Thursday, December 29, 2011

Hada Labo.

Assalamualaikum.

di kala malam yang sunyi ini (nampak beno nipunyaa) aku nak habaq mai pasai Hada Labo. tau tak hada labo nih apa? let me tell you olls. hada labo nih satu produk kosmetik dari negara Jepun. kira nombor satu dari Jepun la. aku tau benda nih pun daripada kawan aku Erina dengan Ili. konfem korang tak kenal kan. hahaha. dorang lah yang show off guna produk nih depan aku sambil tepuk2 muka dia.

aku ada warna biru.

ok, fungsi produk nih. dia ada 3 kategori. ada botol biru, putih dan merah. aku tak sure function merah tuh apa. yang aku tau putih untuk kulit yang hydrate dan biru untuk whitening. aku ada beli dua barang daripada hada labo. satu moisturizer and satu lagi lotion. kt botol tulis lotion la tapi aku rasa dia macam toner jer pun. cara nak guna dia sume ada tulis kat botol tuh. boleh dapatkannya di watson ataupun guardian yang berdekatan dengan anda.

berbalik kepada fungsi produk hada labo nih. aku nak fokus pada botol biru iaitu whitening. seriously, memang putih kulit ko dia bantai. kan kulit aku terbakar lepas naik ke bukit botak minggu lepas, so aku belilah produk nih untuk kembalikan warna kulit asal aku nih. baru 1 minggu lebih aku guna, dah hampir hilang belak muka aku nih. nampak tak keberkesanannya? haaa hebatkan hada labo. mana taknya weh, dia kasi double whitening kot. memang cepat lah kan putihnya. you can try it girls. 

pasal harga, tak mahal. kira standard lah. dalam RM45. 170ml. berbaloi lah kan. benda nih pakai 2 kali sehari. sekali pakai guna 2 titik je. tapi aku guna 3 titik. hahah over. benda nih pun tak payah guna kapas just letak kat tapak tangan pastuh sapu kat muka. sangat mudah. apa tunggu lagi? grabbbb la kat guardian. jangan beli kat watson weh, mahal doh. hahaha.

aku ada yg bawah sekali tuh. yg bentuk kotak tuh.

p/s : produk nih sangat sesuai untuk orang yang obses untuk putihkan kulit. lagi satu, aku memang suka gelapkan kulit tapi bukan secara original. hanya pakai makeup je aku suka gelapkan kulit. aku paling suka warna kulit macam Beyonce and Jennifer lopez. awesome!

related entries :
1. Hada Labo Make-up Remover Oil
2. Hada Labo Again

Sunday, December 11, 2011

Foundation Naturactor.

Assalamualaikum.

mesti korang pernah dengar kan foundation naturactor nih? kalau yang tak pernah dengar, meh sini aku kasi ko dengar. hahaha. pasal foundation nih, bagi aku, aku SANGAT suka dengan hasilnya. hasilnya sangat lah yang aku idam2kan. tak berminyak, tutup semua jerawat2 halus dan smooth. produk nih daripada jepun. walaupun daripada jepun, ianya bagus ok. 

aku kan suka try produk-produk make-up nih. so, aku dapat compare lah apa bezanya. sebelum nih, aku pernah guna foundation SilkyGirl, BC Color, dan Loreal. yang SilkyGirl tuh memang out lah kan. then try BC Color cam apa je. tak smooth. Loreal orang kata bagus. then aku try. aku beli RM59 kot. harap mahal je lebih tapi berminyak. bila pakai tuh, nak kena letak bedak banyak2 supaya hilangkan minyak tuh.

tapi bila aku cuba Naturactor nih, aku dah rasa cam nak jual yang foundation Loreal tuh. masih banyak lagi. ada sesape penggemar Loreal ke kat sini? meh kasi tau aku siket. aku nak jual RM30. daripada biarkan dia beku baik aku jual kan? so, tak membazir. 

aku baru-baru je try Naturactor nih, baru minggu lepas start. bila pakai tuh kan, tak payah nak letak bedak banyak2. layang2 jer. nampak sangat natural. aku pakai, tapi kawan aku tak perasan. terbukti naturactor menaturalkan muka orang. ahaks! mana aku beli? aku beli online. hahah. 

awas! ada peniruan tau Foundation Naturactor nih. ada yang daripada China, ada yang daripada Jepun. original dia Jepun. beza dia, kalau yang ori takkan ada kotak. i mean, kalau beli akan dapat seketul je. kalau yang ada kotak, itu yang palsu. dia hanya keluar packaging satu kotak ada 10 biji benda nih. tuh je. untuk keterangan lanjut, klik SINI

aku punya code 151.

link yang aku kasi tuh, kat orang tuh yang aku beli benda nih. so nice so nice. hahaha. selamat mencuba.

Nokia E6

Assalamualaikum.

ok i decided. i want Nokia E6. hikhik. abang aku EG, suggest E5 kalau nak murah, dan semua ada. tapi bila aku fikir balik baik ambik E6. harga dia memang ada beza banyak siket lah. E5 dalam RM550++. E6 harganya dalam RM760++. walaupun harga dia mahal banyak, tapi perbezaan dia pun banyak. 

beza dia dari segi macam camera E5 5 pixel, E6 8 pixel. beza-beza macam tuh jer. then ada banyak lagi lah spect yang menyebabkan aku dah tak senang duduk dengan E6 nih. haa ada satu lagi sebab yang kukuh iaitu ketahan batery dia. mostly, model nokia E batery dia tahan. aku kan malas nak charge handphone. so, kalau setakat biar camtuh je dalam 3 hari pun tahan.

pasal macam mana aku nak cekur duit untuk  beli phone, aku dah fikirkan. dah cai habis dah. insyaAllah jangka masa aku nak beli tuh tepat. hikhik. lagi satu, ada gak kawan2 aku soh aku mintak duit kat mak abah aku untuk beli handphone. for your information, duit yang abah aku selalu bagi aku beli makanan. itu yang abah aku pesan. aku rasa sangat bersalah untuk guna duit yang dia bagi dengan membeli benda-benda lain.

so, duit yang aku akan beli phone nih, duit yang aku simpan dan duit yang aku cari sendiri :)
meh klik link nih untuk info pasal Nokia E6. http://www.gsmarena.com/nokia_e6-3717.php

Saturday, December 10, 2011

BlackBerry vs. Nokia.

Assalamualaikum.

rasa macam lama sangat dah tak update blog. #ehyeke? 
entry yang nih, aku nak cerita pasal handphone. aku nak tukar handphone weh. masalahnya aku tak tau nak tukar kepada handphone apa. jenoh dah aku fikir. tetap tak dapat idea nak handphone apa. mungkin terlampau banyak pilihan yang ada sampai aku pun confuse sendiri. 

aku nak tukar handphone bukan sebab nak show off ke apa. tapi handphone aku yang nih dah macam mintak penampo banyak kali. hari ke hari dia membuat hal. lepas ini, ini. lepas itu, itu. sedih aku. kot ye pun, sabar la tunggu tahun depan. handphone aku nih dah tak kuat tarik line. bayangkan, masuk je kelas emergency call. nak kena off hp tuh banyak kali baru ada line balik.

bukan tuh je, kalau guna camera, sekali ko ambik gambar pastuh dia terus close application camera tuh. then, kena restart balik. screen dia, dah ada line kat bahagian atas. hari demi hari, menjadi semakin lebar. button no 7 kena tekan lebih 10 kali baru nak keluar nombor 7. itu baru setakat hari nih la. esok2 aku tak tau apa jadi lak. kalau nak jadi pun, tunggu la dalam bulan 2 atau 3. jangan sekarang.

aku kalau tukar handphone, aku nak yang ada camera yang cantik, sound yang best, Wi-Fi, dan GPS. dalam otak aku hanya ada brand Nokia dan BlackBerry. aku taknak pakai SonyEricsson sebab dia takde quality. i mean, handphone dia nih sangat sensitive. jatuh siket, camera dah tak sharp dah. jatuh banyak kali, jadilah mcm handphone aku sekarang. awal tahun baru cina nih, genaplah 3 tahun aku guna SonyEricsson K770i. 

jadi aku nak mintak pendapat korang kalau korang tau la kan. apa handphone yang bagus dan tahan lama. sebagai seorang student, aku hanya boleh spend duit untuk handphone yang harganya RM500-RM700. so, bagi lah aku model-model apa yang bagus dan harganya sebegitu. yang paling penting ada GPS ok. hikhik.

aku macam dah tersuka dengan Nokia E6 nih la pulak.

p/s : aku prefer Nokia kot.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com