Monday, November 28, 2011

Keinginan #3.

Assalamualaikum. 

keinginan aku yang ketiga adalah nak buat bisnes. Haha. Mungkin ada yang akan gelakkan aku. Tapi kan aku memang minat sangat nak berniaga. Daripada aku zaman sekolah lagi. Rasanya minat nih betul-betul ada dalam diri aku masa aku form 5. Aku tak ingat lah aku pernah cakap ke tidak kat kawan-kawan aku. Yang pasti aku memang minat ngan bisnes. 

Mungkin sekarang nih aku salah masuk kos. Sepatutnya aku ambik Business Study tapi aku ambik apa, Public Admin. Entah aku pun tak tau kenapa jadi camni. Haha. Bagi aku bisnes nih hanya sampingan. So, aku rasa tak perlu nak ambik kos DBS. Kalau nak jadi pandai berbisnes pun, aku rasa boleh duduk kat kedai orang yang berniaga apa yang kita nak niagakan tuh. Boleh jadi pandai punyalah. 

Sekarang nih pun, aku mula berjinak-jinak untuk berniaga. Mak abah aku heran kenapa aku tetiba minat nak berniaga. For your information, masa aku darjah 1 ngan 2. Aku pernah tolong kawan aku jualkan ice-cream kat sekolah. Then, masa darjah 3 aku jual sticker dragon ball kat kawan-kawan lelaki aku. Jual gula-gula lah. Hahaha. Baru aku sedar yang aku nih minat berniaga. 

Sebenarnya aku teringin sangat-sangat nak bukak kedai kain. Senang citer butik lah. Kalau lah cita-cita aku nih tercapai, aku nak jual kain-kain ela, blouses, tudung, baju kurung dah siap, dan sebagainya. Inilah hajad aku suatu hari nanti. Aku nak bukak butik. Dulu time kecik-kecik, mak aku tanya aku nak jadi apa, aku jawab aku nak jadi tailor. Hahaha. Tapi macam tak dapat je. Leceh ar. Dah tuh kena rajin. So, aku decided jual kain lebih berhasil kot. Haha. 

Actually, sape yang pandai jahit labuci lebih beruntung kot. Serius sangat untung. Bukan semua ada masa nak menjahit weh, dorang kebanyakkannya nak ready made je. Nak senang. That’s why aku cakap kalau sape pandai jahit labuci sangat untung. Tapi aku taknak buat benda nih, leceh. Nak kena tekun. Rasanya meniaga kain pun dah okay. haa lepas tuh cari suami jual karpet. perhhh ngam habis!

Rasanya tuh jelah pasal keinginan #3 aku kali nih. Hehehe.

2 comments:

shark said...

Gud luck...
keinginan dh ada..
usaha jer blum lg tu..
dh ada usaha mmg berjaya:)

Raja Norhazrin said...

aku pun nak bukak bisnes gak..
nanti jadi bisnes partner aku eh :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com