Monday, December 31, 2012

Imbasan 2012

Assalamualaikum semua! :)

entry kali nih nak mengimbas kembali semua kenangan2 pada tahun 2012. ada pahit, ada manis ada masam, ada masin. macam macam kenangan aku ada tahun nih tau. bermula kisah awal tahun 2012.


January.
mak aku kerap keluar masuk hospital pasal penyakit dia. then, aku dekat sabah asyik menangis je. mana fikir pasal mak, kawan, assignments. cabaran tau. aku sampai lari cari roommate lain. hahaha. bila fikir balik macam bodoh je. sebab salah faham je pun. sampai nak tukar2 bilik bagai. ada hikmahnya. 

February.
final exam untuk semester 4 dah dekat. tapi business proposal ETR masih lagi belum berhantar. so, kat situ agak conflict pasal kerja. mana nak belajar mana nak siapkan assignments. tapi aku rasa happy sangat sebab masa tuh aku punya bilik dekat aras 5 B2. yang paling tinggi dalam UiTM Sabah. see! cari bilik paling jauh la kok. ada Lina, Eja, and Azmunirah. banyak kenangan kat atas tuh. and dalam bulan nih jugak kita orang satu kelas sambut birthday si DJ. birthday dia 29hb empat tahun sekali nak sambut. happening ler time tuh. 

* boleh KLIK SINI kalau nak tengok video video kelas. 

besides, masa sem 4 nih mdm Aries yang ajar kita orang BEL. dia sangat lah sporting sampaikan bila nak habis semester, Dom buatkan video kelas khas untuk dia. hehehe. tetiba teringat pasal presentation berkumpulan BEL. camera rosak tak dapat nak selamatkan video and group aku time tuh terpaksa buat lakonan live. alhamdulillah masih lagi kita orang dapat markah tinggi :D

March.
Final exam pun dah habis dan rasanya result aku semester 4 lah paling baik sepanjang aku diploma. hahaha. berkat duduk atas langit agaknya. then aku macam biasa lah, active blogging masa cuti. dalam bulan nih jugak aku active pasal kecantikan, make-up, fashion, bla bla bla. apa hangen yg datang pun aku tak tau. 

April.
aku start berniaga secara serius. aku jual tudung bawal plain dengan 2tone. almost 80 helai aku dapat jual dengan jayanya. syukur sangat sangat. boleh KLIK SINI untuk tengok tengok.

May.
bulan nih aku dapat idea lagi. aku jual pulak baju kurung aku yang belambak lambak dalam almari tak berpakai. rupanya laku jugak. lebih laku daripada baju casual. baju kurung bundle orang bilang. hahaha. time nih pun, aku baru start guna smart phone. mak belikan. upah menjaga dekat hospital agaknya. hihihi. KLIK SINI.

June.
time nih dah start semester akhir dah. semester 5. so, time sem nih loaded siket lah sebab banyak duit jualan kan. hihihi. modal berniaga daripada abang aku. untung bahagi dua. masa nih, banyak giler barang baru aku beli. shopping sakan you!! 

July. 
bulan Ramadan yang mulia aku sambut dekat Sabah. berbuka dengan kawan2. banyak giler makan luar time nih memandangkan Sandra ada kereta senang nak bawak kita orang semua pegi jalan. time nih jugak aku berdiet. berat aku sampai 76kg kau aku kerjakan daripada 85kg sebelum start semester 5. 

August.
habis Ramadan, raya lah pulak kan. gembira sangat untuk raya tahun nih. semua geng geng SMKST dapat berkumpul beraya rumah masing2. haa yang tak boleh bla, bila dorang datang je rumah aku, karen terus takde. HAHAHA. super lawak aku rasa. selalunya lepas raya berat aku naik sampai 86kg. tapi tidak untuk raya kali nih. 80kg je berat aku. means naik 4 kilo. itu pun kira banyak kan? hahaha

85-76-80


September.
saat genting untuk menghadapi final exam. aku rasa takut giler untuk final exam semester 5 nih. mana taknya semua kuiz, test aku banyak fail. kalau lulus pun ngam ngam je. memang tak lah aku nak confident untuk final kan. time paper business law lagi lah. aku sampai tak boleh tidur sebab fikir fail fail fail. nasib lah Allah nak tolong, betul2 keluar apa yang aku baca je. hihihi. mana lagi time ni budak dpim sebelah line dpa je. lagi bersemangat nak jawab. dapat lah B- je. jadilah.

October.
aku tukar lagi guna pencuci muka, aku guna Kiehl's pulak kali nih. sepanjang sesi study week dengan exam, aku banyak menghabiskan masa dengan Farah, Erina, Azmunirah, Ili, Adiza, Sandra, and Karupang. hahaha. banyak lah tempat kita orang jalan sampai malam. kiranya banyak enjoy lah daripada belajar. rindu korang sangat sangat.

terharu aku last last video tuh. malu pun ada tengok video nih. hahaha thanks Dom.

November.
dah habis dah semester lima. abah pegi haji time nih. raya haji makan nasi lemak je kau. takde kita orang masak ketupat ke apa. hahaha. kata abah, takde abah ko baru ko tau tak makan. orang makan je. makan nasi lemak. nasi lemak buat sendiri lah bukan beli. dalam bulan nih jugak, aku active blog sangat sangat. tengok post aku pun dah boleh agak dah. haha. blog aku banyak page view semenjak aku post pasal miracle tab and tips kecantikan.

December.
awal bulan nih, aku active balik Silat Chekak Silat Papan Sekeping. aku dah tamat, cuma ada satu kelas umum belum aku habis. then sekarang aku tengah belajar kelas umum lah. dalam kelas umum nih, iolls dapat belajar seni mempertahankan yang lain tau. heh nampak tak? belajar satu dapat banyak? kau hade? masa nih jugak aku didapati terkena buatan orang masa kat Sabah. alhamdulillah sekarang dah okay dah. boleh tidur lena dah. 

abe kawe tuh. haha. nak tau lebih pasal silat boleh pegi ke website :) 

dalam bulan nih jugak, aku giler pasal rambut. geram sungguh tengok orang berambut cantik. sampai tanya orang macam2 cara nak cantikkan rambut. hahaha. sekarang nih aku jugak start berniaga balik. haa, kalau sesiapa ada nak beli tudung bawal plain, boleh KLIK SINI. tinggal lima helai je lagi. beli lah yer. hehe. Hot Perfume pun aku ada jual. KLIK SINI.


************************************************************************

itulah keseluruhan imbasan 2012. nak cerita panjang pun payah. hehehe. jangan lupa beli tudung bawal ye kat saya :D

thanks for reading uolls! 

Saturday, December 29, 2012

Tudung Bawal Plain Bidang 45" RM10

ALL SOLD OUT


memandangkan tudung bawal dekat pasaran sekarang banyak yang 5 6 7 tone, tudung bawal plain susah nak cari sekarang, saya jual lah yang tudung bawal plain. hehehe. ada 20 warna yang berbeza. boleh tengok dekat bawah nih untuk warna warna dia.

1. Biru ala-ala turquoise. SOLD
2. Blue Black SOLD
3. Ungu Manggis SOLD
4. Hijau pucuk pisang SOLD
5. Coklat Cair SOLD
6. Kuning SOLD
7. Pink Puteri Islam SOLD
8. Kelabu kebiruan siket. tapi lebih pada kelabu lah. SOLD
9. Purple cair SOLD
10. Merah Maroon SOLD
11. Kelabu SOLD
12. Coklat Pekat SOLD
13. Dark Green tapi dia macam ada turquoise siket. major dia dark green la. SOLD
14. Purple SOLD
15. Black SOLD
16. Peach SOLD
17. Electric Blue. warna zaman sekarang yaw! SOLD
18. Biru Laut SOLD
19. Orange+Coklat. SOLD
20. Pink+Purple cair. SOLD

harga untuk sehelai tudung RM10 sahaja tidak termasuk postage. tudung nih mudah untuk dibentuk dan kalau basuh pun jaminan takkan berbulu walaupun dah banyak kali basuh. nih bawal jepun nombor satu. size dia standard macam biasa bidang 45 inci. kalau berminat, boleh email dekat saya maisyahh25@gmail.com
nama:
alamat:
kod nombor:
no. telefon:
ataupun lagi senang whatsapp je ke nombor 013-6403793.

nih contoh-contoh tudung yang saya gunakan sendiri. i pun guna yang macam nih je tau :D


 p/s : kalau saya, saya suka ambik warna tudung yang striking untuk dipadankan dengan blouse hitam. saya akan pakai all black, then tudung and kasut mesti striking. baru lah aummm! hahaha.

*kalau korang rajin lagi kan, korang boleh tambah labuci, roses, batu merelit kat keliling tudung supaya lebih berat, lebih menjimatkan. selalunya mak saya yang suka buat macam tuh. good luck!

*jangan lupa beli yer. hehehe.

Friday, December 28, 2012

Issue regarding to Giveaway and Sponsors

Assalamualaikum semua.

erm, tadi ada terbaca satu entry nih berkaitan dengan giveaway and sponsor. kisahnya sponsor tuh cubaan nak menipu lah untuk dipendekkan cerita. so, untuk entry aku malam malam buta nih, aku nak bagi pendapat aku yang berumur 20 tahun mengenai issue giveaway and sponsor.

bagi aku lah kan, sebagai pencipta giveaway sepatutnya dia bertanggungjawab atas giveaway yang dia buat tuh. cari details tentang sponsors semua. hadiah apa yang sponsors nak bagi. jenis yang macam mana? nak contact macam mana. i mean in details lah kan mengenai products yang orang nak sponsor untuk giveaway tuh.

nih kira pengalaman aku lah jugak, aku ada sponsor untuk 2 giveaway. bezanya 1 minta all details pasal barang yg aku sponsor, bila nak post semua lah. and another one, simple giler. tanya nak sponsor apa? then the end. semudah A. takde B dan C. short and sharp. owner giveaway tuh pun tak tau aku nak bagi apa, brand apa, price.

so, dekat sini aku concludekan, dorang yang buat giveaway nih betul2 nak bagi barang kat orang? or just nak naikkan traffic blog and naikkan followers? it is unfair for bloggers yang joined giveaway then tetiba ada kejadian tak dapat hadiah dorang. penat penat dorang promotekan blog owner giveaway, then hadiah tak dapat. tak adil kan?

jadi, kepada bakal bakal bloggers yang nak buat giveaway please lah bertanggungjawab atas giveaway yang anda lakukan. jangan biar followers awak jadi mangsa okay. 

p/s : kalau lah owner giveaway tak perlu bertanggungjawab atas sponsors, then apalah guna kuasa sebagai owner giveaway tuh? you make the rules. remember? 

thanks for reading! :)

Thursday, December 27, 2012

Tudung Bawal Lagi?

Assalamualaikum semua! :)


yeayy! ini warna tudung bawal plain yang aku baru je beli minggu lepas. sebenarnya, aku rasa agak menyesal masa aku jual tudung bawal hari tuh aku tak simpan warna warna yang best. aku tengok lawa sangat tapi aku biar je orang lain yang beli. huhu. dan sebenarnya jugak, aku plan nak jual balik tudung bawal plain. 

memandangkan dekat kedai sekarang yang banyak macam pelangi senja je kan, 5 6 kaler dalam satu tudung, aku bercadang nak jual tudung bawal plain. yang hanya ada satu warna sahaja. aku pun dulu gila gak tudung banyak warna, at last warna plain jugak yang selalu aku gunakan. wuhuuu. you know plain color is simple right? hehe

ada minggu minggu yang lepas, rasanya 3 4 orang call aku tanya ada lagi tak jual tudung bawal. pelik benar rasanya orang cari aku nak beli tudung bawal. haha. mungkin dorang berpuas hati agaknya dengan tudung yang aku jual. thanks to them :)

so, uolls nantikan ye tudung bawal daripada saya. hehehe.

Monday, December 24, 2012

Review : L'oreal Anti Frizz Hair Mask

Assalamualaikum semua! :)

mood saya semalam sangat teruk. tapi mood saya hari nih super duper baik! :))
okay, hari nih aku nak review satu produk yang aku guna sendiri, setiap dua minggu aku guna. produk tersebut of course as mentioned at the post title; L'oreal Anti Frizz Hair Mask. produk nih aku baru baru je guna. baru pun tak baru sangat, dua bulan lah jugak dah guna.


apa yang best pasal produk nih, kandungan dia tidak bercampur dengan air. maksudnya, kalau kita terbalik kan bekas dia tuh, krim tuh takkan terjatuh. kiranya pekat lah dia punya bahan. for sure, hair mask nih dia bagi rambut kita jadi lembutttt sangat. faham faham jelah kan kalau rambut panjang masalah dia apa. kering, frizzy lah, nampak macam rosak dan sebagainya.

so, kalau korang nak rambut korang sentiasa nampak cantik dan sihat, gunalah hair mask. tak kiralah hair mask apa pun. lagi bagus, kita pegi buat treatment dulu, then untuk maintain rambut kita guna hair mask once a week or twice a week. depends lah rambut uolls macam mana. kalau aku, aku buat dua minggu sekali. 

cara nak guna hair mask, senang jer. lepas kita dah shampoo rambut dan bilas bersih bersih, jangan guna conditioner. tapi guna hair mask. sapukan krim hair mask nih dari pangkal rambut ke hujung rambut. senang cerita satu kepala lah. hair mask bukan macam conditioner ye yang memerlupakan rambut di bawah saje. hair mask kena disapukan di seluruh rambut.

lepas dah sapukan ke seluruh rambut, tunggu seminit dua dan lepas tuh bilas lah rambut macam biasa. time bilas tuh korang akan rasakan kelembutan rambut korang yang macam baru rebonding tauu. senang je kan? harga L'oreal Anti Frizz Hair Mask nih rasanya dalam rm33 macam tuh lah. aku pun tak berapa ingat. aku beli kat guardian jew.

p/s : selalunya, lepas mandi aku akan guna l'oreal anti frizz hair serum. 

so, good luck uolls! 

Sunday, December 23, 2012

Wak Gelas 1st GiveAway : Secondhand Ipod

Assalamualaikum.

heyy peeps. come and join this contest Wak Gelas 1st GiveAway. wehooo.

Click gambar untuk join contest. 

Saturday, December 22, 2012

Samsung Galaxy Note 2 vs. Ipod Touch 5th Generation

Assalamualaikum.

sekarang nih aku sedang berada dalam dilema. dilema nak beli phone yang mana satu. itulah dilema yang aku sedang hadapi. apa yang aku nak hanyalah satu gadget yang boleh berfungsi untuk internet. sememangnya aku tak boleh hidup tanpa internet walaupun sehari. sedihnya lah :(

before this aku minat sangat dengan Samsung Galaxy Note 1. time aku minat tuh just a few weeks before Note 2 keluar. memang sah sah lah semua orang kata rugi beli Note 1 kan. sebab perbezaan dia terlampau banyak. aku congak2 pun memang rugi kalau sekarang nih beli Note1. so, aku pun fikir fikir lah lagi nak beli phone apa. 

then hari selasa lepas aku dengan abang2 aku; EG dengan Aien pegi lah jalan2 dekat satu shopping mall nih. memang kita orang tengah survey2 phone time tuh. kita orang pegi dekat Sony, Samsung dengan Apple. aku hasut si Aien ambik Note2. sebelum nih aku memang dah racun dia dah tapi dia taknak percaya. bila pergi kat kedai pegang sendiri, tengok sendiri memang aku rasa dia akan beli Note2. 



jadi aku pun tawar hati lah sebab dia nak beli Note2 dah kan. aku memang tak suka design Note2 tuh. walaupun dia berganda ganda extra daripada Note1 aku tetap tak suka. tak tau lah kenapa. mungkin sebab size dia yang terlampau panjang agaknya. bila sampai dekat Apple, aku tertarik sangat dengan Ipod Touch dia. masa tuh aku tengok ada sorang budak dalam 6 tahun macam tuh khusyuk main game guna Ipod Touch 5th generation. sebab apa aku tertarik? sebab warna dia yang striking. HAHAHA. 



masa kat kedai tuh, aku just suka warna dia je. then balik tuh, aku search lah info pasal ipod touch nih. yang best pasal ipod touch 5th generation nih dia punya size panjang, lebar sama macam iphone5. kelajuan tarik wifi sama macam iphone5. that's why aku suka. hehehe. cuma camera pixel je beza dengan iphone5. iphone5 8mp, ipod5 5mp.

for sure, ipod touch nih hanya untuk internet sahaja. memang aku cari gadget yang macam nih. aku taknak ipad sebab dia besar susah nak masuk poket. aku kalau berjalan, walaupun bawak handbag, hp dengan duit dalam poket. safety first. 

so, kalau korang nak tau lebih pasal harga, spesifikasi dia, boleh lah KLIK SINI. kalau lah kan aku betul betul nak beli ipod touch nih, aku akan pilih yang warna pink 64GB punya.

22th Birthday GiveAway

Assalamualaikum.

hey hey! it's 22/12/2012. jom join giveaway by Anis Athia :) semua pun berasaskan angka 22. ada 22 pemenang, dapat discount 22% kat http://thianisfashionlab.blogspot.com/, giveaway sempena umur Anis yang ke-22. start 22 December, habis 22 February. see! semua pun 22.

cepat cepat! klik banner untuk tau lebih lanjut okay :)


Friday, December 21, 2012

Comic Fiesta 2012.

Assalamualaikum.

ada tak sesape kat sini minat baca komik jepun? ada tak? well, minat aku kan sentiasa berubah-ubah. kalau aku minat something tuh, memang itu jelah aku adap sampai boring. bila dah boring tukar lagi yang lain pulak.

*list comic yang terkini. SINI

dulu, aku pernah gila baca komik jepun. aku selalu beli kat 7Eleven. sekali aku beli 3 4 komik. kan selalunya kalau komik jepun nih dia bersambung sambung. menyampah kot nak tunggu next month untuk dapat sambungannya tuh. haa, kalau terpaksa kena tunggu tuh jawabnya memang aku dah tak beli dah. minat aku pun dah bertukar.


selain membeli, aku jugak ada baca yang online punya. yang ini, kawan aku yang pernah bagi link dia. sekarang aku dah tak ingat dah. hehehe. kenapa aku tetiba je cerita pasal komik nih? hoho. actually, Isnin nih ada festival komik woah daripada Astro Animax. haaa, channel nih adalah salah satu favourite aku. cerita dia sumpah ye bukan untuk budak2 tapi untuk orang dewasa. 

memang festival nih khas untuk orang yang giler komik ataupun animasi. kalau korang datang ke festival nih, korang akan dapat goodies bag. mungkin dalam tuh ada banyak komik? mungkin jugak ada t-shirt komik? haa siapa tau kan? kalau nak tau lebih details pasal festival nih, pegi je dekat Comic Fiesta. then, sana ada tulis jam berapa dekat mana. check it out yaw! :D

p/s : kalau kisah cinta daripada komik jepun nih, aku rasa lebih sweet daripada cerita yang real. ahaks!

Scholarship Option. Segalanya Ditangan Anda.

Assalamualaikum.

nih nak cerita siket pasal scholarship sponsor. keputusan PMR dah keluar. lepas nih SPM pulak. so kepada pelajar pelajar lepasan SPM, korang boleh mohon untuk scholarship korang di university nanti. korang boleh pilih apa je yang korang suka samada JPA, MARA, ataupun kerajaan negeri punya ker kan untuk sambung belajar nanti.


ataupun, korang KLIK SINI untuk tau mengenai scholarship daripada private university. lagi senang 5 January nanti korang pegi je terus dekat The Sunway University Open Day. tak pernah dengar kan Sunway University? yang pernah dengar sunway lagoon jer. hehehe. so, kat SINI ada details mengenai Sunway University.

Good Luck kepada bakal2 pelajar University :D mudah mudahan korang dapat apa yang korang nak. Ameen.

p/s : scholarship nih bukan sahaja untuk bekas spm, bekas diploma pun boleh mohon. 

Anugerah Juara Lagu ke-27

Assalamualaikum.

Anugerah Juara Lagu ke-27 dah semakin hampir uolls. for your information, hari Ahad nih bersamaan 23/12/2012 crue AJL ada buat sesi beramah mesra dengan finalis bertempat di Kompleks Melaka Mall. ada ramai artis yang akan sertai sesi beramah mesra by AJL pada hari itu. So, kalau korang nak tau siapa artis artis yang bakal hadir, boleh ke link AJL. KLIK SINI lagi senang. 


sebelum terlupa, program start jam 2 petang yaw! have fun everyone! :)

Thursday, December 20, 2012

Online Shop: Felicity Skin Care.

Assalamualaikum.

baru baru nih, aku ada lah tengok2 blog sazzy falak. instagram dia semua lah. before this aku ternampak yang dia selalu beli baby care untuk anak dia kat Blue Oak Valley nih. aku ingatkan orang puteh punya product rupanya takk! orang Melayu kita yang punya kot. tapi formula tetap daripada luar negara. HAHA. 

aku nak share something lah pasal skin care dia. sazzy falak pun antara salah seorang founder untuk Blue Oak Valley nih tau. heh. yang special pasal skin care dia nih, 100% diperbuat daripada botanical extracts. kiranya natural habes lah. aku tertarik dekat cleanser dia. kalau ikutkan kata katanya, cleanser organics dia nih mampu unclog pores yang ada and boleh remove blackheads yang kita ada. means, dia punya keberkesanan tuh jauh lah. giler giler meresap dalam kulit muka. betul tak betul? boleh tengok muka Sazzy Falak sendiri.


tapi kan, kalau korang baca Sazzy Falak punya blog mengenai skin care nih. dia tak guna 3 steps okay. wiss mampu nak kulit cantik kalau guna 3 steps jer. dia guna 7 steps lah kokk. boleh nak guna 3 steps je, tapi makan masa lah. HARGA skin care Blue Oak Valley nih, MasyaAllah. kalah harga Kiehl's weh. mahal lagi Felicity Skin Care nih. sabo jelah aku tengok.

aku try lah kan, kira semua harga skin care sazzy falak yang 7 tuh. lebih 1k. kopak kopak. tunggu aku kaya baru aku guna. hahaha. nih kat bawah nih, promotion sekarang untuk 3 steps dia. ko tengok harga dia, 3 botol RM415. kuantiti dia siket kot. 120ml (cleanser) 120ml (toner) 60ml (moisturizer). kalau Kiehl's 3 botol baru RM335. 150ml (cleanser) 250 (toner) 150 (moisturizer). agak jimat yer di situ. 


so, amacam? ada beran nak try? hehe. oh ye sebelum terlupa KLIK SINI untuk ke website. peace yaw! :D

p/s : belum mampu lagi nak guna Felicity Skin Care nih. rasanya tak ramai pun lagi yang guna produk nih. search kat google review skin care nih pun takde. yang pasti kat spa spa je selalu guna Blue Oak Valley products. boleh search dekat website.

Wednesday, December 19, 2012

Online Shop : Sometime by Asian Designer Ada Sale!!

Assalamualaikum.

nak tau nak tau? dekat Sometime ada sales sekarang!! kalau korang beli 2 handbags korang akan dapat rm40 off. tapi mesti under Christmas. tak boleh under yang lain. so, kiranya satu beg tuh kita dapat discount rm20 lah. antara handbag yang ada of course beg maria elena yang zig zag zig zag tuh. 


kalau aku, aku lebih minat yang Adrienne punya. nampak exclusive sangat style dia. yang Stella pun aku suka. cutee!


so, korang nak tunggu apa lagi? grab it now!! wuhuuu. yang bestnya kan, beg beg nih semua hasil daripada orang asia tau. ada blogger ada artis. try it.

*KLIK SINI untuk ke website.

Tuesday, December 18, 2012

KFC Krushers New

Assalamualaikum.

Krushers nih rasanya dah lama dah wujud dekat KFC. lama tak lama sangat lah. baru pun tak baru sangat lah. yang pasti krushers KFC sedap. itu pasti.

korang tau tak yang KFC Krushers ada perisa baru? tengok bawah nih.


aku agak tertarik dengan perisa chips more tuh. nescafe, lemon, oreo dah terlebih biasa dah dengan aku. chips more nih aku rasa first time dibuatkan jadi air minuman. unik kan? so, aku nanti nak pegi KFC nak try Chipsmore Krunch. sape nak join? hik hik hik.

besides, KFC sekarang ada banyak menu baru. especially pie blueberry dia. nampak macam best. kalau korang nak tau menu terbaru KFC yang jaranglah KFC buat, KLIK SINI. pasti tak menyesal. heh. 

p/s : aku rasa, CEO KFC nih orang baru that's why banyak pembahruan. yeah!

Monday, December 17, 2012

Hot Perfume Hot Hot Hotdog

Assalamualaikum.

tetiba ada gap 3 4 hari pulak kan untuk update blog. hehe. so, malam nih aku nak share something about perfume yang murah dan berbaloi untuk kita guna. here we go!

nama perfume nih Hot Perfume. yang pasti bila kita guna perfume nih, badan kita takkan rasa panas. nama dia je Hot. apa yang best pasal perfume nih, harga dia rm10 jer. aku ulang lagi, rm10 jer. berbaloi kan? 

kategori perfume nih pulak, ada untuk lelaki, ada untuk perempuan (rm10). ada jugak untuk semburan udara ala2 airwick tuh (rm10). ada jugak yang jenis untuk bau lembap ala2 fabreeze (rm10). ada jugak untuk bau-an dalam kereta ala2 ambipur (rm12). ada jugak perfume untuk diletakkan dalam almari ala2 airwick (rm10). 

1 2 3 4 5 6 7 8 9

dia ada banyak nama untuk perfume perfume dia nih. yang aku ada sekarang semua bau yang sedap sedap harum harum enak enak dan best selling. yang first untuk perfume kereta perisa white gold. 2, 3, 4, 5 perfume untuk locker atau almari. 6, 7, 8, 9 perfume wanita yang baunya harum harum belaka. bagi aku, perfume terbaik perisa White Gold. the best lah!

see! tak payah keluar modal bebanyak. yang pasti perfume nih orang Islam yang buat. kilang dia kat Kuala Kangsar, Perak. perfume nih takde alcohol. perfume nih boleh bawak pi solat. perfume nih harga dia murah. perfume dia nih botol kecik mudah dibawa ke mana-mana sahaja. lets have one! lai lai lai :)

kalau nak beli satu, nak cuba, email kat maisyahh25@gmail.com
nama :
alamat :
no. phone :

p/s : untuk semburan udara ala2 airwick dan ala2 fabreeze pun ada sekarang nih.  

Friday, December 14, 2012

Online Shop : The Body Shop

Assalamualaikum.

korang pernah tau tak yang The Body Shop ada online store? OMG. aku tak pernah tau pun. sebabnya selalunya kalau aku nak beli barang from Body Shop aku pegi je terus kedai dia. pilih2 lepas tuh bayar, berambus. takde lah pulak aku tau pape pasal online store. cis! harap je ada kad member The Body Shop. tapi tak tau pape.

okay, nak tau The Body Shop online tengah ada sale up to 20% sempena Christmas yang tak lama lagi akan tiba. kalau yang barang barang macam biasa yang normal price tuh, sama je harga dia ngan kat kedai. takde beza pun. cuma aku tak berapa sure kalau yang ada member card tuh, point dia still collect atau tak kalau kita beli melalui online.


kalau korang nak beli melalui online, korang just sign up macam biasa then, pilih lah barang apa yang korang nak. klik 3 4 kali, then boleh buat payment dah. postage dia rm10 untuk semenanjung Malaysia. kalau beli lebih daripada RM120, free postage. simple kan? 

dengan adanya The Body Shop online, tak payah lagi susah susah nak pegi kedai. duduk depan komputer pun dah boleh dapat barang dah. hehehe. so, happy shopping everyone! :)

KLIK SINI untuk ke website.

Wednesday, December 12, 2012

Review : Aloe Vera Soothing Gel from Nature Republic

Assalamualaikum.

nih lagi satu produk yang aku nak share dengan korang. aloe vera soothing gel from nature republic. pernah dengar tak? tak pernah? jom baca sini. aku rasa inilah produk yang paling aku suka dan selalu aku guna. 


pertama sekali, gel nih ada 8 fungsi tau. kira 8 in 1 lah konon. tapi seriously memang 8 in 1. gel nih boleh berfungsi hampir seluruh kat tubuh badan kita tau. yang pastinya, aku selalu guna lepas cukur. bila lepas cukur kan selalunya kulit kita ada rasa pedih2 siket. so, untuk hilangkan rasa pedih tuh aku akan sapukan gel aloe vera nih. memang redha lah pedihnya. 

next, aku guna gel nih untuk hair treatment. lepas lepas mandi tuh seminggu sekali aku akan sapu kan gel nih kat hujung2 hujung rambut. last sekali, aku guna untuk body care. selalunya aku sapu dekat tangan dan kaki supaya lembut. sumpah wa cakap sama lu after guna gel aloe vera from nature republic kulit lu jadi lembut. tak tipu! 

selain tuh jugak, gel aloe vera nih berfungsi sebagai base make-up. yang nih aku tak pernah lagi try sebab aku kan jarang dah nak bermake-up make-up segala. so, tak pernah lagi cuba keberkesanannya. dia jugak berfungsi untuk mask pack. yang nih aku dah pernah try. memang lembut muka kita dia kerjakan. sangat best! boleh tengok gambar kat bawah kalau nak tau fungsi dia yang lain.


kalau korang beli nih sebiji, memang takkan menyesal lah. 8 in 1 kot. harga tak mahal pun just around rm32 lah begitu. tak ingat dah. so, why not you have it 1 for your personal care? hik hik.

Tuesday, December 11, 2012

Whitening Lotion Hada Labo

Assalamualaikum.


ada orang tanya aku, Hada Labo nih untuk apa sebenarnya. okay biar aku explain betul betul kat sini yerp. Hada Labo nih adalah satu produk skin care dari Jepun untuk memutih, melembap dan mencerahkan kulit kita. so, kepada sesiapa yang obses untuk cerahkan kulit, you can try this product! :)

nih yang aku guna hari hari lepas cuci muka.

aku kan guna produk Kiehl's and Clinique. so, lepas aku dah cuci muka, guna toner, aku akan guna produk Hada Labo yang whitening lotion. yang botol biru tuh. dah lepas aku tepuk tepuk manja kat kulit muka, aku akan guna moisturizer daripada Kiehl's. 

untuk pengetahuan, orang Jepun yang gunakan produk Hada Labo nih, sangat pentingkan whitening lotion. bagi dorang Whitening lotion nih mampu melembapkan dan melembutkan supaya dapat meresap nutrisi pelembap dengan lebih berkesan. haaa, sekarang dah tau kan? yeayy! tiada keraguan lagi dah.

bagi aku, kalau nak guna whitening lotion from Hada Labo semata mata pun okay je. ini bagi orang yang malas, dan nak cepat sentiasa. hik hik hik. remember basic steps to have a good skin? cuci muka bersih bersih, guna toner, apply moisturizer. done! 

good luck. thanks for reading! :)

Sunday, December 9, 2012

Online Shop : WonderShoe

Assalamualaikum.

nak tau nak tau? kita ada jumpa website baru yang best untuk online shopping. saya sangat teruja tengok barang barang yang dia jual. kita selalu dengar wondergirl, wonderstruck, wonderwardrobe, wonderfultonight kan? tapi kali nih saya kasi korang dengar pasal wondershoe!!! 

nama pun wondershoe mestilah pasal kasut. takkan pasal baju pulak. okay apa yang best pasal wondershoe, kasut kasut yang dorang jual semua pun comel comel belaka. first time saya dapat tau pasal website nih, saya dah off computer, terus on balik habaq hang. memang sangat teruja. tapi kan, penjual kasut nih dari Indonesia. so, kalau nak beli kena convert USD lah. kiranya harga dia biasa jelah dalam rm79 siap postage. 

hari tuh adalah saya test test kalau beli banyak dapat berapa harga dia kan, saya pilih 5 pasang kasut then total harga hanya rm210 duit kita. kira oraite lah kan. haa, dah tak sabar ke nak tengok kasut kasut dia? bagi saya kasut dia sama je dengan keluaran China. dua dua pun home made tau. ok, lets check it out.


cute kan website dia? hahaha. yang pasti wondershoe hanya jual flats. flats je. takde heels or wedges. itu pasal saya suka. hehehe. nah ambik nih link website dia wondershoe.com. korang boleh cek sendiri mana yang comel comel tuh. kalau minat, beli lah. tak pun cuci mata je ker. 

nih tengah fikir fikir lah nih, nak beli yang mana satu. satu je masalah sekarang nih, nak kena guna credit card. pinjam abah punyalah gamaknya. hik hik hik. *ada lagi cara lain nak bayar. boleh cek kat website

p/s : perasan tak saya guna saya dalam entry nih? oh tidak! *tepuk dahi sendiri.

thanks for reading! :)

Friday, December 7, 2012

Hanis Zalikha ada rancangan baru lagi?

Assalamualaikum.

ini ha rancangan baru daripada blogger terkenal Hanis Zalikha. boleh KLIK SINI untuk tahu apa rancangan dia. bukan setakat dia je ada tau. Scha Alyahya pun ada jugek habaq hang. kat bawah nih aku ada letak video pasal program yang dorang buat. boleh tengok.

rancangan nih kira macam road challenge lah. dorang kena selesaikan macam macam cabaran untuk ke peringkat seterusnya. so, ada ramai lagi artis yang turut serta. ada 4 ke 5 orang tak silap. ramai lah tu kan? hahahak. ok tak lawak pun.

so, kalau korang nak tengok banyak lagi video pasal rancangan tajaan Petronas nih, boleh lah pi youtube cari video video dorang. tak pun, KLIK SINI je senang. 


thanks for reading! :)

DiGi Yes, Yes Yes.

Assalamualaikum.

mu nok tau banyok lagi pasa DiGi, mu pigi teruh website dio deh. DiGi.com.my


Woahhh! DiGi sekarang tengah hangat buat jualan internet dua kali ganda. bukan harga yang dua kali ganda, tapi quota yang dua kali ganda. harga tetap sama bro. aku rasa macam nak ambik sim card DiGi aku nak subscribe untuk internet. kalau korang belum ada sim card DiGi, boleh beli online keh. KLIK SINI kalau nak beli.

p/s : kalau uolls kaki bergayut sampai dahan patah, why not try line INI untuk dapat panggilan lebih murah dan dahan tak patah patah. hikhik.

Warna Bibir Macam Mana Jadi Pilihan?

Assalamualaikum.

*nak lipstick power power macam power root tongkat ali KLIK SINI.

seperti dalam entry sebelum sebelum nih, aku pernah cakap. ada orang suka ber-lipstick, ada orang tak suka ber-lipstick. aku category manusia yang suka ber-lipstick. kenapa? sebab aku taknak kelihatan pucat samada dalam rumah ataupun luar rumah. eh dalam rumah saya guna lipbalm jer tau. 

kalau aku, aku suka warna lipstick yang soft pink. itu yang paling ngam dengan aku. aku pernah jugak nak try warna warna pucat yang beyonce selalu guna tuh kan, tak ngam. aku rasa macam aku tak pandai guna gincu. fail to the max. hahaha.


nak lain siket pun, aku guna warna gelap. macam pure strawberry punya warna. itupun jaranglah aku guna. aku mesti jugak guna warna soft pink. barulah enjoy! hahahak. kat bawah nih adalah lipstick yang aku selalu guna.


satu daripada body shop (RM45.90). satu lagi daripada maybelline (RM39.90). yang maybelline punya best ouh. rasa vanilla kot. sedappp. hehehe. korang pernah try lipstick warna merah? aku tak pernah. tak berani pun. hahaha.

Kate ada sediakan lipsticks yang warnanya ala ala Hollywood habaq hang. pegi kat website Kate.com or Katerouge untuk tengok warna warna dia. dekat website dia, korang boleh dapatkan tips makeup secara percuma. so, apa tunggu lagi? cepat cepatlah belajar. 


untuk pengetahuan, Kate Rouge nih dia ada infused treatment untuk kekalkan bibir kita sentiasa lembap. so, kepada sesiapa yg selalu bibir kering tuh, boleh lah cuba jenama Kate pulok.

Thursday, December 6, 2012

Cover phone cute.

Assalamualaikum.

sejak dua menjak nih. aku asyik berangan pasal handphone sampai lupa nak update blog. sampai lupa apa nak tulis kat blog. disebabkan aku asyik fikirkan blackberry, note2 dan iphone, jadi aku nak update pasal cover handphone.

tau tak aku sekarang dah giler giler dengan corak tribal? tak tau tribal? lantak lah kau kalau tak tau. hahaha. tapi aku suka corak tribal untuk cover phone je. kalau dijadikan baju or tudung aku tak suka sangat. rasa sangat semak. bagi saya. kalau awak, saya tak tau pulak. hehehe *gelak tutup mulut.

aku suka yang warna coklat. cutee.

yang nih ada jual dekat instagram. rasanya ada banyak lagi manusia di luar sana jual cover iphone corak camnih kat instagram. untuk pengetahuan, korang boleh gak carik cover cover phone yang cute mute dekat MRuncit.com. ada macam macam jenis. ada yang dah macam dasar laut (banyak pearl), ada yang macam hipster, ada yang cartoon2. 

dekat MRuncit.com korang boleh main top-up top-up secara berbayar. nanti ada lah point point dia kasi. nak cuba? klik lah MRuncit.com

Tuesday, December 4, 2012

Online Shop : JualanMega USA

Assalamualaikum.


haaa nih dia ada online shop lagi yang perlu dikongskikan bersama. JualaMega USA nih seperti tertera di atas dia jual handbags, wallets and watches. apa yang pasti barang barang dorang nih direct daripada USA. thats why dorang boleh bagi harga yang agak murah. murah pun takdelah murah mana kan. still kopak gak lah duit nak membayo nyer.

mana taknya, kan dorang jual semua barang branded dan original. mana lagi tax dorang dari USA tuh. semua semua dah dikira, still lagi murah. lagi pun owner dia nih belajar dekat UK. that's why dorang boleh dapatkan barang barang murah untuk dijual kepada rakyat Malaysia. heh. kalau tak percaya cerita aku, baca sini


nah. tengok tuh. beg yang first tuh lawa. harga dia pun lawa jugak -,-. aku rasa aku nak beli jam tangan daripada JualanMega USA nih. masa aku tak berapa nak ada duit hari tuh, banyak sangat jam dia yang cute cute. tapi sekarang dah tak banyak dah. sedihhh :(

sebelum terlupa, JualanMega USA ada jugak buat pre-order untuk handbags. yang nih harga dia banyak yang beribu-ribu. tunggu i kahwin dengan Dato' dulu la kot baru boleh nak tempah suka hati kan. HAHAHA. 

so, kalau korang semua nak usha usha apa yang cantik kat JualanMega USA nih, boleh KLIK SINI.

Chubby Stick Clinique

Assalamualaikum.

baru je tadi dapat parcel yang aku beli kat Best Buy Malaysia. apa yang pasti warna yang aku nak tuh dapat dan rasa berpuas hati. nih ha chubby stick yang aku beli tuh.

colour super strawberry

warna yang aku pilih tak pinky sangat. dia gelap siket. kang kalau aku guna yang pinky rasa pelik pulak kan. warna dia sebijik lah macam dalam gambar nih. bila aku guna tak bertukar pun warna dia. berbaloi lah aku beli rm28 jer. hahaha. 

apa yang pasti dia punya packaging tak sama dengan yang 3g punya. so, aku anggap je benda nih sample. memang pendek je dia punya stick. penutup pun plastic je weh. kalau yg betul punya sama macam bontot dia. yang nih made in Canada. okay lah.

hmm. ok lah. hmm ok lah. buat lip balm je kat rumah.

Monday, December 3, 2012

Maxis Wireless Broadband Plans

Assalamualaikum.

nak tau maxis ada plan baru untuk internet. bagi aku harga plan yang ditawarkan agak murah berbanding dengan plan yang lain. RM48 sebulan untuk 3GB tau. bukan 1GB or 2GB. kira berbaloi lah kan guna plan yang baru nih. 3GB dia divide kepada dua. 1.5GB sebelah pagi. 1.5GB lagi sebelah malam. so, kalau kita asyik guna pagi je, malam masih ada balance kan. 

tak paham? contoh lah kan kita download video waktu malam so dah habis lah dia punya quota. jangan risau internet masih lagi laju untuk sebelah paginya. so, kita boleh adjust masa kita bila kita perlukan internet yang banyak dan siket. kalau setakat nak on twitter je apalah sangat kan. kira siket lah tuh. kalau nak download video banyak lah internetnya. hape punya bahasa ko ni syahhh.

okay. senang cerita awak awak semua tengok lah kat bawah nih ha package dorang.


amacam? menarik minat tak? kalau dah tertarik jom lah tukar ke plan maxis wireless broadband plans. korang pun boleh jugak beli quota untuk tambah. mana lah tau kan tetiba dalam sebulan tuh terlebih guna belum sempat habis sebulan dah lembab internetnya kan. so boleh tambah quota secara online. 

korang boleh pegi ke website maxis atau terus je KLIK SINI untuk tau harga kalau nak tambah quota. minima rm8. maxima rm30.

Saturday, December 1, 2012

Review Best Buy World Malaysia Online Shop.

Assalamualaikum.

memang blog aku nih, aku suka review online shop. kali nih, nak review pasal Best Buy World Malaysia pulak. pernah dengar tak online shop nih? kalau tak pernah dengar tak pernah baca, marilah baca kat sini :D

aku lupa macam mana aku boleh singgah kat website nih. apa yang pasti website nih jual barang barang branded. memang aku sangat teruja weh tengok barang barang dia. aku paling suka part Skin Care. Skin Care yang aku guna dia ada jual. murah sangat. tak caye?


ko tengok tuh, murah kan? biasa beli RM83 tetiba dapat RM70 jer. tak percaya lagi?


tengok! rm28 jer tauuu. TAPI. korang jangan pulak tertipu dengan apa yang dipamerkan. ye memang murah. tapi cuba cek dengan yang original punya. contoh macam kat Chubby Stick tu dia tulis 1.2g kalau original 3g. that's why dia boleh murah. and cuba korang tengok yang ini pulak.


yang nih Turnaround Concentrate Extra Radiance. kalau original dia 30ml rm200 kalau 50ml rm280. kalau yang kat Best Buy World Malaysia dia jual 7ml x 5 = 35ml bersamaan rm128. yang dorang jual nih hanya sample. sample ye. semua kotak kotak dia sample. aku kan selalu minta sample kat Clinique so aku tau lah. hehehe.

ape yang menghairankan aku, bukan ke sample tak boleh jual? aku dah check semua sample yang aku ada. semua ada tulis not for sale. not for sale. itu yang aku pelik. murah tuh memang lah murah. aku pun ada gak beli Chubby Stick dia tuh. hehehe. untuk pengetahuan, company dorang nih dari HongKong tau. so, aku pun dah sangsi dah nih. apa apa pun, terpulanglah kepada korang nak percaya ke tak. aku tetap gak beli. hahaha. 

oh ye lupa pulak. dah cerita panjang panjang lupa nak letak link untuk Best Buy World Malaysia nih. boleh lah korang melawat lawat page tuh ye. usha usha apa yang patut. hehe. good luck :)

p/s : nak lebih banyak online shop, boleh KLIK SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com