Saturday, November 26, 2011

Shopping Online #2

Assalamualaikum. 

Ramai kawan-kawan aku tau yang aku memang suka shopping online berbanding shopping di mall-mall yang ada. Aku sendiri pun tak tau kenapa. Aku ada banyak pengalaman mengenai shopping online nih. Cehh membajet doh. 

Apa yang aku nak cerita nih, shopping online nih ada jugak keburukan dia. Basically, ramai yang tau lah kan apa dia keburukannya. Shopping online nih apa yang pasti kena pandai pilih dan pandai mencari. Kalau tengok kat facebook tuh, macam-macam ada. Kekadang ada yang macam haram. Yang macam orang tuh tak serius. semua nak kena tanya satu2. berapa harga dia? material dia macam mana? kekadang tuh yang tak jawab pun ada.

For sure, kena tengok penjualnya. Info pasal barang-barang yang dijual. Kalau yang tak tertulis detail pasal barang dorang tuh, better tak payah beli kat orang tuh. Kalau orang tuh jual barang dengan detail barang sekali, itu boleh dipercayai. For me, it’s better for you to buy from person not company. Ada banyak jugak company-company yang jual barang online. Kalau beli dengan dorang nih, ko tak boleh nak mintak discount tau harga dia. 


Tapi kalau beli dengan orang, ko boleh tawar2 harga. Tambah-tambah lagi penjualnya tuh orang melayu. Mostly, kalau yang melayu nih banyak di facebook la. Kalau di website nih jarang. Kalau company yang jual, dorang suka jual mahal-mahal tau. Mahal dia tuh bukan siket, kalah-kalah harga di kedai. Belum lagi masuk harga postage. Tak berbaloi kalau beli pun. 

Beza antara company dengan individu biasa yang menjual secara online adalah choices. Company lebih banyak pilihan. Tapi kalau individu biasa majority hanya ready stock yang dorang jual. yang bestnya company nih, dorang detail gilerz. ko tak payah nak tanya2 cam orang bodoh. ko tak baca habis, ko tanggung la akibatnya. dah 2 kali aku tersalah pilih barang. bahana tak baca habis. #belajardaripadakesilapan

Pasal makeup pulak. fuhh yang ini lagi dasyat. macam-macam ada. yang top Benefit dgn MAC. banyak yang aku dah search sume itu2 jugak yg dijual. bezanya mahal ngan murah. aku pernah la try beli tau. ada dua rasanya. satu mascara dengan compact powder MAC punya. sumpah tiruan. dia bukannya second ori. ingatkan second ori tau. sekali haram J lah kan. haha itu pun aku saje-saje try. tak cuba tak tau kan. and conclusion pasal makeup, as a student better beli yang biasa je biasa je. contoh Maybelline.

Maybelline nih kira average la. nak kata cikai tak cikai sangat. nak kata gempak tak gempak sangat. just nice. kalau nak advance siket boleh la cuba ellianto. aku suka dia punya blusher. wuhuu. walaubagaimanapun, M.A.C lah orang tak boleh kasi kalah kan. tak payah la nak beli MAC online ke kedai2 ke. nak beli, beli kat boutique dia terus. dah konfem original. kulit pun tak terjejas. eh lupa beware tau nak pakai cosmetic banyak sekarang dah bukan-bukan. silap-silap boleh masuk hospital. hehe.

Kesimpulannya, kita kena pandai pilih barang kalau nak beli online nih. Ada barang yang boleh beli, ada barang yang tak boleh. Depends on the price. Kalau rasa ok, beli. Kalau takde, tak payah lah. 

p/s : cara senang untuk pembayaran online nih, gunalah CIMB Clicks atau Maybank2u.

1 comment:

fyqahika said...

hi. disini kami ada jual pakaian dan item lain ala ala korea. jika berminat, boleh pm. harga berpatutan. tq. FB PAGE - Chomel Shopp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com