Thursday, January 28, 2016

Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak. (SPAKK)

hai semua! ;)

pejam celik, pejam celik tau tau dah bulan january. kejap je kan masa berlalu? haah kejap jer. well, setelah 6 bulan berkursus (SPAKK, KEMAS) di Penang, akhirnya aku dah ada kat Kuala Selangor. takyah balik sana dah. wee wee. overall kursus tu best la. banyak manfaat boleh dapat. daripada tak pandai sebut huruf jawi dengan makhraj yang betul, jadi pandai. daripada tak pandai melukis, jadi pandai melukis. daripada tak pandai menari, jadi pandai menari. daripada gemuk jadi kurus. daripada kurus jadi gemuk. sangat berkesan la 6 bulan menjalani kursus cikgu tabika tu.

ada lah jugak seketul kenangan dengan sign board. haha

rumah mak angkat dan bapak angkat. terima kasih sebab sudi tumpangkan saya selama 3 minggu. sudi ambik saya sebagai anak angkat :)

nak cerita la serba sedikit mengenai praktikal hari tu. 3 minggu dekat rumah orang. 2 minggu dekat tabika orang. macam-macam kenangan tercipta. hari tu praktikal dekat kuala pegang, baling, kedah. tempat dia agak terperuk siket. ibaratnya bila awak pegi ke bandar, awak beli la semua keperluan dan belilah extra supaya tak susah di kemudian hari. boleh imagine kan? sungguhpun terperuk, pemandangan cantik. berbukit-bukit, getah kiri kanan, hijau je pemandangan.

Tabika yang aku selalu dok pi sepanjang 3 minggu kat situ. even tak sekolah pun kena datang. 

awal persekolahan. buat pertandingan pakai stokin dan kasut secara cepat dan betul.

alhamdu lillah dapat rumah mak angkat depan Tabika je. jalan kaki dalam 40 tapak dah sampai dah ke tempat praktikal. selesa sangat di situ. anak murid 26 orang. majoriti lelaki. anak siam ada 4 orang. selebihnya melayu. kalau budak tak nakal, tak aktif, tak normal sebagai budak. jadi aku pupuk sifat sabar dalam diri untuk layan kerenah budak :D selebihnya bab mengajar plus minus okay la. kalau nak perfect, takdelah aku pi kursus sampai 6 bulan kan untuk tau macam mana nak ajar budak. hahaha.

mereka semua ni hero sanggam. macam-macam hal dorang buat. tapi semua pun cerdik.

anak murid siam yang asyik jadi translator untuk lagi 2 orang budak siam. haha.

praktikal di awal persekolahan sangat mencabar iman. kita kan baru lagi tak pernah ada pengalaman mengajar. teori banyak la dalam kepala tapi praktikal takde. budak-budak pulak majoriti 5 tahun yang tak pernah sekolah sebelum tu. jadi segala peraturan nak dicakapkan. itu boleh ini tak boleh dan sebagainya. sikap-sikap kerjasama, rajin, tolong orang, sabar dan sebagainya perlu dipupuk. yang nak memupuk tu yang menguji iman tu. 20 orang perlu diajar sifat-sifat tu. memang mencabar. overall okay!

kek rainbow with puding caramel. super sedap and murah wehhhh! 

majlis perpisahan. parents dorang ohsem. penduduk kampung pon ohsem. 

di samping menjalankan tugas wajib, adalah juga tugas tak wajib kat baling, kedah tu. antaranya pergi berjalan cuci-cuci mata di air terjun, pegi ke alor setar, sungai petani dan juga ke penang hill. sungguh bermanfaat 3 minggu di sana :)

*jasa baik penduduk di Baling, Kedah, guru Tabika Kampung Padang dan especially keluarga angkat takkan dilupakan sampai mati.

habis 3 minggu di Kedah, maka pulanglah semula ke pangkal jalan iaitu di PLK Kepala Batas, Pulau Pinang. maka bermulalah sesi print report, siapkan dinner, buat persembahan di sini. walaupun dah sampai ke penghujung, still macam-macam kena buat. orang kata selagi tak dapat sijil, selagi tu la ada je benda kena buat. ko sumpah seranah ke merungut ke still kena buat. kalau difikirkan balik, macam kelakar je weh.

bersama rakan-rakan bilik dan jugak jurulatih. last day hari convo. 

bersama rakan sekumpulan sepanjang di PLK Kepala Batas.

finally finished! yeayy!

untuk newbie yang bakal berkursus sebagai Pemaju Masyarakat di Tabika Kemas, ni sedikit info pada korang la. Pusat Latihan Kemas Kepala Batas ni memang best. pengetua dan jurulatih-jurulatih sangat best. korang just tanamkan dalam diri korang, jangan cipta masalah sebab masalah tu akan kembali pada korang balik. selain daripada tu, kat sana korang boleh dapat makanan yang sedap-sedap dan murah. korang boleh pergi ke pasar basah tak jauh daripada PLKKB tu untuk dapatkan makanan dan air yang sedap itu. untuk kemudahan lain seperti supermarket etc mudah je nak dapat. jangan risau okay. well, good luck then kalau dapat kat sana nanti. 

*start kursus 3 ogos 2015 hingga 22 Januari 2016.

16 comments:

4290 said...

Salam. Aisyah, nak tanya satu soklan. Knp kursus spakk kemas ada yg 3 bulan. Dan ada yg 6 bulan? Hrp reply. Thank you.

Aisyah Taib said...

kalau yg 3 bulan tu sekiranya ada diploma pendidikan awal kanak-kanak.
kalau yg 6 bulan tu untuk orang yang ada diploma daripada pelbagai bidang.

4290 said...

Oh, mcm tu. Ok. Tq..looks like you're having much fun during the 6 months.

Anonymous said...

Salam blh blk ke masa kursus..saya anak dh 2..br dpt twrn kursus bln depan..orientasi di melaka..kursus x tahu lg..huu

Unknown said...

Nak tanya, selepas khursus tu, penempatan tu cm ne erk ? Kita boleh pilih negeri2 tau 3 negeri tau dia yg main letak je ?..terima kasih

Unknown said...

Terbaik cikgu!

Isabel said...

kalau calon simpanan ada peluang tak?

Unknown said...

Aisyah klu kita dlm bidang lain boleh x sertai kursus ni. Sis tau x cmne langkah2 utk buka pusat asuhan siapa yg ptt kt rujuk tq

ROZIANA ROSLI (2692680 said...

setelah ekot kursus dapat kerja ka atau jd guru kemas

Anonymous said...

Nak tya sis, kursus nie 100% dtanggung ke atau kita sndiri belanja ?

Aisyah Taib said...

masa saya belajar dulu semua ditanggung oleh kerajaan. dapat elaun sebanyak RM150 setiap bulan. makan, tempat tinggal semua ditanggung beres :)

if nak dapatkan produk Shaklee boleh whatsapp saya 0136403793

Anonymous said...

Nak tanya Aisyah sekarang nie bekerja di kemas masih status psh ataupun dah kontrak....

Unknown said...

Ada tk apa2 kursus yg you rasa amat diperlukan oleh guru2 KEMAS sebagai tenaga
pendidik?

Aisyah Taib said...

kursus yg saya rasa guru2 kemas perlu as pendidik is kursus mengajar mengeja atau membaca yang paling berkesan untuk kanak2.

and yes saya dah kontrak.

Anonymous said...

Nk tye kalau degree plbgai bidang boleh mohon x kursus ni? Kalau boleh mohon. Acane nk mohon?

Noratinha Wahid said...

Salam. Kak aisyah. Nak tanya berapa gaji yg spakk bagi masa latihan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com