Saturday, November 5, 2011

Malam Raya :)

Assalamualaikum.

arghh penatnyaa memasak. *aku tengah mintak simpati nih* arhhhh. tuihh. buat atok lah aku memasak kan. aku tolong-tolong mak aku je kat dapur. sediakan bahan2. lepas tuh merasa. yeahh! haha. aku kan sensitif siket bab-bab dapur nih. bukan apa, aku jenis malas kena dengan air-air nih lah. rimas aku weh. yang pasti aku tak suka sangat lah bab-bab dapur. kalau terpaksa, baru buat. selagi ada option, nehi he.

sebenarnya, aku nak cerita pasal result yang baru-baru nih hampir semua orang kecoh pasalnya kan. Alhamdulillah aku berhasil meningkatkan 0.53 untuk GPA aku. malangnya, CGPA aku tetap juga tak sampai 3. hal ini disebabkan *serupa karangan bahasa melayu da* masa part 2, result aku jatuh meredum bagaikan menara America yang dilanggar kapal terbang. jatuh sebanyak 0.33 daripada result sebelumnya. disebabkan itu, aku perlu berusaha lebih gigih lagi pada sem hadapan agar CGPA boleh jadi 3++

secara detail, aku target result aku 3.4 sharp. tapi, ada beberapa subjek yang lari daripada target. contohnya, BEL311 aku target B+ tapi dapat B. ECO211 aku target A- dapat B+. archery aku target A dapat A- *yg nih paling tak patut kot*. LAW245 aku target C+ tapi dapat C. semua turun setakuk kot. mungkin sebab tuh lah aku dapat 3.2 jer. memang ada sedikit hampa dan kecewa.

tapi, selepas mendengar tazkirah daripada Aien aku rasa aku tak sepatutnya kecewa dan hampa. dia cakap dia ada dengar ustaz Fathul Bari bagi ceramah "sabar separuh daripada iman, syukur separuh lagi daripada iman" aku tak penah dengar pun yang syukur tuh separuh daripada iman. masa Aien cakap baru aku tau. so, aku decide lebih bagus aku bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada. 

atau kata nama lainnya, redha. mungkin aku kurang usaha. usaha aku tak sampai 100% tuh pasal aku tak dapat apa yang aku nak. dan mungkin juga, aku ada terlupa kepadaNya. lupa akan perintahNya. sebab tuh, tak dapat apa yang kita nak. orang kata, usaha dan doa haruslah seiring. mungkin aku hanya usaha tapi takde doa. siapa tahu. yang penting redha.

yang lepas tuh lepas. dah tak boleh nak buat pape. nak menyesal pun dah tak guna. bukan boleh ubah pun. so, aku hanya tinggal 2 sem je lagi. pandai-pandailah fikir macam mana nak kasi kena itu no 3 sampai grade. aku tau mak abah aku still tak puas hati dengan result aku. at least aku dah mengembalikan kepercayaan dorang terhadap aku yang aku sebenarnya bukanlah bodoh. 

semester dua betul-betul menyedarkan aku yang aku tak boleh main-main di Universiti. semester tiga pula menyedarkan aku bahawa aku perlu lebih mendekatkan diri kepada Allah S.W.T untuk berjaya. aku harap next sem aku jadi budak yang "hoi buku! kejar! kejarr!" hahah.

Selamat Hari Raya Aidil Adha kawan-kawan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com