Saturday, April 28, 2012

Samsung Galaxy W


#np Siti Nurhaliza - Falling in Love

Friday, April 27, 2012

sesi luahan.

Assalamualaikum.

hari nih result untuk student Diploma UiTM keluar untuk exam sesi Mac yg lepas. alhamdulillah aku bersyukur dengan result yang aku dapat. before dapat result aku meletakkan harapan yang tinggi menggunung kat result aku kali nih. tinggi dia tuh sampai 3.45 kot. hahaha. tapi tapi, aku sedar dengan keupayaan aku. susah nombor tuh nak jadi hak milik aku.

then, stop berangan. turun lagi nombor tuh. 3.33. still. aku rasa aku takleh dapat. macam tinggi sangat bagi aku. aku bukannya genius nak result tinggi-tinggi. aku tau mana tahap aku. so, turun lagi 3.20 jelah kot. tapi hakikatnya semester nih aku berjaya dapat angka 3.33. sungguh aku tak sangka. sangat tak sangka. mungkin ni semua berkat perubahan diri aku. cara aku belajar. cara aku berkomunikasi ngan Allah. syukur alhamdulillah.

next semester adalah last. aku tak tau nak letak harapan apa lagi dah. cuma aku tersenyum lebar sebab aku dapat buat hati mak abah aku gembira tak terkata. itu cita-cita aku selama nih. aku dah pernah tengok dorang hampa. so, aku taknak lagi dah tengok muka muram dorang. 

angka triple three tuh takdelah hebat sangat kalau nak dibandingkan dengan keputusan orang lain. tapi, bagi aku angka tuh dah cukup hebat untuk buat mak abah aku tersenyum. syukur sangat-sangat. Allah saje yang tau macam mana happynya hati nih. CGPA aku pun dah dapat 3 ke atas dah. 

next sem, aku mesti usaha lebih-lebih. 100x ganda daripada sebelum nih. aku terima kasih jugak ngan kawan-kawan aku yang banyak membantu. my group study ; Eja, Alina dan Azmunirah thanks bebanyak. nih semua hasil berkat usaha kita bersama :)

ada dua subjek yang aku siket kiciwa. bukan la kecewa mana. mungkin aku taruk harapan yang tinggi untuk subjek tuh. aku target qmt aku A tapi dpt A-. law aku target B dpt B-. aku kira balik kalau lah qmt aku A n law aku B aku boleh dapat 3.44. dah hampir dahhhh. tapi bukan untuk semester nih. takpe. next semester insyaAllah boleh dapat.

p/s : sekarang baru aku tau betapa pentingnya usaha, doa dan tawakal tuh. 

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday #1



Tuesday, April 24, 2012

You Me and Shoes


Assalamualaikum.

ingat tak dalam entry The CalaMan Shoes aku ada cakap aku akan post lagi entry pasal kasut online? ada kan? ada kan? haaa, aku nak bagi lagi satu link iaitu You, Me and Shoes also known as YMS. bagi aku, YMS nih antara kategori kedai kasut buatan tangan yang agak popular la. kesiann kepada yang tak tahu. hahaha.

okay. apa yang best pasal YMS nih, ko boleh mintak dorang buat kasut ikut cita rasa ko. nak merah ke, kuning ke hape ke. mintak jer. bukan kata warna je yang ko boleh mintak, malah ketinggian heels jenis kain atau kulit, corak semuanya ko boleh mintak. nampak tak betapa hebatnya YMS? 

cuma, YMS nih tak sesuai kepada orang yang tak reti nak sabar. hari nih order, esok sampai. haaa, makan penyepak namanya tuh. standard la kan ko dah order macam2 kenalah tunggu dua minggu. standard ye kawan-kawan. pasal size pulak YMS paling hebat. sampai size 46 pun ada. bersamaan size 14. ambik kau. ko pikir cincai? hahah.

kalau harga pulak, YMS agak mahal siket. semuanya lebih RM100. kalau kurang pun, RM80 RM90. quite expensive untuk penggemar menukar kasut macam aku :D kalau RM50 RM60 bagi RM100 boleh dapat dua kot. tapi specialnya YMS nih, dia ikut citarasa kita. itu pasti. 

lepas tuh kan, dia jugak ada sediakan kasut untuk lelaki. so, perempuan pun ada, lelaki pun ada. adil kan? dia banyak la bagi contoh kasut. then, kita hanya tinggal pilih warna ngan material yang kita nak. itu jer. senang jer.

nih contoh2 kasut yang YMS sediakan ;




ada banyak lagi pilihan kasut yang dia bagi. nih hanya sebahagian daripadanya. so, kalau korang nak order, boleh pegi ke link yang aku dah bold kan tuh. hehe. selamat mencuba :)

Monday, April 23, 2012

Miracle Tab Product

Assalamualaikum.

pernah dengar tak miracle tab? yang product dari korea tuh. aku tau pasal product nih pun daripada Irine. seorang blogger. aku dah lama dah usha-usha pasal product nih. haa before that, miracle tab nih skin care ye kawan-kawan. kenapa aku selalu usha? sebab aku terpengaruh ngan gambar2 testimoni tuh. daripada kulit jerawat, jadi tak berjerawat. itu yang aku idamkan.


then, antara sebab lain kenapa aku nak miracle tab nih adalah aku nak kecilkan pore kat kulit muka aku nih. dah terbukak besar kot. aku rasa lah. yang pasti aku nak kulit yang flawless gituh. lepas tuh kan, aku rasa pencuci muka yang aku guna sekarang dah macam immune. that's why aku nak tukar product lain. aku tengah survey banyak product nih. nak cari yang betul-betul ngam ngan kulit muka aku supaya segala masalah dapat diatasi. yeahh!

semalam, ada lah aku cerita kat mak pasal product nih. actually aku nak bodek dia soh beli untuk aku. alih-alih tadi dia bank in duit kat account aku suruh beli produk tuh untuk dia. hmmm, ape boleh buat la. redha jelah. tapi aku tak kesah sangat sebab aku pasti, aku pun akan guna sekali. hehehe :p

yang bestnya produk nih, tak payah nak guna banyak botol. dia hanya ada dua je. sabun pencuci dengan HD Glow Essence. actually dia ada pil yang perlu dimakan untuk kesan yang lebih sempurna. tapi aku tak berani nak ambik yang pil-pil nih. tak memasal masuk hospital kang. so, ambik luaran jer. jalan selamat :)

kalau nak kulit yang cantik, dalaman pun nak jugak dijaga kan. aku kan malas. makan pun, semuanya yang berminyak berlemak barulah makanan tuh sedap. haaa yang sedap tuhlah membuatkan kulit aku nih tak pandai nak licin. sigh -_-

aku harap, bila dah sampai produk tuh kat rumah, bolehlah kulit muka aku nih jadi licin. insyaAllah.

p/s : total harga dia nih RM150.

Thursday, April 19, 2012

Tudung Bawal 2tone 45"

SOLD OUT

Assalamualaikum.

kawan-kawan, seperti yang aku janjikan kepada kamu semua, nih lah tudung bawal 2tone bidang 45 inci yang aku nak jual :) tudung nih sama jer cam yang plain cuma dia ada 2 tone. yang nih ada 40 helai. ada warna yang ada 2 3 helai and ada warna yang cuma ada satu helai jer. semuanya cantik cantik belaka. molek sungguh.

cara untuk pilih warna senang jer. korang tengok kat bulat-bulat yang aku dah buat tuh. itu warna dia yang betul. yang tudung tuh hanya guide jer. biasalah pencahayaan lebih sangat. dah off flash pun still tak dapat warna yang sama. so, korang nak pilih warna, tengok kat bulat-bulat tuh ye.

harganya sehelai RM12. kalau beli lebih 10 helai free postage.

cara nak order senang je kawan-kawan. email kat aku iaitu maisyahh25@gmail.com ;
nama, alamat, no. telefon dan kod warna/kuantiti. as simple as that :D

contoh ;
nama : Sameon bin Kemis
alamat : 31, KG. Pinang Sebatang.
no.telefon : 1300882525
kod warna / kuantiti : T2 (1), T3 (2)

T1 T1 (all sold)

T3 (sold)    T2  T2  T3  T4

T5 T5 T5 T5 (all sold)

T6 T6 T8 (all sold)   T7

T9 T11 T11 T11 (all sold)  T10 T10

T13 (sold)  T12  T14

T15 T16 (all sold)  T17

T19 (sold)  T18 T18 T18  T20 T20  T21 T21

 T23 (sold) T22 T24 (Booked)

T25 T26 T28 (all sold)  T25  T26  T27  T28


Tudung Bawal Plain 45"

SOLD OUT

Assalamualaikum.

semalam aku ada bagi tau kan nak display warna tudung bawal. nih lah dia warna-warna yang ada. semua warna nih hanya ada sehelai. ada 38 warna yang cantik-cantik. yang nih bawal plain yer bidang 45. bukan yang dua tone. next entry aku letak dua tone punya. jangan risau.

okay panduan untuk pilih warna, tengok kat bulat2 yang aku dah buat tuh. itu warna sebenar. kalau tengok kat tudung tuh memang lain sebabnya pencahayaan tak sama. tak mampu lagi lah saya nak beli DSLR. hehehe.

harganya sehelai RM10. kalau beli lebih 10 helai free postage.

cara nak order senang je kawan-kawan. email kat aku iaitu maisyahh25@gmail.com ;
nama, alamat, no. telefon dan kod warna. as simple as that :D

contoh ;
nama : Sameon bin Kemis
alamat : 31, KG. Pinang Sebatang.
no.telefon : 1300882525
kod warna : P2, P3

P1 P2 P3 P4 P6 (all sold)  P5

P7 P8 (all booked) P10 (Sold)  P9

P11 P14 P15 (all sold)  P12 (Booked)  P13 P16 P17

P18 P24 (Booked) P21 (Sold)   P19 P20 P22 P23 


P28 (Booked) P31 (sold)   P25 P26 P27 P29 P30


 P32 P35 P36 (Sold) P34 (Booked)  P33 P37 P38

hurry up guys! ape tunggu lagi, jom beli cepat :D

heyyo!

Assalamualaikum.

seperti yang dijanjikan kepada anda sekalian. nih la dia tudung bawal yang bakal aku jual. hehehe. eh jap. aku lupa kat mana aku berjanji tuh. yang pasti aku ada cakap aku nak jual tudung nih.

klik gambar untuk besokan gambo nih.

okay, nih hanya preview jer dulu. banyak pilihan warna yang pasti. semuanya cantik-cantik belaka. molek sungguh kata mek tuh. hahaha. gambar di atas nih adalah tudung bawal plain atau 1tone. jangan risau aku jual murah jer. haaa before i forget aku jugak ada jual bawal 2tone. saya yakin dan pasti anda pasti mengigau.

next entry I will update the code of colours :)

Tuesday, April 17, 2012

The CalaMan Shoes

Assalamualaikum.

hey guys, hari nih nak share pasal kasut lah. orang perempuan kalau tak giler kasut, aku rasa orang tuh something wrong. kot mana pun, perempuan mesti sukakan kasut walaupun dia dah ada 10 pasang kasut kat rumah. dia mesti nak jugak beli baru.

laa ni aku nak share website kasut online iaitu http://thecalaman.blogspot.com/. apa yang best pasal dorang nih, dorang akan buat pre-order untuk korang yang gilerkan kasut. it means, korang boleh order kasut kegemaran korang ikut size lah kan. banyak sangat pilihan sampai boleh buat korang rambang mata tak tau nak pilih mana satu. hahahah.

trademark dorang nih power. sape pakai kasut CalaMan nih memang akan dikategorikan sebagai seorang yang power. tak taulah hebat ke tak kan. mengenai size pulak, kalau orang bersize 4-7 tuh sangat senang lah nak beli. kalau orang bersize 8-10 ada sikit limited lah. tapi still bagi aku banyak. compare dengan kedai2, better beli online nih la untuk orang yang suka kasut yang cantik2. 

kalau kat kedai kan, kekadang choice tuh takde. sangat terhad. kalau ada pun, design tak lawa lah apalah. kalau CalaMan nih, kasut dorang very colourful and attractive. harga dia pulak, aku consider murah. well, kalau beli yang jenis branded pun lebih kurang je aku rasa harga dia. around RM60-RM90. kira murah lah tuh kan CalaMan nih. apa yang aku explain nih, lebih kepada orang yang mempunyai size kaki 9-10 macam aku nih. hehehe.

hmm, aku ada beli satu kasut dari CalaMan nih. lama dah nak beli. berkenan sangat sangat. tapi belum dapat lagi, mungkin lusa kot dapat kasutnya. paling lewat pun, hujung minggu nilah. hehe tak sabar tak sabar. here, some of example of their shoes :






amacam? rambang mata kan? daa cakap dah tadi. taknak percaya. nih pun, siket jer aku tunjuk. for your information, aku tak kena bayar eh buat promotion untuk CalaMan nih. harap maklum. aku saje je nak share ngan korang semua.

laa nih aku suka sangat ngan kasut bertutup. tak tau kenapa. mungkin sbb kes kasut aku rosak hari tuh serentak and yang tinggal pun sume yang bertutup so terpaksa pakai yg bertutup. terus lah pulak tersuka kan. kalau tak, jangan harap la nak pakai kasut bertutup nih. aku pakai sendal je selalu. tuh jela untuk malam nih.

p/s : next entry, aku akan share lagi ngan korang website kasut online. hehehe. 

kasut power saya. dah dapat dah :D

Monday, April 16, 2012

Maybelline Falsies Mascara.

Assalamualaikum.

pagi pagi nih aku nak cerita pasal make-up. hehe. i nak review pasal mascara. sekarang nih mascara yang paling aku suka mascara falsies daripada maybelline. alaaa yang warna purple tuh. you know, mascara nih aku rasa paling okay la. actually, mascara daripada maybelline semuanya okay. tapi ini yang paling best lah.


harga dia rm38 kot. lebih kurang la. aku beli pun time promotion. beli kat sabah. tak tau lah kalau kat semenanjung nih lagi murah ke kan. ogey ogey ogey. pasal mascara nih yang bestnya dia boleh kasi ko punya bulu mata jadi curl. kalau guna banyak lagi nampak macam ko pakai bulu mata palsu. hakikatnya guna mascara jer pun.

tapi kalau aku, aku tak suka over. ala kadar sahaja. then, mascara nih senang nak cuci. semua mascara maybelline aku consider senang cuci. ambik remover siket, gosok2 then hilang. ada sesetengah mascara ko sental ngan minyak petrol pun belum tentu tanggal. terlampau kuat. yang maybelline nyer okay la.

copy from google image.

bila pakai mascara nih, akan nampak sangat perbezaannya. ko akan nampak curl sangat. kalau bulu mata panjang, lagi nampak lawa. kalau aku punya nih tak berapa panjang pun okay. apatah lagi kalau yang bulu mata panjang kan. lagi lah cun. kira aku berpuas hati lah guna falsies nih. yakin.

so, apa tunggu lagi pegilah grab satu kat watson ke guardian ke apa ke. pasti kelihatan cun. hikhik.

Saturday, April 14, 2012

updated.

Assalamualaikum.

rasanya dah dua kali aku jalan-jalan ngan Farahana luar dari Kuala Selangor. well, ada banyak reason kenapa aku pilih luar dari KuSel. salah satu sebabnya adalah aku nak tau camne nak pegi ke tempat itu ini menggunakan pengangkutan awam. kedua, aku sendiri yang nak pi berjalan ngan kawan ke tempat-tempat begitu. ketiga, aku ingin belajar memberanikan diri. itu jer.

tapi bila mak abah aku tanya kenapa sampai nak pegi sana? kat kuala takde ker? alasan yang aku bagi adalah. satu, esyah nak beli kasut cantik. dua, nak cari baju. dan reason seterusnya bermula dengan nak cari nak cari dan nak cari. hahaha :p

selalunya kalau aku jalan-jalan ngan kawan, aku lebih suka cuci mata, penatkan badan dan lenguhkan kaki semata-mata. balik rumah tak bawak pape. hahaha. itu memang hobby aku. hakikatnya, aku suka shopping online. ko bawak aku pegi tempat shopping besar mana pun, aku takkan beli pun. beli pun untuk orang jer. entah ar aku pun tak tau kenapa aku camnih.

salah satu sebab kenapa aku tak suka beli-beli barang kat mall, kedai or pasar malam adalah satu menyusahkan aku nak kena test bagai. kalau online, ko beli jer pastu dah sampai ko try la sndiri.  ok ke tak ke terima jer. tak buang masa. klu kat shopping centre nih, memakan masa berjam2. boring. lagi satu, aku tak suka mencari, dan memilih. paling lahhh aku tak suka. lambat.

so, hari tuh keluar merayap je lebih. pegi cari kain cotton sume corak lama. i think, shah alam more better than KL. hahaha. entah2 kedai shah alam yg borong kain2 tuh sume. aku beli untuk mak aku jer sepasang. paling best jalan kat Jusco Bukit Tinggi. di situlah aku merasakan keamanan dan tiada kesesakan. happy aku pegi sana weh.

sampaikan ada Skin Renew buat promotion kat Fana, aku yang menyebok. hahaha. puas si Fana kata takpe takpe. aku yang pegi kat cina tuh tanya macam-macam. hahaha. okay la jugak. sudahnya dia yang terima promotion orang tuh. hikhikhik.

conclusionnya kan, aku tak suka shopping yang depan mata. aku lebih suka shopping online. that's why bila aku pegi ke bandar2, aku cuci mata je. kalau aku terjumpa benda2 yang aku berkenan, baru aku beli. KL takde ape la aku rasa. itu itu jer. yang banyak PTI. tuh je aku tau. hahaha. satu je hebatnyaa, dia banyak pilihan. aku kan tak suka nak lama2 nak belek2 la apa lah. hehehe :p

so, itu jelah untuk itu pada hari ini. akan update di masa hadapan. sekian.

Sunday, April 8, 2012

angan mat jenin #1

Assalamualaikum.

KALAU diberi peluang, aku teringin sangat nak jadi seorang yang mempunyai pendapatan hasil  daripada perniagaan. bila dah habis diploma, InsyaAllah aku akan mula bergiat secara kecil-kecilan dengan dunia perniagaan. 

actually, aku nak buat benda nih pun saje suka-suka. aku suka kalau tengok orang ikut perkembangan fesyen tapi bukannya sama ngan aku. means, pakai sama ngan aku lah kan. yang itu sesape pun tak suka. hahaha. let me focus on my study first and after that i will start the business. 

guys, do support and pray for me :)

Thursday, April 5, 2012

nasihat #1

Assalamualaikum.

tuan tuan dan puan puan sekalian. ikut serta adik adik, abang abang, dan juga kakak kakak sekalian. di sini saya ingin memberi nasihat kepada anda sekalian dan juga diri sendiri bahawasanya :

kalau anda sekalian tidak mempunyai duit yang mencukupi, janganlah anda keluar daripada rumah anda. sesungguhnya sekiranya anda tidak berkelakuan sedemikian, anda pasti akan mengeluarkan duit anda yang tak berapa nak cukup itu. berjimatlah. sekian.

Monday, April 2, 2012

Body Shop

Assalamualaikum.

aku rasa bosan. bila bosan buatkan aku mencari idea untuk merepek ngan sesape je. ok, now i'm going to talk about Body Shop. siapa ada jadi member untuk kedai alah nih? raise your hand now. fuhh ramainya angkat tangan. tak terkira doh.

citer pasal body shop. dulu aku ingat kedai nih ala2 guardian. budak sekolah darjah 6 pun boleh beli. bawak 10 ingget dapat deadorant yang saving pack punya jenama Nivea. rupanya kedai nih, kalau takde rm30 ke atas, takyah la berangan nak beli produk2 dorang. ada yang murah itupun mcm penutup kepala supaya tak basah. then, sapu tangan dia yg kasar giler tuh. itu jela yang ko dapat beli.

aku start guna produk dia, beberapa bulan yang lalu. aku beli minyak wangi dia. actually aku cari minyak wangi bau coklat. malangnya takde. then orang tuh hasut2 aku, aku pun belilah satu. ingatkan harga dalam 40 or 50. mak aiii rm96 aku terbang. time tuh ada discount 20% kot jadilah 70 something. memang kurang asam doh. 


then lepas aku beli minyak wangi, aku ada datang balik kedai tuh. saje usha2. tetiba orang tuh kata ada promotion untuk buat member kad. bayar 20 ingget je jadi member. aku pun okay jelah. aku beli lipstick dia. sekarang nih, aku pakai tuh je bila keluar. okay warna dia :)

actually, aku nak cerita pasal member kad dia. haa, nampak tak betapa aku pandai beating around the bush? hahaha. ok, klu kat sabah, member kad body shop nih dapat discount tau. klu biasa dapat 10% tak silap aku. akalau ada member day dapat discount 20%. aku tanya lah orang tuh kt semenanjung dapat discount ke tak. jawapannya tak. kt sini hanya bagi point je. pastu cam biasa redeem. 

harga barang aku tak sure. aku tanya orang tuh dia kata sama. sebabnya barang2 body shop akan sampai di pelabuhan sabah dulu. so, that's why dia boleh bagi discount. aku pun tak paham kenapa lain2 system sabah ngan semenanjung. aku ingat lah kan, next sem aku last kat sabah aku nak tabak lah minyak wangi. dapat discount kan. hahaha.

haa, masa birthday aku hari tuh dapat discount 50%. malangnya kan time tuh duit aku tak berapa nak ada, aku pun belilah blusher yg hanya aku perlu bayar rm26 jer. ok lah kan.

so, sape giler body shop tuh aku fikir baik beli kat sabah kalau berpeluang duk sana kan. contoh macam aku nih, study kt sana ambil la kesempatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com