalam rm35 - rm55.  yang ini harga yang korang pilih design yang ikahwin.my dah sediakan. kalau korang nak design sendiri add charge rm5 je.


so boleh la korang cuci cuci mata nak pilih design apa untuk wedding stamp korang nanti. itupun kalau berkenan la. tak berkenan pun at least you get some ideas untuk wedding korang kan. boleh jugak KLIK SINI kalau nak usha design yang ohsem ohsem.

Sunday, June 1, 2014

Tutorial Blog: Cara Nak Create Side Header.

hello June, hello everyone! :)

hari ni saya nak ajar macam mana nak create side header yang simple lagi nice macam saya punya blog ni ha. eceh ceh ceh. bagi yang tahu, tahniah. bagi yang tak tau tapi berkeinginan side header macam saya, dipersilakan baca sampai habis.

just follow this steps yeah.


1. kat blog pegi ke template.
2. edit HTML.


3. klik dekat pin warna hitam tu. (bukan semua blog kedudukannya sama means nombor tu la)
4. dah expand benda tu, cari headings.


 5. untuk dapatkan header yang colorful, korang perlu ubah coding setiap widget yang korang letak kat blog korang. contohnya:

#Followers1 h2 {  
background: #b19cfa;
padding: 10px;
text-align: center;
-moz-border-radius: 10px;
-webkit-border-radius: 10px;
-goog-ms-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
}
korang wajib tukar bahagian #followers1 tu. setiap widget ada nama2 lain dia. so, korang boleh try and error kat sini. hak hak. kalau #Image1 tu bahagian ada gambar aku tu. so gambar kat atas boleh dijadikan rujukan untuk dapatkan nama header tu.

korang juga wajib tukar background kalau nak colourful la. coding warna boleh dapat kat template, customize, advanced, then try and error the colour which one you like. copy, paste kat background tu.

border-radius juga boleh ditukar sekiranya korang tak suka roundest shape. nak yang sharp square boleh letak 0px. terpulang.

6. preview template.
7. save template.
8. done.

good luck everyone! ;)

Monday, May 12, 2014

senaman dan kahwin relates each other.

Hello everyone! ;)

sebelum tuh nak wish happy mother's day to all mothers in the earth. hari hari pun mother's day. jangan biadab dengan mak ye. dapat penampo sekali nanti.

saje nak update je nih sebab dah lama rasanya tak update personal life. gituhh. *bajet macam ada je nak tau life ko kan syah* dont mind beb. i cerita jugak kat sini. so, sepanjang bulan lepas ada lah siket buat aktiviti baru. aktiviti nye sihat punya lah recommend by a doctor from Kuala Selangor. dia selalu gak datang ke guardian. dulu badan dia gemuk. lepas 4 5 bulan tak datang tetiba je kurus giler. tapi dia kurus serius nampak mcm orang sakit. tak nampak macam orang sihat. bagi aku tak tau la betul ke tak kurus tu boleh menyihatkan badan. hak hak hak. just kidding.

dia nampak macam orang sakit ke tak, tak jadi hal. yang jadi halnya macam mana boleh kurus dengan cepat sangat. selidik punya selidik dia exercise je hari2. hari2 okay. so aku pun terpengaruh dgn kata2 dia aku try exercise. boleh klik exercise.com untuk melakukan exercise. hihi. 2 minggu berturut2 aku buat exercise. balik kerja je workout, balik kerja je workout. mak aihhh result dia aku tak kurus. tapi lemak2 aku yang flabby ni jadi tegap. that's what i like. berat turun pun tak banyak sekilo dua je. firm up je banyak. 

tapi masuk je bulan 5 aku dah start malas2 nak workout. aku merasakan yang workout tu membosankan. benda yang sama je balik2. but still, everyday i workout cuma masanya tu dipendekkan kepada 5 minit sehari. nampak tak malas dia macam mana? hoho. good luck uolls mana nak kurus tu.

next chapter will be, marriage. saje nak share website yang aku rasa best untuk bride to be baca sebagai panduan untuk korang2 yang nak kahwin. click this bebeh ikahwin.my kat websites nih dia akan share semua benda yang patut korang buat dalam wedding. dari mula sampai lah habis. mana yang takde idea tu boleh la usha kat website ni. slot yang aku suka tengok inspiration dan juga blog. suka sangat2. huhuhu. haihh cute lah orang kahwin2 ni. 

tapi kan, bila difikir2 balik memang indah kahwin ni. masuk bab tanggungjawab mesti fikir balik 200 kali ke 300 kali ke nak kahwin ke tak. mampu ke nak pikul tanggungjawab? betul tak? tapi bak kata abang aku, kena yakin dengan apa yang kita buat. innshaaAllah nanti Allah tolong. macam mana tu belakang cerita. ingat kena yakin. yakin ye aisyah. ye ye aku yakin.



the colors too nice bro. too nice. hihihi. 
*sumber gambar dari instagram. harap maklum.

p/s: senaman dan kahwin relates each other. they relate to me also. 

Saturday, April 12, 2014

Online Shop; Tops, Dresses, Jeans, for Plus Size. (Malaysia)

*untuk entry kali ni nak bahasakan diri saya*

hello everyone! ;)
ramai yang tanya kat saya dekat mana beli baju, seluar, dress bagai kat email. so untuk memudahkan semua pihak biar saya share siket mana nak beli semua baju-baju tersebut. hihi :D

basically, saya beli baju, seluar, dress semuanya dari online sajo. saya ada masalah yang paling tak boleh nak elak iaitu tak jumpa baju2 size besar, seluar size besar bila shopping dekat mall2, kedai2, dan sebagainya. tak tau la kenapa tak boleh nak jumpa yang cantik2. so takde pilihan lain selain online. huhu. 

okay website nih so far website yang saya selalu usha untuk blouse2. tapi TopGirl macam banyak untuk orang yang berumur punya style. kalau umur saya 40an nanti konfem top girl akan jadi pilihan utama untuk shopping blouse. hiks. paling penting TopGirl banyak jual plus size punya size la kan. ada yang paling besau, sederhana dan juga kecik. kecik pun takde la kecik mana. 


ini antara baju yang saya beli kat top girl. jeans from Jessabella.

yang ni pulak online shop yang saya selalu usha dress yang lawa2. tapi tu lah kena selalu bukak sebabnya bila EDZ update new arrival tak dan bape jam dah sold out. kalau tak fully sold out, size yang kita pakai akan sold out. so memang kena cepat. selalu jugak la sakit hati sebab asyik tak dapat je kan. harga standard dress la kan rm100++ 

yang saya dapat beli daripada EDZ yang ni ha. nak beli warna beige blue black tapi tak dapat. size dah habis. wuhuu. so tukar la warna merah hitam. jadi lah kan.



untuk tops yang lawa-lawa, saya selalu jugak usha dekat DolceAmera nih. kadang2 ada size besar, ada jugak size kecik. sebab dia selalu jual free size punya baju. so kena ukur la kalau nak beli. antara design yang saya suka yang ini. 


hari tu ada pegi kat SBU Shah Alam ada baju ni tapi tu la ngam2 je. kalau nak beli, kenalah kuruskan siket badan ni lagi baru boleh beli. time saya dah kuruskan siket, baju pun dah hilang dah. har har har. erm, kalau nak beli palazzo yang cantik2 pun Dolce Amera ni ada jual untuk plus size.

*SBU tempat baru saya shopping tudung bawal crepe yang comel2. hihi

yang ni pulak website yang saya selalu usha untuk seluar. baik seluar jeans, jeggings, palazzo, dan sebagainya. dulu masa badan besar siket, selalu lah beli tops, outer wear dekat jessabella ni tapi sekarang just shopping untuk seluar je. hihihi. harga affordable la jugak. tgk jenis kain kita beli jugak, material tebal mahal la. kalau biasa2 je memang biasa la harganya.

ini antara baju, outer wear, seluar yang saya dah purchase dgn jessabella. hiks.

saya selalu usha dress yang cantik, affordable, below rm100 kat sini. hehehe. yang ni banyak jual dress yang banyak terjual kat tepi jalan bagai. but sometimes, ada warna yang kita nak takde kat kedai or tepi jalan kan, so sini lah tempatnya. sebab dia pre-order. bayar separuh dulu then bila barang dah sampai ke owner baru bayar balance. easy as abc. owner orang JB. 

bawah ni dress yang saya beli kat dia. cantik kan? ribbon saya gubah jadi cream color. hohoho.


okay ini website yang selalu saya igau2kan. balik2 duk telek gambar2 baju, dress yang dorang jual. serious weh tak boleh tido malam dibuatnya. haha. mungkin sebab saya suka yang plain dan elegant style kot. that's why obses tu. before this tak tau pun yang PopLook ada jual untuk plus size. tah sejak bila terbukak balik website PopLook then nampak ada yang untuk plus size terus hari2 dok usha apa yang ada baru. dasyat kan? hihi. haa tapi website ni pun selalu bagi saya sedih malar juga sold out untuk size XL dan 2XL. asyik je tak dapat nak beli :(


yang ini baru je saya purchase. insyaaAllah 28 May 2014 nanti akan dipos ke rumah memasing yang membeli. weeehuuu. 

setakat itu saje la yang saya dapat share dengan korang semua kat mana nak beli plus size tops, dress etc. harga rasanya semua jual yang mampu milik punya. no worries. hihihi. 

here's some guideline for you to purchase online. 
maybe one of you have the same sizes with me.
shoulder: 16.5" / 42cm
waist: 33.5" / 85cm
bust: 38.5" / 98cm
armhole: 18" / 46cm
length of sleeve: 22.5" / 58cm
hips: 46.5" / 118cm

good luck everyone! :)

Saturday, February 8, 2014

Kebaikan Green Tea: Shape-Tea

hari nih nak review pasal green tea lagi. maklumlah aku sekarang masih lagi mencari green tea yang betul2 sesuai dengan diri aku dan betul2 best. sebelum ni aku ambik cleanx tea and nak cuba shape tea. last 2 weeks ada lah pulak guardian keluarkan trial pack. dalamnya ada 4 tea bags je. so ini review aku pasal shape tea nih.


1. rasanya sedap tak macam teh-teh yang lain di mana muka akan berkerut bila minum. rasa dia ofcoz la takde gula TAPI rasa air teh bunga matahari. so relax jela minumnya.

2. shape tea berfungsi sebagai detoxification. yang pasti, tidak melampau seperti cleanx tea di mana uolls akan jadi cirit birit. kalau shape tea just nice, apa yang kita makan, itu yang keluar balik. so aku memang suka lah sebab aku kan susah nak buang air besar. 

3. shape tea membuatkan kita berpeluh. yang nih macam best lah jugak sebabnya aku kan duduk dalam keadaan sekeliling ber-aircond but still boleh berpeluh sebab aku selalu minum shape tea nih. sometimes agak leceh jugak bila nak buat kerja sebab berpeluh. tapi untuk kesihatan redhakan aje. 


4. shape tea berfungsi sebagai slimming. yang ni tak berapa nak sure sangat sebab aku pun masih lagi meneruskan diet aku. hihi. mungkin, percent yang boleh membantu untuk slimming ni dalam 20% je kot. selebihnya dari pemakanan kita jugak. so aku belum dapat identify betul ke tak boleh slim minum shape tea. yang pasti any green tea 0kcal.

itu jelah kot review pasal shape tea. hihi. haa harga untuk trial pack rm6.20.
selamat mencuba! ;)

Tuesday, February 4, 2014

Kupilih Hatimu - Ussy feat Andhika

ku pilih hatimu tak ada ku ragu
mencintaimu adalah hal yang terindah
dalam hidupku oh sayang
kau detak jantung hatiku

setiap nafasku hembuskan namamu
sumpah mati hati ingin memilihmu
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku

janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir

setiap nafasku (setiap nafasku)
hembuskan namamu (hembuskan namamu)
sumpah mati (sumpah mati)
hati ingin memilihmu (ku milikmu)
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku ooh

janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir

oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir

oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
cinta sampai mati

Thursday, January 30, 2014

Tips Kecantikan: Cara Mengatasi Bibir Kering

Assalammualaikum semua.

so hari nih nak bagi tips siket macam mana nak mengatasi bibir kiring. aku tau pasal tips ni pun sebab lately bibir asyik kering je. mungkin sebab salah pakai lipstick kot. alkisahnya aku pernah beli lipstick brand NYX kat Sephora. sumpah best giler lipsticknya elok je bila kita pakai. tapi malangnya bad effect dia bibir aku kering tahap boleh kupas2 dah. sebelum2 ni, bibir aku okay je takde masalah kering melampau tapi semenjak tukar lipstick langsung jadi macam ni.

antara tipsnya adalah guna lip balm yang khas untuk treatment. untuk bibir aku, aku guna dua brand. satu Sebamed, satu lagi Mentholatum yang warna purple packing dia. ramai jugak customer dekat kedai guna brand Sebamed memang bagus hasilnya. untuk dapat resultnya dalam seminggu dua macam tu la. itupun still ada sisa sisa. kena rajin pakai ye. kalau aku, aku guna bila nak apply lipstick je. biar ada pelapik gituh.



kedua, sapukan sedikit madu dekat bibir. yang ni pun berkesan. aku selalu apply dua jam sekali kalau bibir betul2 dah kering. kalau tak berapa nak kering sangat malam je aku guna. yang ini lebih mudah kalau malas nak tadah bibir tu supaya tak terkena2 lidah ke, jilat je terus makan. hihihik. result dia lebih cepat berbanding lipbalm biasa. 3 4 hari dah boleh pulih bibir kering tu.

ketiga, guna scrub khas untuk bibir. benda ni boleh buat sendiri. ambil gula pasir, campurkan dengan madu atau olive oil. kalau nak pekat, letak madu atau olive oil siket je supaya gula tu nnt bila kita sapu kat bibir tak sepah2. kalau nak pink kan bibir, boleh letak extract rose. bunga ros tu petals dia blend kan aje. then campur sekali dalam bancuhan tadi. sebelum aku jumpa orang yang jual scrub bibir, aku buat sendiri je guna gula dengan madu. best manis je rasa. barulah senyum pun manis. hihik.

rasanya scrub bibir kat Sephora pun ada jual. tak silap harganya around rm60 kot. mahal kan? kalau nak beli yang online punya boleh check it out kat alynbeautycare. selamat mencuba uolls. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com