Wednesday, November 23, 2011

Assalamualaikum.

Rasanya dah 3 hari 3 malam aku tidur atas kerusi duduk. badan nih taknak pulak dia sakit sebelum sebelum nih kecuali hari ini. bayangkan, aku tidur atas kerusi dengan cara kedua2 tapak tangan aku letak bawah peha. aku duduk atas tapak tangan aku la senang cerita. then, kepala aku tunduk. ala macam mr. bean buat tuh. hahaha. sekali, lepas 4 jam aku tidur, semuanya kaku. aku tak boleh nak bergerak langsung selama 7-8 minit. giler arhh.

cerita pasal mak aku. keadaan dia sebelum nih doktor cakap hanya 25% jer harapan untuk hidup. tengok keadaan dia pun masa tuh hanya bergantung pada mesin oksigen. tanggal mesin oksigen, jalan la terus. kalau tak takkan la sampai doktor suruh semua ahli keluarga masuk jmpa mak. tak payah pakai pas apa sume. betapa kritikalnya keadaan dia.

sehinggakan pada satu malam. mak aku dah mula sedar. tapi tak sepenuhnya. dia macam mengamuk sampai tangannya kena ikat supaya dia tak tarik tube2 tuh. then, subuh tuh dia dah boleh bukak mata. aku lah yang panggil nama mak. bisik kat telinga dia nama dia semua la. then, dia pun dah boleh bukak mata. alhamdulillah. abah aku sebelum tuh, sampai dah suruh prepare kalau2 mak aku dah takde.

satu keajaiban weh mak aku sedar dengan cepat then dah keluar hospital dah pun. ada kat rumah dah pun. boleh sembang-sembang dah. bersyukur sangat-sangat. sekarang nih, aku still jaga mak aku di rumah. hari-hari aku pesan jangan susah hati, kena kuat semangat, ingat tuhan. itu jer. so, keadaan mak aku sekarang semakin pulih.

doktor pun kata dia tak pernah jumpa patient yang macam nih. pulih secara drastik. kira ok lah. pasal kuliah aku balik hari rabu minggu depan. tiga puluh hari bulan sebelas. bercuti panjang lah aku. tapi takpe demi mak sendiri berkorban la siket. mak bukannya boleh cari yang lain kan. mak hanya seorang saje. terima kasih la pada sesiapa yang mendoakan kesihatan mak aku pulih. syukur banyak-banyak.

2 comments:

Raja Norhazrin said...

the power of doa..
Allahuakhbar :)

Aisyah Taib said...

itulah pasal. betapa besarnya kuasa Allah S.W.T.

petua orang tua,
kalau isteri sakit suami kena pakai kain batik isteri kat rumah. atuk aku ngan abah aku selalu buat. betul tak betul entahla. tapi ikut jer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com