Tuesday, October 11, 2011

Day 8 - Your dream wedding.

simple jer apa yang aku nak. aku nak buat wedding tu dekat dewan for sure. taknak dekat rumah sebab aku taknak penatkan sedara mara sebab kena kemas rumah, hias rumah, basuh pinggan dan sebagainya. kalau buat kat dewan, aku order catering jer dah cukup. lepas tuh hias la dewan tuh. tak kesah la mahal ke apa, asalkan aku tak menyusahkan orang lain.

eh zaman sekarang dah modern, dengan duit macam2 boleh dapat. apa perlu nak susahkan orang kan. hahaha. citer bab hiasan dewan pulak. aku hanya nak ada bunga ros merah dan putih banyak2. woahh. gempak kot. takdelah gempak mana. aku rasa benda tuh simple jer kot.

tempat masuk cam biasa lah kan. lagi satu, aku nak ada satu port di dewan tuh khas untuk family dan sedara mara. tempat untuk dorang bersembang. supaya nnt bila pengantin jalan, aku pegi kat tempat tuh jer. xdelah penat aku nak jalan sana sini. smart kan? hahaha.

kalau bab makan pulak, aku nak masakan kampung. perh buat kat dewan cantik2 sekali makan makanan kampung. ok per kan. eh yang aku jemput tuh orang melayu bukan orang itali. faham? ok pandai. makanan mungkin aku akan buat dua side. satu western, satu lagi kampung style. jadi orang ada choice la kan. dan aku akan pastikan, orang yg dtg wedding aku tuh dlm keadaan lapar yg macam 10 hari tak makan, supaya kat wedding aku nnt dia boleh makan dengan sedap. 

lepas tuh kan, ada live band. ni wajib la kan. so, kalau sesape nak nyanyi, ko kenalah nyanyi live. tak main la karaoke weh. band tuh pulak mesti mainkan lagu oldist. subhanallah. belagaknya! kata dream wedding mestilah over. aku tak boleh nak bagi gambaran dia camne lah. sebab aku rasa takde yg sebijik macam yg aku nakkan lagi. jap aku  search google. 

*loading.
ihh takde. pandai2 lah fikir camne yang aku nak. hahah :p

3 comments:

Anonymous said...

lagak mcm dah ad bkal suami je...

Aziera Jumat said...

xsabar nak pergi wedding kau do!

Raja Norhazrin said...

wahhh, nak roses ye yang??
i loikkeee ! nanti bagi I sejambak dua okay..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com