Wednesday, November 2, 2011

Jom mekap mekap.

Assalamualaikum.

sape suka makeup? raise your hand. hahaha. perempuan suka lah kan mekap mekap nih. jangan nak tipu aku kata tak suka. aku lempang nanti kang. ok, aku tau ada segelintir perempuan tak suka mekap. tak tau apa faktor mungkin dia rimas, dia tak tau mekap atau susah bagi dia nak solat. itulah agaknya.

terus terang. aku tak suka pakai mekap. serious aku tak tipu korang kali nih. tapi kan, aku paling suka kumpul barang mekap. aku tak tau aku nih dalam category apa. aku sendiri pelik. anda boleh kira dengan jari, saya pakai mekap berapa kali dalam satu tahun. hahaha. sebab apa aku tak suka pakai mekap, sebab aku tak boleh nak lap lap muka aku sesuka hati.

well, faham jelah Malaysia kan sebuah negara yang panas. aku jadi cepat berpeluh. itulah sebabnya aku tak suka pakai mekap. kalau aku kat Paris, Italy, Australia ke, konfem aku pakai mekap :D mekap tak cair, tak payah nak jaga-jaga sangat. so, takdelah membazir kan. benda yang paling aku benci pakai eye liner. memang aku benci giler. tak tau kenapa. aku benci lah.

actually, aku keluar pegi mana-mana aku takde pun pakai make-up. bagi aku, ko keluar pakai bedak, ngan lipstick. kira dah perfect giler kot. ko takkan nampak pucat dah. bibir memainkan peranan yang sangat penting. bibir ko kelabu, konfem ko nampak cam lesu. so, rajin2kan diri anda pakai lipstick. tak perlu warna yang terang. guna yang light color lebih bagus untuk lebih natural. eceh.

tapi ada orang, dia suka pakai eye liner tapi tak pakai lipstick. bagi aku, tetap nampak lesu. masing-masing lah kot. pakai lipstick lagi senang kot daripada pakai eye liner. haha. nih kira simple tips la. untuk orang paling pemalas macam aku. just nice tak over. ko pun tak kena kutuk weh mekap tebal ke apa ke. simple jer. got it?

rasanya tuh je untuk dikongsikan. nah cuci mata anda. semua hasil curi nih weh. ok, tipu. aku beli arh. ingat mintak je kat tauke watson ngan guardian tuh? cantik siket.


p/s : aku pantang sangat share makeup. aku tak suka orang pinjam makeup aku dan aku tak suka pinjam makeup orang. kata mak, pinjam makeup orang macam pinjam spender orang tuh. ibaratnya.

2 comments:

Raja Norhazrin said...

ko beli make up tu untuk make up kan aku time aku kawen nanti kan kan kan..

Aisyah Taib said...

aku ye kan saje.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com