Tuesday, October 18, 2011

apa ada pada kawan weh.

Assalamualaikum.

aku nak cerita pasal kawan. bagi aku, kawan nih adalah nombor dua selepas keluarga. yes. ko takyah nak menipu aku cakap boyfren atau girlfren ko nombor dua ke apa. kot mana pun ko tetap cari kawan. aku tak tau la kalau ada yang macam haram ke lupa kawan lepas ada boyfren atau girlfren. ok, lupakan hal itu.


apa yang aku nak tekankan nih kita patut bersyukur kalau kita dapat berkawan dengan orang yang alim-alim nih. maksud alim aku nih bukan la dia dah jadi imam muda atau ustazah pilihan. maksud aku alim yang dia jaga solat dia, percakapan dia dan sebagainya. sebabnya kan, ok aku bagi contoh diri aku sendiri la kan. aku ada kawan yang alim nih. dekat UiTM aku ada, kat PLKN aku ada, kat Kuala Selangor pun aku ada.

aku nih bukanlah katogori yang alim. solat pun tak berapa nak sungguh lagi. banyak sangat perlu dibaiki. jadi bila ada geng yang macam nih, automatic ko akan motivated. macam tersedar sendiri. buat tak buat itu belakang cerita. at least kesedaran tuh ada. bagi aku, kawan kita dalam bilik sangat la penting. setakat nih, dah 3 sem aku belum pernah dapat roomate yang kaki surau. so, aku pun anggap dia pun macam aku je.

orang kata apa. ko dah malas solat, kawan pulak pun sama gak. haihhh wannup jadinya. at least bila ada kawan yang kaki surau nih, ko pun segan sendiri. nak nak pulak dia mengajak. ko yang tak ikhlas pun boleh jadi ikhlas. ada kebaikan. ada orang pernah cakap jangan paksa orang untuk melakukan kebaikan seperti solat. betul lah kan kita kena guna cara lain untuk mengajak orang melakukan kebaikan. bagi aku, dengan cara ko solat depan aku hari-hari aku sedar sendiri jugak.

hey common la. dah umur 19 kot. takkan lah nak kena paksa, pijak terajang bagai baru reti nak ingat Tuhan kan. beragak lah. yang paling aku fadeup bila ko nak beribadah, sekali ada pulak mambang yang tak reti bahasa slumber gaban je pegi kotorkan tempat ko nak beribadah dengan pakai kasut dah macam orang putih. aku orang Melayu bukan orang putih. agak-agaklah kan kalau ko taknak buat, jangan nak suruh orang lain pun tak buat. HORMAT tuh penting ye.

bagi aku lagi, bila ada kawan yang alim nih, segala aktiviti ko akan terkawal bukan tersekat. contoh. katalah ko nak buat benda jahat. dah konfem ko kena ceramah. toksah la kamu nak menipu. 3 tempat weh aku dah merasa. aku boleh kata, mana2 aku pegi, confirm aku dapat kawan dengan budak alim. ko nak jadi jahat pun tak jadi. serious tak tipu.

so, bersyukurlah ada kawan macam nih. aku tau ada yang tak boleh nak terima bila ada kawan macam ni. mungkin dia nak buat apa2 pun semuanya makruh ke haram ke. jadi dia merasakan diri dia dikongkong. kalau aku jadi macam tuh pun aku tak sanggup. ko dengar mak ko membebel pun ko dah panas telinga kan apatah lagi kalau kawan yang bebel.


bagi aku, kalau la ada orang yang suka membebel hal-hal macam ni, kalau kita tak suka tak payah la nak tunjuk sangat setan dalam badan terbakar. just relax. terima seadanya. atau terus terang prinsip hidup masing-masing supaya tak menjadi perbalahan.

*pengaruh kawan sangat kuat.

8 comments:

gurlz16 said...

setuju 200%

Anonymous said...

aq rasa panas mcm termkan lada + cili...berasap..terasa ke? xlebih...xkurang....cold water please..

Raja Norhazrin said...

you can count on me like 1 2 3 and i'll be there ~

Anonymous said...

to raja norhazrin...doesn't matter how many time i count..u will always 1..no 2-3-4----

Sandra said...

alhamdulillah. HAHAHA. eh. ouch. lulz

Aisyah Taib said...

no offence okay :)

Raja Norhazrin said...

yela anonymous.. *yekansaje*

che'ah said...

kadang2 rakan mununjukkan personaliti kte,,kkadang diorang membentuk personaliti..paham kan,,ampun ayat bm failll..hekhek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com