Friday, November 11, 2011

Keinginan #2

Assalamualaikum.

kali nih apa yang aku nak hanya dua benda. benda nih still jangka masa yang panjang baru boleh dapat agaknya. firstly, aku nak camera. aku taknak camera DSLR. aku tak tau kenapa aku taknak. mungkin sebab dia besar. apa yang pasti, aku mengharapkan ada camera DSLR yang nipis dan kecil. kalau letak dalam poket pun boleh. aku nak camera yang macam tuh. tapi canggih. biarlah dia tak sehebat DSLR, tapi hampir sama pun dah ok.


kenapa aku nak camera, sebabnya aku nak merakam. aku taknak beli videocam. sebab besar jugak. fahamkan keinginan aku. aku nak yang nipis dan kecil boleh masuk poket tapi canggih. that's it. antara contohnya ialah Canon Ixus. simple je. mudah dibawa. tak payah nak angkot macam DSLR. beg DSLR tuh dah mcm shoulder bag je aku tengok.

yang kedua, aku nak smart phone yang merakam hampir hebatnya dengan camera. yang pasti sony masih lagi belum ada kemampuan untuk sehebat dengan camera. nokia aku tak tau. mungkin ada. aku tak usha lagi. handphone nih payah siket nak dapat yang berkenan kat hati aku. aku kalau pilih handphone mesti sound dia best. camera mesti lawa. taknak nanti gambar berbiji-biji. dua benda nih aku sangat tekankan. 

kenapa aku nak smartphone yang boleh merakam dengan bagus, sebabnya kot-kot aku lupa bawak camera aku boleh guna phone. sejak dua menjak nih, kerja aku merakam je. daripada hari raya aidil fitri hari tuh. semangat doh. merakam gelagat family. sangat best weh! for sure, aku akan beli dua benda nih dengan duit aku sendiri. 

aku tak tau kenapa sekarang nih, aku tersangat lah serba salah nak mintak duit kat mak abah. sangat sangat! even duit aku dah takde langsung, aku diam jer. redha. haha. mungkin ramai yang kata aku bodoh sebab tak mintak kat parents. itukan tanggungjawab mereka. tapi aku memang macam nih. sangat payah nak meminta kat orang even parents sendiri. so, start from now kenalah berjimat-cermat.

5 comments:

Mawar Hitam said...

abang aku guna galaxy s..
dia kata kameranye ada ciri2 dslr sket..
cantek la maknenye.. heee..


p/s : aku pun x mintak duit kt bapak aku do.. padahal tgh kering abes ni

Aisyah Taib said...

glaxy s ok lah ye?
ouh boleh beli nih.


sama lah kita. dah jadi cam bengap je nak mintak duit bapak sendiri.

Mawar Hitam said...

bole beli ar weh..
beli ar dua.. aku nak 1.. hehe

miss fana said...

sila beli bila anda telah mempunyai gaji hasil usaha sendiri ye..fighting....

Aisyah Taib said...

baik cik fana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com