Wednesday, November 11, 2015

Typing. Tafsir Kasi Betul.

kekadang manusia suka tau salah faham. kita sampaikan something dalam bentuk penulisan tapi pentafsiran berbagai bentuk. misalnya, kita tanya seseorang ada di mana? nada yang kita sampaikan berbentuk santai dan bersahaja. yang macam kita tengah sila panggung sambil main handphone ada secawan kopi atas meja tu. tapi yang ditafsirkan ibarat muka tengah ketat nada yang keras rasa nak baling handphone bila timbulkan persoalan. 


memang manusia ni kebanyakkan suka buat assumption tanpa usul periksa. takyah nak mengata orang, kekadang aku sendiri pon selalu macam tu. hihi. tapi susah la jugak kan nak tafsir nada percakapan, perasaan orang ketika membuat penulisan. contoh macam aku sekarang ni takde letak haha hihi huhu mesti korang pon baca dalam nada oh si aisyah ni mesti tengah acah-acah bengang. oh well nada aku sekarang ni tengah sila panggung sambil dengar lagu sambil shake shake badan sambil buat notes kat handphone. 

bagi aku kalau nak lebih mudah untuk orang membuat pentaksiran mengenai apa yang kita karangkan, better kita letak smiley yang comel comel. contohnya "kat mana?" nampak macam ala-ala queen control kan? ok jangan risau kita boleh tukar tanggapan orang yang kata kau queen control tu dengan buat macam ni. "kat mana? 🙄" bahahaha. bukan bukan. tanya macam ni "kat mana? 😘" acah sweet la sangat kan. 

so dengan memperbanyakkan lagi similes dalam ayat yang kita sampaikan innshaaAllah takkan ada salah faham. takdelah time kita happy orang ingat kita marah. okay? 

by the way, kita yang selalu membaca status status orang, karangan orang ni pon janganlah terlampau judge okay. peace yaw. 
🙄🤑🤗🙃🤓🤔😟🤐🤒🤕

1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

manusia ni selalu tafsirannya lain dari yang lain...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com