Tuesday, November 29, 2011

aku suka notebook aku.

Assalamualaikum.

cuti semester kali nih semua perasaan aku ada. happy, sedih, nangis, beronggeng. semuanya lah. untuk sem nih, lima kali kot keluar dengan kawan-kawan. yang terbaru hari ahad hari tu keluar dengan Raje. aku sebenarnya nak tunjuk barang-barang yang aku beli sepanjang cuti semester nih :D
*teserlah show off di situh.

abah kata aku nak jadi mak datin beli handbag camnih. beg nih, sekali pandang aku dah jatuh cinta. mak aku pun suka :)


abg long aku kutuk nih slipper jamban. 

kasut yang selesa untuk dipakai.

cute tak notebook aku? hehe

elianto blush.

Pixy.

beg murah je. beli kat TS. 

esok aku akan balik ke UiTM yang sentiasa di hatiku tuh. maka bermulalah semester yang baru. harapnya semua akan berjalan dengan lancar. niat baru, azam baru, usaha baru dan doa baru. mudah-mudahan termakbul segala benda yang aku inginkan :)

p/s : ada banyak lagi yang aku beli. aku pun dah lupa.

Monday, November 28, 2011

Keinginan #3.

Assalamualaikum. 

keinginan aku yang ketiga adalah nak buat bisnes. Haha. Mungkin ada yang akan gelakkan aku. Tapi kan aku memang minat sangat nak berniaga. Daripada aku zaman sekolah lagi. Rasanya minat nih betul-betul ada dalam diri aku masa aku form 5. Aku tak ingat lah aku pernah cakap ke tidak kat kawan-kawan aku. Yang pasti aku memang minat ngan bisnes. 

Mungkin sekarang nih aku salah masuk kos. Sepatutnya aku ambik Business Study tapi aku ambik apa, Public Admin. Entah aku pun tak tau kenapa jadi camni. Haha. Bagi aku bisnes nih hanya sampingan. So, aku rasa tak perlu nak ambik kos DBS. Kalau nak jadi pandai berbisnes pun, aku rasa boleh duduk kat kedai orang yang berniaga apa yang kita nak niagakan tuh. Boleh jadi pandai punyalah. 

Sekarang nih pun, aku mula berjinak-jinak untuk berniaga. Mak abah aku heran kenapa aku tetiba minat nak berniaga. For your information, masa aku darjah 1 ngan 2. Aku pernah tolong kawan aku jualkan ice-cream kat sekolah. Then, masa darjah 3 aku jual sticker dragon ball kat kawan-kawan lelaki aku. Jual gula-gula lah. Hahaha. Baru aku sedar yang aku nih minat berniaga. 

Sebenarnya aku teringin sangat-sangat nak bukak kedai kain. Senang citer butik lah. Kalau lah cita-cita aku nih tercapai, aku nak jual kain-kain ela, blouses, tudung, baju kurung dah siap, dan sebagainya. Inilah hajad aku suatu hari nanti. Aku nak bukak butik. Dulu time kecik-kecik, mak aku tanya aku nak jadi apa, aku jawab aku nak jadi tailor. Hahaha. Tapi macam tak dapat je. Leceh ar. Dah tuh kena rajin. So, aku decided jual kain lebih berhasil kot. Haha. 

Actually, sape yang pandai jahit labuci lebih beruntung kot. Serius sangat untung. Bukan semua ada masa nak menjahit weh, dorang kebanyakkannya nak ready made je. Nak senang. That’s why aku cakap kalau sape pandai jahit labuci sangat untung. Tapi aku taknak buat benda nih, leceh. Nak kena tekun. Rasanya meniaga kain pun dah okay. haa lepas tuh cari suami jual karpet. perhhh ngam habis!

Rasanya tuh jelah pasal keinginan #3 aku kali nih. Hehehe.

Saturday, November 26, 2011

Sale hujung tahun.

Assalamualaikum.

semua orang tau yang bila hujung tahun akan ada sale yang giler babeng boom ke babo. aku salah sorang mangsa sale mall-mall yang ada. memandangkan hujung tahun aku hanya di Sabah, aku mungkin shopping di sana je nanti. hoho sesungguhnya aku memang giler shopping. 

tapi kan, korang jangan salah faham ye. aku dah taknak shopping baju ke, handbag ke, kasut ke. RASANYALAH. hikhik. aku tengah giler nak shopping body and face care. yup. barang-barang macam nih yang aku tengah tunggu ada sale. tolonglah Sasa ke Face Shop untuk sale berabis. please please. 


aim aku di faceshop hanyalah BB cream Face it. macam best je. banyak info yang aku dah baca, semua kata best. so, i want to try it. TAPI kan harga promotion dia RM129.90. ada BB cream SPF37 PA++(40 ml) + One-step BB cleanser (100 ml). dekat FaceShop kalau beli barang lebih pada RM120, boleh dapat percuma set kotak kosmetik ataupun set berus. dah konfem la kalau aku beli BB cream nih aku ambik set berus kan. hahah.

masalahnya even promotion pun still mahal kot. aku bukannya bekerja pun. so, abaikan sahaja. tapi tak tau lah mana tau hajat aku nanti tercapai jugak ke kan. tetiba ada pos laju datang depan rumah hantarkan duit. perhhh. berangan habis. pasal BB cream nih. aku dah banyak usha brand brand yang ada.

semalam, aku pegi tengok kat Sasa. banyak lah produk dia. ada tester. best doh. yang aku test semalam BB mousse pure mineral daripada Maybelline. fungsi dia kasi tutup liang-liang roma. then, aku try foundation Loreal perfect match. aku sapu kat dua2 tangan aku. bezanya kan Loreal foundation lagi bagus. orang kata liang roma tertutup lebih rapi.


TAPI, BB mousse tuh bagus untuk orang yang mempunyai kulit dah sedia kala licin. sangat bagus pakai BB mousse nih. lepas tuh BB mousse nih sangat natural. tak tipu. aku try sendiri ye. dah lama aku nak beli benda nih. harga dia RM54 something. so, tunggu lama lah jawabnya. kebiasaannya orang akan pakai foundation then pakai BB cream. supaya kulit nampak lebih palsu. eh tak. supaya nampak lebih licin.

lepas tuh tadi aku ada tengok Tia Amelia punya sunblock/foundation. cantik ouh. itu pun dia kasi tutup kulit yang mana ada jerawat kecik-kecik. malah dia ada sunblock gituh lorh. lupa pasal BB. kalau orang kulit cantik, just pakai BB cream then compact powder. dah cantik gilerzz dah. tak percaya? cubalah. 

sebenarnya, matlamat aku nak beli BB cream. hati aku merasakan jenama Face it dengan Clinique yang bagus. nih hati aku yang cakap la. tapi macam nak try Maybelline punya je. sebab dia lebih murah dan sesuai untuk student. yeahh. pape pun, tengok lah camne. ada rezeki, ada lah BB cream nih.

p/s : sekarang nih, asal aku kuar je, aku akan cuba pakai barang-barang make-up yg aku ada. kalau tak, membazir lah kan aku beli tapi tak pakai. nanti kang keras gitu hal je. 

Shopping Online #2

Assalamualaikum. 

Ramai kawan-kawan aku tau yang aku memang suka shopping online berbanding shopping di mall-mall yang ada. Aku sendiri pun tak tau kenapa. Aku ada banyak pengalaman mengenai shopping online nih. Cehh membajet doh. 

Apa yang aku nak cerita nih, shopping online nih ada jugak keburukan dia. Basically, ramai yang tau lah kan apa dia keburukannya. Shopping online nih apa yang pasti kena pandai pilih dan pandai mencari. Kalau tengok kat facebook tuh, macam-macam ada. Kekadang ada yang macam haram. Yang macam orang tuh tak serius. semua nak kena tanya satu2. berapa harga dia? material dia macam mana? kekadang tuh yang tak jawab pun ada.

For sure, kena tengok penjualnya. Info pasal barang-barang yang dijual. Kalau yang tak tertulis detail pasal barang dorang tuh, better tak payah beli kat orang tuh. Kalau orang tuh jual barang dengan detail barang sekali, itu boleh dipercayai. For me, it’s better for you to buy from person not company. Ada banyak jugak company-company yang jual barang online. Kalau beli dengan dorang nih, ko tak boleh nak mintak discount tau harga dia. 


Tapi kalau beli dengan orang, ko boleh tawar2 harga. Tambah-tambah lagi penjualnya tuh orang melayu. Mostly, kalau yang melayu nih banyak di facebook la. Kalau di website nih jarang. Kalau company yang jual, dorang suka jual mahal-mahal tau. Mahal dia tuh bukan siket, kalah-kalah harga di kedai. Belum lagi masuk harga postage. Tak berbaloi kalau beli pun. 

Beza antara company dengan individu biasa yang menjual secara online adalah choices. Company lebih banyak pilihan. Tapi kalau individu biasa majority hanya ready stock yang dorang jual. yang bestnya company nih, dorang detail gilerz. ko tak payah nak tanya2 cam orang bodoh. ko tak baca habis, ko tanggung la akibatnya. dah 2 kali aku tersalah pilih barang. bahana tak baca habis. #belajardaripadakesilapan

Pasal makeup pulak. fuhh yang ini lagi dasyat. macam-macam ada. yang top Benefit dgn MAC. banyak yang aku dah search sume itu2 jugak yg dijual. bezanya mahal ngan murah. aku pernah la try beli tau. ada dua rasanya. satu mascara dengan compact powder MAC punya. sumpah tiruan. dia bukannya second ori. ingatkan second ori tau. sekali haram J lah kan. haha itu pun aku saje-saje try. tak cuba tak tau kan. and conclusion pasal makeup, as a student better beli yang biasa je biasa je. contoh Maybelline.

Maybelline nih kira average la. nak kata cikai tak cikai sangat. nak kata gempak tak gempak sangat. just nice. kalau nak advance siket boleh la cuba ellianto. aku suka dia punya blusher. wuhuu. walaubagaimanapun, M.A.C lah orang tak boleh kasi kalah kan. tak payah la nak beli MAC online ke kedai2 ke. nak beli, beli kat boutique dia terus. dah konfem original. kulit pun tak terjejas. eh lupa beware tau nak pakai cosmetic banyak sekarang dah bukan-bukan. silap-silap boleh masuk hospital. hehe.

Kesimpulannya, kita kena pandai pilih barang kalau nak beli online nih. Ada barang yang boleh beli, ada barang yang tak boleh. Depends on the price. Kalau rasa ok, beli. Kalau takde, tak payah lah. 

p/s : cara senang untuk pembayaran online nih, gunalah CIMB Clicks atau Maybank2u.

Friday, November 25, 2011

kisah hari nih.

Assalamualaikum.

aku hanya nak cakap :

aku sangat penat hari nih, tapi rasa berpuas hati itu dapat mengatasi segalanya :)

Chillax.

Assalamualaikum.

lately entries aku macam tak puas hati je. sedih-sedih la apa lah. ok lepas tuh lepas. blog aku nih kan dah jadi macam diari aku dah. biarlah yang berlalu tuh. sekarang dah ok dah siket. bak kata sepah "barang yang lepas jangan dikenang"

so, esok hari Jumaat. macam-macam aktiviti aku nak buat. family aku pun esok sibuk sesangat. esok jadualnya abah, mak, abg long dengan eg akan ke hospital selayang untuk buat appointment pasal mak. then, pegi rumah paklong aku untuk berJumaat di sana. lepas Jumaat dorang akan ke tasik puteri. itu dorang.


kalau aku pulak, aku akan ke KL dengan farahana. kami pegi sana sebab nak bershopping. nak habiskan duit. eh tak, nak beli keperluan. ceh bajet. dalam otak aku nih dah ada macam-macam nak beli ye. mak, jangan terkejut esyah bawak banyak barang. hahaha. destinasi mana nak pergi? tak sure lagi. macam banyak tempat nak terjah. mungkin 3 tempat nnt aku bawak si fana. aku yakin dia tak kesah kalau aku nak angkut dia ke mana-mana. hahah. 

hari nih, lutut aku sebelah kanan sakit. macam lebam. tekan je sakit. tak tau kenapa. kata abg aku, entah2 ko malam tadi mimpi gaduh tak? lepas tuh terhantuk kat dinding. mungkin kot. takpe, plan tetap jalan seperti biasa. enggak bisa ditangguh.

p/s : orang kata shopping tuh satu terapi.

*post yang sebelum nih, takde kena mengena dengan kawan. saya tak tipu. muka serious giler nih.

Wednesday, November 23, 2011

Assalamualaikum.

Rasanya dah 3 hari 3 malam aku tidur atas kerusi duduk. badan nih taknak pulak dia sakit sebelum sebelum nih kecuali hari ini. bayangkan, aku tidur atas kerusi dengan cara kedua2 tapak tangan aku letak bawah peha. aku duduk atas tapak tangan aku la senang cerita. then, kepala aku tunduk. ala macam mr. bean buat tuh. hahaha. sekali, lepas 4 jam aku tidur, semuanya kaku. aku tak boleh nak bergerak langsung selama 7-8 minit. giler arhh.

cerita pasal mak aku. keadaan dia sebelum nih doktor cakap hanya 25% jer harapan untuk hidup. tengok keadaan dia pun masa tuh hanya bergantung pada mesin oksigen. tanggal mesin oksigen, jalan la terus. kalau tak takkan la sampai doktor suruh semua ahli keluarga masuk jmpa mak. tak payah pakai pas apa sume. betapa kritikalnya keadaan dia.

sehinggakan pada satu malam. mak aku dah mula sedar. tapi tak sepenuhnya. dia macam mengamuk sampai tangannya kena ikat supaya dia tak tarik tube2 tuh. then, subuh tuh dia dah boleh bukak mata. aku lah yang panggil nama mak. bisik kat telinga dia nama dia semua la. then, dia pun dah boleh bukak mata. alhamdulillah. abah aku sebelum tuh, sampai dah suruh prepare kalau2 mak aku dah takde.

satu keajaiban weh mak aku sedar dengan cepat then dah keluar hospital dah pun. ada kat rumah dah pun. boleh sembang-sembang dah. bersyukur sangat-sangat. sekarang nih, aku still jaga mak aku di rumah. hari-hari aku pesan jangan susah hati, kena kuat semangat, ingat tuhan. itu jer. so, keadaan mak aku sekarang semakin pulih.

doktor pun kata dia tak pernah jumpa patient yang macam nih. pulih secara drastik. kira ok lah. pasal kuliah aku balik hari rabu minggu depan. tiga puluh hari bulan sebelas. bercuti panjang lah aku. tapi takpe demi mak sendiri berkorban la siket. mak bukannya boleh cari yang lain kan. mak hanya seorang saje. terima kasih la pada sesiapa yang mendoakan kesihatan mak aku pulih. syukur banyak-banyak.

Wednesday, November 16, 2011

Assalamualaikum.

cuti semester dah hampir tiba. so, aku takdelah excited nak balik ke sana. rasanya hampir setiap semester aku takde langsung perasaan excited nak balik ke sabah tuh. so, flight aku hari sabtu tengah hari nih. diharapkan semester ke empat nih lebih menyeronokkan dan membahagiakan aku. InsyaAllah.

so, this week agak menghibakan sedikit. mak aku masuk hospital sebab esophagus dia ada rosak siket. puncanya daripada hati dia yang ada luka siket. that's why dia muntah darah. masa bulan Jun hari tuh masa aku dah masuk semester ke-3 mak aku sakit yang sama. yang itu aku menangis. mungkin aku tak kuat masa tuh. teresak-esak aku menangis. fiza yang meneman.

actually, yang masa tuh tak teruk. tapi kali nih, keadaan dia lebih teruk. tengah hari tadi dia pengsan. doktor dah gelabah. so, dorang masukkan wayar-wayar yang banyak yang aku sendiri pun tak tau apa bendanya tuh. tadi pegi melawat pun mak aku still dalam keadaan yang tak sedarkan diri daripada tengah hari tuh. semalam aku tinggalkan mak aku siap boleh ketawa-ketawa lagi.

tapi hari nih apa yang jadi? berselerat dengan wayar-wayar. tak dapat nak bercakap pun apatah lagi ketawa. aku takde rasa nak menangis ke meraung ke apa. aku dah belajar untuk terima kenyataan dan bersabar. aku hanya berharap agar doktor ngan nurse kat sana tuh jaga mak aku dengan elok. aku ingat aku nak tunggu mak aku malam nih. tapi aku ubah fikiran aku cakap ngan abah aku nak balik rumah.

bukan tak kesian ke apa, aku lagi takut tengok keadaan mak aku macam tuh. masa mak aku dimasukkan hospital masa first day tuh aku temankan. masa tuh lah aku tengok mak aku elok belaka. cuma masukkan darah dengan air je. tak sangka pulak hari nih lain jadinya. tapi doktor kata, keadaan dia boleh dikawal dan tak perlu risau sangat.

abah aku pulak cakap, pasal kematian. actually, dia cuba nak bagi aku semangat untuk terima kenyataan sekiranya berlaku apa-apa yang tak diingini. aku akan lebih kuat kalau takde sesape yang cerita benda macam tuh kat aku. sebak pun aku takkan ada. tapi, kalau cerita pasal kebaikkan mak, jasa mak, sebulan kerja aku melalak jer. kalau boleh juga, aku tak suka orang tanya aku "eh, mcm mana keadaan mak?" "makuda macam mana?" "makandak mcm mana?" den raso sobak aih.

dan kalau boleh, bila dah jadi macam nih, tolonglah jangan cerita benda yang sedih-sedih. mak aku demam pun, kerja aku melawak je dengan dia. memang orang kata macam tak kesian. nak bersedih memanjang kalau sihat tak apa. nih mcm tuh jugak. lebih baik menggembirakan hati dan berdoa banyak-banyak. 

tapi hati aku langsung takde rasa risau yang teramat. aku cuma risau "mak aku nanti camne dia nak jalan ke tandas? sape yang jaga dia" itu je perasaan yang ada sekarang. bila tengok dia tadi, rasanya aku pun tak boleh nak buat pape. serah jela kat doktor untuk mengubatnya. mungkin mak aku pengsan sebab keadaan dia yang lemah. dia daripada hari ahad hari tuh tak lalu nak makan. badan dia kurang tenaga. lepas tuh doktor tuh balik2 cocok dia sana sini. 

aku geram weh bila tengok doktor2 tuh buat camtuh. tu pasal aku taknak duduk kat sana. lagipun, dekat tempat mak aku tuh sumenya keadaan kritikal. buatkan aku lagi takut. baru kejap tadi, akak aku call. gaya cakap macam mak aku dah pergi. please lah jangan takutkan aku macam nih. serba salah weh. aku tau, anak perempuan boleh tunggu dengan mak dia kat hospital. masalahnya, aku tak boleh nak buat apa-apa pun kat sana.

malah menyusahkan doktor2 untuk buat kerja. berselerat wayar dia. please lah jangan takutkan dan buat aku serba salah. abah aku pun suruh aku balik. doktor sendiri cakap kalau tak temankan pun takpe. buat aku nangis jelah. ishh.

Tuesday, November 15, 2011

Ingatan untuk diri sendiri. Orang lain nak ikut, boleh saje.

1. Niat nak jadi anak murid dan sentiasa belajar. Hentikan perasaan bahawa kita lebih baik dari orang lain. Setiap kali kita mencari kesalahan orang bererti kita ada banyak keburukana dalam diri.

I admit, I always do this. Astaghafirullahala'zim.

2. Hasil kehidupan kita hari ini ialah keputusan pilihan kita hari ini. Jika ingin mengubah esuk hari buat pilihan lain esuk dan muhasabah diri malamni dan niat nak ubah diri semakin baik setiap hari.

I hope I can change myself to be a better person from now on. InsyaAllah.

3. esuk niat nak perbaiki diri sampai tak punya masa dan tenaga nak tahu hal orang lain. Lihat chanel apa kita mula lihat esuk. Itulah kita. Buku apa kita baca itulah kita. berita apa kita dengar dan baca itulah kita, Jom jadi orang baik esuk insyaAllah

Benda yang paling aku nak ubah untuk langkah pertama adalah JANGAN MENGATA HAL ORANG. ohho smashh giler doh.

from : Prof Dr Muhaya.

Monday, November 14, 2011

ohh roomate.

Assalamualaikum.

I want to tell you about my future room mate. alaa bakal room mate I yang awesome tuh. eh takde lah awesome giler kira boleh la. hahaha. ok, let's start. next semester, my room mate is SRN. aku sangat tak sangka yang aku akan menjadi room mate dia. seriously. yela, mana taknya 3 semester aku duduk kolej tak pernah aku dapat sekelas, serapat yang macam nih. aku kira dia nih best friend aku di sabah la. I mean, she's more understand me than other Sabahan friends. 

macam mana tak faham kan kalau dah asyik bersama. hahaha. aku pun tau dia macam mana, dan dia pun tau aku macam mana. RASANYA lah. kalau daripada 10 tuh, mungkin 6 daripadanya kami tau antara satu sama lain. selalu bercerita kan. hopefully, next sem kami lebih bersepakat, bersefahaman, bekerjasama dan tolak ansur antara satu sama lain. sandra, ko faham-faham jelah ye. hahah.

aku sebenarnya tak heran dia nih room mate aku sebabnya dia masa sem 3 pun dah jadi room mate aku. bezanya dia tidur tempat lain. maklumlah katil kt bilik tuh ada dua je. bukannya tiga. so, aku dah biasa dah dengan dia. makan sesama, pegi kelas sesama, belajar sesama. eh belajar ada ke? ahaks! tak kesah la sama ke tak, yang penting GPA dgn CGPA kita sama. eh tak lebih kurang. alah beza pun tak banyak so, kira sama jelah.

itu menunjukkan keserasian bersama. eceh ceh ceh. bab-bab yang itu okay la. tapi kalau nak ikutkan ada jugak la yang tak puas hati dalam sesetengah perkara kan. alah, aku tak perfect. dia pun tak perfect. so, diharapkan saling menegur lah antara satu sama lain. yang mana elok buat. tak elok jangan dibuat. heheh. overall, aku bersyukur dapat sebilik ngan kau Sandra.

p/s : Hafiza, aku harap kau searas dengan aku ok.

Friday, November 11, 2011

Keinginan #2

Assalamualaikum.

kali nih apa yang aku nak hanya dua benda. benda nih still jangka masa yang panjang baru boleh dapat agaknya. firstly, aku nak camera. aku taknak camera DSLR. aku tak tau kenapa aku taknak. mungkin sebab dia besar. apa yang pasti, aku mengharapkan ada camera DSLR yang nipis dan kecil. kalau letak dalam poket pun boleh. aku nak camera yang macam tuh. tapi canggih. biarlah dia tak sehebat DSLR, tapi hampir sama pun dah ok.


kenapa aku nak camera, sebabnya aku nak merakam. aku taknak beli videocam. sebab besar jugak. fahamkan keinginan aku. aku nak yang nipis dan kecil boleh masuk poket tapi canggih. that's it. antara contohnya ialah Canon Ixus. simple je. mudah dibawa. tak payah nak angkot macam DSLR. beg DSLR tuh dah mcm shoulder bag je aku tengok.

yang kedua, aku nak smart phone yang merakam hampir hebatnya dengan camera. yang pasti sony masih lagi belum ada kemampuan untuk sehebat dengan camera. nokia aku tak tau. mungkin ada. aku tak usha lagi. handphone nih payah siket nak dapat yang berkenan kat hati aku. aku kalau pilih handphone mesti sound dia best. camera mesti lawa. taknak nanti gambar berbiji-biji. dua benda nih aku sangat tekankan. 

kenapa aku nak smartphone yang boleh merakam dengan bagus, sebabnya kot-kot aku lupa bawak camera aku boleh guna phone. sejak dua menjak nih, kerja aku merakam je. daripada hari raya aidil fitri hari tuh. semangat doh. merakam gelagat family. sangat best weh! for sure, aku akan beli dua benda nih dengan duit aku sendiri. 

aku tak tau kenapa sekarang nih, aku tersangat lah serba salah nak mintak duit kat mak abah. sangat sangat! even duit aku dah takde langsung, aku diam jer. redha. haha. mungkin ramai yang kata aku bodoh sebab tak mintak kat parents. itukan tanggungjawab mereka. tapi aku memang macam nih. sangat payah nak meminta kat orang even parents sendiri. so, start from now kenalah berjimat-cermat.

Tuesday, November 8, 2011

Instanet.

Assalamualaikum.

aku nak jadi budak batak untuk entry kali nih. ok, aku baru je beli modem broadband. bukan baru tadi aku beli, minggu lepas kot aku beli. kenapa baru sekarang nak beli modem broadband? kenapa tak dulu. jawapannya senang. suka hati saya lah nyahh. ok, brand modem aku D-Link. dia aku rasa lebih kurang sama dengan CSL punya modem. rasanya lah. 

pasal dia punya sim card pulak. actually aku nak cerita mengenai sim card dia. bukan modem ok. modem dia bagus. laju. tak lembab macam celcom punya. bertahun nak tunggu baru nak elok. porahh lah kan. haha. kembali kepada sim card. aku ada survey DiGi, Maxis, dengan Celcom. apa yang aku boleh simpulkan Celcom lebih berbaloi-baloi. yang aku cari nih, bukan yang bayar bil punya. yang pakai topup punya.

so, aku survey lah celcom punya. yang aku tau sehari RM5, seminggu RM18. sebulan takde. TAPI dengan Instanet, ada sebulan. sebulan RM50. tak percaya? boleh klik Instanet. aku pun beli lah sim pack nih. harganya RM12.50. kalau kat Kuala Selangor, boleh beli kat kedai sebelah KFC Kuala. aku dah cuba. lebih laju siket daripada sim card handphone aku. mungkin sebab yang nih, mmg data user. so, dia lebih laju. MUNGKIN lah.

apa-apa pun, Instanet nih sangat bagus weh. aku beli pun sebab takut next sem aku dapat bilik yang takde WiFi. so, spare lah awal-awal. tak rugi pun kalau aku beli.

Sunday, November 6, 2011

Day 16 - Short term goals for this month and why

Assalamualaikum.

untuk entry kali nih, ini hanya angan-angan ok. tapi rasanya boleh dapat. daripada aku jugak. kalau aku nak beli, aku beli. kalau taknak, diam-diam cukup. 

1. blusher M.A.C original punya.
2. kasut converse warna merah kuning macam Johan Rajalawak *dia punya merah biru.
3. shoulder and handbag warna caramel brown. aku nak yang two in one.

tiga benda nih je yang aku nak. inilah tujuan aku nak pegi KL. tapi malangnya, mak abah aku tak bagi pegi sebab dia kata takde tujuan. sebenarnya abah, ni lah tujuan esya nak pegi sana. tapi tak boleh nak cakap kat abah. abah takkan faham nafsu perempuan nih macam mana. 

sebab utama aku nak benda nih, NAFSU.
kalau tak dapat pun takpe. den tak kesah.

Saturday, November 5, 2011

Malam Raya :)

Assalamualaikum.

arghh penatnyaa memasak. *aku tengah mintak simpati nih* arhhhh. tuihh. buat atok lah aku memasak kan. aku tolong-tolong mak aku je kat dapur. sediakan bahan2. lepas tuh merasa. yeahh! haha. aku kan sensitif siket bab-bab dapur nih. bukan apa, aku jenis malas kena dengan air-air nih lah. rimas aku weh. yang pasti aku tak suka sangat lah bab-bab dapur. kalau terpaksa, baru buat. selagi ada option, nehi he.

sebenarnya, aku nak cerita pasal result yang baru-baru nih hampir semua orang kecoh pasalnya kan. Alhamdulillah aku berhasil meningkatkan 0.53 untuk GPA aku. malangnya, CGPA aku tetap juga tak sampai 3. hal ini disebabkan *serupa karangan bahasa melayu da* masa part 2, result aku jatuh meredum bagaikan menara America yang dilanggar kapal terbang. jatuh sebanyak 0.33 daripada result sebelumnya. disebabkan itu, aku perlu berusaha lebih gigih lagi pada sem hadapan agar CGPA boleh jadi 3++

secara detail, aku target result aku 3.4 sharp. tapi, ada beberapa subjek yang lari daripada target. contohnya, BEL311 aku target B+ tapi dapat B. ECO211 aku target A- dapat B+. archery aku target A dapat A- *yg nih paling tak patut kot*. LAW245 aku target C+ tapi dapat C. semua turun setakuk kot. mungkin sebab tuh lah aku dapat 3.2 jer. memang ada sedikit hampa dan kecewa.

tapi, selepas mendengar tazkirah daripada Aien aku rasa aku tak sepatutnya kecewa dan hampa. dia cakap dia ada dengar ustaz Fathul Bari bagi ceramah "sabar separuh daripada iman, syukur separuh lagi daripada iman" aku tak penah dengar pun yang syukur tuh separuh daripada iman. masa Aien cakap baru aku tau. so, aku decide lebih bagus aku bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada. 

atau kata nama lainnya, redha. mungkin aku kurang usaha. usaha aku tak sampai 100% tuh pasal aku tak dapat apa yang aku nak. dan mungkin juga, aku ada terlupa kepadaNya. lupa akan perintahNya. sebab tuh, tak dapat apa yang kita nak. orang kata, usaha dan doa haruslah seiring. mungkin aku hanya usaha tapi takde doa. siapa tahu. yang penting redha.

yang lepas tuh lepas. dah tak boleh nak buat pape. nak menyesal pun dah tak guna. bukan boleh ubah pun. so, aku hanya tinggal 2 sem je lagi. pandai-pandailah fikir macam mana nak kasi kena itu no 3 sampai grade. aku tau mak abah aku still tak puas hati dengan result aku. at least aku dah mengembalikan kepercayaan dorang terhadap aku yang aku sebenarnya bukanlah bodoh. 

semester dua betul-betul menyedarkan aku yang aku tak boleh main-main di Universiti. semester tiga pula menyedarkan aku bahawa aku perlu lebih mendekatkan diri kepada Allah S.W.T untuk berjaya. aku harap next sem aku jadi budak yang "hoi buku! kejar! kejarr!" hahah.

Selamat Hari Raya Aidil Adha kawan-kawan.

Thursday, November 3, 2011

Day 15 - something you don't leave house without.

Assalamualaikum.

1. handphone.
2. Jam Tangan.
3. Dompet.

Wednesday, November 2, 2011

saya takde tajuk, tapi hanya ada soalan. Ashraf Muslim yg tanya.

Assalamualaikum.

saya ada satu soalan. nih dia soalannya.
Apa beza org yg mempunyai ilmu yg sikit tp amalan yg banyak dgn ilmu yg banyak tp amalan yg tidak kosisten?

kat twitter aku jawab takde beza. aku sebenarnya nak explain banyak sangat. hahaha. ketawa lah sekali. ko diam membantu buat apa? mesti ternanti-nanti apa jawapan aku kan kan kan? hahaha. 

A : orang yang banyak ilmu tapi amalan tidak consistence.
B : orang yang ilmunya siket tapi amalan banyak.

kalau aku, orang yang banyak ilmu tp amalan yang tidak consistence adalah lebih baik daripada orang yang ilmu siket tapi amalannya banyak. sebab apa aku cakap macam tuh, aku tak tau camne nak explain tapi aku kasi contoh ye. 

katakanlah dalam satu pekerjaan contractor. orang contractor kelas F dapat tender 20 ribu tapi kerap dia dapat. maknanya dalam setahun tuh dia dapat 5 6 kali macam tuh. so, total up setahun pendapatan dia dalam 80-90 ribu macam tuh. berbeza pulak dengan contractor kelas C di mana dia dapat projek 500 ribu tapi dia hanya dapat dalam 2 projek setahun. kekadang 1 projek je setahun. so, total up pendapatan dia contractor kelas C lebih daripada contractor kelas F. 

kalau korang applykan konsep A dan B dalam contoh tersebut, faham tak apa bezanya? ok, explain lagi. maksud aku di sini, kalau A buat amalan ibadat, amalannya akan lebih dipandang oleh Allah S.W.T. berbanding dengan B. sebabnya cuba fikir kalau si B dia hanya tau ilmu masa dia tadika, sekolah rendah je. up siket lah sekolah menengah lepas tuh itu je yang dia bawak sampai lah dia bercucu bercicit. orang kata apa dia hanya diibaratkan budak tadika punya standard la kan.

orang tua-tua selalu cakap umur meningkat, ilmu pun mestilah meningkatkan. aku bagi lagi contoh, ko belajar dekat sekolah. darjah 1 ko belaja math 1+1=2. takkan lah ilmu 1+1=2 nih ko nak bawak sampai masuk Universiti? takde improvement langsung. itu je ko ulang-ulang. takde benefit lain kan? boleh tak compare dengan situasi A dan B?

yang aku cerita nih pendapat umum lah. kalau ikutkan aku yang betul-betul, sekiranya A tak amalkan apa yang dia tahu apa yang dia peroleh, munafik la dia. mesti ko kata aku sesat. tapi betul lah kan, ko ada ilmu macam-macam yang boleh mendekatkan diri kepada Allah tapi ko tak buat. buat pun celang-celup. munafik la tuh. dan kalau B bagi aku dia salah jugak sebab tak cuba mencari ilmu yang patut dicari supaya dapat mendekatkan dirinya kepada Allah S.W.T.

itu pendapat aku. bagi aku, kita tak boleh nak beramal dengan mengira berapa pahala, dosa yang kita dapat. benda yang disuruh, buat. benda yang dilarang, jangan buat. bab pahala dosa, takde sape pun boleh hitung. hanya Allah S.W.T je yang tau. orang lain tak tau. kita sebagai hamba, laksanakan perintahnya. apa yang pasti, benda yang salah jangan ditegakkan.

contoh, menipu atau membohong. ada orang kata bohong sunat lah apa lah. apa yang pasti, bohong ngan menipu tetap Allah larang kita buat. so, tak payah lah nak cakap bohong sunat ke apa. sunat tuh kalau kita buat dapat pahala. takde maknanya nak sunat-sunat. haram tetap haram. 

kesimpulannya, apa pendapat anda?

*aku bagi contoh berkaitan dengan duit supaya lebih senang nampak apa bezanya. kiranya aku compare mengenai pahala yang diperoleh dalam situasi A dan B. hakikatnya, benda tuh kita tak dapat nak kira pun. 

Jom mekap mekap.

Assalamualaikum.

sape suka makeup? raise your hand. hahaha. perempuan suka lah kan mekap mekap nih. jangan nak tipu aku kata tak suka. aku lempang nanti kang. ok, aku tau ada segelintir perempuan tak suka mekap. tak tau apa faktor mungkin dia rimas, dia tak tau mekap atau susah bagi dia nak solat. itulah agaknya.

terus terang. aku tak suka pakai mekap. serious aku tak tipu korang kali nih. tapi kan, aku paling suka kumpul barang mekap. aku tak tau aku nih dalam category apa. aku sendiri pelik. anda boleh kira dengan jari, saya pakai mekap berapa kali dalam satu tahun. hahaha. sebab apa aku tak suka pakai mekap, sebab aku tak boleh nak lap lap muka aku sesuka hati.

well, faham jelah Malaysia kan sebuah negara yang panas. aku jadi cepat berpeluh. itulah sebabnya aku tak suka pakai mekap. kalau aku kat Paris, Italy, Australia ke, konfem aku pakai mekap :D mekap tak cair, tak payah nak jaga-jaga sangat. so, takdelah membazir kan. benda yang paling aku benci pakai eye liner. memang aku benci giler. tak tau kenapa. aku benci lah.

actually, aku keluar pegi mana-mana aku takde pun pakai make-up. bagi aku, ko keluar pakai bedak, ngan lipstick. kira dah perfect giler kot. ko takkan nampak pucat dah. bibir memainkan peranan yang sangat penting. bibir ko kelabu, konfem ko nampak cam lesu. so, rajin2kan diri anda pakai lipstick. tak perlu warna yang terang. guna yang light color lebih bagus untuk lebih natural. eceh.

tapi ada orang, dia suka pakai eye liner tapi tak pakai lipstick. bagi aku, tetap nampak lesu. masing-masing lah kot. pakai lipstick lagi senang kot daripada pakai eye liner. haha. nih kira simple tips la. untuk orang paling pemalas macam aku. just nice tak over. ko pun tak kena kutuk weh mekap tebal ke apa ke. simple jer. got it?

rasanya tuh je untuk dikongsikan. nah cuci mata anda. semua hasil curi nih weh. ok, tipu. aku beli arh. ingat mintak je kat tauke watson ngan guardian tuh? cantik siket.


p/s : aku pantang sangat share makeup. aku tak suka orang pinjam makeup aku dan aku tak suka pinjam makeup orang. kata mak, pinjam makeup orang macam pinjam spender orang tuh. ibaratnya.

Tuesday, November 1, 2011

Keinginan #1

Assalamualaikum.

kalau tanya sesape pun, ramai yang ada keinginan dorang yang tersendiri. keinginan nih umum. apa-apa pun boleh jadi. yang baik, yang jahat, semuanya buli bha kalau ko. keinginan korang aku tak tau. tapi apa yang aku nak taib kat sini pasal keinginan aku. 

benda yang paling aku nak sekali ialah melancong dengan family. kan kita orang semua dah besar-besar jadi bila bejalan rasa seronok tau. malangnya, apa yang selalu terjadi mesti salah sorang tak wujud. abg long takde lah. bohai kerja lah. boringnya tuh. benda best jadi tak best weh. ape kes kan?

so, apa yang aku inginkan ialah buat satu tabung then, semua adik beradik mesti kumpul duit dalam tuh. ahaks! macam budak-budak pun ada gak. tapi aku rasa yang budak2 tuh lah yang boleh menjayakan projek mega nih. kalau aku, macam-macam tempat aku nak pegi. pegi dengan melakukan aktiviti. bukan hanya duk dalam kereta pusing-pusing lepas tuh makan -_-

tempat-tempat yang paling aku nak sangat semua pegi Paris, London, dan Italy. ok sembang kencang. hahaha. tempatnya adalah Langkawi, Taiping, Penang, dan Johor. aku rasa, kalau semua involve konfem best. dengan syarat yang sorang tuh kene semenggah siket lah perangainya. kalau tak, makan kaki makan dia. itu keinginan yang pertama :)

keinginan yang kedua, aku nak sangat buat trip dengan kawan-kawan. aku yakin, kalau dengan kawan-kawan lebih seronok. ok, family and friends are very different things. toksah nak tipulah. ko akan tukar perwatakan kau bila dengan family dan bila dengan kawan. dengan lebih menggila ye.

kalau aku, aku lebih suka pergi ke Melaka atau Genting Highlands bersama kawan-kawan. malangnya, kalau aku kata nak pegi esok, memang nak kena penyepak lah kan ngan abah aku. aku tak tau lah kenapa, aku plan nak ke Genting Highlands dengan abang-abang aku pun abah ngan mak tak berapa nak kasi. macam-macam alasan dia kasi.

jiwa orang dah berumur memang begitu agaknya. esok aku dah tua pun kabo gitu jugak. nak buat benda-benda giler pun payah kot. sudahnya mak ngan abah duk rumah dating dua. kami pergi jalan. HAHAH! ok, dah menyimpang. aku SANGAT nak jalan-jalan ngan kawan-kawan. harapnya suatu hari nanti, semuanya akan menjadi kenyataan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com