Saturday, November 26, 2011

Sale hujung tahun.

Assalamualaikum.

semua orang tau yang bila hujung tahun akan ada sale yang giler babeng boom ke babo. aku salah sorang mangsa sale mall-mall yang ada. memandangkan hujung tahun aku hanya di Sabah, aku mungkin shopping di sana je nanti. hoho sesungguhnya aku memang giler shopping. 

tapi kan, korang jangan salah faham ye. aku dah taknak shopping baju ke, handbag ke, kasut ke. RASANYALAH. hikhik. aku tengah giler nak shopping body and face care. yup. barang-barang macam nih yang aku tengah tunggu ada sale. tolonglah Sasa ke Face Shop untuk sale berabis. please please. 


aim aku di faceshop hanyalah BB cream Face it. macam best je. banyak info yang aku dah baca, semua kata best. so, i want to try it. TAPI kan harga promotion dia RM129.90. ada BB cream SPF37 PA++(40 ml) + One-step BB cleanser (100 ml). dekat FaceShop kalau beli barang lebih pada RM120, boleh dapat percuma set kotak kosmetik ataupun set berus. dah konfem la kalau aku beli BB cream nih aku ambik set berus kan. hahah.

masalahnya even promotion pun still mahal kot. aku bukannya bekerja pun. so, abaikan sahaja. tapi tak tau lah mana tau hajat aku nanti tercapai jugak ke kan. tetiba ada pos laju datang depan rumah hantarkan duit. perhhh. berangan habis. pasal BB cream nih. aku dah banyak usha brand brand yang ada.

semalam, aku pegi tengok kat Sasa. banyak lah produk dia. ada tester. best doh. yang aku test semalam BB mousse pure mineral daripada Maybelline. fungsi dia kasi tutup liang-liang roma. then, aku try foundation Loreal perfect match. aku sapu kat dua2 tangan aku. bezanya kan Loreal foundation lagi bagus. orang kata liang roma tertutup lebih rapi.


TAPI, BB mousse tuh bagus untuk orang yang mempunyai kulit dah sedia kala licin. sangat bagus pakai BB mousse nih. lepas tuh BB mousse nih sangat natural. tak tipu. aku try sendiri ye. dah lama aku nak beli benda nih. harga dia RM54 something. so, tunggu lama lah jawabnya. kebiasaannya orang akan pakai foundation then pakai BB cream. supaya kulit nampak lebih palsu. eh tak. supaya nampak lebih licin.

lepas tuh tadi aku ada tengok Tia Amelia punya sunblock/foundation. cantik ouh. itu pun dia kasi tutup kulit yang mana ada jerawat kecik-kecik. malah dia ada sunblock gituh lorh. lupa pasal BB. kalau orang kulit cantik, just pakai BB cream then compact powder. dah cantik gilerzz dah. tak percaya? cubalah. 

sebenarnya, matlamat aku nak beli BB cream. hati aku merasakan jenama Face it dengan Clinique yang bagus. nih hati aku yang cakap la. tapi macam nak try Maybelline punya je. sebab dia lebih murah dan sesuai untuk student. yeahh. pape pun, tengok lah camne. ada rezeki, ada lah BB cream nih.

p/s : sekarang nih, asal aku kuar je, aku akan cuba pakai barang-barang make-up yg aku ada. kalau tak, membazir lah kan aku beli tapi tak pakai. nanti kang keras gitu hal je. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com