Thursday, February 21, 2013

Sibuk macam mana pun, kesihatan perlu dijaga. Part 1

Tengok tajuk, perhhh. perhhh. perhhh.

ok, semenjak 31 January 2013 hari tuh keputusan untuk penerapan semester akhir uitm aku gagal, aku kecewa frust menonggeng dan decide untuk cari kerja. memang aku dah tak pandang sangat dah degree nih. serius. saya tak main main kali nih. ehem ehem.

jangan tanya lah kenapa kenapa kenapa. penat dah nak jawab. bagi aku, benda nih bergantung pada rezeki. ye rezeki. tak kira lah cgpa ko tinggi melangit kalau Allah kata belum, belum la jawabnya. aku redha dah sekarang walaupun sebelum nih aku rasa agak goyang dah akidah aku sebab terlampau banyak pertikaian. so, moral untuk perenggan nih, bila sesuatu terjadi pada kita jangan terlampau pertikaikan ye.

ok, pasal kerja pulak. lepas je seminggu aku merungut pasal tak dapat sambung degree, dah bincang ngan abang2 semua, parents, aku decide nak kerja. masalahnya aku tak tau nak kerja hape. haaa. nampak tak permainan dia kat situ? dalam masa seminggu tuh jugak lah aku frust macam the sims yang kena buang kerja. 3 4 hari kecewa. asyik sedih. begitulah saya ketika itu.

aku try cari kerja kat online semua mostly kat KL. the problem is, if i work in KL how about my transportation, house etc. so bila difikirkan balik, agak susah lah. dah lah aku tak biasa kat KL tuh. nak pegi naik bas sengsorang pun belum tentu boleh tau. everything is new for me. jadi untuk perenggan nih, aku cerita lah dengan akak ipar aku and abang aku. bla bla bla. dekat situ memang aku kena ceramah lah habis2an. ceramah pun tak berapa nak ceramah la. aku anggap dia satu motivation yang amat tinggi untuk aku.


kakak aku katalah walaupun kita nih perempuan, kita mesti berani. tak boleh nak bergantung dengan orang sangat. cuba bayangkan kalau orang yang kita harapkan tuh dah takde. macam mana? you know, every single words yang orang cakap dekat aku, aku ingat tau. tambah2 lagi kalau berkaitan dengan diri aku. tersangat lah ingat. 

memang susah untuk aku mengubah benda2 nih semua. aku anak last, sorang je perempuan. faham2 jelah macam mana seorang abang protect adik dia. macam mana parents dia protect dia. nak nak pulak sekarang parents dah masuk category warga emas. hati dorang lagi lembut kot. cepat susah hati dan sebagainya. kita kata itu ini. tapi perasaan parents yang dah warga emas kita kena jugak faham. uolls kalau ada kat tempat iolls mesti sedih gilerh. hmm.

fuhh panjangnya. macam nak split dua entry rasanya. ok sambung siket lagi.


lepas pada meluah luahkan perasaan tuh, rasanya 2 hari lepas pada tuh kot. Farahan kawan aku kata kat tempat dia nak guna kerani. so, aku yo yo o nyer cakap nak. then tanya lah semua macam mana macam mana. aku isi jelah borang semua. terus je kena interview then dapat. sumpah aku macam main2 kot nak apply tuh. takut. ye itu yang sebenarnya. lepas tuh kan..

to be continued next entry :D

PART 2.

3 comments:

timm_bill said...

x sabo nk taw pe jdi..

✿A I N A A✿ said...

sabar ye aisyah... xpe, ada peluang pekerjaan untuk aisyah, janji pasti yakin dan berani! ena doakan Allah permudahkan urusan kehidupan aisyah ye

Iyraa Cariyno said...

jom meriahkan giveaway ini http://iyraacariyno.blogspot.com/2013/02/1st-short-giveaway-by-nana.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com