Monday, December 31, 2012

Imbasan 2012

Assalamualaikum semua! :)

entry kali nih nak mengimbas kembali semua kenangan2 pada tahun 2012. ada pahit, ada manis ada masam, ada masin. macam macam kenangan aku ada tahun nih tau. bermula kisah awal tahun 2012.


January.
mak aku kerap keluar masuk hospital pasal penyakit dia. then, aku dekat sabah asyik menangis je. mana fikir pasal mak, kawan, assignments. cabaran tau. aku sampai lari cari roommate lain. hahaha. bila fikir balik macam bodoh je. sebab salah faham je pun. sampai nak tukar2 bilik bagai. ada hikmahnya. 

February.
final exam untuk semester 4 dah dekat. tapi business proposal ETR masih lagi belum berhantar. so, kat situ agak conflict pasal kerja. mana nak belajar mana nak siapkan assignments. tapi aku rasa happy sangat sebab masa tuh aku punya bilik dekat aras 5 B2. yang paling tinggi dalam UiTM Sabah. see! cari bilik paling jauh la kok. ada Lina, Eja, and Azmunirah. banyak kenangan kat atas tuh. and dalam bulan nih jugak kita orang satu kelas sambut birthday si DJ. birthday dia 29hb empat tahun sekali nak sambut. happening ler time tuh. 

* boleh KLIK SINI kalau nak tengok video video kelas. 

besides, masa sem 4 nih mdm Aries yang ajar kita orang BEL. dia sangat lah sporting sampaikan bila nak habis semester, Dom buatkan video kelas khas untuk dia. hehehe. tetiba teringat pasal presentation berkumpulan BEL. camera rosak tak dapat nak selamatkan video and group aku time tuh terpaksa buat lakonan live. alhamdulillah masih lagi kita orang dapat markah tinggi :D

March.
Final exam pun dah habis dan rasanya result aku semester 4 lah paling baik sepanjang aku diploma. hahaha. berkat duduk atas langit agaknya. then aku macam biasa lah, active blogging masa cuti. dalam bulan nih jugak aku active pasal kecantikan, make-up, fashion, bla bla bla. apa hangen yg datang pun aku tak tau. 

April.
aku start berniaga secara serius. aku jual tudung bawal plain dengan 2tone. almost 80 helai aku dapat jual dengan jayanya. syukur sangat sangat. boleh KLIK SINI untuk tengok tengok.

May.
bulan nih aku dapat idea lagi. aku jual pulak baju kurung aku yang belambak lambak dalam almari tak berpakai. rupanya laku jugak. lebih laku daripada baju casual. baju kurung bundle orang bilang. hahaha. time nih pun, aku baru start guna smart phone. mak belikan. upah menjaga dekat hospital agaknya. hihihi. KLIK SINI.

June.
time nih dah start semester akhir dah. semester 5. so, time sem nih loaded siket lah sebab banyak duit jualan kan. hihihi. modal berniaga daripada abang aku. untung bahagi dua. masa nih, banyak giler barang baru aku beli. shopping sakan you!! 

July. 
bulan Ramadan yang mulia aku sambut dekat Sabah. berbuka dengan kawan2. banyak giler makan luar time nih memandangkan Sandra ada kereta senang nak bawak kita orang semua pegi jalan. time nih jugak aku berdiet. berat aku sampai 76kg kau aku kerjakan daripada 85kg sebelum start semester 5. 

August.
habis Ramadan, raya lah pulak kan. gembira sangat untuk raya tahun nih. semua geng geng SMKST dapat berkumpul beraya rumah masing2. haa yang tak boleh bla, bila dorang datang je rumah aku, karen terus takde. HAHAHA. super lawak aku rasa. selalunya lepas raya berat aku naik sampai 86kg. tapi tidak untuk raya kali nih. 80kg je berat aku. means naik 4 kilo. itu pun kira banyak kan? hahaha

85-76-80


September.
saat genting untuk menghadapi final exam. aku rasa takut giler untuk final exam semester 5 nih. mana taknya semua kuiz, test aku banyak fail. kalau lulus pun ngam ngam je. memang tak lah aku nak confident untuk final kan. time paper business law lagi lah. aku sampai tak boleh tidur sebab fikir fail fail fail. nasib lah Allah nak tolong, betul2 keluar apa yang aku baca je. hihihi. mana lagi time ni budak dpim sebelah line dpa je. lagi bersemangat nak jawab. dapat lah B- je. jadilah.

October.
aku tukar lagi guna pencuci muka, aku guna Kiehl's pulak kali nih. sepanjang sesi study week dengan exam, aku banyak menghabiskan masa dengan Farah, Erina, Azmunirah, Ili, Adiza, Sandra, and Karupang. hahaha. banyak lah tempat kita orang jalan sampai malam. kiranya banyak enjoy lah daripada belajar. rindu korang sangat sangat.

terharu aku last last video tuh. malu pun ada tengok video nih. hahaha thanks Dom.

November.
dah habis dah semester lima. abah pegi haji time nih. raya haji makan nasi lemak je kau. takde kita orang masak ketupat ke apa. hahaha. kata abah, takde abah ko baru ko tau tak makan. orang makan je. makan nasi lemak. nasi lemak buat sendiri lah bukan beli. dalam bulan nih jugak, aku active blog sangat sangat. tengok post aku pun dah boleh agak dah. haha. blog aku banyak page view semenjak aku post pasal miracle tab and tips kecantikan.

December.
awal bulan nih, aku active balik Silat Chekak Silat Papan Sekeping. aku dah tamat, cuma ada satu kelas umum belum aku habis. then sekarang aku tengah belajar kelas umum lah. dalam kelas umum nih, iolls dapat belajar seni mempertahankan yang lain tau. heh nampak tak? belajar satu dapat banyak? kau hade? masa nih jugak aku didapati terkena buatan orang masa kat Sabah. alhamdulillah sekarang dah okay dah. boleh tidur lena dah. 

abe kawe tuh. haha. nak tau lebih pasal silat boleh pegi ke website :) 

dalam bulan nih jugak, aku giler pasal rambut. geram sungguh tengok orang berambut cantik. sampai tanya orang macam2 cara nak cantikkan rambut. hahaha. sekarang nih aku jugak start berniaga balik. haa, kalau sesiapa ada nak beli tudung bawal plain, boleh KLIK SINI. tinggal lima helai je lagi. beli lah yer. hehe. Hot Perfume pun aku ada jual. KLIK SINI.


************************************************************************

itulah keseluruhan imbasan 2012. nak cerita panjang pun payah. hehehe. jangan lupa beli tudung bawal ye kat saya :D

thanks for reading uolls! 

2 comments:

Pykaa Pdott said...

semua tuh mndewasakan kita . hope azam tahun baru nie trcapai oke . selamat tahun baru :)

✿A I N A A✿ said...

ena malas nak ingat sebab tahun lepas memang byk kenangan pahit... org lain menyebabkan kenangan ena mnjadi pahit.. menci ooo.. btw, selamat tahun baru dan semoga tahun ni lebih baik dari berikutnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com