Saturday, October 22, 2011

pendapat amat diperlukan.

Assalamualaikum.

convocation? ko rasa benda nih perlu? apa tujuan ko nak convo?

kalau aku diberi pilihan untuk convo, konfem aku pegi. sebab aku rasa benda nih hasil usaha aku sendiri. jerih aku nak dapatkan result yang bagus nak lulus nak kasi mak abah tersenyum. bagi aku benda nih sangat compulsory. bukan untuk dibanggakan dengan orang lain, tapi untuk mak abah aku. just both of them. 

ada yang berpendapat, convo nih hanya sekadar untuk tujuan show off. sedangkan result yang dia ada tak bagus mana. belagak bukan main. ada juga lagi yang berkata, orang yang repeat paper banyak kali. nih mostly untuk orang yang extend semester sampai 7, 8 sem nak jugak convo sedangkan pencapaian ko tak sehebat mana. kenapa perlu nak convo?

wow hebat ayat kau. kau macam mintak penampar je syah bila ko cakap macam nih. 

relax laa. aku tengah mushkil nih. bila fikir balik, betul jugak kata-kata nih. keputusan pun cukup makan je apa kes nak convo kan? tapi bila baca ayat aku, mesti korang pun cakap itu penat lelah kita. mestilah kita harus bangga dengan kejayaan kita. 

persoalannya lagi. adakah selama ko test dalam kelas, ko jujur? kalau ko jujur, 100% kau patut bangga dengan kejayaan kau. tapi, setiap kali test ko meniru apa macam? assignment ko harapkan kawan ko je yang buat. ko tukang jadi piala world cup cekak pinggang je. jujur kah? 

agak sensitif ya issue yang aku timbulkan nih. sila maafkan saya. apa yang aku boleh simpulkan, 
masing-masing ada pendirian. masing2 ada matlamat hidup. so, badan dah besar otak pun makin besar, pandai-pandailah fikir untuk kebaikan sendiri. kita hanya boleh tengok apa yang orang buat. jangan mengata. takut nanti kena batang hidung balik. jadikan sebagai teladan.

yang paling utama, diri sendiri yang perlu dibetulkan dahulu bukan diri orang lain :)

6 comments:

Fiza16 said...

setuju..pendapat masing2..tapi bg aku...aku akan pergi convo tu...nak rasa mcm mna tmat pngajian..blh baling2 topi..haha

Aziera Jumat said...

second paragraph buat bulu roma aku naik. YUPS! aku nak parents aku rasa perasaan anak dia naik ats pentas convo. Just for them! leb bnyk2!

Anonymous said...

perasaan time convo 2 diffrnt wey... the begin of real life...

Mawar Hitam said...

aku suka part yang JUJUR tu..
but for me it's better to use BERKAT from ALLAH..
berkat ke ilmu yang kita dapat tu..
berkat ke kejayaan yang kita peroleh tu..
benda benda ni berkait sampai la kite keje
dan ada link dengan hidup kite jugak..

**cakap b'api2 ni tekena btg idung sndri jugak -.-'

airaniez wirdani said...

Masa akak convo dulu,hanya mak dengan adik je datang.Punyalah pelik orang lain datang bawa sedara-mara,angkut satu bas macam *rombongan cik kiah*. Akak fikir masa pergi konvo tu cuma nak ambil scroll & jumpa kawan2 dan balik..Then the next year I went again to celebrate my junior's. Masa tu barulah faham erti konvo.Tengok mak ayah ssh3 datang nak tgk kejayaan anak2.3/4 thn belajar degree.bila duit tak cukup kena tolong top up kan (padahal diri sendiri tak cukup duit)..Masa tu baru rasa...erm..Jadi pergilah konvo.Bukan untuk anda,tapi untuk ibu bapa anda.^_^

Aisyah Taib said...

komen akak sangat membantu. hehe.
anyway, saya sangat suka blog akak. sangat cool.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com