Thursday, February 28, 2013

Tips Penjagaan Rambut: Cara Penggunaan Shampoo yang Betul.

malam malam buta nih sebelum tidur, aku nak share cara penggunaan shampoo rambut dengan betul. benda nih nampak simple tapi kita kena ambik berat jugak supaya tiada masalah kulit kepala nanti.


untuk pengetahuan, shampoo yang kita selalu dok letak dalam bilik air tuh rupanya seperti di atas ye. maksudnya, kandungan2 dalam shampoo tuh tadi belum bergaul mesra. yang ubat2 dia tuh macam anti dandruff ke hape ke semua kat atas. senang cerita belum bergaul lah. payah beno.

kalau kita guna shampoo yang belum bergaul mesra, rambut kita akan mudah berminyak di mana kulit kepala kita dah pun rosak. bila dah rosak, kenalah rajin buat treatment kulit kepala supaya kulit kepala kita kembali normal. itu yang pertama.

yang keduanya, bila kita guna shampoo yang anti social tuh rambut kita akan mengalami kekerasan. maksudnya rambut kita akan jadi keras yang shampoonya hanya melekat kat satu tempat je. nak tau perasaannya macam mana? try guna head and shoulders 2 hari berturut2. konfem atas kepala rasa keras.

yang ketiga, bila kita shampoo akan rasa shampoo kita tuh tak cukup bila kita guna shampoo yang tak peramah. kalau biasa, kita guna dalam kuantiti berbentuk 50 sen kan? tapi kalau shampoo yang belum peramah nih, kita akan guna shampoo tuh dalam berbentuk duit kertas rm10. yer. kuantiti shampoo akan jadi tak cukup dan menyebabkan rambut kita kering menggerbang tak tentu pasal.

penyelesaiannya??


tidak kira apa brand shampoo yang kita guna, berapa mahal sekali pun shampoo yang kita guna, sebelum guna tuh awak mesti goncang botol shampoo tersebut. goncang sepenuh hati, sepenuh jiwa dan raga awak. bila ada ketulusan hati ketika menggoncang botol shampoo tersebut, automatic shampoo tuh akan bergaul mesra dan bila kita gunakannya, rambut kita pun akan jadi bersih dan sihat. tak percaya? jangan marah. cuba sendiri. then you will know ;) good luck!

*shampoo nih ada campuran beras yang dikisar untuk lebatkan rambut, sebelum goncang macam air kencing. lepas goncang barulah ada rupa air beras. shampoo nih kalau tak goncang, baru guna sekali dah rasa macam guna head and shoulders 3 hari berturut-turut. tapi kalau dah goncang, okay je tau. 

p/s : actually, setiap shampoo yang aku guna memang aku akan goncang cuma yang Kiehl's nih kena goncang lebih siket baru menjadi. hahaha. kbai.

Monday, February 25, 2013

New BE from Nuffnang

alhamdulillah ;) rezeki untuk bulan dua dah pun tiba. baru je start hari nih. ingatkan nuffnang dah tak sudi nak letak iklan kat blog kite. hik hik. syukur sangat sangat. 

so update untuk malam nih, aku masih lagi menunggu keputusan penerapan semester akhir uitm. tak tau lah dapat ke tak. harapnya dapat lah sebab saya dah patah semangat siket untuk bekerja. bos i tuh kan asdfghjkl. woah! ceh takdelah. i consider i yang badmood hari nih dan semalam!

diharapkan bulan depan dapat lagi BE daripada nuffnang yerk. adios.

Friday, February 22, 2013

Sibuk macam mana pun, kesihatan perlu dijaga. Part 2

PART 1.

sambung balik cerita semalam. 

kan aku terus je dapat kerja tuh. aku interview petang hari rabu. ngam2 time aku interview tuh hari hujan lebat. nampak tak rahmat ada kat situ? bukan rahmat mega ye. rahmat daripada Allah Swt. perasaan time tuh memang happy sangat. at the same time aku takut nak start kerja. memandangkan ini adalah first time. my first experience giteww.

aku start kerja hari Jumaat. masa hari Khamis, aku keluar dengan Raje and Farahan. kat situh banyak lah sembang2 begitu begitu. then ada si Raje cakap sape yang tak takut bila nak mula kerja Syah, kot mana pun kita kena buat gak. sampai bila nak takut? ayat sampai bila nak takut sangat memberi motivasi kepada diriku. arhhhh. terharu iolls. 

Aisyah, Raje, Farahan

so, start pada tuh setiap kali aku nak buat something then aku rasa takut, aku pun cakap dengan diri aku sampai bila ko nak takut syah. sampai bila sampai bila. time tuh terbayang2 lah muka si Raje bercakap dengan aku. har har har. so, first day start kerja okay la. ada jugak Farahan sama shift dengan aku. dia banyak ajar aku camne nak jadi cashier sume. 

walaupun aku kerja as a clerk, aku tetap gak kena tahu pasal cashier. so, siket2 lah i belajar kat sana. yang kelakarnya kan bila aku jadi cashier, aku gelabah kot tengok ramai orang beratur. menggeletar tangan wa cakap lu. tapi agak seronok lah jugak jadi cashier. tapi emergency case je eh aku boleh. kalau nak suruh aku 100% jadi cashier aku taknak. kalau bos besar suruh pun aku tak nak. har har har. berkaitan dengan staff pulak, setakat nih okay. boleh masuk kepala lah. syukur alhamdulillah. hihi. 

habis part pendahuluan.
masuk ke bahagian isi penting pula.

semenjak aku dah berkerja nih, apa yang aku perasan semuanya berubah. berubah dari segi masa untuk aku menjaga diri aku. kalau dulu masa aku hari hari goyangkan kaki kat rumah aku ada masa nak steam2 muka, mandi lama lama, kemas itu kemas ini. tapi sekarang agak kelam kabut lah. aku sangat lah tak suka keadaan ini. nak tau masa hari kedua kerja dalam otak aku nih aku rasa sedih giler rasa nak berhenti kerja pun ada. 


tak tau lah kenapa. aku syak syaitan tengah kacau je tuh. malam tuh aku banyak2 kan istighfar, selawat sume barulah okay. barulah rasa seronok. hari seterusnya aku try uruskan masa dengan sebaik mungkin. aku nih kira macam seorang emak yang perlu uruskan rumah. faham tak maksudnya?

maksudnya, walaupun aku bekerja, aku tetap kena jaga rumah. sapu lantai, kemas rumah, basuh kain, kemas dapur etc. haa itulah yang aku perlu buat. so, tak kira apa jua keadaan sekali pun, aku kena jugak cari masa untuk siapkan semua task task tuh. serius masa aku tengah cari masa tuh kan, aku terbayangkan macam mana aku suruh the sims aku buat kerja. macam tuh jugak la aku paksa diri aku untuk buat kerja. hahahaha.

bab mengemas rumah dah settle. masuk pulak ke bahagian kesihatan diri.

kan aku amalkan ambik vitamin, vco etc sebagai supplement aku. aku pun masa belum lagi dapat stabilkan dengan betul. jadi, semua supplement aku tuh kejap aku makan. kejap tak. kalau makan pun, tak ikut waktu yang ditetapkan. suka hati je nak makan bila. dah tuh, kalau yang bahagian makan pulak pun suka hati jugak.  dah macam takde pantang larang dah.


sebelum aku start kerja, malam aku tak makan. selalu minum je. minum pun air kosong je kot. nak minum susu dutch lady perisa coffee pun tak sanggup. takut berat naik. semenjak bekerja nih, tengah malam makan nasi lepas tuh tido. makan mcd. lepas tuh tido. makan coklat cadbury yang konfem2 menaikkan berat badan. makan keropok yang konfem2 banyak kimia dan menggemukkan badan. nampak tak betapa tak sihatnya hidup aku sekarang nih? berat aku naik 2kilo tau. baru berapa hari kerja.

so, mulai esok bagi mengelakkan saya makan makanan yang tak sihat dan menggemukkan tuh, saya membuat keputusan taknak bawak duit esok. supaya saya takde nak beli beli barang lagi dah. he eh.

kesimpulannya, sibuk macam mana pun kesihatan diri kita perlu dijaga. segala amalan kita perlu dijaga. jangan disebabkan satu benda, amalan kita sebelum nih kita lupakan. baik amalan kesihatan mahupun ibadah. apa apa amalan lah senang cerita. aku masih lagi teringat kata kata Fatin Liyana masa tuh ada. kita yang kena pandai cari masa tuh. so, kat sini aku memang tengah menyesuaikan diri. bila nak buat itu, bila nak buat ini. barulah i terasa betapa pentingnya masa itu. hik hik.

p/s: bila dah sedap guna barang mahal mahal lepas tuh duit takde nak maintain then you know how to find work. like mine. syukur dengan apa adanya. syukur.

Thursday, February 21, 2013

Show some love for your V. Amaran! Girls only.

aku rasa iklan Lactacyd nih sangat kelakar. setiap kali aku nampak iklan dia, mesti aku akan gelak. tak tau lah kenapa. hahaha. mungkin sebab rasa awkward kot bila kita cakap pasal peribadi wanita.



so girls out there, jom kita belajar cara-cara yang betul untuk kesah pasal our V from the expert of Lactacyd. hak hak hak. V power doh. hahaha. korang boleh tengok V-episodes, ask specialist ataupun like fb page Lactacyd untuk tau lebih banyak info pasal V power nih. eh?

Jangan lupa eh join VIP Club Lactacyd for fabulous perks too. ihiks.


p/s : takkan ada orang lain yang nak jaga diri kita selain kita sendiri. he eh. KLIK SINI for more details.

Sibuk macam mana pun, kesihatan perlu dijaga. Part 1

Tengok tajuk, perhhh. perhhh. perhhh.

ok, semenjak 31 January 2013 hari tuh keputusan untuk penerapan semester akhir uitm aku gagal, aku kecewa frust menonggeng dan decide untuk cari kerja. memang aku dah tak pandang sangat dah degree nih. serius. saya tak main main kali nih. ehem ehem.

jangan tanya lah kenapa kenapa kenapa. penat dah nak jawab. bagi aku, benda nih bergantung pada rezeki. ye rezeki. tak kira lah cgpa ko tinggi melangit kalau Allah kata belum, belum la jawabnya. aku redha dah sekarang walaupun sebelum nih aku rasa agak goyang dah akidah aku sebab terlampau banyak pertikaian. so, moral untuk perenggan nih, bila sesuatu terjadi pada kita jangan terlampau pertikaikan ye.

ok, pasal kerja pulak. lepas je seminggu aku merungut pasal tak dapat sambung degree, dah bincang ngan abang2 semua, parents, aku decide nak kerja. masalahnya aku tak tau nak kerja hape. haaa. nampak tak permainan dia kat situ? dalam masa seminggu tuh jugak lah aku frust macam the sims yang kena buang kerja. 3 4 hari kecewa. asyik sedih. begitulah saya ketika itu.

aku try cari kerja kat online semua mostly kat KL. the problem is, if i work in KL how about my transportation, house etc. so bila difikirkan balik, agak susah lah. dah lah aku tak biasa kat KL tuh. nak pegi naik bas sengsorang pun belum tentu boleh tau. everything is new for me. jadi untuk perenggan nih, aku cerita lah dengan akak ipar aku and abang aku. bla bla bla. dekat situ memang aku kena ceramah lah habis2an. ceramah pun tak berapa nak ceramah la. aku anggap dia satu motivation yang amat tinggi untuk aku.


kakak aku katalah walaupun kita nih perempuan, kita mesti berani. tak boleh nak bergantung dengan orang sangat. cuba bayangkan kalau orang yang kita harapkan tuh dah takde. macam mana? you know, every single words yang orang cakap dekat aku, aku ingat tau. tambah2 lagi kalau berkaitan dengan diri aku. tersangat lah ingat. 

memang susah untuk aku mengubah benda2 nih semua. aku anak last, sorang je perempuan. faham2 jelah macam mana seorang abang protect adik dia. macam mana parents dia protect dia. nak nak pulak sekarang parents dah masuk category warga emas. hati dorang lagi lembut kot. cepat susah hati dan sebagainya. kita kata itu ini. tapi perasaan parents yang dah warga emas kita kena jugak faham. uolls kalau ada kat tempat iolls mesti sedih gilerh. hmm.

fuhh panjangnya. macam nak split dua entry rasanya. ok sambung siket lagi.


lepas pada meluah luahkan perasaan tuh, rasanya 2 hari lepas pada tuh kot. Farahan kawan aku kata kat tempat dia nak guna kerani. so, aku yo yo o nyer cakap nak. then tanya lah semua macam mana macam mana. aku isi jelah borang semua. terus je kena interview then dapat. sumpah aku macam main2 kot nak apply tuh. takut. ye itu yang sebenarnya. lepas tuh kan..

to be continued next entry :D

PART 2.

Tuesday, February 19, 2013

Kebaikan Aloe

lamanya tak update blog. lamanya. lamanya. 

terus je bincang apa kebaikan aloe. aloe tuh nama tak berapa glamour dia. yang glamour dia aloe vera. har har har. mana nak dapat? kerat lah lidah buaya. eh bukan kena cari buaya then potong lidah dia. bukan2. kerat daun lidah buaya. in english i'm not sure what lidah buaya is. 

kebaikan utama aloe nih, semestinya untuk hilangkan jerawat, blisters, kulit terbakar (minor punya), dry hair, kulit kering etc. aku selalu gunakan aloe bila kulit kaki aku kering. yang kat tapak kaki tuh. haaa, itu lah tuh. memang cepat pulihnya. kalau bab jerawat pun cepat kecut you know. jangan main giler.

copy daripada google

aloe yang paling bagus adalah yang daripada daun lidah buaya tuh lah. sebab dia takde campuran lagi. kalau korang takde pokok lidah buaya tuh, boleh cari kat guardian or watsons. kat sana pun ada. tak pun cuba baca entry INI. 8 in 1 aloe dia tau. lagi kelaaaaas gituh.

p/s : tah pape yang aku taip nih. malas nak baca balik. sangat malas malas oh oh. nak tau lebih pasal kebaikan aloe rasanya boleh google sendiri. hihi.

Tuesday, February 12, 2013

"FABULOOUS GIVEAWAY"

woot woot. come and join this contest bro! ;)


Senarai Hadiah yang bakal saya menangi. eseh seh seh.





        


Full Download Drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi

Assalamualaikum.

Semalam baru je start drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi. malangnya, aku tak tengok pun episod semalam. Har har har. baru tadi je tengok itupun separuh jalan dah. takpe tak kisah. sebab i boleh download drama nih kat SINI. hor hor hor.

so ini sinopsis drama nih.

Mengisahkan tentang liku-liku hidup seorang lelaki bernama Firdaus (Fahrin Ahmad). Firdaus mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain Farohah (Tasha Shila) seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan Firdaus (Fahrin). Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz (Shahrizal Jaszle) sehingga kedua-dua mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham (Dato Rahim Razali). Bagaimanapun, Firdaus bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah syarikat swasta. Fareez (Aiman Hakim Ridza) sebagai adik bongsu kepada Firdaus dan Faiz berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Fareez juga sangat cintakan Meera (Elyssa) walaupun Meera mempunyai kisah silam yang negatif. Sebenarnya, Firdaus telah terlebih dahulu mencintai dan bertunang dengan Fatin Zaharah (Fouziah Ghous). Dapatkah Firdaus mencintai Ain Farohah seperti dia mencintai Fatin? Mampukah Fareez menyatukan kembali keluarga mereka? Dapatkah keluarga Firdaus bersatu semula?

pelakon utama untuk drama nih.

p/s : agak2 lah kan kalau aku buat giveaway, ramai tak nak join? hadiah dia 2 faceshop BB cream and 1 mask sheet. klik SINI, SINI, dan SINI

Monday, February 11, 2013

SEGMEN: "Saya Blogger Peramah!"



saya Aisyah sebagai seorang blogger yang peramah meletak harapan yang saya akan dapat jam bewarna merah daripada Cik Lyeen Cupcakes. sekian, terima kasih.

tag : hazanis mek cah ;)

Saturday, February 9, 2013

Seng Heng terima Rebat RM200: Pakej Komunikasi Belia

Mengikut bajet 2013, belia yang berumur 21-30 tahun layak menerima rebat rm200 untuk membeli smartphone. tujuan dia supaya belia kini terdedah dengan dunia internet. kalau ikut syarat kelayakan seperti di bawah ini, kira wajib langgan internet lah kan ikut talian telekomunikasi yang korang guna. celcom ke, digi ke, etc.


TAPI, kalau korang nak beli handphone sahaja tanpa langgan internet bulanan, yelah mana tau tak mampu nak commit monthly payment kan so, korang boleh beli dekat Seng Heng. Aku memula terkejut gak seng heng terima rebat tanpa langgan internet. haa jangan terkejut ye. boleh guna tau rebat kat sengheng.

contoh kalau korang nak beli phablet samsung galaxy note 2, harga dia RM2299 tolak rebat rm200 jadi RM2099 dengan warranty SME 2 tahun. kalau bayar rm50 lagi, Seng Heng akan bagi warranty SME lagi 2 tahun. so totalnya RM2149 dengan warranty 4 tahun.


kiranya aku rugi lah beli hari tuh. awal siket je aku beli kot. aku beli harga RM2200 warranty SME 2 tahun jer. so, rugi dekat warranty lah. huhu. tapi dah beli dah pun, so takde maknanya semua tuh kan. kalau korang nak guna rebat tanpa langgan internet, boleh lah beli dekat Seng Heng. hihi.

nak memohon rebat boleh KLIK SINI.

p/s : kalau nak tau Smartphone apa yang Seng Heng tawarkan untuk gunakan rebat boleh lah pergi ke cawangannya yer. yang pasti samsung note 2, S3, S3 mini ada. ada dalam 8 jenis rasanya. iphone takdo noh.

Review: Himalaya Hair Revival: Atasi Rambut Gugur

Assalamualaikum semua! ;)

nampak gayanya memang waktu pepagi butalah aku mengupdate blog. haha. ok sekarang nih aku nak review pasal satu produk yang boleh mengurangkan keguguran rambut dalam masa 2 minggu sahaja. ini bukan cerita tipu. ini cerita benar. 


inilah dia produk yang dimaksudkan. Himalaya Hair Revival. dekat entry INI rasanya aku ada bagi tau yang aku pernah mengalami masalah keguguran rambut yang teruk. tak tau lah sebab apa yang boleh jadi keguguran rambut yang sangat teruk tuh. so, cari punya cari apa yang bagus untuk kasi kurangkan rambut gugur tuh, terjumpa lah pulak produk Himalaya nih.

aku beli Hair Revival nih dekat butik dia sendiri. harga dia dalam lingkungan rm50++. tapi rasanya sekarang kalau beli kat watsons or guardian time sale, boleh dapat dalam harga rm30++. haa pasal yang dalam 2 minggu dah nampak kesannya tuh, memang betul. aku guna 2 minggu berturut2 memang kurang. 

kalau sebelum tuh, aku sikat rambut macam hampir 20 helai yang gugur. bayangkan kalau aku sikat berkali kali. haa tak botak gamaknya? perubahan dia selepas 2 minggu, setiap kali aku sikat rambut, yang gugur hanya dalam 8 9 helai je. perubahan dia memang nampak sangat selepas 2 minggu. tu pasal aku suka dengan Himalaya Hair Revival nih.

start daripada tuh aku guna shampoo, conditioner, cream rambut, semua daripada Himalaya. sekarang nih pulak, kalau aku sikat rambut sehelai dua je yang gugur. itupun aku dah stop guna Hair Revival cuma aku continue shampoo, conditioner dengan cream rambut jer. (aku start guna himalaya produk daripada August,2011)

kalau korang mengalami masalah yang sama, boleh lah try Hair Revival daripada Himalaya. mana tau boleh selesai masalah. dah takyah dah susah nak kutip rambut gugur hari2 kat lantai. hikhik. good luck uolls ;)

Friday, February 8, 2013

about.me

hai semua.

malam nih, aku nak share dengan korang pasal satu web nih iaitu about.me. aku rasa web ni sangat cute sebabnya kita boleh buat satu page khas untuk bagi tahu pasal biography kita pada semua orang. so, macam cute lah bagi aku. cuba tengok nih ha.


see! aku rasa cute sangat benda nih. aku pun ada jugak tau page sendiri. KLIK SINI. haa lepas nih boleh lah korang pulak buat yer. boleh share share dengan kita jugak. hikhik.

memang aku punya about.me takde gambar aku sendiri. aku ada satu penyakit takleh tengok gambar sendiri lama2. bosan. so, baru je berapa jam aku letak background muka aku, terasa menyampah dah. kbai.

Thursday, February 7, 2013

Buku menarik untuk menyihatkan badan anda.

Assalamualaikum semua! :)
Hello and Hi to all of you.

ewah semangat pulak ye pepagi buta nih. okay sementara tunggu rambut kering, iolls kat sini nak share kat uolls pasal satu buku nih khas untuk orang yang obses nak jaga kesihatan dia ataupun kecantikkan. from top to toe lah kan. hik hik. so, ini dia buku yang perlu korang cari.


buku nih al kisahnya pasal kegunaan sesuatu tumbuh tumbuhan, buah buahan, atau biji bijian yang boleh merawat masalah kesihatan yang kita alami. contohnya macam mana nak rendahkan tekanan darah. macam mana nak hilangkan jerawat. memang masalah2 camni lah yang selalu dibincangkan dan cara untuk atasinya macam mana. aku pun belum lagi khatam buku nih. baru suku je bro. 

jangan tanya aku beli kat mana buku nih. bapak sedara aku yang bagi. mungkin dekat Popular, MPH ada menjualnya. boleh cari kat sana. so, basically i love this book. so much tips, recipes on how to get healthy. healthy in hair, skin, nails, etc. speaking kauuu jah. hahaha. tp serious weh, bagus buku nih. 


nampak tak tagline dia? easy, safe, natural, effective. haaa sangat berbaloi tau beli buku nih. kalau ada kesempatan, iolls share ngan uolls pasal isi kandungan dia pulok ye. nantikan next entry. 

Tuesday, February 5, 2013

Tips Penjagaan Kulit Muka: Telur Ayam

Assalamualaikum semua :)

hari nih, petang nih, aku nak share lagi satu tips yang aku baru je tau selama aku hidup nih. tips untuk mencantikkan kulit. tips nih aku dapat tau daripada bapak sedara aku dan masa tuh cousin aku pun buat petua tuh. so, macam best lah jugak. 


ok, cara dia senang jer. ayam yang baru je bertelur tuh kan, ko ambik telur dia yang masih panas tuh golekkan dekat seluruh muka. senang kan? aku sendiri tak tau apa fungsi sebenarnya. kata bapa sedara aku dengan mak aku dia kata benda nih petua orang dulu dulu nak jaga kulit. dulu manalah ada mask yang sekarang nih kita boleh beli kat Watsons or Guardian kan? so, dorang guna cara nih lah. golek telur ayam yang ayam baru betelur. ha? pelik dah ayat aku nih.

aku pernah cuba 2 kali. kan kat rumah aku ada banyak ayam kampung, so telur telur dorang yang masih hangat tuh aku golek kat muka. apa yang aku rasa, umpama bulu roma berdiri. macam bulu roma kena tarik tuh. haa begitulah rasanya. 

Kulit telur terbuat dari kalsium karbonat yang juga merupakan bahan dasar utama beberapa jenis antacids. Sekitar 9-12 persen berat telur terdiri dari kulitnya. Kulit telur juga memiliki pori-pori sehingga oksigen bisa masuk dan karbon dioksida serta hawa lembab keluar. (copied)

hasil pencarian manfaat kulit telur ayam. hahaha. tak percaya, cubalah sendiri. lagi bagus guna telur ayam kampung tau. hikhik.

Monday, February 4, 2013

Kenangan Bersamamu Kawan.

*perhh tajuk entry takleh bla doh.

Assalamualaikum.

Hari Jumaat lepas aku ada hang out dengan kawan kawan sekolah yang lama dah tak jumpa. consider lama lah sebab cuti semester pun lain lain kan. so hari tuh yang ada aku, Fiza, Sri, Yanie, Atikah Mahfud, and Aziera. yang aku biasa jumpa Fiza jelah. yang lain jarang giler.

terus terang saya katakan, saya berasa sangat segan dengan dorang. tak tau lah kenapa. mungkin sebab tak biasa hang out bersama. bila nak buat gila-gila rasa sangat segan. hikhik. tapi kan, bila dah hang out dengan dorang, Ya Allah aku rasa macam aku yang sopan sangat. mungkin aku salah anggap dengan dorang kot. so, lepas dah tengok dorang macam giler2 jugak. barulah Aisyah keluar. hahaha. itupun masih lagi break break tau.

ye kadang2 memang aku suka pura pura depan orang demi kebaikkan semua orang. dalam dunia nih pura pura itu penting. hahaha. tapi kena tengok tempat lah nak pura pura apa kan. kiranya, hari jumaat hari tuh rasa seronok sangat dapat bersembang bersama2 dengan dorang.

terimalah gambar daripada kami semua :)

atikah mahfud, yanie, aisyah, fiza, aziera, sri.
mata semakin tak nampak, pipi semakin melebar. diet no more.

more pictures at @esyahtaib
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com