Monday, June 2, 2014

Girls Talk: Wedding Stamps

hello everyone! 

so malam ni nak share siket pasal wedding stamps. dah lama jugak la tau pasal wedding stamp ni tapi tak berkesempatan nak share ngan korang. tak tau la kot kot saya yang ketinggalan ke hape kan but still i want to share it.

wedding stamp ni sejenis cop mohor di mana korang boleh gunakannya untuk cop apa-apa je pasal wedding korang. contohnya: 
tag us on instgram 
#aiSyahswedding 
25032015 

something like that you know. this is just an example. boleh cop dekat goodies bag, wedding card atau kertas a4 ke dalam buku kira 555 ke. tak kesah la kat mana2 pun. hihihi.

yang menjadi tarikan hati ni adalah harga dia yang quite affordable yet saving. bayangkan just beli stamp and stamp ink. boleh guna rasanya setakat 200 goodies paper bag tu boleh la kan. kalau ink habis, boleh refill lagi. see! jimat kan? tak sampai rm100 pun untuk decorate goodies bag (yeke). kalau saya, saya nak paper bag yang kertas minyak tu je. hihi. classic.

sebelum tu, saya tau pasal wedding stamp ni daripada ikahwin.my and ikahwin.my sendiri yang menyediakan service wedding stamp ni. kalau korang order hari ni, stamp korang boleh siap dalam masa 3 hari bekerja. innshaaAllah. kalau korang nak order boleh KLIK SINI.




cer korang tengok. simple je kan? simple and nice gittew. selain daripada wedding stamp, ada gak dorang buat untuk raya stamp, business stamp and bla bla bla. boleh KLIK SINI kalau nak tau apa lagi service yang ikahwin.my sediakan untuk korang.


mengenai harga pulak. seperti yang saya dah cakap awal-awal tadi, harga dia sangat affordable. range harga dalam rm35 - rm55.  yang ini harga yang korang pilih design yang ikahwin.my dah sediakan. kalau korang nak design sendiri add charge rm5 je.


so boleh la korang cuci cuci mata nak pilih design apa untuk wedding stamp korang nanti. itupun kalau berkenan la. tak berkenan pun at least you get some ideas untuk wedding korang kan. boleh jugak KLIK SINI kalau nak usha design yang ohsem ohsem.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com