Sunday, January 27, 2013

Sinopsis Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit

Dah dua tahun filem arahan Mamat Khalid menyepi kat pawagam. tahun nih filem yang akan ditayangkan ialah Husin, Mon & Jin Pakai Toncit pada 7hb Februari. jangan lupa tengok uolls :)


mengikut kata kata Mamat Khalid, filem nih takde macam filem hantu kak limah yang fisrt ataupun zombie kampung pisang. yang filem nih cuma kesinambungan. kiranya yang hantu kak limah 2 nih lain lah. tak tau lah best ke tak. kalau aku, aku suka filem arahan Mamat Khalid nih sebab skrip2 dia yang lawak slumber aku gelarkan. hahaha. baru tengok teaser aku dah ketawa dah. haha.

Sinopsis 

Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah," Husin yang telah muflis akibat ditipu Skim Cepat Kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang Husin berjumpa semula dengan geng lamanya & juga Mon, kekasih lamanya sewaktuKampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh, Nampaknya sejarah misteri 45 tahun dahulu telah kembali. 


Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di kampung itu kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura & mempelawa Husin menjadi pembantunya, namun begitu, masalah semakin rumit apabila Husin sendiri didapati hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi, & Nazari SMK gagal mengesan dimana Husin Berada. Yang tinggal hanyalah Mee Maggi Singapura. Didalam kekecohan itu muncul Dr. Samsudin yang mendakwa mampu mengesan dimana hilangnya Husin. Apakah sebenarnya Berlaku??? Siapakah Yang Menculik Husin???

Teaser


OST


*entah entah dia pegi ke Giant mencari tisu ke ape ke, engkaurang je pandai2 mengata dia diculik bunian.

p/s : begitulah flash back saya. 

1 comment:

Shaza Amani Hidayah said...

Teruja nak nengok...Harap2 besh mcm Hantu Kak Limah ler...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com