Wednesday, November 2, 2011

saya takde tajuk, tapi hanya ada soalan. Ashraf Muslim yg tanya.

Assalamualaikum.

saya ada satu soalan. nih dia soalannya.
Apa beza org yg mempunyai ilmu yg sikit tp amalan yg banyak dgn ilmu yg banyak tp amalan yg tidak kosisten?

kat twitter aku jawab takde beza. aku sebenarnya nak explain banyak sangat. hahaha. ketawa lah sekali. ko diam membantu buat apa? mesti ternanti-nanti apa jawapan aku kan kan kan? hahaha. 

A : orang yang banyak ilmu tapi amalan tidak consistence.
B : orang yang ilmunya siket tapi amalan banyak.

kalau aku, orang yang banyak ilmu tp amalan yang tidak consistence adalah lebih baik daripada orang yang ilmu siket tapi amalannya banyak. sebab apa aku cakap macam tuh, aku tak tau camne nak explain tapi aku kasi contoh ye. 

katakanlah dalam satu pekerjaan contractor. orang contractor kelas F dapat tender 20 ribu tapi kerap dia dapat. maknanya dalam setahun tuh dia dapat 5 6 kali macam tuh. so, total up setahun pendapatan dia dalam 80-90 ribu macam tuh. berbeza pulak dengan contractor kelas C di mana dia dapat projek 500 ribu tapi dia hanya dapat dalam 2 projek setahun. kekadang 1 projek je setahun. so, total up pendapatan dia contractor kelas C lebih daripada contractor kelas F. 

kalau korang applykan konsep A dan B dalam contoh tersebut, faham tak apa bezanya? ok, explain lagi. maksud aku di sini, kalau A buat amalan ibadat, amalannya akan lebih dipandang oleh Allah S.W.T. berbanding dengan B. sebabnya cuba fikir kalau si B dia hanya tau ilmu masa dia tadika, sekolah rendah je. up siket lah sekolah menengah lepas tuh itu je yang dia bawak sampai lah dia bercucu bercicit. orang kata apa dia hanya diibaratkan budak tadika punya standard la kan.

orang tua-tua selalu cakap umur meningkat, ilmu pun mestilah meningkatkan. aku bagi lagi contoh, ko belajar dekat sekolah. darjah 1 ko belaja math 1+1=2. takkan lah ilmu 1+1=2 nih ko nak bawak sampai masuk Universiti? takde improvement langsung. itu je ko ulang-ulang. takde benefit lain kan? boleh tak compare dengan situasi A dan B?

yang aku cerita nih pendapat umum lah. kalau ikutkan aku yang betul-betul, sekiranya A tak amalkan apa yang dia tahu apa yang dia peroleh, munafik la dia. mesti ko kata aku sesat. tapi betul lah kan, ko ada ilmu macam-macam yang boleh mendekatkan diri kepada Allah tapi ko tak buat. buat pun celang-celup. munafik la tuh. dan kalau B bagi aku dia salah jugak sebab tak cuba mencari ilmu yang patut dicari supaya dapat mendekatkan dirinya kepada Allah S.W.T.

itu pendapat aku. bagi aku, kita tak boleh nak beramal dengan mengira berapa pahala, dosa yang kita dapat. benda yang disuruh, buat. benda yang dilarang, jangan buat. bab pahala dosa, takde sape pun boleh hitung. hanya Allah S.W.T je yang tau. orang lain tak tau. kita sebagai hamba, laksanakan perintahnya. apa yang pasti, benda yang salah jangan ditegakkan.

contoh, menipu atau membohong. ada orang kata bohong sunat lah apa lah. apa yang pasti, bohong ngan menipu tetap Allah larang kita buat. so, tak payah lah nak cakap bohong sunat ke apa. sunat tuh kalau kita buat dapat pahala. takde maknanya nak sunat-sunat. haram tetap haram. 

kesimpulannya, apa pendapat anda?

*aku bagi contoh berkaitan dengan duit supaya lebih senang nampak apa bezanya. kiranya aku compare mengenai pahala yang diperoleh dalam situasi A dan B. hakikatnya, benda tuh kita tak dapat nak kira pun. 

2 comments:

gurlz16 said...

saya setuju dgn huraian2 anda..mcm blh dpt mrkh penuh je..haha

hana kei said...

truskan usaha anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com