Monday, January 21, 2013

Cara Penjagaan Seluar Jeans Mudah

cerita pasal seluar jeans, majority semua ada koleksinya tersendiri. sekurang-kurangnya ada satu helai dalam wardrobe kita. dulu, aku suka guna cotton jeans yang sangat suka mengembang tak tentu pasal. lalu, aku bertukar pada jeans yang memang tak pandai mengembang tak tentu pasal. kalau berat badan naik, pegi beli size baru. tutup cerita. hihi.

my new Acid Washed Jeans

first time aku guna seluar jeans, cepat reput jeans aku tuh. sebab selalu basuh. koyak tak tentu pasal. yang pasti dekat celah kangkang koyaknya tuh. maklumlah, first time. jadi untuk mengelakkan seluar jeans kita yang mahal mahal tuh rosak, atau luntur warnanya, jom baca bawah nih cara nak jaga seluar jeans kita. 

1. Jangan gunakan peluntur atau kata lain dia clorox dan mesin pengering. sebaik2nya jemur jeans tuh macam tuh je. biar dia kering sendiri. kena make sure lah hari betul2 panas terik. 

2. Terbalikkan seluar ketika basuh dan jemur. ini untuk mengelakkan warna jeans tuh luntur. juga, jangan selalu basuh jeans ye. nanti reput seluar hampa. maksudnya, janganlah sekali dua pakai terus basuh. 

3. Jangan cuci jeans dengan kuantiti yang banyak. maksudnya dalam sekali cucian tuh, ada 4 helai je jeans yang dibasuh. kalau boleh, elakkan basuh dengan baju yang lain. basuh seluar jeans sahaja.

mudah kan cara dia? hihi. kalau aku punya seluar jeans sekarang, dua minggu sekali baru cuci. hebat dok? tapi aku pastikan yang seluar tuh tak kena peluh yang banyak. kang tak memasal berkurap pulak. 

p/s : kalau kita basuh seluar jeans baru dengan yang lama, benda nih dapat bantu seluar jeans yang lama tuh tadi mengekalkan warna dia. 

nota kecil : sumber daripada Utusan Malaysia

1 comment:

shazrina said...

makasey share share ..selame ni aku tak de laa jage sangat jeans aku ni ..tapi jangke hayat tak lame laaaa ..kalo suar levi's aku tu, pakai 5 6 tahun, nipis dah, de yang terkoyak kat lutut pon ...hermmmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com