Friday, February 22, 2013

Sibuk macam mana pun, kesihatan perlu dijaga. Part 2

PART 1.

sambung balik cerita semalam. 

kan aku terus je dapat kerja tuh. aku interview petang hari rabu. ngam2 time aku interview tuh hari hujan lebat. nampak tak rahmat ada kat situ? bukan rahmat mega ye. rahmat daripada Allah Swt. perasaan time tuh memang happy sangat. at the same time aku takut nak start kerja. memandangkan ini adalah first time. my first experience giteww.

aku start kerja hari Jumaat. masa hari Khamis, aku keluar dengan Raje and Farahan. kat situh banyak lah sembang2 begitu begitu. then ada si Raje cakap sape yang tak takut bila nak mula kerja Syah, kot mana pun kita kena buat gak. sampai bila nak takut? ayat sampai bila nak takut sangat memberi motivasi kepada diriku. arhhhh. terharu iolls. 

Aisyah, Raje, Farahan

so, start pada tuh setiap kali aku nak buat something then aku rasa takut, aku pun cakap dengan diri aku sampai bila ko nak takut syah. sampai bila sampai bila. time tuh terbayang2 lah muka si Raje bercakap dengan aku. har har har. so, first day start kerja okay la. ada jugak Farahan sama shift dengan aku. dia banyak ajar aku camne nak jadi cashier sume. 

walaupun aku kerja as a clerk, aku tetap gak kena tahu pasal cashier. so, siket2 lah i belajar kat sana. yang kelakarnya kan bila aku jadi cashier, aku gelabah kot tengok ramai orang beratur. menggeletar tangan wa cakap lu. tapi agak seronok lah jugak jadi cashier. tapi emergency case je eh aku boleh. kalau nak suruh aku 100% jadi cashier aku taknak. kalau bos besar suruh pun aku tak nak. har har har. berkaitan dengan staff pulak, setakat nih okay. boleh masuk kepala lah. syukur alhamdulillah. hihi. 

habis part pendahuluan.
masuk ke bahagian isi penting pula.

semenjak aku dah berkerja nih, apa yang aku perasan semuanya berubah. berubah dari segi masa untuk aku menjaga diri aku. kalau dulu masa aku hari hari goyangkan kaki kat rumah aku ada masa nak steam2 muka, mandi lama lama, kemas itu kemas ini. tapi sekarang agak kelam kabut lah. aku sangat lah tak suka keadaan ini. nak tau masa hari kedua kerja dalam otak aku nih aku rasa sedih giler rasa nak berhenti kerja pun ada. 


tak tau lah kenapa. aku syak syaitan tengah kacau je tuh. malam tuh aku banyak2 kan istighfar, selawat sume barulah okay. barulah rasa seronok. hari seterusnya aku try uruskan masa dengan sebaik mungkin. aku nih kira macam seorang emak yang perlu uruskan rumah. faham tak maksudnya?

maksudnya, walaupun aku bekerja, aku tetap kena jaga rumah. sapu lantai, kemas rumah, basuh kain, kemas dapur etc. haa itulah yang aku perlu buat. so, tak kira apa jua keadaan sekali pun, aku kena jugak cari masa untuk siapkan semua task task tuh. serius masa aku tengah cari masa tuh kan, aku terbayangkan macam mana aku suruh the sims aku buat kerja. macam tuh jugak la aku paksa diri aku untuk buat kerja. hahahaha.

bab mengemas rumah dah settle. masuk pulak ke bahagian kesihatan diri.

kan aku amalkan ambik vitamin, vco etc sebagai supplement aku. aku pun masa belum lagi dapat stabilkan dengan betul. jadi, semua supplement aku tuh kejap aku makan. kejap tak. kalau makan pun, tak ikut waktu yang ditetapkan. suka hati je nak makan bila. dah tuh, kalau yang bahagian makan pulak pun suka hati jugak.  dah macam takde pantang larang dah.


sebelum aku start kerja, malam aku tak makan. selalu minum je. minum pun air kosong je kot. nak minum susu dutch lady perisa coffee pun tak sanggup. takut berat naik. semenjak bekerja nih, tengah malam makan nasi lepas tuh tido. makan mcd. lepas tuh tido. makan coklat cadbury yang konfem2 menaikkan berat badan. makan keropok yang konfem2 banyak kimia dan menggemukkan badan. nampak tak betapa tak sihatnya hidup aku sekarang nih? berat aku naik 2kilo tau. baru berapa hari kerja.

so, mulai esok bagi mengelakkan saya makan makanan yang tak sihat dan menggemukkan tuh, saya membuat keputusan taknak bawak duit esok. supaya saya takde nak beli beli barang lagi dah. he eh.

kesimpulannya, sibuk macam mana pun kesihatan diri kita perlu dijaga. segala amalan kita perlu dijaga. jangan disebabkan satu benda, amalan kita sebelum nih kita lupakan. baik amalan kesihatan mahupun ibadah. apa apa amalan lah senang cerita. aku masih lagi teringat kata kata Fatin Liyana masa tuh ada. kita yang kena pandai cari masa tuh. so, kat sini aku memang tengah menyesuaikan diri. bila nak buat itu, bila nak buat ini. barulah i terasa betapa pentingnya masa itu. hik hik.

p/s: bila dah sedap guna barang mahal mahal lepas tuh duit takde nak maintain then you know how to find work. like mine. syukur dengan apa adanya. syukur.

1 comment:

tika akhir said...

kn kte dah cakap. klu raje ngn azira ni ayat doirang walau sepatah. big impact. kte sampai skrg ade masalah. perlukan good terus on9 harap zira online!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com