Wednesday, June 24, 2015

Girls Talk: Cara Nak Turunkan Berat Badan Part 2.

hello there~

bulan puasa yang mulia lagi barakah ni baik kita bincangkan macam mana nak turunkan berat badan. basically nak turunkan berat badan mesti lakukan pengurangan kalori ataupun kalori defisit. Kalori defisit terbentuk apabila jumlah tenaga makanan (kalori) yang korang ambil adalah kurang daripada jumlah kalori yang anda gunakan. bila jadi macam ni, automatik akan ada pengurangan berat badan.

untuk kurangkan 1kg berat badan, kita perlu kurangkan 7700 kalori. so betul lah pepatah yang mengatakan takpe kalau ko makan donat comel ni satu hari ni kau takkan gemuk esoknya lah. *terpamer gigi yang comel-comel.


contoh pengiraan BMR dan DCR untuk perempuan :

BMR: 655 + (9.6 x berat in KG) + (1.8 x tinggi in cm) - (4.7 x umur in tahun)
      : 655 + (9.6 x 62.4) + (1.8 x 159) - (4.7 x 23)
      : 1432.14 kalori


DCR : BMR x Activity Multiplier
        1432.14 x 1.375
         1969.19

keperluan kalori yang diperlukan sehari adalah 1969.19. kalau nak maintain berat badan boleh la makan sampai kalori yang diperlukan. tapi kita kan nak turunkan berat badan. so you have to reduce your calories intake. nak lebih mudah untuk turunkan 1kg seminggu, korang kena kurangkan 1100kcal dalam sehari daripada kalori yang kita sepatutnya ambik. 

misalnya 1969.19 - 1100 = 869.19. so kalori yang sepatutnya kau ambik adalah 869.19 sahaja sehari untuk turunkan berat badan 1kg seminggu. faham kan? tak faham korang mesti faham jugak. har har har.

macam mana nak kurangkan 1100kcal dalam sehari tu? caranya amat susah. susah pada yang bergantung pada diet sahaja. maksudnya kau sekat pemakanan kau. nak lebih mudah diet makanan dan juga exercise. sekali jalan. 50-50. means, 550kcal untuk pemakanan. 550kcal untuk senaman. kalau korang guna cara ni, kau akan nikmati kehidupan makan. huhu.

TAPI, cara aku yang malas nak bersenam sangat ni, aku buat macam ni. aku guna nisbah 70-30. 70 diet pemakanan, 30 exercise. cara aku diet pemakanan memang terang jelas dan nyata akan seksa perut memasing. sebabnya aku hanya akan makan makanan yang dimasak terus menerus. misalnya nasi putih dengan ayam. contohnya nasi dengan ikan. nasi goreng bla bla bla memang akan dielakkan.

untuk exercise aku akan buat simple exercise kat dalam bilik je. tak perlu susah2 nak pegi jauh2 nanti kata takde masa la itu lah ini lah. antara exercise yang aku buat planking, pumping, dan squat down. paling malas aku, aku buat semua tu seminit seminit.

p/s: sepanjang aku nak hit target aku, aku tak makan ais krim tak makan coklat, tak makan kuih2, tak makan murtabak, tak makan roti canai semuanya tak makan kecuali nasi, kue tiaw dan bihun.

korang boleh dapatkan ebook panduan nak kurangkan berat badan di bulan Ramadan di SINI.

good luck everyone! ;)

Monday, May 25, 2015

Perasaan Cinta vs Konsistensi

mana satu pilihan korang? perasaan cinta ataupun konsistensi? 

perasaan sifatnya boleh berubah-ubah. kelmarin katanya sayang, hari ni tiba-tiba hilang. konsisten maksudnya berpegang pada pendirian ataupun selaras ataupun secocok. in terms of love, it means keserasian antara pasangan. 

konsisten kita tak perlu risau tentang kehilangan. orang tu akan sentiasa ada untuk kita walaupun kita tak selalu ada di sisi dia. dalam segenap perkara sekalipun orang tu akan ada untuk kita. dia lebih kepada kesetiaan dan keserasian. macam teman tapi mesra la konon. 


bila ada konsisten antara pasangan, secara automatik boleh pupuk perasaan cinta. perasaan sayang, cinta, itu semua boleh datang kemudian. yang pentingnya konsisten. saling memahami antara satu sama lain. understand do's and don'ts each other. kan?

sebagai manusia yang sentiasa bersalah-salahan ni, memang tak lari daripada perasaan ego perasaan sayang perasaan benci dan macam-macam lagi perasaan. dan tak semua dianugerahkan untuk menghargai cinta sampailah cinta itu hilang. kalau bernasib baik dapatlah perasaan cinta yang konsisten.

all in all, semuanya datang dengan tanggungjawab. berani tak berani je nak pikul ;)

p/s: credit to eyka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com