Saturday, January 26, 2013

Tips Penjagaan Kulit Muka : Nyah kau jerawat: Tea Tree Oil

Malam tadi dah janji kan nak share lagi tips penjagaan kulit muka. so, malam nih aku nak kongsi mengenai Tea Tree Oil daripada The Body Shop. kalau korang tak tau, aku nak bagi tau yang Tea Tree Oil memang bagus untuk menangani masalah jerawat. selain buah lemon, tea tree oil pun okay jugak.


aku dapat sample je pun daripada Body Shop. tapi samplenya nih walaupun nampak kecik, lama jugak bertahan dengan aku. kalau nak beli harga dia rm28. boleh dapatkannya dekat outlet store or online store. 

aku akan gunakan tea tree oil bila aku ada jerawat yang besar je. kalau setakat jerawat pasir, oat mampu mengatasinya. hihi. keberkesanannya, 2 hari dah boleh surut. kalau korang nak lebih cepat, gunalah buah lemon. cuma takut korang tak sanggup je menahan kepedihannya. tsk tskk.


cara nak gunakan tea tree oil daripada body shop nih, guna selepas kita guna toner. dah lepas sapu tea tree oil baru guna moisturizer. lebih afdal, lepas je guna tea tree oil nih, biar seminit or biarkan kering kejap baru sapu moisturizer. 

senang kan? tak percaya cubalah sendiri.

p/s : tea tree oil kalau terkena jerawat pun, tetap rasa kepedihannya. you have to face it dear. hahaha. good luck :)

2 comments:

Lady ★ Hanna said...

; hana nak ajak join segmen hana ;) banyak hadiah menanti taw. dan yang penting . nnti traffic blog korang akan bertambah ;) jomm. jomm. jomm.

Adibah Hanun said...

yg ni mmg berkesan. pakai sehari pun dia mcm dah nak kering jerawat tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com