Saturday, March 30, 2013

Review Bio Essence: Bio Spring Water Spray

Assalamualaikum semua!

sebelum saya memulakan bicara, saya nak cakap yang blog nih akan di-update seminggu sekali sahaja. kalau terlebih, anggap je rezeki. hihi.


siapa lagi yang belum ada Bio Spring Water from Bio Essence nih? ok kalau korang belum ada, better korang beli satu botol besar untuk kegunaan sendiri. satu botol besar nih tahan 6 bulan lebih. setahun pun sampai kot kalau korang just guna untuk muka sahaja. kalau satu badan, mungkin ngam lah tu 6 bulan je. 

so about this product, it has more than 10 benefits compare to Avene Spring Water. before this, i used Avene Spring Water now i change to Bio Essence's. hahaha. (pesal nak speaking2 london lak ni?) 

antara fungsi fungsi spring water ni adalah boleh control oil, refines pore kalau besar boleh jadi kecik etc, boleh mencerahkan kulit, boleh kasi firm kulit, menganjalkan kulit, mengurangkan dark circles, reduce eye bags, relieves sensitive skin, relieves pimples and redness, use after make-up for longer lasting, kasi lembut kulit muka, soothes skin after treatment. naaa cukup 10 untuk muka sahaja. 

kalau bahagian rambut pulak, boleh merawat rambut kering dan juga kasi lembut rambut. kalau untuk body, boleh melegakan badan kalau lepas berjemur tengah panas. untuk baby pun boleh tau sebenarnya. kalau baby ada ruam-ruam, boleh semburkan siket supaya ruamnya tuh cepat surut.


kandungan2 dia boleh cek sendiri kot nanti. apa yang bestnya pasal bio essence ni ofcoz sebab functions dia tadi. kalau aku sendiri, aku suka spray spring water lepas je aku remove make-up. mak aihh lembut doh muka takde rasa tegang kulit muka tuh. for your information, bila kita remove make-up guna apa sahaja remover, our skin will be tight. so, thats why la ada spring water ni untuk relieve kan tight tuh tadi. faham?

selain daripada itu, aku guna spring water bila aku rasa kulit gatal-gatal. aku sangat sensitive bila berpeluh dan kena habuk. konfem muka gatal, tangan gatal. senang cerita mana-mana tempat yang terkana habuk tuh akan gatal. aku spray je spring water nih dalam beberapa minit gatal tuh akan hilang. mungkin sebab air dia nih sejuk tu pasal cepat hilang gatalnya. hihi.

sebelum tidur pun, aku akan spray jugak spring water ni untuk kelegeaan dan menyegarkan kulit muka. wuhuu. so, korang tunggu apa lagi? beli lah satu.

now, price dia botol besar kat guardian rm39.90. ada twin pack yang botol besar harganya rm69.90. so jimat rm9.90.

good luck everyone! ;)

Saturday, March 23, 2013

Kiehl's BB Cream SPF50 Review

Assalamualaikum semua! :)

lamanya tidak menaip. laa ni jadi seminggu sekali je menaip. huhu. hidup nih terasa sangat lah tiada masa untuk blog. twitter masih lagi ada itu pun dah kurang. facebook pun senasib dengan blog. waktu cuti je dapat meluangkan masa bersama. hahaha. (tak ada lawak pun kat situ kenapa gelak?)


so back to the main tittle, semalam aku pergi ke Kiehl's untuk beli pencuci muka dan mengadu masalah. so, dah hampir selesai dah masalahnya tuh. then, aku try lah kiehl's BB Cream baru tuh. here is the review from me.

BB Cream nih dia ada SPF50++ of course to make sure your face is covered from the sunlight. tau jelah kan matahari sekarang nih macam mana. orang bilang lapisan ozon semakin nipis gituh. fungsi utama BB cream from Kiehl's nih adalah untuk merawat kulit muka dan melindungi daripada UV. so, faham faham jelah concealer dia sangat lah nipis.


apa yang aku nampak, CC Cream from Rachel K, BB Cream from O'slee dan juga BB Cream from Kielh's mempunyai persamaan iaitu mempunyai concealer yang sangat nipis. bila dah guna dorang punya krim nih, korang perlu pakai bedak siket lah untuk nampakkan muka uolls tidak terlampau pucat.

BB cream Kielh's nih ada vitamin C yang tinggi dan teksturnya sangat halus, ringan dan tidak berminyak ye. selain itu jugak, bila guna BB cream nih kulit kita akan sentiasa lembab dan tidak mudah kering. korang boleh pilih tone warna ikut muka korang. dia ada fair, light and natural. orang kat kiehls tuh suggest light tapi aku ambik natural. so, agak gelap siket lah muka aku. bukan aku taknak light, tapi sample nyer dah habis. hahahaha

so, for more details about it you can click HERE.

p/s : bau dia tak wangi doh. wuhuuu.

Friday, March 15, 2013

Urut Muka Setiap Hari untuk Kekalkan Kecantikkan.

memilih produk rawatan muka yang sesuai dengan kulit muka kita memang paling utama. tapi kalau kita takde nak urut2 muka kita hari hari pun lambat gak effect skin care tuh nak nampak.


ok let me tell uolls how to massage your face. hew hew hew.
1. korang boleh urut muka korang sewaktu korang cuci muka. jangan urut kuat2 tapi slow slow. santai gituh. kalau korang buat urutan muka, ia dapat melancarkan perjalanan darah dan boleh menganjalkan kulit muka korang.

2. semasa urutan dilakukan, lebih afdal korang urut dari bawah tolak ke atas. 

3. tengah korang urut2 muka tuh, lebih bagus korang cuci sekali. lepas cuci muka, korang pakai lah toner, moisturizer etc. tapi semasa menggunakan toner dan moisturizer tuh gunakan teknik yang sama iaitu mengurut dari bawah ke atas. 


4. dah habis langkah ke tiga, lakukan pula langkah ke empat iaitu menegangkan rahang. mengikut kajian rahang kita akan menjadi stress bila waktu malam. so, untuk melegakannya sedikit, korang just urut daripada dagu sehingga ke hadapan telinga. boleh? kalau korang ada krim V shape tuh, lebih afdal supaya lama2 muka hampa boleh kuruih. hahahaha.

5. gunakan jari manis dan jari tengah untuk serlahkan tulang pipi. caranya begini. letakkan jari manis dan jari tengah di bahagian bawah tepi hidung kemudian bayangkan satu garisan ke arah tulang pipi. ikut garisan itu dgn menggerakkan kedua-dua jari tadi ke arah tulang pipi hingga ke tepi wajah. sama je naik ke atas hala dia.

itu sahaja cara-caranya. ini adalah cara semula jadi yang tanpa mengeluarkan modal langsung. amalkan setiap hari ye. so, good luck uolls.

Friday, March 8, 2013

Kuasa Wangian.

aku memang dah lama nak tulis pasal minyak wangi nih. nak nak pulak aku sekarang selalu tergoda dengan wangian lelaki. hahaha. so, lelaki yang memakai perfume sila jangan stay sebelah saya nanti saya tergoda.


haa nampak tak penangan minyak wangi macam mana? mampu memukau seseorang tau tak. mengikut kajian, minyak wangi nih mampu membuat kita terpukau dan jugak boleh ubah mood seseorang tuh. daripada nak marah jadi cool. tak jadi nak marah. ye memang betul. nak nak pulak kalau kita bau benda yang manis dan sedap lagi lah mood kita akan cepat reda. 

kalau aku, aku suka bau yang berasaskan buah. kalau bunga-bungaan nih tak berapa minat pulak. hikhik. kalau berasaskan bunga kena tengok lah jugak baunya macam mana kalau lembut okay la. kalau baunya menusuk hidung shuh shuh main jauh2.


orang lelaki lebih gemar atau mudah tergoda dengan perempuan yang menggunakan perfume perisa vanilla ataupun bau badam. aku pun tak sure bau badam macam mana tapi kalau vanilla yelah sebab dia bau lembut kan. 

ohh ye. sebelum terlupa korang tau kan bau minyak wangi nih kalau lain orang lain kesesuainnya. contoh macam aku sendiri, aku tak sesuai dengan bau bau bunga-bungaan tapi sesuai dengan bau buah-buahan. ok tips kat sini kalau nak try perfume, try dekat nadi kita. sebabnya selalu yang akan terjadi bau dekat botol lain, bau dekat badan lain. jadi nak tau bau sebenar silalah test di nadi sebelum beli ye. hihi

Tuesday, March 5, 2013

Tips Penjagaan Kulit Muka: Cara nak remove make-up

orang selalu kata jangan tidur dengan make-up. remove dulu baru tidur. aku kata jangan bawak make-up semasa cuci muka. remove dulu baru cuci muka. aku ada 2 cara untuk remove makeup aku di mana kedua-dua cara aku nih sangat mudah ;)

first. aku guna hada labo make-up remover oil. uolls semua boleh KLIK SINI untuk baca cara-cara yang aku buat cemana supaya kulit tak rasa melekit-lekit.


second. i just use Silky Girl Hydra Clean Makeup Remover. aku suka yang ini sebab dia punya bau wangi dan sangat murah untuk dimiliki. plus, you can use it to all your face. worth it rite? 

ok, cara-cara dia pulak camni. 
1. sapukan sedikit ke dahi, hidung, pipi (kiri dan kanan), dagu, dan juga leher. 
2. ambil face cotton sapukan keseluruh muka dan leher.
3. done.


untuk cara yang kedua, selalunya aku guna wet tissue sebab dia besar dan mudah untuk aku lapkan ke seluruh muka dan jugak leher. so, terpulang kepada korang nak guna apa untuk sapu remover tuh tadi.


yang nih pulak, remover untuk bahagian mata. memandangkan aku tak suka pakai eyeliner, so benda nih tak berapa nak berfungsi untuk aku unless aku guna mascara or eyeshadow. rasanya jarang giler arh aku guna. hahaha.

p/s : kalau aku rajin, aku guna remover silky girl. kalau aku malas aku guna hada labo punya je sebab senang dan cepat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com