Monday, December 24, 2012

Review : L'oreal Anti Frizz Hair Mask

Assalamualaikum semua! :)

mood saya semalam sangat teruk. tapi mood saya hari nih super duper baik! :))
okay, hari nih aku nak review satu produk yang aku guna sendiri, setiap dua minggu aku guna. produk tersebut of course as mentioned at the post title; L'oreal Anti Frizz Hair Mask. produk nih aku baru baru je guna. baru pun tak baru sangat, dua bulan lah jugak dah guna.


apa yang best pasal produk nih, kandungan dia tidak bercampur dengan air. maksudnya, kalau kita terbalik kan bekas dia tuh, krim tuh takkan terjatuh. kiranya pekat lah dia punya bahan. for sure, hair mask nih dia bagi rambut kita jadi lembutttt sangat. faham faham jelah kan kalau rambut panjang masalah dia apa. kering, frizzy lah, nampak macam rosak dan sebagainya.

so, kalau korang nak rambut korang sentiasa nampak cantik dan sihat, gunalah hair mask. tak kiralah hair mask apa pun. lagi bagus, kita pegi buat treatment dulu, then untuk maintain rambut kita guna hair mask once a week or twice a week. depends lah rambut uolls macam mana. kalau aku, aku buat dua minggu sekali. 

cara nak guna hair mask, senang jer. lepas kita dah shampoo rambut dan bilas bersih bersih, jangan guna conditioner. tapi guna hair mask. sapukan krim hair mask nih dari pangkal rambut ke hujung rambut. senang cerita satu kepala lah. hair mask bukan macam conditioner ye yang memerlupakan rambut di bawah saje. hair mask kena disapukan di seluruh rambut.

lepas dah sapukan ke seluruh rambut, tunggu seminit dua dan lepas tuh bilas lah rambut macam biasa. time bilas tuh korang akan rasakan kelembutan rambut korang yang macam baru rebonding tauu. senang je kan? harga L'oreal Anti Frizz Hair Mask nih rasanya dalam rm33 macam tuh lah. aku pun tak berapa ingat. aku beli kat guardian jew.

p/s : selalunya, lepas mandi aku akan guna l'oreal anti frizz hair serum. 

so, good luck uolls! 

1 comment:

✿A I N A A✿ said...

mesti mahal kan produk Loreal ni.. nak cuba juga, tapi nanti dlu la.. kne tunggu duit stabil.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com