Tuesday, May 31, 2011

masakan mak mak nih selalunya sedap.

Assalamualaikum.

selalunya lah kan kalau kita tanya orang eh mak ko pandai masak tuh pandai masak nih? konfem orang akan cakap yer pandai. my mum superbb weh bukan cam mak ko. haha. walaupun hakikatnya mak dia tak pandai masak, tetap dia cakap masakan mak dialah yang paling terbaikk. sebab dia sayang mak dia. tu pasal dia cakap macam tuh. 


apa yang aku nak cerita nih selalunya la orang yang memasak tak akan makan apa yang dia masak. contoh eh. perut ko lapar giler yang dah tahap nampak orang pun dah mcm nampak ayamas black paper je dah, dia akan masak makanan untuk perut dia yg dah lapar giler. tengah2 dia masak, kelaparan dia akan berkurang sebab dia dah hidu bau masakan dia tadi.

at last, bila dia makan masakan dia, dia takkan merasakan kepuasan mahupun kelazatan makanan tuh. even makanan tuh sedap, dia akan kurang makan. padahal tadi dia lah yang paling lapar kan? dia akan jadi kurang makan sebab dia dah hidu bau makanan tuh. alah P.Ramlee pun dah ckp sebelum makan kena ambik bau dahulu. itulah yg dia maksudkn. ko dah bau, ko takkan makan banyak. apatah lagi ko yg masak sendiri. dah berapa banyak yg ko bau. betul tak?


aku dah survey dah. geng2 aku yang mak dia keje konfem dia tak makan banyak kat rumah. cuti sem ke cuti sekolah ke. dia x makan banyak. macam mana nk makan banyak dah dia sendiri yang masak then dia makan. serius feel makan tuh dah hilang. bayangkan perut aku lapar nk makan samosa. soh mak goreng mak suruh aku balik yang goreng. dah bau2 aroma dia, langsung aku makan 2 ketul jer. sangat rugiiiii.

kalau mak aku masak kat rumah, aku lah yang paling bahagia. fuhhhh. kalau masak sendiri konfem tak habis bai. mak aku masak, dia takkan makan apa yg dia masak. nnt dia soh aku pegi kedai makan kat sebelah masjid tuh dia soh aku beli laksa ar. nasi goreng la. dia akan makan luar. tak pun dia soh aku masak untuk dia.

aku rasa lah kan memang lumrahnya macam tuh kot. ko makan masakan orang semuanya jadi sedap. cuba ko masak sendiri, takde feel bro. 

*kalau perut aku lapar, aku takkan masak. aku soh orang yang masak apa yang aku nak :D

Sang Pencerah

Assalamualaikum.

aku baru jer habis tengok filem Sang Pencerah. aku sure ramai yang tak tahu pasal movie nih. yang korang tau movie omputih ngan korea jer. ye dak? hahaha. ini bukan cerita hantu okay. ni cerita pasal keagamaan. mana aku tau cerita ni? abang aku yang bagi tau. filem nih tak silap aku last year ditayangkan di Indonesia. masa hari raya. yeahh. habis Ramadan, terus ditayangkan ke seluruh panggung.


apa yang aku nak ceritakan di sini. filem nih sangat bagus. memberi kesedaran kepada orang. aku rasa kat Malaysia belum lagi ada pengarah yang membuat cerita keagamaan yang macam nih. serius. ko carilah kat mana2 pun takde yang macam nih. Nur Kasih? aku rasa tak setanding macam nih.

apa yang aku faham pasal cerita nih, dia mengenai seorang kiai (ahli ulama'. tak sure sangat tapi yang pasti yang ilmu agama dia tinggi) yang menentang amalan agama islam di kawasan tersebut. camne nak cakap eh orang2 kampung kat situ ada amalkan amalan2 yang bercanggah dengan agama islam. tapi dorang islam. kira sesat ar senang citer.

jadi yang kiai nama dia Ahmad Dahlan nih try nak perbetulkan lah semua orang kampung kat situ. contoh bnda yang tak betul dorang buat sembahyang tak ikut kiblat. kata orang kampung tuh mengikut dalil Allah nih berada kat mana2 jer. jadi bila nak sembahyang kita boleh mengadap mana2 jer. dalil tuh memang wujud. tapi dorang salah tafsiran. jadi Ahmad Dahlan nih cuba nak perbetulkan semuanya.

Ahmad Dahlan nih sampai pergi ke Makkah untuk mendalami lagi ilmu agama Islam. macam2 yang terjadi kat dia nih. orang tomah macam2. kata dia kafir la apalah. apa yang aku dapat tengok nih cerita dia serupa macam golongan khawarij pada zaman nabi dulu. orang kampung tuh dah tau dorang salah, tapi dorang tetap nafikan.

kesimpulan daripada cerita dia, nih pendapat aku lah kan. yg dah lepas tgk citer nih. dia cuba sampaikan yang orang islam sekarang tak perlulah pemikiran terlampau sempit. jangan kaitkan agama dengan kerja. maksudnya jgn smpi kita nih islam tak boleh nk bergaul ngan orang bukan islam. surah al kafirun boleh membuktikannya.

lepas tuh dalam citer nih jugak ada menyatakan tak perlu mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil. nak tau kenapa tak boleh. haa apa lagi tengok lah cerita dia. kalau tak yakin dengan fakta dia, boleh cari dalam al-quran. ada dia nyatakan dalam filem tuh.

nak download? KLIK SINI
sejarah dan fakta. KLIK SINI

*kisah nih kisah benar di mana lokasi, nama wakta semuanya berdasarkan sejarah. jangan lupa tengok yer cerita nih :)

Monday, May 30, 2011

Sergeant Keroro tanya apa hobi anda !!

Assalamualaikum.

aziera, tahniah sebab ko dah berjaya membuatkan aku nak mengepost pasal hobi aku. tahniah diucapkan. well, kat blog nih tau2 jelah. macam2 contest ada. ada tnya pasal url la. seyum la. fashion la. eh macam2 lah. kalau nak dikabo kan sampai esok pn tak habis. kali nih aku saje suka-suka nak buat tag nih. hee :D 

Sergeant Keroro punyer contest. klik gmbr untuk ke blog dia :)

bagi lah soalan apa hobi ko? apa cita-cita ko? soalan yang paling mencabar bagi setiap orang. bukan mencabar mana pun. bila orang tanya, dia tak leh nak jawab sambil petik jari. benda pertama akan dia buat haaa apa eh hobby kite? kite tak tau la. majoriti semua macam tuh. termasuk la aku sekali. *tengah loading lama giler smpi save draft dulu.


sambung balik. kalau tanya pasal hobby aku. aku suka sangat kumpul duit syiling. kaching! $$ eh kumpul duit syiling nih best tau. terutama skali duit 50 sen. sangat la seronok dan puas hati. aku kmpul duit syiling bukan baru2 nih jer. daripada aku kecik lagi darjah 1 camtuh dah kumpul dah. 

bezanya time kecik dulu tak byk ar aku kumpul paling banyak aku kumpul pun setahun rm30 jer. cikai. tp klu dulu rm30 tuh macam2 boleh beli banglo. (ni kaki tengok DVD nih) la nihh. beli topup jer dah habis. aku start mengumpul syiling nih apabila terbitnya perasaan cemburu dengan abg aku. mana taknya dia buat tabung guna tempurung kelapa siket punya lawa.

so perasaan jeles yg membuak2 sampai aku menangis terpekik terlolong cakap nak tabung mcm tuh jugak. punyalah abg aku marah kt aku. terpaksa ar dia buat tabung lain time tuh. masa kecik2 mana la nk fikir perasaan org. tau dia jer betul kan. klu aku jadi abg time tuh dh lama aku rembat dia. 

punya kemaruk aku kumpul duit syiling, sampai orang punyer duit pun den kebas. hahaha. itu ko jangan ikut. bahaya. kot2 kantoi naya jer. tapi tuh dulu ar. masa sekolah rendah. abah den punyo pun den ambik yo. tapi sekarang nih, mmg titik peluh gua sendiri kumpul woah.


banyak faedah weh kumpul duit syiling. tambah2 lagi dapat kumpul yg antique2 nih. fuhhh marveles. sesak-sesak leh tukar jadi duit kertas. leh belanja2. hehe :D

*duit kertas yg pelik2 pun ada gak aku kumpul tapi tak banyak.

Sandra Reena & Hafiza Jamaludin sila buat benda alah nih. TQ.

Friday, May 27, 2011

pesanan.

Siti Aisyah pegi ko tido awal. biasakan bangun awal. esok bangun awal2 pagi. jangan bangun tengah hari. nanti kat sana senang. takde ko ngadu demam la apalah. macam mana ko nak belajar kalau dah demam. cuaca sana ngan cuaca sini mana sama. ko tuh lain. pegi tido. nanti ko payah bangun pagi. pegi tido.

pesanan mak gua setiap hari.

Tuesday, May 24, 2011

internet dulu ngan internet sekarang.

Assalamualaikum.

bila terpejam lena, jasadku tidak berdaya, mencari engkau di mana, hanya dalam mimpi indah..
terbawak-bawak lah pulak dalam blog nih. hahaha. this best bro!

aku tak nak citer pasal tadi, yang aku nak citer sekarang nih pasal internet. dulu, sebelum aku pindah ke kampung, internet kat rumah sangat lah best bro. nak download lagu, concert, movie takyah citer lah kat aku. semua aku buat semua berjalan dengan lancar. takdenya nak men putus2 ke kena kerat ke apa.


sekarang nih, eh bukan sekarang lagi masih dulu. dulu, bila dah pindah kampung. lagi macam haram. haram jad namanya. mana taknya, baru seminit nak login facebook, dah line putus. haa itu jam sume sumpah seranah semuanya keluar. memang tak ingat akhirat dah. ingat dunia jer time tuh.

kalau dulu, sampai pegi CC hanya nak online. nak bukak muka buku. nak bukak belog. bila fikir balik ape punya bangang la sampai nak ke CC hanya nak online benda2 cenggituh. bale bale. tapi sekarang, semuanya mudah. kat mana2 pun boleh online.

semalam aku pegi mcd, bersepah orang bawak laptop yg tak berapa nak canggih online kat situh. nak download free tanpa effect-kan broadband sndiri. tau dah. haha. makan takde gak seberapa. order coke jer. pastuh refill banyak kali. dah banyak save dah tuh. ala biasa ar kan orang2 buat camtuh.

kadang2 aku rasa menyesal gak time dulu. kenapa lah takde wifi yang meluas cam sekarang. kalau tak, tak payah aku nak pegi CC berjumpa ngan entah mana2 kutu berahak. sekarang nih semuanya mudah. handphone pun boleh online facebook dah. canggehhh punye! dulu, aku cek result aku, guna handphone jer bai. sebab kt kampung aku cable telepon kena curi.

apa-apapun, dalam banyak kemudahan internet nih, ada gak buruknya. macam2 boleh jadi kan. hack la apa lah. so, berwaspada jelah. sekarang ni pun dah macam2 pesen untuk dapatkan internet. kadang2 tuh, orang sebelah pakai wifi, kita tumpang sekaki. hahaha. itu jelah rasanya.

thanks for read this entry :)

*lenguh tangan aku. tapi rasa dah kemaruk la pulak main bowling.

Saturday, May 21, 2011

shopping online.

Assalamualaikum.

for me shopping online sangat best. serius best. aku tak tau kenapa best tapi memang best. mak aku selalu gak marah aku beli2 online nih. yelah dia cakap tak elok la apalah. menipulah apalah. bagi aku shopping online nih lebih murah. 

dah tuh lebih mudah. ko duk jer depan komputer ko pilih je apa ko nak. tak kesah ar apa barang pun. just sit and klik. done. haha. setakat nih, aku tak pernah lagi beli barang dari luar negara. sebabnya kena guna kredit kad. 

selalunya yang dari luar negara nih kat ebay lah kan. aku selalu survey kat sana. tengok2 jer. tak beli pun. abang aku yang selalu beli kat sana. serius murah. for me, kalau beli online nih benda yang takde kat malaysia. barulah beli online. itu yang best tuh. hee :D

benda yang tak berani aku beli online adalah kasut. takut tak ngam ngan size kaki and tak sedap pakai. tapi serius memang gamble la kalau beli online nih. bak kata  abang aku niat hati kena  betul kalau beli online :) 

aku ada nak beli jersey rugby. all black yang warna putih. sumpah smart. aku beli bukanlah ori. tapi kain dia seyes best. sebab abg aku dah ada dah. 


ada yang warna hitam abg aku nak bagi aku, tapi beso sangat. dia pun xnak pakai. pastuh nak bagi orang pulak. jwpn dia sedap jer. ko kn suka besor2. memang la nak yang besar tp takde lah mcm adibah nor punyer size. apalah.

senang jer nak beli online nih. tambah2 lagi kalau ada CIMB account. hee :D 
yang penting kena rajin surf mana web yang okay. yang detail. supaya kita lebih tau mengenai barang yang kita nak beli. 

*aku tengah mabuk jersey rugby nih. aku taknak jersey malaysia dah. dah byk orang pakai. aku nak yang orang lain takde pakai mcm abang aku punyer!

Karok sampai terkeluar anak tekak.

Assalamualaikum.

aku memang selalu follow orang pegi karok. tapi dulu, aku tak penah menyanyi. even ngan family pun tak penah nyanyi. aku asyik tengok gelagat orang jer kt dalam bilik tuh. aku rasa tersangat lah bodoh time tuh. kenapalah aku tak nyanyi jer time tuh. haha.

bila dah masuk uni, aku first nyanyi ngan kawan dekat Center Point, Sabah. itu first time la pegi dengan kawan. and first time jugak nyanyi dalam bilik karok. hahaha. itu pun tak sampai 5 lagu. saje test test je dulu. lepas tuh udoh jadi kerap pulak. haha.

ada sekali aku follow sandra ngan karupang, itu yg paling dasyat aku rasa. aku dah tau aku akan kena nyanyi, aku keluar pegi meronda. sampai dorang dh nak habis nyanyi, baru aku masuk balik. time tuh tekak sangat sakit. serious time tuh tak sihat. alih2, kena jugak aku nyanyi. memang bongok. balik tekak aku jd lagi teruk.

sebelum exam hari tuh, ada aku pegi karok ngan si eja. haha. itu lagi giler. bedua pun jadi. lepas penat2 baca buku lantak pegi test suara. tapi yang paling best masa aku, iklil  ngan fiza pegi karok. hahaha. aku lah yang cakap apa si iklil  ni pegi karok. buang masa laah.

alih2 bila sampai sana, bertambah2 jam dia. itu nasib jer dah petang takut bas takde. kalau bas ada sampai malam, sampai malam ar kita orang melalak. hahaha. sekali dah dapat nyanyi, memang feel. heh heh.

*hari isnin nih, farahan ngan raje jangan lupa tunaikan hajat kita bertiga yer :)

Thursday, May 19, 2011

Jack Sparrow.

Assalamualaikum.

sepatutnya hari nih aku keluar dengan raje. pegi meronggeng. tapi dia kena balik kampung la pulak. so, cancel la hari nih. buat jer hari lain. nak tengok pirates! jack sparrow :) tapi ok jugaklah hari nih cancel. sebabnya tekak aku, hingus aku tak reda-reda sakitnya.

tunggulah minggu depan. mungkin dah baik dah kot. macam mana nak reda kalau asyik melalak je dah tu minum ais. hm, nantilah aku minum air panas hari-hari lepas nih. takyah minum ais lagi dah. dah makan ubat dadah pun takde effect pape pun. nyampah.

nak tau aku sekarang minat ngan colbie caillat. bukan sebab lagu I Do dia tuh. tapi dah lama dah aku pendamkan minat aku terhadap dia. haha. ayat memang takleh bla. lagu-lagu dia best especially lagu yang dalam citer The Backup Plan. kan si Alex tuh yang berlakon. mestilah terpengaruh :D

*cuti saya dilanjutkan seminggu. so, saya ada kat kuala sampai 4 Jun 2011.

Tuesday, May 17, 2011

polka dot.

Assalamualaikum.

hmm, tadi kan aku pegi ke wisma jakel nak cari kain baju melayu abang aku. kita orang hnya duk cari kt tingkat bawah je. tak pegi pun kat atas, atas, dan atas lagi. bila dah dpt kain baju melayu yang abah aku nak dan abang aku nak. apa lagi aku follow mak aku nak tengok kain english cotton. mak aku time tuh ada tarik satu kain tapak hitam, bunga dia macam kaler2 kuning. aku minat yg tuh. baru aku nk melangkah kaki nk tgk kain tuh, tiba2 aku terdengar orang cakap "dah dah tak payah nak beli kain lagi dah. yang kat umah tu pun tak terpakai"

hampo hati den dongar eh. habis2 byr pegi jalan2 kat mana entah. adalah shopping2 siket. sampai rumah, si sandra ada bg link kat aku kain polka dot. then i asked my mum penah jumpa ke kain polka dot? mak aku terus jawab. 'mak tak penah jumpa. nape? ko ada jmpa ke? mana2?' terus aje gitu bunyi nyer ha. lepas tuh aku tunjukkan lah gambar2 kain tuh. ya allah. 

sandra, aku rasa kain yang ko tunjuk tuh kan akan jadi milik aku. bukan kau. hahaha. punyalah mak aku minat ngan pattern dia termasuk aku sekali. abah aku lagi lah. dia pun sibuk skali tengok gambar2 tuh. skali dia cakap 'dik cantik kain ni? mcm mana nak beli nih?' skali aku jawab 'abah ni tadi kt wisma orang nak cari kain macam ni abah soh balik lepas tuh abah tanya pulak mana nak beli. apalah abah ni' 

abah aku dah tersipu2 malu sebab aku perli dia. ketawa aku dibuatnya. sekali dia cakap 'alah apa payah esok pegi lah lagi. ko beli lah apa yg ko nak. nak ko angkat kedai tuh pun takpe' tergelak aku. tapi takpe yang pasti esok akan keluar jugak cari kain. huhuhu. buat baju kurung banyak2. tak rugi pun kalau ada banyak. boleh pakai hari-hari pegi kelas kan sandra? heee :D

Tuesday, May 10, 2011

backup plan.

sekarang dah bulan 5. so, aku merancang untuk bulan nih. aku nak menengok movie jer. takde keje lain. haha. eceh takdelah. tengoklah camne. yang ada dalam otak aku nih tuh jela. aku nak buat maraton wayang. mungkin aku akan kuar pada 23 mei untuk tengok wayang. hari tuh hari isnin so dah konfem lah tak ramai orang. takde budak2 yang memekak. pasti aman punya. pegi dengan sape? tak tau lagi. sorang pun jadi yo. so, sape2 yang nak join, ambik borang eh.


movie apa yang aku nak tengok? dah konfem laah. Captain Jack Sparrow. haha. itu nama watak ok. bukan tajuk cerita. citer Kongsi, Nur Kasih and Pirates of Caribbean. so, tarikh yang aku pilih tuh ngam la kan untuk tengok 3 3 movie sekali gus. barulah kan. haha. and maybe the another day. maybe before 23 of mei aku nak merayap ngan kawan2. main bowling ngan karaoke. oh yeahhh! itulah hari yang paling aku tunggu. aku taknak pegi karaoke ramai2. tak best. haha.

so, itulah perancangan aku bulan mei nih. maybe by next week i'm gonna go to K-Hell. jalan-jalan cari barang baik. haha. setakat nak tengok wayang tuh, Kuala Selangor pun ada bai. 

*tengok keadaan macam mana. nih semua hanya perancangan.

Saturday, May 7, 2011

alex o'loughlin



i really love his voice. he is an actor. when i hear his voice, i'm melting. 
haha. seriously he makes me crazy like hell. 

FAIL!

tadi pagi pegi sekolah ambik sijil SPM. lol. aku ingatkan sijil spm tuh sama macam slip spm. aku heran kenapa kawan aku ajak aku pegi sekolah untuk ambik sijil spm. rupanya benda tuh penting. entahlah aku ambik jer pun. sebab lepas tuh aku dapat jalan dengan dorang. haha.

lepas ambik sijil, kita orang terus gi main bowling. aku tak main pun. tak ready lagi. then tengok wayang. citer pantas dan garang 5. masa mula-mula dorang cakap nak tengok citer tuh, punyalah aku bangkang. citer tuh tak best la. aku tak tengok yang mula2 dia la. macam-macam la. sekali dah masuk panggung, nah ambik kau. punya men siok! seriously, best.

aku rasa dalam panggung tuh, enam enam daripada kita orang sume bising. paling manang la tuh kan. hahaha. habis tengok wayang pegi mencekik kat mcd. adoyai. kentang dia FAIL! tak masin. coke dia pun FAIL. nasib lah big mac dia tak fail. yang lain tuh. haishh entahla. mungkin pekerja2 kat situh harus memperbaiki masakan dorang. dia tak tau ke aku paling suka pegi mcd sebab beli kentang dgn coke dia. itu pulak yang FAIL. konfom la patut difailkan orang tuh depan muka. biar dia rasa. hahaha.

then kat sana sembang-sembang barulah masing-masing reti nak balik. so cool today :)

Thursday, May 5, 2011

Kundasang, Sabah.

wuhuuu dah selamat sampai dah ke Kuala Selangor yang tercinta :D
ok, Assalamualaikum. Waalaikumussalam.

herm, dah hari ke-4 aku habis exam. sangat seronok. sangat tenang. tidak ada lagi tekanan tidak ada lagi tangisan. yang ada hanya saat-saat bahagia bersama keluarga. itu pasti. 30 hari bulan hari tuh aku pegi ke Kundasang, Sabah bersama kawan aku Fateh. hee :D sorry lah geng gua temberang lu orang kat fb hari tuh. haha.

so, bila berada kat sana faham-faham jelah. konfem lah  best. tambah2 lagi pergi dengan kawan kan. huii cuaca kat sana sangat sejuk. anda boleh pegi ke sana kalau nak training diri untuk duduk luar negara tanpa pakai sweater yang cikai-cikai tuh yer. haha. apa yang aku rasa kat sana kan, aku tido pakai comforter yang agak tebal pun macam takde pakai comforter jer. sejuk bai. tapi aku heran kenapa aku boleh mandi pagi-pagi buta dengan air yang sangat sejuk tanpa air panas. mungkin nak nikmati kesejukkan yang takde kat kuala selangor nih kot. hahaha.

aktiviti kat sana dalam sehari kita orang pegi poring hot spring. alah yang tempat mandi air panas tuh. saje jalan-jalan kat situh. aku tak mandi pun kat sana. panas kot air dia. idok ler teman nak mandi panas-panas gituh. aku just usha-usha jer kat situh. yang paling tak sangka kat sana aku pegi nek kenopi. lebih kurang jambatan gantung lah. dah la nak naik atas tuh dah macam naik gunung kinabalu jer aku rasa. dress up aku time tulah paling tak boleh bla. seluar jeans, sandal ngan t-shirt. pakai sandal je aah.

bagi aku kat situh lah yang paling best. pakai jeans then panjat bukit yang tinggi tuh. haishh. lepas pegi poring kita orang pegi national park. tipohon lebih spesifik. kat situ lagi lah. sejuk!!! sampai keluar asap ha. baru aku terasa diri aku nih kat German. wooooh! datang situh ambik2 gambar jer dengan background yang sangat berkabus. 

lepas habis tuh kita orang pegi strawberry garden. ingat nak beli strawberry, tapi dah habis lah pulak. kita orang pegi sana esoknya. lepak2 kat strawberry garden beberapa minit. tiba-tiba kan abah eija bawakkan strawberry satu plastik. wuhuu. heaven kau. makan strawberry masam dengan nuttella. haishhh. paling sedap lah tuh aku penah rasa. serius weh aku batak kat sana. tak sama macam cameron highland. sumpah!

so, itu jelah ringkasan untuk di Kundasang yer. nanti next sem kita jalan lagi :D

Wednesday, May 4, 2011

exam 2

ringkasan peperiksaan.

PAD170 - 20 April 2011.
-soalan senang tapi tak tau kenapa macam blur dalam dewan. banyak common sense jer.

CTU151 - 23 April 2011.
-bagussss!

BEL260 - 25 April 2011.
-syukur Alhamdulillah. senang difahami essay dia.

ACC106 - 26 April 2011.
-aduh! aku tak tau nak cakap apa dengan account. rasanya hampir semua terkejut dengan soalan dia.

ECO162 - 29 April 2011.
-redha dan tawakal sahaja.

PAD190 - 30 April 2011.
-ingat-ingat lupa time menjawab. macam betul macam salah. berserah jelah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com