Friday, December 12, 2014

Emosi: Manisnya Cinta


Hello there~

korang semua dah tengok ke belum filem Manisnya Cinta Di Cappadocia? ok yang mana belum tengok silalah ke pawagam yang berdekatan untuk tonton filem nih. chill weh filem dia. tak tipu.

cerita dia adaptasi daripada novel. no wonder jalan cerita agak cliche siket. siket la. but then still enjoyable. hihi. lepas habis je aku tengok cerita ni, terus aku set dalam kepala otak jangan berfikiran negative. dalam segenap perkara sekali pun jangan fikir negative. TAPI, mana2 perempuan pun akan suka berfikiran negative especially terhadap lelaki.

dalam 100 orang perempuan, aku rasa 90 daripadanya memang akan suka fikir yang negative dulu terhadap lelaki. itu lumrah. dan lumrahnya lagi lelaki tak suka bagi penjelasan terhadap perempuan. bila tak bagi penjelasan, maka bertambahlah fikiran negative itu tadi. nampak tak hypothesis dia macam mana?


selain daripada jangan berfikiran negative, aku ada gak set kat kepala otak aku ni jangan terlampau mengharap. yes. jangan terlampau mengharapkan sesuatu benda yang tak pasti. terutama sekali dalam hubungan la kan. just go with the flow. jangan janji apa-apa yang indah. jangan termakan janji-janji capati. again, just go with the flow. ada jodoh, ada. 

TAPI, setiap individu tu pun beragak la kan. jangan la kau bagi harapan palsu pulak. kau pura-pura concern to the max dengan individu yang lain umpama kau nak kahwin dengan dia. spesis yang macam ni minta kaki tangan. 

message yang paling best dalam filem ni bila dia kata cari lelaki yang akan keluar duit untuk kita bukan kita yang keluar duit untuk dia. kata lain dia bukan materialistic, tapi menghargai. biar lelaki tau menghargai kita dan sanggup bersusah payah untuk kita. kalau ada jumpa lelaki seperti ini, sila hargai. jangan ambil kesempatan ye perempuan2 kat luar sana termasuk saya. hahaha.

all in all, jangan terburu-buru cari pasangan. teragak stress dengan scandal ke hape banyakkan makan makanan yang sihat, exercise banyak-banyak. ini antara alternative lain untuk korang hilangkan tumpuan terhadap masalah korang. heee :D

5 comments:

Nour Leeman said...

Salam kenal..hi aisyah
Btul tu..sy sokong..jgn mngharap pada mnusia..mmg sakit hati sikit..hihi

Linakhtar said...

Setuju dgn pendapat ni.. biar orang menyayangi kita lebih.. dan kita jga hti orang dgn lbh baik...

Unknown said...

movie nie agak2 bape rating die aisyah boleh bg out of 10 ? hehe ^^

Aisyah Taib said...

kalau saya, saya bagi 8/10

Hanis Amanina said...

wah, dah 2 filem kita yg buat dekat Turkey ni :)

yep2, jangan berharap pada seseorang sbb manusia sendiri tak sempurna. InsyAllah, leave everything to Allah, Dia yg lebih layak diberi pengharapan <3

hanisamanina.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com