Sunday, November 18, 2012

Hada Labo Make-up Remover Oil

Assalamualaikum.

aku nak share kat korang hari nih mengenai cara penggunaan Hada Labo remover oil nih. kalau nak di-translate kan tulisan jepun kat botol nih, nama sebenar remover nih ialah Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Make-up Remover. hambek kau punya main panjang. aku panggil, Hada Labo Remover Oil jer. 

ini untuk yang make-up nipis

macam biasa lah fungsi utama dia nak remove make-up. kalau warna biru, untuk light make-up kalau kuning untuk make-up tebal. so, aku pilih biru jer. before this, aku salah menggunakannya. kekadang betul kekadang salah. dulu, cara penggunaan aku camnih. aku picit remover nih then sapu jer terus kat seluruh muka. after that aku bilas terus dengan air. terus muka aku rasa macam licin2 yang tak habis cuci tuh. tak tau rasanya? haa, cubalah style aku tuh. nanti uolls dapat rasakannya. hahaha

ini untuk make-up yang tebal

ok, itu cara yang salah yer. cara yang sepatutnya dibuat adalah seperti dalam video kat bawah nih. 
1. picit sekali or dua kali Hada Labo Make-up Remover nih.
2. sapu ke seluruh permukaan kulit muka. 
3. ambil sedikit air dan bilas muka anda. kemudian, remover yang ada kat muka tadi akan jadi milky.
4. kemudian, bilas dengan air seperti biasa seluruh muka anda.
5. untuk lebih bersih, cuci dengan cleanser yang biasa kita gunakan. 


sebelum nih, aku rasa tak berkesan pun remover nih. bagus lagi guna remover Silky Girl yang penutup hijau tuh. tapi sangkaan aku salah sama sekali. uhuk. berbaloi guna Hada Labo Remover Oil nih. boleh dapatkannya kat Guardian or Watsons. harganya agak mahal lah jugak dalam RM50++ tapi boleh tahan lama. jangan risau yer. 

so, apa tunggu lagi? cubalah. hehehe

p/s : rasanya sebelum nih aku pernah bagi tau remover amat penting sebab bila kita expose kat luar habuk akan melekat kat muka kita, kalau kita tak remove sebelum cuci muka, akan menyebabkan pore kat kulit kita terbuka sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. senang cerita akan menyebabkan kulit kita berkawah macam kat bulan tuh. hehehe.

2 comments:

Anonymous said...

kalau pakai bb cream, kena x pakai remover oil ni. ke cuci muka je?

AisyahTaib said...

kena pakai gak. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com